POLITIK? Luar negara sibuk berita Tun M dan rombongannya melawat Eropah (London, Vienna) dengan menghadiri dan menyampaikan ceramah antirasuah antara bangsa. Yang menarik, di Austria beliau bertemu dengan pemimpin No.1 negara tersebut yang berusia 32 tahun usia. Sedangkan beliau sudah pun berusia 93 tahun.
Politik? Dalam negara kini sibuk menghadapi kempen PRK Cameron Higland minggu hadapan. Hampir semua parti berkempen untuk menunjukkan kehebatan dan janji-janjinya. Ada yag datang dengan bas, kereta, motosikal bahkan dengan helikopter. Yang penting, mereka mendakwa semuanya menggunakan duit saku masing-masing.Kecuali mereka yang pergi atas urusan rasmi yang telah ditetapkan tarikh dapat dielakkan. Masing-masing punya kehendak tidak siapa boleh menukarkannya. Wallahualam.
Ekonomi? Harga petrol turun dan naik sedikit minggu ini.Mudah-mudahan minggu hadapan tidak naik tetapi turun lagi. Namun kerajaan kini ada menetapkan harga turun minimum.Mudah-mudahan harga petrol dapat dikawal dengan baik. Apa yang memeningkan kini ialah harga barangan khususnya harga barangan makanan naik tidak tentu pasal. Yang memualkan ialah harga barangan di restoran-restoran tempatan. Jika dahulu harga secawan teh (susu) 50 sen naik ke 60 sen sudah riuh satu negara. Tetapi sekarang harga secawan teh (susu) dalam masa 3 bulan naik daripada RM1.20 kemudian RM1.50 dan kini RM1.80 rakyat seperti terpukau. Adakah wang saku rakyat telah mengecut untuk bersuara?
Di sana sini kenderaan di jalan raya sering memecut laju. Bukan setakat di lebuh raya bahkan di jalan-jalan kawasan perumahan. Had laju 100kmj sudah menjadi suatu idaman untuk mengejar lampu trafik. Adakah para pemandu sekarang yang rata-ratanya di bawah usia 40-an sudah tergila-gila dengan piawaian kelajuan kereta-kereta sekarang? Bahkan cermn gelap (lebih 50% - menyalahi akta JPJ) agak berleluasa sekarang. Anehnya tidak sangka ; ramai juga wanita muda yang memegang stering kereta hari ini. Awasi emosi, kognitif dan psikomotor! (DRH)
HAJI DR. RAJIEE HADI
22 Januari 2019
7 Januari 2019
SELAMAT TAHUN BAHARU MASEHI 2019
SAYA rasa belum terlewat untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baharu masehi 2019 ini. Apapun suasana tahun ini tampak meriah walapun seribu satu macam dugaan yang melanda pada tahun lepas khususnya di penghujung tahun. Di penghujug tahun pelbagai rona dan tona menghimpit dunia ini. Namun demikian dengan berkat segala doa maka kita berjaya juga merangkak dan melonjak ke fasa yang baharu.
Saya juga berdoa agar pada 6.1.2019 yang mana tidak silap genaplah saya melangkah keenam bulan saya dalam rawatan dan perawatan hospital. Di hospital saya telah diberi rawatan fisioterapi dan rawatan-rawatan lain yang relevan. Pada hari akhir pada 31-12-2018 doktor telah menasihatkan saya supaya menjaga pemakann yang berkaitan kolesterol. Saya akur kali ini.
Semoga saya diberi dorongan dan ingatan serta semangat dalam diri. Dalam kalangan masyarakat, ramai yang tidak tahu mengapa saya begitu dan begini. Ada penyakit yang datang secara tiba-tiba. Dan ada yang datang di sebaliknya . Begitu juga rezeki atau sebaliknya semuanya pemberian Allah jua. Usahlah kita mahu menetapnya sekiranya Allah jua Yang Maha Mengetahui!

Langgan:
Catatan (Atom)