LATAR BELAKANG ISU
Surat Terbuka Dr. Rajiee Hadi kepada Perdana Menteri
Surat Terbuka Dr. Rajiee Hadi kepada Perdana Menteri
YAB Datuk
Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada bila-bila masa akan YAB Datuk Seri umumkan. Dan terkini, kempen pilihan raya DUN Sarawak sedang berlangsung dan hangat bermula. |
Namun apa jua maksud tersurat dan tersirat, saya bagi pihak orang-orang Melayu,
bangsa peribumi, umat Islam, golongan pendidik, ibu bapa, penulis, sasterawan,
budayawan, aktivis masyarakat, para pejuang dan pencinta bahasa dan orang awam
yang telah bersama-sama menzahirkan sukma rasa lahir dan jiwa sokongan penuh
tidak berbelah bahagi kepada pemansuhan muktamad isu Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah
diputuskan oleh kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri menerusi pengumuman yang
dibuat oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Menteri Pelajaran merangkap
Timbalan Perdana Menteri.
Sedarilah bahawa keputusan ini telah disambut dengan penuh gembira, titisan air
mata kesyukuran dan penghormatan terhadap kerajaan BN pimpinan YAB Datuk Seri
dahulu. Lantaran itu usahlah dipersia-siakan perjuangan murni ini.
Namun, seperti mana yang dilaporkan di akhbar-akhbar hari ini bahawa YAB Datuk
Seri akan menimbangkan semula pelaksanaan PPSMI dalam dua opsyen adalah sesuatu
berita yang amat memeranjatkan, menyedihkan dan tragis.
Saya bagi pihak rakyat
terbanyak mengingatkan agar YAB Datuk Seri jangan sengaja “memainkan perasaan
orang Melayu” demi menjaga “sentimen orang lain yang berkepentingan”.
Rakyat terbanyak akan bertambah keliru dan prasangka kerana YAB Tan Sri
Muhyiddin pernah mengumumkan bahawa PPSMI adalah suatu keputusan muktamad
apabila pemansuhannya diumumkan dahulu. Dan ini kelihatan nampak jelas adanya
percanggahan dalam kepemimpinan YAB Datuk Seri.
Apatah lagi apa yang dikatakan
oleh YAB Datuk Seri bercanggah dengan aspirasi dan perjuangan rakyat terbanyak khususnya
Melayu-Bumiputera yang menjadi tonggak utama jatuh bangunnya; Umno parti dukungan YAB Datuk Seri.
Justeru, saya bagi pihak umat Melayu-Islam-Bumiputera sekali lagi menyatakan
berterus terang dan menyedari bahawa orang-orang Melayu kini mula mual jelak
dan marah terhadap mana-mana pemimpin yang tidak bertegas, kelihatan bercanggah
dan boleh dianggap ada pergeseran antara dua pemimpin tertinggi.
Dan apa yang lebih penting rakyat tetap menentang habis-habisan mana-mana
pemimpin yang lebih mementingkan “periuk nasi” daripada kepentingan perjuangan
bangsa, agama dan negara. Harapan kami, agar PRU 2008 lalu tidak umpama, 'nasi
sudah menjadi bubur'. Salam.
Dr. Rajiee Hadi
Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia.
(sumber: Harakahdaily: 16 April 2011)
NOTA ISU TERKINI:
Setelah tujuh tahun surat terbuka penulis yang ditujukan kepada PM DS Najib iaitu ketika sebelum PRU-13 penulis menyarankan agar perlunya penyatuan sesama pemimpin tertinggi dalam parti tetapi kini selepas PRU-14 kesan dan titik hitam yang melanda Umno/ BN telah menjadi kenyataan; sejarah kejatuhan setelah lebih 60 tahun berkuasa.
Penulis telah mengingatkan betapa perlunya mendengar keresahan hati rakyat. Bahkan Khairi Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno sendiri, dalam laporan terbaharu berasa kesal kerana tidak melaporkan situasi realiti sebenar kehendak rakyat.
Begitulah, apabila nasi sudah menjadi bubur segalanya hanya boleh dijadikan ikhtibar. Sekarang, biarlah Tun Mahathir Perdana Menteri ke-7 pasca PRU-14 diperuntukkan waktu selesanya 100 hari untuk merealisasikam misi dan visinya tanpa diganggu-gugat dengan tohmahan, psiko, perang saraf oleh cybertrooper musuh dan sebagainya. Berilah kepercayaan penuh kepada Tun M. (DRH)
Teruskan perjuangan
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam