HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

1 Oktober 2015

SETELAH 50 TAHUN LALU.......

TEMPAT jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat tersimpul segala kenangan pahit dan getir. Begitulah pada 30 Ogos 2015 lalu saya telah bertemu dengan rakan persekolahan dan sekelas saya di bangku sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sagil Estate, Ladang Sagil, Tangkak (Ledang), Johor Darul Takzim yang mana boleh dikatakan lebih 50 tahun saya tidak bertemu mereka. 

Kami bertemu sempena meraikan majlis walimatul-urus perkahwinan anak lelaki saya, Muhammad Haziq Rajiee (Guru di KPM) dengan pasangannya, Siti Khadijah Haji Mohd.Nordin (Guru di KPM). Alhamdulillah, majlis telah selamat berlangsung di Dewan Puri Buana, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Rakan persekolahan dan sekelas yang saya maksudkan ialah Tuan Daud bin Abas dan Puan Ramlah binti Jalal.

 Ditakdirkan dan ketentuan jodoh Allah SWT Daud dan Ramlah rakan sekelas saya berkahwin.Pasangan suami isteri ini myemaikan bunga-bunga cinta sejak di bangku sekolah rendah lagi. Walau bagaimanapun Daud tidak mengabaikan pelajaran hingga berjaya melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan di lntitut Teknologi Kebangsaan, Jalan Semarak Kuala Lumpur sekitar 1970-an (kini, UTM). Kemudian beliau berjaya melanjutkan pelajaran peringkat ijazahnya di USA dan kemudian berkhidmat sebagai jurutera di Petronas. 

Siapa sangka, kerana kemajuan ICT maka kami dapat bertemu, setelah 50 tahun terpisah. Selain mereka, Aziz bin Sidek rakan kami di sekolah rendah yang kini sedang menghabiskan baki perkhidmatannya dengan TNB, hadir juga dalam majlis tersebut.Selamat berbahagia dan sihat sejahtera kepada semua.




Penulis (saya), Daud, Muhammad Haziq, Siti Khadijah, Ramlah.