HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

17 Disember 2011

SEJARAH

Foto Pada 11 Disember 2011
Biarkan berkas sejarah
tatkala di persada hayat
mahu berangkat ke lain pangkalan
kerana pelabuhan sepi 
dengan peluit rindu
kini tiada erti
mahu ditafsir kembali

Buat apa ditangisi 
setiap mesra kata
andai lemah jiwa
penghalang hasrat
yang mahu dibangunkan
siasah pentas hidup
dalam warna tanpa gerhana

Buat apa ditangisi 
setiap sengketa segala
qada dan qadar Azawajallah
pengukur keimanan sejati
kita terima dengan reda batini
berjuang terus dengan kental lahiri

Masa lalu terucapkah
pamitan mahu dipadamkan
bahawa ada minda peta subur
mahu kulukis kesatuan
bianglala di kanvas ukhrawi
selamat tinggal nostalgia
sejarah bersemi abadi!


RAJIEE HADI
Bandar Seri Putra,Bangi.
Disember 2011.

25 November 2011

CONTOH PROPOSAL PENYELIDIKAN PENDIDIKAN, PhD



KEPERLUAN PENDEKATAN KAUNSELING ISLAM DALAM MENANGANI MASALAH KEMURUNGAN PELAJAR POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH,SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN,MALAYSIA.


1.1       Pernyataan Masalah
Bertolak daripada masalah kemurungan yang melanda para pelajar dewasa ini, maka penyelidik merasakan wujudkan keperluan kaunseling Islam menangani masalah pelajar yang mengalami kemurungan.  Dengan ini kajian yang akan dilakukan penyelidik akan dapat menjawab pelbagai persoalan berkaitan kaunseling Islam dan masalah kemurungan pelajar. Penyelidik juga berusaha meninjau sejauh mana kaunseling Islam dapat dilaksanakan di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia  (PSA) bagi membantu pelajar menangani masalah kemurungan yang dihadapi.
1.2       Persoalan Kajian
i.                    Bagaimanakah konsep kaunseling yang digunakan bagi menangani masalah kemurungan pelajar?
ii.                  Bagaimanakah latarbelakang pelajar yang mengalami kemurunagan?
iii.                Apakah faktor-faktor penyebab kemurungan pelajar?
iv.                Apakah salah laku yang dilakukan  pelajar kemurungan?
v.                  Apakah keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam menangani masalah kemurungan pelajar?
1.3              Objektif Kajian
Berdasarkan temu bual penyelidik bersama kaunselor/Pegawai Psikologi PSA mendapati mereka lebih selesa  menggunakan pendekatan Roger dan Rational, Emotional, Behavior Therapy (REBT). Namun demikian, menurutnya lagi, pendekatan ini disesuaikan dengan latar belakang klien dan masalah yang dihadapi. Adalah didapati bahawa sekitar 40% kes yang dikendalikan berkaitan masalah ponteng kelas, masalah pembelajaran, pergaulan rakan sebaya, dan  masalah keluarga yang mengakibatkan  pelajar tidak ada motivasi untuk meneruskan pembelajaran atau pengajian dan sebagainya.  Bilangan gender pelajar lelaki dan perempuan tidak menunjukkan perbezaan yang nyata.  Hanya 30% pelajar dirujuk atas kesalahan ponteng kuliah, merokok, tidak membuat tugasan dan sebagainya.  Walau bagaimanapun bagi menghadapi pelajar yang sukar untuk berkomunikasi, kaunselor akan menggunakan terapi seni dan mengisi borang soal selidik agar klien lebih bersedia untuk
berkongsi permasalahan yang sedang dihadapinya.

            Penyelidik mendapati sepanjang temu bual tersebut, kaunselotr atau pegawai psikologi tidak menggunakan pendekatan kaunseling Islam semasa sesi kaunseling dijalankan. Oleh  itu  penyelidik bertanggungjawab untuk membantu pelajar menangani masalah dengan menggunakan pendekatan kaunseling Islam agar masalah yang dihadapi sebenarnya yang berpunca dari kosongan jiwa, atau dalam erti kata penyakit kejiwaan hanya boleh dirawat dengan pengisin rohani.
 Objektif kajian ini ialah:
i.                    Menjelaskan konsep pendekatan kaunseling yang digunakan di PSA.
ii.                  Mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami masalah kemurungan.
iii.                Menghuraikan faktor-faktor penyebab kemurungan.
iv.                Menganalisis tingkah laku yang dilakukan  pelajar kemurungan.
v.                  Menganalisis keperluan pendekatan kaunseling Islam.
1.4       Metodologi Kajian
1.4.1    Reka Bentuk Kajian
Penyelidikan ini akan dijalankan dengan menggunakan pendekatan kajian tinjauan.

1.4.2    Lokasi Kajian
Lokasi penyelidikan  ialah di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.

1.4.3    Sampel Kajian
Sampel dipilih berdasarkan persampelan bertujuan. Ini berdasarkan kepada pendapat Chua Yan Piaw bahawa persampelan bertujuan (Purposive sampling) merujuk kepada prosedur persampelan di mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian.  Oleh yang demikin, penyelidikan ini menggunakan persampelan bertujuan yang mana hanya pelajar kemurungan yang dikenal  pasti melalui soal selidik inventori Beck akan dipilih sebagai sampel kajian.

1.4.4    Pengumpulan Data
Patton (1980) menyatakan terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual formal, temu bual tidak formal dan temu bual terbuka.  Merriem (1998) menyatakan pula terdapat tiga jenis temu bual iaitu temu bual berstruktur, temu bual separa berstruktur dan temu bual tidak berstruktur.

             Dalam penyelidikan ini,  penyelidik akan menggunakan kaedah kulitatif iaitu temu bual  dengan kaunselor dan sampel untuk mendapatkan data serta maklumat.  Temu bual secara separa berstruktur dengan menggunakan protokol temu bual.  Soalan temu bual dibina oleh penyelidik berdasarkan persoalan kajian seperti profil pelajar kemurungan, faktor-faktor penyebab kemurungan dan salah laku yang dilakukan pelajar yang mengalami kemurungan.
Kajian kepustakaan juga digunakan bagi memperoleh kajian lepas berkaitan pendekatan kaunseling, pendekatan kaunseling Islam dan masalah kemurungan meliputi faktor penyebab kemurungan, salah laku yang dilakukan pelajar mengalami kemungan.
 Manakala kaedah kauntitaitf juga  berbentuk soal selidik akan digunakan bagi mengenal pasti latar belakang pelajar yang mengalami kemurungan, menganalisis faktor-faktor penyebab berlakunya kemurungan, salah laku yang dilakukan pelajar yang mengalami kemurungan. Soal selidik Inventori Beck yang diubahsuai .
1.3.5    Penganalisisan Data
Data yang diperolehi akan diproses dengan menggunakan program Statistic Package for Sosial Science (SPSS).
1.5       Limitasi Kajian
Kajian ini hanya akan melibatkan pelajar Islam  Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah yang mengalami masalah kemurungan.
1.6       Tinjauan Literatur

1.6.1 Pendekatan Kaunseling
Kaunseling merupakan satu bentuk perkhidmatan perhubungan di antara seorang klien yangmempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapinya.  Justeru antara masalah yang dihadapi ialah penerokaan diri dan emosi, menilai persepsi, interaksi orang lain, penentuan masa hadapan sebagainya.

Menurut Suradi Salim (1996) kaunseling ialah satu perhubungan yang  dicirikan oleh keyakinan, saling mempercayai dan kemesraan yang membolehkan pelajar memperolehi kestailan intelek dan emosi yang dengannya dia boleh menyelesaikan masalah atau kemusykilan, membuat rancangan dan memperoleh
kepuasan kendiri yang lebih tinggi .

Kaunselor yang dianggap sebagai profesional ialah individu yang mendapat
latihan dari segi teori dan praktik dalam bidang kaunseling.  Sifat-sifat atau ciri-ciri kaunselor Islam dirujuk kepada sifat-sifat kenabian.  Dengan sifat-sifat kenabian sahajalah seseorang kaunselor itu boleh memainkan peranannya dengan sempurna.

Kecekapan seorang kaunselor harus merujuk kepada ”Association For Spititual , Ethical and Relidions Value in Counseling (1995). Antara lain menjelaskan kaunselor yang menggunakan  dimensi agama dan sipiritual perlu mempunyai beberapa kebolehan seperti:
i.                    Dapat  memahami perbezaan dan persamaan di antara agama dan spiritual.
ii.                  Berupaya untuk menghuraikan kepercayaan agama, spiritual dan amalan dalam konteks budaya.
iii.                Mengambil bahagian dan mempraktikkan sesuatu kepercayaan agama dan spiritual yang dapat menpertingkatkan sensitiviti, kefahaman dan penerimaan dalam sistem kepercayaan tertentu.
iv.                Memperlihatkan penerimaan dan sensitif kepada kepelbagaian agama dan ekspresi spiritual dalam komunikasi klien.
v.                  Menentukan had-had tertentu atau limitasi pemahaman pegangan agama dan ekspresi  spiritual klien.
vi.                Menilai kesesuaian agama dan tema spiritual dalam proses kaunseling yang memberikan kebaikan kepada klien dan pilihan yang dibuat oleh klien.
1.6.2    Pendekatan Kaunseling Islam
 
Kaunseling  dalam Islam mempunyai pengertian dan kedudukan tersendiri.  Ini bersesuaian dengan syariat Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah. Pelaksanaan kaunseling menurut Islam mestilah berdasarkan syariat dan bukannya sekadar proses menolong dan membantu individu tersebut menyesuaikan diri dengan pelbagai masalah yang dihadapinya mengikut pendekatan Barat semata-
mata (Salasiah, Zainab , Adawiyah , Nadhirah, 2011) .

Bagi Dr. Hasan Langgulung(1997), kaunseling Islam ialah, satu proses pengajaran dan pembelajaran psiko-sosial yang berlaku dalam bentuk bersemuka (face to face) anatara kaunselor dan klien.  Dalam proses ini diaplikasikan pelbagai teknik dan kaedah yang profesional yang bertujuan menolong klien menyelesaikan masalah, mengenali diri, memahami kebolehan-kebolehan kendiri, menggalakkan klien untuk menerima qada dan qadar Allah S.W.T serta membuat keputusan berpandukan syariah Allah sehingga ia (klien) sendiri menghendaki yang halal dan meninggalkan yang haram bersama keredaan Allah S.W.T

Kaunseling Islam bukan sahaja merupakan satu perkhidmatan perhubungan diantara seorang klien yang mempunyai masalah psikologi dengan seorang kaunselor terlatih untuk membantu klien bagi mengatasi masalah yang dihadapi tetapi mencakupi  hal-hal berkaitan dengan keimanan seseorang seperti ketuhana, alam akhirat, dosa, pahala , syurga, neraka, hari kiamat, untung baik, untung jahat dan sebagainya (Kamal,1995)
           
Kaunseling Islam boleh ditarifkan sebagai usaha membantu klien menangani permasalahan  kehidupan termasuk kejiwaan dengan menghubungkaitkan hubungan dengan Allah S.W.T . Terapi solat, wirid , doa dapat membantu memberikan ketenangan kepada klien untuk menghadapai masalah semasa dan menyelesaikan sendiri masalah di masa hadapan.

Menurut Imam a-Ghazali dalam Ihya ’ Ulumuddin dalam Mardzelah (2003), proses kaunseling disebut sebagai Hisbat iaitu arahan mengerjakan kebaikan dan menegah kemungkaran bagi mencapai keredaan Allah S.W.T  .  Ini menjelaskan bahawa pendekatan Hisbat dalam Kaunseling Islam sebenarnya merangkumi matlamat kaunseling yang berteraskan kepada konsep tolong menolong ke arah kebaikan dan menjauhi kemngkaran atau dikenali sebagai al-amr bi al-ma’ruf       wa al-nahy an al-munkar.

Definisi- definisi  yang diutarakan di atas merangkumi aspek perhubungan, pendekatan psikologi, perubahan tingkah laku, serta dimensi-dimensi lain yang menjadi pengenalan asas kepada prinsip kaunseling.  Sifat-sifat  yang wajib ada pada seseorang kaunselor Islam ialah sidiq, amanah, tabligh dan fatanah .  Rasulullah S.A.W merupakan seorang kaunselor contoh yang harus diteladani oleh semua kaunselor (Mohamed Sharif, 1998).  Berikut dibincangkan sifat-sifat dan konsep utama yang harus menjadi landasan kepada tugas-tugas seorang kaunselor Islam :
i.                 Beriman dan bertakwa kepada Allah S.W.T
ii.               Jujur dan Ikhlas
iii.             Benar (Sidiq)
iv.             Berani
v.               Adil
vi.             Pemurah dan ramah-tamah
vii.           Sabar dan tenang
viii.         Adab dan akhlak
ix.             Percakapan yang baik
x.               Tidak munafik
xi.             Menepati janji

Bagi Asmah Bee (2004)  berpendapat, seorang kaunselor Islam perlu melengkapkan dirinya dengan pengetahuan asas berhubung dengan pengetahuan Islam. Yang jelas ialah apa yang paling asas adalah menyedari kekuatan manusia tidak boleh menandingi kekuatan Allah S.W.T.  Proses kaunseling perlulah melalui beberapa prinsip yang telah ditetapkan oleh Islam iaitu sorang kaunselor harus sentiasa peka dengan Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
Dan janganlah kamu mengikuti apa yang tidak  kamu ketahui   , kerana
sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semuanya itu akan dipertanggungjawabkan.” Al-Isra: 36.
Antara matlamat kaunseling Islam , Imam al-Ghazali (Kamal Abdul Manaf, 2000) :
i.                    Mengembangkan personaliti individu ke arah yang positif untk menyelesaikan segala kerumitan dengan berkesan dalam kehidupannya.
ii.                  Membantu individu menyesuaikan dirinya dengan masyarakat dan menuruti masyarakat melalui perkembangan konsep kendiri.
iii.                Membekalkan pengalaman-pengamalan baru yang dapat mewujudkan peluang-peluang kepada klien supaya mereka memahami perbezaan diri mereka dengan kehidupan.
iv.                Membantu klien memahami diri sendiri dan menyesuaikan dirinya dengan persekitaran serta orang lain.
v.                  Dalam Islam, matlamat akhir seseorang insan adalah untuk berjaya menjadi khalifah Allah S.W.T di bumi ini dan beribadat kepada-Nya. Seseorang kaunselor mesti memahami matlamat khususnya yang terakhir ini.
Manakala Imam al-Ghazali berpandangan bahawa  proses kaunseling tidak memerlukan seseorang kaunselor  menyediakan sesuatu jawapan yang khusus untuk sesuatu permasalahan, atau  untuk mengubah sesuatu tingkah laku yang tertentu.  Sebaliknya kaunselor membantu klien berasa lebih terbuka terhadap pelbagai pengalaman mereka dan dapat menerima orang lain.  Perubahan klien ini  boleh dilihat sebagai seorang yang lebih sosial dan matang. Justeru Imam al-Ghazali menganjurkan supaya kaunselor membantu klien melalui beberapa kaedah:
i.          Menjadikannya normal supaya mereka mengenali diri dan persekitaran mereka.
ii.         Membantu klien menemui cara-cara atau pendekatan yang lebih baik
            untuk mereka menyelesaikan kerumitan yang dihadapi.
Berdasarkan  anjuran ini , maka kaunselor tidak perlu menyediakan jawapan yang khusus untuk sesuatu tingkah laku tertentu yang perlu dilakukan klien
sebagai matlamat kaunseling.

Menurut Yatimah dan Mohd. Tajudin (2008), proses kaunseling model al-Ghazali merangkumi aspek-aspek musyararah ( menetapkan syarat), muraqabah (audit atau semakan), mu’aqabah ( dendaan), mujahadah (bersungguh-sungguh) dan mu’atabah (celaan) .

Langkah-langkah kaunselign model al-Ghazali bagi proses membantu klien atau orang bermasalah menurut al-Ghazali adalah seperti berikut:
i.                    Langkah 1: Pengenalan dan bina hubungan
ii.                  Langkah 2: Meneroka diri dan masalah
iii.                Langkah 3: Mengenal pasti punca dan jenis masalah.
iv.                Langkah 4: Memberi ubat yang sesuai dengan penyakit
v.                  Langkah 5: Penilaian

Manakala menurut Salaiah et.al (2011)  kemahiran kaunseling yang boleh
digunakan ialah :
i.          Kemahiran menyoal
ii.         Kemahiran membuat dorongan minimum
iii.        Kemahiran membuat konfrantasi
iv.        Kemahiran refleksi emosi
v.         Kemahiran refleksi pengalaman
vi.        kemahiran membuat prafrasa
vi.                Kemahiran membuat rumusan besar

Berdasarkan kepada kedua-dua model di atas menunjukkan adanya sedikit perbezaan.Bagi  al-Ghazali, ia lebih menumpukan kepada proses membantu klien menggunakan pendekatan Islam dan menumpukan kepada klien beragama Islam. Ini kerana menurut al-Ghazali, masalah yang dihadapi oleh manusia berpunca daripada tidak memahami tujuan sebenar kehidupan iaitu mengabdikan diri kepada Allah. 

Surah al-Anbiya’ ayat 7
Bermaksud: maka bertanyalah kamu kepada ahl al-Dhikr, jika kamu tidak mengetahui.

Menurut al-imam Nawawi
Maksudnya: Digalakkan kepada sesiapa yang menghadapi masalah berbincang mengenainya  dengan sesiapa yang ia percaya sama ada dari aspek agamnaya, pengalamannya, kecerdikannya, kebijaksanaannya, kewarakannya serta ketelusannya (empati).

Berdasarkan penelitian terhadap hadis-hadis ’kaunseling’ dapat disimpulkan di sini bahawa kaunseling Islam mengemukakan satu pendekatan yang berorientasikan pembersihan rohani sebagai suatu kaedah bagi menyelesaikan masalah kecelaruan jiwa . Pendedahan terhadap amalan-amalan tertentu sebagaimana dikemukakan oleh Rasulllah S.A.W untuk para sahabat yang menghadapi tekanan perasaan, menjelaskan bahawa dalam konteks kaunseling Islam penyelesaian masalah bukan sahaja bergantung kepada tindakan klien semata-mata tetapi juga berhubung rapat dengan dimensi ketuhanan dan kerohanian.        

Pendekatan kaunseling Islam dan  juga amalan-amalan seperti solat, doa, zikir tersebut amat sesuai disarankan kepada klien dalam usaha mengatasi setiap masalah atau menangani masalah  kemurungan dan menghindari klien daripada terus
mengalami kesedihan.  

Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada Aku, nescaya akan Kuperkenanakan bagimu.sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Aku (berdoa) alan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dan dina.”

Hadis yang menganjurkan setiap individu berdoa apabila menghadapi masalah atau apa jua konflik yang menimpa:

Maksudnya: tidak ditimpakan kebimbangan dan kesedihan seseorang kamu, lalu ia berkata”Wahai Tuhanku, aku hamba-Mu, anak- anak dari hamba-Mu, anak daripada hamba perempuan-Mu, ubun-ubunya dalam gengaman-Mu berlaku padaku hukum-Mu, adil segala ketentuan-Mu, aku bermohon pada-Mu dengan segala nama yang engkau namakan dari diriMu, yang engkau turunkan dalam kitab-Mu, yang telah engkau ajarkannya kepada seseorang dari makhluk-Mu, Engkau sendiri yang mengetahuinya dalam ilmu ghaib-Mu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai cahaya penerang dan penyejuk hatiku, penghilang dukalara, resah gelisah dan pengikis kebimbanganku.. (H.R. Bukhari)

Menurut Mohamed Sharif (1998) doa adalah jalan yang disediakan oleh Allah S.W.T bagi umahnya meminta sesuatu daripada-Nya, tidak kira sama ada yang berkaitan dengan fizikal ataupun spiritual.  Dengan menyebut  nama Allah melalui  zikir dan meminta limpah kurnia-Nya melalui doa adalah cara yang sebaik-baiknya bagi seseorang individu mencari ketenangan hidup.

Doa
Dalam surah  Ghafir ayat 60 :” Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepada-Ku, nescaya Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku (berdoa) akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina.”
 
Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat.  Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran” (Al-Baqarah:186)

Menurut  Zakiah  Drajat (dalam M. Darojat , 2006) doa dapat memberikan rasa optimis, semangat hidup dan menghilangkan perasaan putusasa ketika seseorang menghadapi masalah. Doa mempunyai makna penyembuhan bagi stres dan gangguan kejiwaan.  Doa juga mengundang manfaat untuk pencegahan terhadap terjadinya kegoncangan jiwa dan gangguan kejiwaan.

Zikir
Zikir (a-dhikr) mengingati Allah juga merupakan suatu bentuk rawatan ronahi yang amat berguna untun mengembalikan ketenagan dan ketenteraman jiwa.  Apabila dilaksanakan secara berterusan (iltizam) dan dengan hati yang ikhlas, ia mendatangkan kesan yang tidak terhingga kepada peribadi dan tingkah laku manusia.  Ia juga sebagai perisai yang dapat menghalang manusia daripada gangguan iblis dan syaitan .
(al-Quran :Ar- Rad: 28)

Istigafar:

Berdasarkan  penyelidikan yang dijalankan ke atas pelajar yang menjalani proses rawatan pendekatan kaunseling Islam iaitu wirid, doa dan muhasabah diri mendapati rawatan ini dapat mengembalikan keyakinan sampel penyelidikan yang akhirnya dapat mengurangkan masalah kemuruangan yang mana  setanding dengan terapi Barat (Iran Herman, Asmah Bee: 2003)

Penyelidik berkeyakinan bahawa rawatan melalui pendekatan Islam seperti doa, wirid  dan solat  dapat memberikan semangat baru yang lebih positif dalam menghadapi kehidupan dan cabaran masa hadapan.


1.6.3    Kemurungan
Olthman dan Emely (1998) mendefinisikan kemurungan sebagai :”Depression can refer to either to a mood or clinical  syndrome a combination of emotional, cognitive and behavioral syamptoms.  Kemurungan bukan sahaja berlaku dalam kalangan kanak-kanak, malah ia boleh dialami dalam pelbagai peringkat usia dan gender.  Menurut Kauffman (2001) kemurungan di kalangan kanak-kanak merupakan satu isu yang kontroversial sejak beberapa dekad yang lalu.
Kemurungan juga dianggap sebagai penyakit zaman ini.  Ianya tidak hanya berbahaya secara kejiwaan tetapi boleh juga  merosakkan  aspek fizikal.  Gangguan kemurungan adalah berberapa bentuk penyakit kejiwaan,kecanduan dadah, gangguan tidur, gangguan pada kulit , perut dan tekanan darah dan akhirnya boleh bertindak agresif seperti membunuh orang atau membunuh diri. 
Menurut Mohd. Sufian (2004), kemurungan adalah suatu masalah yang tidak seimbang emosi yang mana biasanya dialami manusia yang berdepan dengan kekecewaan atau tekanan dalam kehidupan harian mereka.  Menurut kajian yang dijalankan oleh Turkington dan Kaplan (1997) dalam See Ching Mey, (2005) mendapati bahawa apabila seseoang yang mencapai umur 15 tahun satu daripada lima remaja akan mengalami kemurungan. Menurut Bachanas dan Kaslow (2001) kemurungan dalam kalangan remaja memerlukan perhatian dan intervensi yang baik.
Kemurungan merupakan satu sindrom klinikal yang menggabungkan kombinasi emosi, kognitif dan juga simptom-simptom tingkah laku                            ( Oltmanns&Emery, 1995) . Ia juga merupakan gangguan dan kecelaruan perasaan dan termasuk penyakit minda yang memberi kesan psikologi yang mana penghidapnya akan bertingkah laku suka menyalahkan diri sendiri , keliru dan merasakan tiada peluang hidup.

Menurut Bachanas dan Kaslow (2001), kemurungan dalam kalangan remaja memerlukan perhatian dan intervensi yang baik.  Menurut kajian yang dijalankan oleh Turkington & Kaplan (dalam See Ching Mey, 2005) mendapati bahawa apabila seseorang  yang mencapai umur 15 tahun satu daripada lima orang remaja akan mengalami kemurungan.
           
Menurut Iran Heman (2003) kajian-kajian yang dilakukan terhadap fenomena kemurungan ini meliputi pelbagai tahap umur dari peringkat kanak-kanak hinggalah ke peringkat dewasa.  Pada peringkat kanak-kanak kemurungan sebagai suatu masalah klinik kurang diberi perhatian. 

Manakala Iran Herman (2005)  kajian-kajian lepas yang dilakukan terhadap
fenomena-fenomena kemurungan ini meliputi tahap umur dari peringkat kanak-kanak sehinggalah ke peringkat dewasa.  Pada peringkat kanak-kanak kemurungan sebagai suatu masalah klinikal kurang diberikan perhatian. Mengikut kajian Lee (1987) dalam Mohammad Alfian ( 2006  )              mendapati 140 pelajar tahun empat universiti menunjukkan pelajar ini mengalami kemurungan yang disebabkan kesunyian emosi dan kesunyian sosial.

Dalam bidang psikiatri pula  masalah ini tidak mendapat perhatian yang serius  dari mana-mana pihak sehingga lewat tahun 1970-an (Iran Herman, 2003).  Kesukaran mendefinisikan secara operasional  simptom kemurungan juga dan dalam menentukan kemurungan pada kanak-kanak dikatakan halangan yang besar kepada penyelidikan   dalam bidang ini. 

Walau bagaimanapun, situasi ini telah berubah dengan cepat dan ia telah menjadi satu usaha dan bidang kajian yang besar apabila masalah kanak-kanak mula diberikan perhatian khusunya di Amerika Syarikat (Schulterbandt dan Raskin, 1977) .
Menurut Jamaludin et al. (2010 ) terdapat beberapa simptom kemurungan bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu mengalami sindrom kemurungan atau tidak.  Simptom-simptom ini terbahagi kepada empat aspek utama iaitu afektif, kognitif, tingkah laku dan fisiologi.  Setiap aspek ini berkait antara satu sama lain. Menurut Mohd. Farhan  dan Uzair (2008) faktor utama yang menyebabkan kemurungan pelajar adalah faktor kepenatan diikuti oleh faktor motivasi akademik, kognitif dan emosi.         
Menurut Al-Kindi ( dalam Rizal:2009) kemurungan berpunca daripada kegagalan seseorang untuk mencapai sesuatu yang sangat dihajati dalam hidupnya.  Oleh yang demikian boleh menyebabkan seseorang itu menghadapi kesediahan dan kemurungan kerana kehendak manusia itu tiada batasannya sedangkan ia tidak mampu untuk mencapai atau memenuhi semua kehendak tersebut.

Menurut Al-Kindi lagi, kemurungan juga boleh berlaku disebabkan faktor kerosakan, kebinasaan , kematian atau kehilangan sesuatu yang sangat disayangi oleh seseorang. Sementelahan pula semua  faktor ini tidak boleh dipertahankan buat selamanya seperti harta, orang yang disayangi dan dikasihi, wang ringgit
dan sebagainya.  
Kejadian masa lalu seperti kecewa akibat kematian insan yang akrab dalam kehidupan klien telah menyebabkannya menghadapi masalah pembelajaran.Di samping itu  faktor persekitaran kejadian masa lalu seperti jenayah rogol membawa kepada penyumbang kemurungan. Kajian oleh Briere (dalam  Shazli Ezzat :2006) membuktikan kaitan rapat yang wujud antara mangsa dengan kemurungan. Simptom kemurungan yang dihadapi seperti berasa sedih, berasa letih sepanjang masa, gagal untuk memberi tumpuan dan  lantaran tidur yang berlebihan.

Beck (1976) telah menyenaraikan tiga faktor yang menyebabkan individu mengalami kemurungan.  Faktor-faktornya ialah:
i.          Penyalahan diri
ii.         Kasihan diri
iii.        Rasa kasihan kepada pihak lain.

Menurut Beck (1976) lagi penyalahan diri bermaksud mempercepatkan seseorang  bersalah kerana kelakuan yang salah.  Apabila  perasaan menyalahkan diri ini wujud dalam diri sendiri, maka ia cenderung untuk terus menkritik diri dan membenci diri sendiri.

Sikap seperti ini menyakinkan mereka bahawa diri mereka yang jahat dan tidak berguna lagi.  Sikap menyalahkan diri sekiranya berterusan akan menyebabkan individu akan berasa terganggu dan mungkin berasa ingin menangis, berdiam diri atau bersedih secara tidak langsung yang mana akan membawa kepada kemurungan.

 Faktor-faktor kemurungan dalam kalangan pelajar akan dibahagikan kepada tiga faktor utama seperti:
i.          Kepenatan disebabkan keletihan, kurang tumpuan terhadap
                         pembelajaran dan kesukaran menyiapkan tugasan.
           
ii.         Kognitif dan emosi relajar yang tidak terlepas daripada dibelenggu dengan kekusutan pemikiran dan emosi  dalam kehidupan mereka.
iii.        Masalah berkaitan dengan motivasi akademik seperti faktor berkaitan akademik, masalah kelas dan masalah motivasi.

Kendatipun Ibu Sina berpendapat penyakit kemurungan yang tidak ditangani dengan baik akan meninggalkan kesan ke atas tuntutan biologi seseorang dan
mendorong kepada perlakuan  membunuh diri (Rizal, 2009)


1.6.4   Pandangan Barat tentang  Kemurungan Dan Menangani Menurut Keagamaan

                        Menurut E. Gilman Stephen ,  Kawachi Ichiro, M Fitzmaurice Garrett, dan L Buka    Stephen (2002) sosioekonomi yang rendah semasa zaman kanak-kanak mempunyai kaitan berlakunya kemurungan semasa remaja kelak  Hasil kajian yang dijalankan oleh Mohamed Alfian Haris (2006) mendapati masalah kebimbangan dan punca utama ketidakstabilan emosi pelajar disebabkan oleh pendapatan keluarga .  

Manakala menurut Paragament dan Park (1995) telah membuktikan bahawa amalan agama dapat mengawal tekanan yang dirasai.  Agama dapat digunakan dengan pelbagai cara sama ada untuk individu  menjadi asertif atau defensif, aktif atau pasif.   Agama berkait rapat dengan matlamat dan kaedah pelaksanaan.  Menurutnya lagi , agama memberikan panduan amalan kehidupan dan tindakan individu pada setiap ketika sama ada secara perseorangan atau kolektif.

Menurut Dr. Randy Byrd (dalam Stephen:2009) melaporkan mengenai eksperimen yang menarik dalam ”The Medical Tribune” berhubung dengan pesakit hospital yang sama usia dan keadaan dibahagikan kepada dua kumpulan.  Kumpulan pertama dibacakan doa oleh beberapa anggota kumpulan yang berdoa, sementara golongan kedua tidak.  Hasil kajian menunjukkan kumpulan pertama kurang menderita sakit; hanya 3 daripada 16 orang memerlukan antibiotik; 6 orang menderita pulmonari edema, berbanding orang  dengan 18 orang; dan tidak ada yang perlukan rawatan perubatan;berbanding 12 orang dalam kumpulan kedua.

Seandainya lebih bersungguh-sungguh dan kerap berdoa dengan penuh keyakinan dapat dapat merubah manusia dan manusia boleh membuat perubahan dalam dirinya. Herbert Hoover, bekas Presiden Amerika Syarikat yang ke-31 berkata:” Kuasa doa lebih kuat daripada kombinasi yang dikawal oleh manusia; kerana doa ialah terbaik manusia dapat mengumpulkan sumber-sumber ketuhanan.” (Septhen, 2009)

1.7       Kerangka Kerja Teoritikal
Keperluan Pendekatan Kaunseling Islam
 







1.8       Signifikan Kajian
Kajian ini penting untuk mendedahkan keperluan pendekatan kaunseling Islam dalam menangani  masalah kemurungan pelajar. Pelaksanaan kaunseling Islam diharapkan dapat membantu pelajar mengatasi kemurungan tersebut.
Kajian ini juga penting untuk pelajar  mengenal pasti emosi yang boleh membawa kepada kemurungan dan bertindak untuk mengatasinya agar mereka  meneruskan kehidupan yang lebih selesa.  Sebagai contoh apabila seorang pelajar mengenal pasti kemurungan yang sedang dihadapinya  khsusnya


1.9       Definisi Operasional
 kaunseling Islam
Ishammuddin Ismail (1996)  mentakrifkan  kaunseling Islam sebagai suatu proses menolong dan  membantu dengan cara membentuk perhubungan secara bersemuka antara kaunselor dengan klien . Dengan kata lain, hubungan tersebut akan melibatkan penerokaan potensi jati diri  klien bagi mengembangkan semula segala sumber dalaman klien untuk menerima kebenaran (al-Haq) serta bertanggungjawab pada diri sendiri untuk mencari keredaan Allah S.W.T

Muhd. Mansur Abdullah (1996) pula menyebut kaunseling Islam ialah suatu proses aktif yang terjadi antara kedua-dua belah pihak yang dicorakkan melalui perhubungan  yang intim antara kaunselor dengan klien.Yang nyata ianya bertujuan menolong menyelesaikan masalah serta mengubah tingkah laku klien ke arah yang lebih baik untuk mendapatkan
keredaan Allah S.W.T.

Kaunseling Islam ialah suatu proses pengajaran dan pembelajaran untuk menolong individu atau kumpulan individu yang menghadapi masalah psikologi bagi membuat keputusan dan membimbing kehidupannya bagi menghadapi kebahagiaan dunia dan akhirat berpandukan  syariat Islam (Mohd. Sharief:1998)).Dalam kajian ini penyelidik akan menggunakan pendekatan kaunseling Islam berdasarkan Teori Kaunseling Islam Al-Ghazali.      

 Kemurungan
Kemurungan yang boleh dianggap sebagai suatu perasaan, suatu sindrom atau suatu penyakit klinikal (Dacey & Kenny, 1997) . Mana kala menurut Beck (1976) dalam  Iran Herman (2003) telah menyenaraikan faktor penyalahan diri, kasihan diri dan rasa kasihan kepada pihak lain adalah faktor yang menyebabkan kemurungan.  Oleh yang demikian kemurungan dapat dilihat sebagai suatu sindrom penyakit emosi yang akhirnya menzahirkan tingkah laku atau perlakuan seperti ponteng kelas, menyendiri, tidak dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap pembelajaran dan sebagainya.
 Dalam kajian ini kemurungan dilihat

Kesan   Kemurungan
Kesan kemurungan yang kerap berlaku dalam kalangan pelajar seperti ponteng kuliah, tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran, suka berkhayal, sering datang lewat ke kuliah, kerap bersendirian dan lain-lain.

Kemurungan seumapama ini boleh mengakibatkan pencapian akademik terjejas dan ada juga pelajar mengambil keputusan berhenti daripada meneruskan pelajaran atau pengajiannya.



Faktor Penyebab Kemurungan
Antara penyebab kemurungan ialah dikeranakan masalah emosi, masalah pembelajaran,faktor persekiaran, latar belakang pelajar , masalah keluarga, , masalah malu, kebimbangan , tidak berminat dengan kursus yang diikuti ,percintaan dan sebagainya.

1.8       Rujukan

BIBLIOGRAFI
Asmah Bee, Mohd. Noor. 1979. Tingkah laku dan masalah seks di kalangan kaum remaja. Widya, 23 Julai.

 Asmah Bee, Mohd. Noor, 1979. Kemurungan : Satu pendekatan teori, Majalah Psikologi, Bil. 10 hal. 87-103

Azalan Afandi.  1998.  Peranan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling terhadap
pelajar yang berprestasi rendah ke arah peningkatan pencapaian akademik.  Latihan
Ilmiah Sarjana Pendidikan (Pendidikan Khas).  Universiti Kebangsaan Malaysia.

Azizah Lebai Nordin. 2002. Masalah Disiplin di Kalangan Remaja. Tesis PhD. Fakulti
Pendidikan, Universiti Malaya.

Beck , 1996. Depression Inventor II . Available at: http://Marketplace psychorp.com/Psyco
psychorp.com/PsychoCprp.com/Cultures/en-US/dotcom

Beck, A.T, 1976. Depression :Cause and treatment. Philadelphia: University of
          Pennsylevinia Press

Corey, G & Corey M.S.  2002.  Groups: Process and pratice. Sixth Ed. Brooks Cole      
          Thomson Leraning. USA.

Corey, G.  2001.  Theory and practice of counseling and psychostherapy (6th ed.) and
manual.  Pascific Grove, C.A: Brooke / Cole.

Davis , S.F and Palladino, J.J ,1997. Pschology 2. Upper Saddle River Ner Jersy:Prentice
          Hall
Drojat Ariyanto, 2006, Psikoterpi dan doa, SUHUF,Vol.XVIII,No 01 Mei 2006


Erickson, M. T. (1992). Behavior Disorders of Children And Adolescents: Assesement,  
             Etiology and Intervention.
Englewood Cliffs, NJ: Prentice-Hall Inc.

Gorenstein, C.G., Andrade, L., Zanoli, E. Dan Artes, R. 2005 . Expressive Syamptoms In A
              Nonclinical Brazilian Adolescent Sample.  The Canadian Journal On Adolescent I.
              63-91
Hassan, Langgulung, 1995. Prof. Dr, Pendidikan Islam dan Peralihan Paradigmam
              Selangor
, HIZBI.
Hassan, Langgulung.1997.Asas-Asas Pendidikan Islam. Kuala Lumpur. D.B.P cet. Ke-2
Hassan, Langgulung ,1983. Teori-teori Kesihatan Mental:Perbandingan Psikologi Moden
              dan  Pendekatan-pendekatan Pakar-Pakar Pendidikan Islam
. Selangor, Pustaka
               Huda,   
Ishammudin Ismail 1996. Persepsi Kaunseling Kontemporari. KL , Pusat Ilmu Jelatek,
              1996.
Muhd. Mansor, Abdullah,1996.  Kaunseling: Teori, Proses dan Kaedah . Selangor, Fajar
              Bakti , cet-2.

Jamaluddin Ramli, Azizi Yahya, Nordin Yahaya, Siti Zainab Md Lazim, 2010 Kemurungan 
              Dalam Kalangan Penghuni Rumah Anak Yatim DI Daerah Kota Baharu, Kelantan.
              Jurnal

Kamal Abdul Manad (Al_Hakam), Kaunseling isla “Perbandaingan Antara Amalan dan
             Teori Kaunseling Barat
”.  Utusan Publication dan Distributor Sdn. Bhd.

M. Darojat Ariyanti , Psikoterapi dengan doa, Jurnal Fakultas Agama Islam,Surakarta.

Mizan Adiliah.  1998.  Kaunseling sekolah dan gejala sosial.  Jurnal PERKAMA 7.

Muhamed Sharif , 1998  Kaunseling Islam, Jurnal Pendidikan, Universiti Teknologi
              Malaysia. Jilid 4. Bil. 1 April 1998 hal 19-30

Muhamed Alfian Harris b. Omar, Muhamed Sharif Mustffa, 2006, Tahap Kestabilan Emosi
               Pelajar di Sebuah Kolej Kediaman Institusi Pengajian Tinggi Awam : Satu
              Tinjaua, Jurnal Fakulti Pendidikan UTM , Skudai.

Mohd. Farhan Uzair bin Paisan, 2008 . Tinjauan Terhadap Kemurungan Dalam Kalangan
              Pelajar Di Universiti Tun Hussein Onn, Tesis Sarjana Universiti Tun Hussein Onn.

Muhammad Alfian Hariss , Muhamed sharif Mustaffa ,2006. Tahap kestabilan emosi
            pelajar di sebuah kolej kediaman institusi pengajian tinggi awam: satu tinjauan. In:
            National Student Development Conference (NASDEC) 2006, 8-9 August 2006,
            Kuala Lumpur, Malaysia
.
Oltmans , T.F., and Emery, R.E (1998), Abnormal Psychology upper Saddle
            River,NJ,:Prentic Hall. Cet. 2.
Rizal, Abu Bakar, Kaunseling Daripada Perspektif Islam Apa, Mengapa dan Bagaimana.
           2009. Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Schulterbandt.J.G & Raskin A. (1977) Depression In Childhood:Diagnosis. Treatmen And
            Conceptual Models
. New York: Revan Press
Shazli Ezzat Ghazali, Pommusamy S, Normah Che Din dan Nik Faridah Yousef Mohd
             Khan,2006.  Kesejahteraan Psikologi, kemurungan dan Sokongan Sosial di
             Kalangan Mangsa Rogol ,  Jurnal Sains Kesihatan Malaysia 4 (1.) 2006:99-106,
             Uuniversiti Kebangsaan Malaysia.

Salasiah Hanim Hamjah, Zainab Ismail, A’sawiyah  Ismail, Nadhirah Muhammag Arib,
              2011. Kaedah Penerapan Ibadah dalam Kaunseling: Satu Tinjauan Awal. Jurnal,
              Perkama International Convention.

Syed Hasan Ahmad, Asmah Bee,2003. Menangani Kemurungan Melalui Kaunseling
              Berperspektif Islam , Prosiding Seminar Kaunseling Berperspektif Islam. 

Wan Abd. Kader& Ismail Abdul Ghani, Dakwah dan Kaunseling Islam, Penerbit Universiti
              Kebangsaan Malaysia, 2006

Yatimah Sarmani & Mohd. Tajudin Haji Ninggal, 2003, Kaunseling Islam Dalam Membina
               Masyarakt Madani. Kertas Kerja dibentangkan di Konvensyen PERKAMA kali ke
     XI, Hotel Eden Garden , Johor Bahru (25-27 Jun 2003).

Yatimah Sarmani , 2005. Pendekatan Kaunseling Islam: Satu Analisis Kualitatif Model
               Kaunseling Berasaskan Sifat-Sifat Manusia Oleh Imam Ghazali.  Tesis Doktor
    Falsafah tidak diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai , Johor.

Zainab Ismail , 2001, Tesis PhD USM

Zuria Mahmud, Noriah Mohd. Ishak & Noriah Bachok.  2003.  Strategi kaunseling untuk
menangani tingkah laku bsermasalah di kalangan pelajar sekolah menengah: Satu tinjaun literatur.  Konvensyen PERKAMA Kali Ke XI. Hotel Eden Garden,  Johor Bharu.  25-27Jun




















1.1              Organisasi Bab Tesis

PENGAKUAN
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
JADUAL TRANSLITERASI
SENARAI JUDUL
SENARAI ILUSTRASI
SENARAI SINGKATAN

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Kajian
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Persoalan Kajian
1.5 Objektif Kajian
1.6 Limitasi Kajian
1.7 Kerangaka Konseptual
1.8 Definisi Operasi Kajian

BAB II ASAS AMALAN DAN KAUNSELING ISALM DALAM MENANGANI MASALAH KEMURUNGAN
2.1  Pengenalan
2.2  Faktor yang Mempengaruhi Kemurungan 
       2.2.1 Keluarga
       2.2.2 Masalah pembelajaran
       2.2.3 Masalah sosial
       2.2.4 Masalah kewangan
2.3  Asas Amalan Kaunseling Islam
2.4  Proses Kaunseling Islam dalam Menangani Kemurungan
       2.4.1 Definisi Kaunseling Islam
       2.4.2   Proses kaunseling Islam Menagani Kemurunga
2.5   Nilai Dakwah/Rawatan Rohani  dalam Proses Kaunseling Islam
       2.5.1   Definisi Dakwah
       2.5.2   Nilai Dakwah dalam Proses Kaunseling Islam
2.6   Etika Kaunselor Muslim      
2.7   Rumusan

BAB 3:   ORGANISASI POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH DAN JABATAN KEJURUTERAAN ELEKTRIK
3.1   Pengenalan
3.2   Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSA)
3.3   Jabatan Kejuruteraan Elektrik
3.4   Unit Bimbingan dan Kaunseling
3.5   Latar Belakang Kaunselor
3.6   Rumusan

BAB 4:   LATAR BELAKANG SOSIO DEMOGRAFI DAN MASALAH KEMURUNGAN PELAJAR
4.1      Pengenalan
4.2      Jumlah dan taburan responden
4.3      Latar belakang Responden
4.3.1   Umur dan Jantina
4.3.2        Latar belakang Pendidikan Keluarga
4.3.3        Pekerjaan Ibu Bapa
4.3.4        Pendapatan keluarga
4.4            Rumusan
BAB 5:   PROSES KAUNSELING DALAM KALANGAN PELAJAR YANG MENGALAMI KEMURUNGAN
        5.1   Pengenalan
5.2      Persediaan Untuk Sesi Kaunseling
5.3      Langkah Dalam Proses Kaunseling
5.3.1   Mengenal Pasti Identiti dan Menerima Responden
5.3.2   Mewujudkan Suasana Mesra
5.3.3   Mendengar dan Menentukan Masalah
5.3.4   Merumuskan Kesimpulan Sementera
5.3.5   Membantu Responden Memecahkan Masalah dan Membuat Keputusan
5.3.6   Memberi penerangan Kepada Responden
5.4      Kekerapan Responden menyertai Sesi Kaunseling
5.5      Keputusan Responden Selepas Menyertai Sesi Kaunseling
5.5.1   Meneruskan pengajian
5.5.2   Berjanji Akan Berubah
5.5.3   Boleh Menerima Permasalah Keluarga
5.54    Lebih Termotivasi
5.6      Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Rohani  Dalam Proses Kaunseling
5.6.1   Hak dan Tanggungjawab Pelajar
5.6.2   Hukum Hakam Bertingkah Laku negetif
5.6.3   Kelebihan Berzikir
5.6.4   kelebihan Doa
5.6.5   Kelebihan Berwirid
5.7      Rumusan
BAB 6: PENUTUP
         6.1   Pengenalan
         6.2   Ringkasan Hasil Kajian
                 6.2.1   Proses Kaunseling dan Perlaksanaannya
                 6.2.2   Aplikasi Dakwah Islamiah/ Rawatan Islam dalam Kaunseling
                 6.2.3   Latar belakang Pegawai Psikologi
                 6.2.4   Latar Belakang Pelajar Yang Mengalami Kemurungan
                 6.2.5   Kemurungan
                 6.2.6   Faktor Kejayaan / Kegagalan Kaunseling
         6.3   Implikasi Hasil Kajian
         6.4   Cadangan
         6.5   Cadangan Kajian Akan Datang
RUJUKAN
LAMPIRAN




1.9       Milestone

NO
PERANCANGAN
1
Semester 1:  September- November  Kertas Cadangan Proposal

                        Disember : Pembentangan Kertas Cadangan Proposal

                       



Semester 2:     Januari :  Mengumpulkan dan mengolah bahan  penyelidikan
                          Februari: Temu bual dengan kaunselor untuk mendapatkan
                                            maklumat pelajar yang mengalami kemurungan.
                          Mac:         Membuat soal selidik
                          April:        Mengedarkan borang soal selidik
                          April – Ogos : Mengadakan sesi kaunseling pendekatan Islam
                                            menurut teori al-Ghazali
                        



Semester 3:     September : Mendapatkan hasil dapatan kaunseling Islam yang “
                                                  dijalankan ke atas responden.
                          Oktober- Disember : Menganalisis dapatan kajian.



Semester 4:     Pembentangan Hasil Kajian dan memperbaiki kajian jika perlu



Semester 5:     Penyerahan  tesis untuk kegunaan VIVA



Semester 6:     VIVA



1.2              Jangkaan Penerbitan
Penerbitan dijangkakan pada akhir semester setelah menyelesaikan penambahbaikan jika berkaitan.
(sumber:Mahnessa A. Kadir: Contoh Sebuah Proposal)