HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

9 September 2015

BERSARA dan PESARA

BERSARA bukan bermakna perjalanan atau pengembaraan ataupun perjuangan hidup telah berakhir atau sampai ke noktah. Bersara hanyalah sekadar frasa dan angka usia biologi hanyalah sekadar digit.Jiwa dan pemikiran, kesihatan fizikal dan rohanilah yang menafsirkannya. Bagi penjawat awam yang lahir pada tahun 1955 dan sebelumnya telah dan akan mengalami tempoh persaraan wajib ke-60 tahun usia yang diistilahkan sebagai BERSARA WAJIB.

Selain umur 60 tahun, bersara bagi penjawat awam yang mahu bersara dengan berpencen (sekiranya cukup syarat) ialah 45 tahun bagi wanita manakala 50 tahun bagi lelaki. Kemudian bersara pilihan lain dengan berpencen tanpa syarat atas pilihan umur sendiri ialah 55.56.dan 58 tahun yang mana kiesemuanya diistilahkan sebagai BERSARA PILIHAN. lni bermakna apabila bekas penjawat awam itu usianya melebihi 60 tahun maka hanyalah istilah PESARA KERAJAAN sahaja diguna pakai.

Sekiranya mereka terdiri daripada anggota awam daripada ANGKATAN TENTERA MALAYSIA maka anggotanya daripada pegawai rendah ke bawah (daripada pangkat KAPTEN ke bawah) tempoh wajib bersara ialah berumur 40 tahun (tidak pasti mungkin sekarang 45 tahun?). Walaupun mungkin mereka juga diistilahkan sebagai 'telah bersara' dan layak memakai gelar contohnya: Kapten (B) dan sebagainya maka ini bukan bermakna mereka telah "tua usia'. Sebabnya dahulu gred pangkat Leftenan hanyalah gred 22.Mungkin kini telah dinaikkan ke gred 41.Dan seterusnya naik ke pangkat Kapten yang grednya 41 (kini mungkin dinaikkan ke gred 44).Manakala pegawai atasan berpangkat seperti Leftenan Kolonel daripada gred 44 sekarang baharulah dinaikkan ke gred 48.

Di sini ada perbezaan antara kumpulan profesional (siswazah) dan kumpulan sokongan (bukan siswazah) penjawat awam JPA. lni kerana ATM tidak tertakluk dengan skim JPA tetapi di bawah suruhanjaya ATM yang tersendiri. Justeru, alangkah beruntungnya kini anggota ATM boleh menyeberang ke gred 44 (Kapten) walaupun bermula dari gred gaji Leftenan . Kini mereka yang memiliki ijazah boleh memulakan jawatan Kapten atau Mejar ketika usia muda 20-an atau 30-an.

Sebab itu ramai di antara bekas pegawai rendah ATM berkhidmat di sektor keselamatan sama ada dalam swasta mahupun kerajaan.  Manakala pegawai tinggi ATM daripada pangkat Mejar (jika tidak silap) hingga Jeneral  mereka menempuhi bersara wajib hingga umur 60 tahun seperti mana-mana penjawat awam yang lain. Sekiranya ada yang sedang berkhidmat selepas 60 tahun maka ini bermakna mereka berkhidmat secara kontrak yang bersambung dari setahun ke setahun sehingga ke tahap penamat usia 65 tahun!

Apapun tanggapan dan tafsiran sila rujuk buku panduan Perintah Am kerajaan JPA dan ATM. Kita tidak mahu ada mana-mana individu yang berlagak 'sombong bodoh'. Dan kita juga tidak mahu ada mana-mana individu yang menggunakan gelaran 'B' (bersara) ketika usia masih 'muda' akan menyalahgunakan 'gelaran' bagi tujuan oputunisme.

Secara peribadi, sukacitanya saya mencadangkan agar mereka yang terpaksa bersara muda (contonya pegawai-pegawai rendah ATM) ketika berusia 40tahun ke atas dapat memanfaatkan usia muda dengan menyambung pelajaran hingga ke peringkat ijazah di mana-mana IPT swasta atau kerajaan sama ada di Universiti Terbuka Malaysia (UTM/OUM) ataupun belajar ilmu kemahiran di mana-mana kolej komuniti,politeknik milik kerajaan seperti IKM, ILP agar apabila anda berada di 'dunia luar' tidaklah seperti KATAK DI BAWAH TEMPURUNG. Wallahualam. (DRH)