TAHNIAH kepada pimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang
telah berjaya mengambil-alih Putrajaya daripada kleptokrat Barisan Nasional.
Kejayaan ini pastinya kemenangan rakyat yang telah bersuara untuk
menolak segala kepincangan urus tadbir kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak
sebelum ini.
Masyarakat dunia kini memerhatikan kita. Keadaan poket rakyat wajib
dipulihkan. Masanya bermula hari ini untuk melakukan islah kepada seluruh
institusi-institusi kerajaan.
Rakyat juga menunggu untuk kita hadapkan Najib Razak dan konco-konconya
ke muka pengadilan, sekaligus mengembalikan wang rakyat ke kantung negara.
Kepada rakan-rakan Pemuda AMANAH dan Pemuda HARAPAN, tanggungjawab kini
tergalas di bahu untuk kita merealisasikan perubahan.
Idealisme perjuangan anak muda menuntut iltizam untuk dilaksanakan
seluruh janji yang terkandung dalam Buku Harapan.
Terakhir dan terpenting, tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia. Suara
rakyat suara keramat.
Keberanian dan komitmen kalian telah membawa cahaya perubahan dalam
landskap politik negara. Bersama kita garap Malaysia baru yang lebih gemilang.
Merdeka!
Sumber MKini, 10 Mei 2018 oleh Shazni Munir Mohd Ithnin, Naib Ketua Pemuda AMANAH Nasional dan
Pengarah Mobilisasi Pemuda HARAPAN Malaysia.
Renungan dan Peringatan
Al-Quran : 'Āli `Imrān:26 - Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan