TUN Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengangkat sumpah di hadapan Yang
di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V.
Majlis diadakan di Istana Negara kira-kira jam 9.50 malam.
Turut hadir isterinya Tun Dr Siti Hasmah Mohd
Ali dan pemimpin utama parti komponen Pakatan Harapan (HARAPAN) iaitu Presiden
PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng,
Presiden AMANAH Mohamad Sabu dan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Istiadat mengangkat sumpah jawatan menjadi
antara isu paling hangat dan dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia selepas BN
dikalahkan oleh gabungan HARAPAN.
Ia adalah detik yang bersejarah dari pelbagai
segi. Antaranya ia adalah kali pertama
BN diketepikan daripada kerajaan sejak merdeka.
Sebelum ini Dr Mahathir pernah
menjadi perdana menteri selama 22 tahun sebelum bersara secara rasmi pada
2002. Untuk rekod Dr. Wan Azizah
dipersetujui bersama oleh HARAPAN sebagai calon Timbalan Perdana Menteri.
(petikan & olahan daripada Malaysiakini, 11 Mei 18)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan