HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

1 Oktober 2015

SETELAH 50 TAHUN LALU.......

TEMPAT jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat tersimpul segala kenangan pahit dan getir. Begitulah pada 30 Ogos 2015 lalu saya telah bertemu dengan rakan persekolahan dan sekelas saya di bangku sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sagil Estate, Ladang Sagil, Tangkak (Ledang), Johor Darul Takzim yang mana boleh dikatakan lebih 50 tahun saya tidak bertemu mereka. 

Kami bertemu sempena meraikan majlis walimatul-urus perkahwinan anak lelaki saya, Muhammad Haziq Rajiee (Guru di KPM) dengan pasangannya, Siti Khadijah Haji Mohd.Nordin (Guru di KPM). Alhamdulillah, majlis telah selamat berlangsung di Dewan Puri Buana, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Rakan persekolahan dan sekelas yang saya maksudkan ialah Tuan Daud bin Abas dan Puan Ramlah binti Jalal.

 Ditakdirkan dan ketentuan jodoh Allah SWT Daud dan Ramlah rakan sekelas saya berkahwin.Pasangan suami isteri ini myemaikan bunga-bunga cinta sejak di bangku sekolah rendah lagi. Walau bagaimanapun Daud tidak mengabaikan pelajaran hingga berjaya melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan di lntitut Teknologi Kebangsaan, Jalan Semarak Kuala Lumpur sekitar 1970-an (kini, UTM). Kemudian beliau berjaya melanjutkan pelajaran peringkat ijazahnya di USA dan kemudian berkhidmat sebagai jurutera di Petronas. 

Siapa sangka, kerana kemajuan ICT maka kami dapat bertemu, setelah 50 tahun terpisah. Selain mereka, Aziz bin Sidek rakan kami di sekolah rendah yang kini sedang menghabiskan baki perkhidmatannya dengan TNB, hadir juga dalam majlis tersebut.Selamat berbahagia dan sihat sejahtera kepada semua.




Penulis (saya), Daud, Muhammad Haziq, Siti Khadijah, Ramlah.

9 September 2015

BERSARA dan PESARA

BERSARA bukan bermakna perjalanan atau pengembaraan ataupun perjuangan hidup telah berakhir atau sampai ke noktah. Bersara hanyalah sekadar frasa dan angka usia biologi hanyalah sekadar digit.Jiwa dan pemikiran, kesihatan fizikal dan rohanilah yang menafsirkannya. Bagi penjawat awam yang lahir pada tahun 1955 dan sebelumnya telah dan akan mengalami tempoh persaraan wajib ke-60 tahun usia yang diistilahkan sebagai BERSARA WAJIB.

Selain umur 60 tahun, bersara bagi penjawat awam yang mahu bersara dengan berpencen (sekiranya cukup syarat) ialah 45 tahun bagi wanita manakala 50 tahun bagi lelaki. Kemudian bersara pilihan lain dengan berpencen tanpa syarat atas pilihan umur sendiri ialah 55.56.dan 58 tahun yang mana kiesemuanya diistilahkan sebagai BERSARA PILIHAN. lni bermakna apabila bekas penjawat awam itu usianya melebihi 60 tahun maka hanyalah istilah PESARA KERAJAAN sahaja diguna pakai.

Sekiranya mereka terdiri daripada anggota awam daripada ANGKATAN TENTERA MALAYSIA maka anggotanya daripada pegawai rendah ke bawah (daripada pangkat KAPTEN ke bawah) tempoh wajib bersara ialah berumur 40 tahun (tidak pasti mungkin sekarang 45 tahun?). Walaupun mungkin mereka juga diistilahkan sebagai 'telah bersara' dan layak memakai gelar contohnya: Kapten (B) dan sebagainya maka ini bukan bermakna mereka telah "tua usia'. Sebabnya dahulu gred pangkat Leftenan hanyalah gred 22.Mungkin kini telah dinaikkan ke gred 41.Dan seterusnya naik ke pangkat Kapten yang grednya 41 (kini mungkin dinaikkan ke gred 44).Manakala pegawai atasan berpangkat seperti Leftenan Kolonel daripada gred 44 sekarang baharulah dinaikkan ke gred 48.

Di sini ada perbezaan antara kumpulan profesional (siswazah) dan kumpulan sokongan (bukan siswazah) penjawat awam JPA. lni kerana ATM tidak tertakluk dengan skim JPA tetapi di bawah suruhanjaya ATM yang tersendiri. Justeru, alangkah beruntungnya kini anggota ATM boleh menyeberang ke gred 44 (Kapten) walaupun bermula dari gred gaji Leftenan . Kini mereka yang memiliki ijazah boleh memulakan jawatan Kapten atau Mejar ketika usia muda 20-an atau 30-an.

Sebab itu ramai di antara bekas pegawai rendah ATM berkhidmat di sektor keselamatan sama ada dalam swasta mahupun kerajaan.  Manakala pegawai tinggi ATM daripada pangkat Mejar (jika tidak silap) hingga Jeneral  mereka menempuhi bersara wajib hingga umur 60 tahun seperti mana-mana penjawat awam yang lain. Sekiranya ada yang sedang berkhidmat selepas 60 tahun maka ini bermakna mereka berkhidmat secara kontrak yang bersambung dari setahun ke setahun sehingga ke tahap penamat usia 65 tahun!

Apapun tanggapan dan tafsiran sila rujuk buku panduan Perintah Am kerajaan JPA dan ATM. Kita tidak mahu ada mana-mana individu yang berlagak 'sombong bodoh'. Dan kita juga tidak mahu ada mana-mana individu yang menggunakan gelaran 'B' (bersara) ketika usia masih 'muda' akan menyalahgunakan 'gelaran' bagi tujuan oputunisme.

Secara peribadi, sukacitanya saya mencadangkan agar mereka yang terpaksa bersara muda (contonya pegawai-pegawai rendah ATM) ketika berusia 40tahun ke atas dapat memanfaatkan usia muda dengan menyambung pelajaran hingga ke peringkat ijazah di mana-mana IPT swasta atau kerajaan sama ada di Universiti Terbuka Malaysia (UTM/OUM) ataupun belajar ilmu kemahiran di mana-mana kolej komuniti,politeknik milik kerajaan seperti IKM, ILP agar apabila anda berada di 'dunia luar' tidaklah seperti KATAK DI BAWAH TEMPURUNG. Wallahualam. (DRH)

14 Ogos 2015

BIODATA PENULIS DR. HAJI RAJIEE BIN ABDUL HADI @ DR. RAJIEE HADI


DR HAJI RAJIEE BIN ABDUL HADI ialah anak jati Muar, Johor,  kelahiran Serom 2 Hilir yang menggunakan nama pena RAJIEE HADI dan ROHA. Nama samaran lain yang pernah digunakan ialah Guru Bahasa, Pak Ngah, R.H.Roy, Adzie Roha , Idah Eeijar , Syeikh Al-Latis, Meera Nur Adira dan lain-lain lagi.  DR.RAJIEE HADI memperoleh pendidikan dasar    dan menengah hingga ke tingkatan enam di Muar,Johor. Pada tahun 1976 melanjutkan pendidikan perguruan di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur (kini lnstitut Pendidikan Bahasa Melayu) sehingga memperoleh sijil perguruan ikhtisas @setaraf Diploma Perguruan Malaysia pada tahun 1977. Mula dilantik menjawat guru terlatih @Pegawai Perkhidmatan Pendidikan pada 3 Januari 1978. 

Setelah mengajar beberapa tahun di sekolah menengah beliau melanjutkan pelajaran pada tahun 1983 di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) dan memperoleh Sarjana Muda Pendidikan  Kepujian (B.Ed.Hons) dalam kajian bidang metodologi dan pedagogi bahasa.Kemudian pada sesi 1987/88 beliau diterima meneruskan pengajian Sarjana Sastera (M.A) di Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan UKM Bangi dalam kajian teori dan puisi.  Dan kemudian beliau berkhidmat sebagai pensyarah dan Ketua Unit di Maktab Perguruan lslam,Bangi (MPI, kini lnstitut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan lslam)  Seterusnya pada sesi 1996/97 beliau  melanjutkan pengajian ijazah kedoktoran  di UKM dan di Liberal Arts Berkeley University, California,USA dan memperoleh Ph.D pada 2002 dalam bidang kajian psikologi bahasa dan sastera.

Dalam bidang penulisan, beliau menulis pelbagai genre sastera termasuklah puisi, cerpen, skrip drama dan novel kanak-kanak.  Beliau juga menulis kertas kerja, resensi, jurnal, esei, rencana dan buku-buku kajian  sosiobudaya, pendidikan, psikologi, kesusasteraan dan kebahasaan. Beliau menulis di Berita Harian/Berita Minggu sejak penghujung tahun 1970-an.  Beliau pernah dilantik sebagai stringer Berita Harian/Berita Minggu secara rasmi bermula pada tahun 1983 di Muar, Johor, setelah mendapat bimbingan bengkel daripada Tokoh Wartawan Negara  A. Samad lsmail (Tan Sri, Allahyarham) dan Ahmad Sebi Bakar (Datuk). Kemudian pada tahun 1981, beliau menjadi penulis tamu akhbar Warta Tebrau atas undangan  SN A. Samad Said (Datuk). 

Karya beliau tersiar dalam pelbagai akhbar dan majalah di Malaysia, Singapura, Brunei dan Indonesia,  antaranya ialah Dewan Sastera, Dewan Siswa, Teman Pelajar, Dian, Jurnal Dewan Bahasa, Pelita Bahasa, Mastika, Al-Islam, Harakah, Jurnal Pemikir, Jurnal Penulis, Berita Minggu, Mingguan Malaysia,  Bahana (Brunei Darussalam), Nino Bagus, Fikiran Rakyat (Indonesia), portal berita Harakahdaily, Malaysiakini dan banyak lagi. Karyanya dalam bentuk buku ialah cerpen perseorangan Tirai Malam (1981, Tra-Tra Publication), novel kanak-kanak Pengadilan (1988, Pustaka Yakin Pelajar), Bumi Hijau (1991, Marwilis Publisher & Distributors), kumpulan puisi perseorangan Cinta Arafah (2003, Diwangsa Publications & Distributors), dan buku-buku akademik persekolahan terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, Fajar Bakti, Pustaka Sistem Pelajaran, Pustaka Pertiwi, Edusystem Sdn. Bhd., Travelog Guru Seribu Warna Seribu Makna (2015) terbitan Awan Prima,  Antologi Puisi Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta (2015) Awan Prima dan lain-lain lagi.

          Beliau juga aktif dalam beberapa pementasan teater bersama Badan Teater Rakyat Muar (BATERA, 1978-1982)  bersama-sama penggiat teater tempatan ketika itu, seperti Saparman Bakri, Dzulkarim Daud dan Mahfar Tahir. Di Universiti Pertanian Malaysia, Serdang (UPM), beliau pernah berlakon dalam teater Atap Genting, Atap Rumbia (1985) arahan Aripin Said /Roselina Khir Johari. 

Di Maktab Perguruan Bahasa, Kuala Lumpur (MPB), beliau terbabit dalam pementasan teater Hari Jadi Nona (1976) dan Bayang-Bayang (1977) di bawah arahan Elias ldris dan Khairuddin Wahab. Beliau pernah memenangi hadiah utama, antaranya Sayembara Penulisan Puisi dan Cerpen MPB (1977, kini IPGM Kampus Bahasa Melayu), Sayembara Penulisan Kreatif UPM, Serdang (1984), Sayembara Penulisan Puisi Sejarah Nasional (1992) dan Sayembara Puisi Hari Guru Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (1994) dan Sayembara Puisi Bosnia, 1994 (menggunakan nama wanita) dan memenangi tempat pertama dengan hadiah RM3000.00. Beliau ialah salah seorang pemenang pertandingan menamakan kereta nasional, Proton Saga (1985) yang mendapat hadiah sagu hati bernilai RM3000.00.          

 Sebagai aktivis bahasa, sastera dan kemasyarakatan, beliau pernah menganggotai Persatuan Penulis Nasional (PENA), Persatuan Penulis Johor (PPJ), Kelab Sastera Dewan Bahasa dan Pustaka (KSDBP), Persatuan Kesusasteraan Bandingan   Malaysia          (PKBM)          dan     Persatuan Linguistik Malaysia (PLM).  Beliau turut bergerak cergas sebagai Presiden Kesatuan Kebangsaan Guru Bahasa Melayu Se-Malaysia (KKGBMS), Exco Kongres Guru-Guru dalam Perkhidmatan Pendidikan (KONGRES),  Ahli Majlis Permuafakatan Pengurusan Pendidikan Kementerian Pendidikan/ Pelajaran Malaysia dan Ahli Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Guru Kebangsaan (1998-2005). Kini, beliau ialah Presiden Pengamal Pendidikan Malaysia (PPPM/PENDIDIK) sejak tahun 1999. Beliau juga pernah bergiat dalam NGO (Badan Bukan Kerajaan) seperti  Pertubuhan Pasukan Pengakap Negeri Johor, Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM), Persatuan Persahabatan Malaysia-China (PPMC), Persatuan Pengguna Selangor-Kuala Lumpur (FOMCA) dan persatuan penduduk/ kariah masjid setempat.

           Sebagai guru pelatih, beliau menjalani practical teaching di Sekolah Rendah Brickfield, Kuala Lumpur (1976) dan Sekolah Menengah Taman SEA, Petaling Jaya, Selangor (1977). Kemudian beliau bertugas sebagai guru terlatih (1978-1995) Kementerian Pelajaran/Pendidikan Malaysia di beberapa buah sekolah harian dan Sekolah Berasrama Penuh di Johor, Negeri Sembilan, Selangor dan Kuala Lumpur. Di samping itu, beliau berkhidmat sebagai pensyarah   sambilan   di Kolej   Anjung   Selatan, Bandar Baru Salak Tinggi, Universiti Tenaga Nasional ( UNITEN, 1998-2000) Kajang-Putrajaya dan UPM  Serdang   (1998-2000).  Beliau  pernah   berkhidmat  sebagai  Pengerusi  PIBG  di salah  sebuah  sekolah menengah agama di Selangor Darul Ehsan, 2003-2004. 

            Dalam kerjaya pendidikan, Dr. Rajiee bin Abdul Hadi juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah dan menjawat jawatan Ketua Unit Pembanguan Profesionalisme Keguruan, di Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Profesionalisme, Maktab Perguruan Islam (kini, Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Pendidikan Islam) Bangi, Selangor Darul Ehsan (1995-2005). Beliau pernah dilantik oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) Kementerian Pelajaran/Pendidikan Malaysia sebagai Ahli Panel Penggubal Soalan M-Test, iaitu peperiksaan untuk mengikuti kursus perguruan lepasan ijazah di IPBA, Kuala Lumpur (2003). 

           Setelah berkhidmat sebagai Ketua Fasilatator Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2006-2007, kemudian pada tahun 2008 beliau berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di Universiti Kolej Perguruan Ugama  Seri Begawan Negara Brunei Darussalam. Semasa di Brunei Darussalam, beliau dilantik menjadi ahli panel penemuduga kemasukan para pelajar baharu untuk mengikuti kursus Diploma Perguruan,Diploma Perguruan Tinggi, dan Sarjana Muda Perguruan. Beliau pernah dilantik menjadi ketua hakim bagi Pertandingan Forum Hijrah IPTA Negara Brunei Darussalam 1429H/2008. Beliau yang telah berkecimpung dalam dunia pendidikan selama 35 tahun sebagai guru terlatih (1978-2013) juga ialah  kolumnis majalah PENDIDIK, penyair, penganalisis, blogger, fasilatator, motivator dan sebagai Ketua Pengarah kepada DRH Consultants and  Services & Research lnstitute. Kini, beliau ialah penyair dan penulis bebas, di samping selaku Penasihat kepada Awan Prima (002413917-D). 

13 Mei 2015

GURU MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK

kulit buku hadapan dan belakang     

BERSESUAIAN dengan tema Hari Guru 2015 sebagaimana judul di atas, maka buku Travelog Guru: Seribu Warna Seribu Makna amat bertepatan dengan temanya yang menggarap segala coretan pengalaman guru ketika merealisasikan P & P di bilik darjah bagi mencapai matlamat nilai-nilai murni berakhlak mulia selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

Buku yang mengandungi 365  (fon 14) muka surat terbitan  Penerbitan Awan Prima terbaharu  2015 dan terlaris di pasaran kini ditulis oleh Dr Haji Rajiee Hadi.Buku ini ada sumber utama motivasi, biografi dan informasi daripada penulis yang berpengalaman dalam dunia pendidikan dan keguruan. Buku ini adalah kisah guru, kisah kita dan kisah masyarakat yang secara langsung terbabit sama dalam dunia pendidikan. Penulis telah menghimpunkan coretan pengalamannya dalam dunia keguruan lebih 35 tahun. Sejarah awal kehidupan penulis dan detik hari mulanya menerima tawaran berkursus asas perguruan di sebuah maktab perguruan terulung di Kuala Lumpur telah membuka lembaran baharu perjuangannya yang penuh asam garam kehidupan. Suka lara, duka riang, marah,kecewa dan ceria telah dipaparkan dengan berani dan berterus terang demi kelangsungan dan kemuliaan profesion keguruan untuk generasi kemudian.

Dapatkan buku di atas dengan menghubungi: (Tempahan On-Line dan Terus Daripada Penerbit)

Pengurus: Pn.Nor: H/P:  01136405523 (sms)
Bank-in : Akaun BSN: 10001-41-00001008-6.
Harga Semenanjung Malaysia :RM 45.00, Sabah-Sarawak RM48, Brunei Singapura BD/SD 18
Contoh Harga Diskaun Promosi lstimewa RM40/-Semenanjung Malaysia sahaja. + kos penghanataran pos RM7.00= Jumlah RM47+ RM3.00 (tambahan derma Rumah Kebajikan Anak Yatim & Orang Tua)+ AMAUN BESAR = RM50.00 (RM LIMA PULUH SAHAJA)

Nota:

Membeli sambil menderma, bersedekah amal jariah. Terima kasih, pembelian buku ini turut menyumbangkan 05 o/o Kepada  Rumah Kebajikan Anak-Anak Yatim dan Kurang Upaya serta Rumah Kebajikan Orang-Orang Tua. Terima kasih!

17 Februari 2015

TRAVELOG GURU : MENGAPA BUKU INI PATUT DITERBITKAN DAN PATUT ANDA BACA?


Oleh  DR HAJI RAJIEE HADI

 
KERJAYA  guru kian hari kian banyak cabaran. Namun dalam kepelbagaian cabaran dan dugaan profesion ini menuntut banyak kesabaran,kemahiran dan ilmu berkaitan pedagogi pengajaran dan pembelajaran bilik darjah, kelicinan pengurusan kokurikulum dan kurikulum serta pengalaman yang patut  sedia ada bagi seseorang guru itu.
 
Justeru manuskrip/naskah ini ditulis oleh seorang pengamal dalam bidang pendididikan yang secara langsung menjadi guru di bilik darjah selama lebih 15 tahun, sebagai pendidik guru (pensyarah maktab perguruan/ipgm) lebih sepuluh tahun dan seterusnya bertugas di IPTA sebagai pensyarah kanan.
 
Naskah ini adalah motivasi kerjaya kepada bakal guru dan guru-guru dalam perkhidmatan sebagai seorang pendidik cemerlang yang dianggap bukan sahaja sebagai seorang guru di bilik darjah, ketua dan pentadbir institusi pendidikan,pemimpin persatuan dan kesatuan keguruan bahkan sebagai pemimpin masyarakat dan penggerak seni dan budaya setempat yang mencetuskan berbagai-bagai idea, saranan dan sumbang saran ke arah tranformasi di bidang pendididikan yang inovatif dan kreatif. Guru dianggap sebagai insan rujukan masyarakat seiring persepsi kerjayanya yang dianggap mulia dan dihormati masyarakat.
 
Oleh itu membaca naskah ini, para pembaca turut sama menyelami dan menghayati falsafah pendidikan watan dan memberi kesedaran betapa pentingnya guru dan bidang pendidikan bagi pembangunan manusiawi dan negara. Buku ini ditujukan semua bakal guru, para pelajar dan guru pelatih di fakulti-fakulti pendidikan IPTA , IPTA dan IPGM (Institut Pendidikan Guru Malaysia), guru-guru, para pegawai pendidikan di PPD,JPN dan KPM, para ibu bapa dan seluruh masyarakat yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan sama ada pada masa lampau, pada hari ini atau pada masa-masa hadapan. Semoga buku ini dapat menajamkan minda mereka untuk menilai segala aspek dalam kehidupan dan pendidikan. Sekian.
 
 

 

 

.  

 

 

1 Januari 2015

ABDULLAH HUSSAIN DALAM KENANGAN

SASTERWAN Negara, Datuk Abdullah Hussain, 94, meninggal dunia akibat sakit tua di kediamannya di Petaling Jaya, kira-kira jam 9 malam tadi.

Berada di sisi ketika Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ialah isteri, Datin Siti Saroja Basri dan lima anak berusia 32 hingga 47 tahun.

Anak lelaki Allahyarham, Ahmad Patria Abdullah, 47, berkata jenazah bapanya itu akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini sebelum solat Zuhur, hari ini.

"Ayahanda menghembuskan nafas dengan tenang dan kami reda dengan pemergiannya," katanya ketika dihubungi.

Abdullah yang dilahirkan pada 25 Mac 1920 menerima Anugerah Sasterawan Negara pada tahun 1996.

Penulis kelahiran Kampung Sungai Limau, Sikh, Yan, Kedah itu menghasilkan lebih 25 novel, tiga kumpulan cerpen, sembilan terjemahan, sebuah autobiografi dan enam biografi.

Anugerah lain diterimanya ialah SEA Write Award dari kerajaan Thailand pada tahun 1981 dan hadiah pertama Sayembara Novel Nasional - mengenang Pak Sako.
Interlok adalah novelnya yang paling popular. (disesuaikan daripada sumber: BH, 01.01.15)

Saya ucapkan takziah kepada ahli keluarganya. Sebelum ini adik Allahyarham lbrahim Hussein, pelukis negara tersohor yang telah meninggal dunia beberapa tahun lalu dan disusuli Allahyarham Pendeta Prof.Emeritus lsmail Hussein aktivis budaya dan sastera negara yang telah meninggal dunia juga beberapa bulan lalu.

Saya terasa amat sedih lantaran apa yang saya masih ingat; suatu masa dahulu DRH pernah berhajat mahu membuat penyelidikan ke atas karya-karyanya  cereka prosanya (cepen dan novel) di peringkat master dan PhD. Tetapi lantaran masalah ketiadaan penyelia, saya telah beralih ke arah penyelidikan di bidang psikologi sastera yang mengkaji aspek-aspek batini dalam puisi-puisi Melayu/Malaysia.Saya  kagum dengan novel 'lnterlok' yang telah menyerlahkan gagasan Satu Malaysia sewal tahun-tahun 1970-an lalu.Gaya penceritaannya yang lebih ke arah pendekatan journalisme atau gaya kewartawanan membuat pembaca mahu terus membaca. Tidak banyak penulis muda sekarang yang kaya pengalaman seperti Abdullah Husain.

INTERLOK yang saya baca sewaktu sekolah menengah rendah dahulu, sehingga kini amat terkesan.Banyak fakta yang bersumberkan  sejarah dan ilmu dipaparkan.Hanya orang yang tidak berilmu dan rasis sahaja yang mempertikaikan segala sumber ilmu yang benar dan betul. saya harap agar generasi kini dan kemudian akan berani membuat penyelidikan ke atas karya-karya SN Abdullah Hussain (Datuk) yang dikatakan telah melangkaui zaman.

Sesuatu yang saya tidak lupakan suara Bung Dollah yang lembut,lunak dan perlahan tetapi jelas ini dan sering mengemukakan pendapat-pendapat dan hujah (seperti juga Allahyarham SN Arena Wati) dalam seminar-seminar Hari Sastera dan hari Puisi lalu masih terngiang-ngiang di cuping saya. Abdullah sering memberitahu bahawa disiplinnya menulis sehari 10 muka kertas dan sentiasa berpakaian kerja dan kemas walaupun berada di rumah amat memberi makna besar akan erti disiplin dan kerja sedikit demi sedikit, lama-lama menjadi 'bukit'.Bagi warga Brunei Darussalam yang mana Abdullah pernah bertugas di DBP Brunei pada tahun-tahun 1980-an tentu ada memori indah yang tersimpan.Apatah lagi, ketika beliau sebagai editor Bahana,DBP Brunei bersama Shawal Rejab (Allahyarham), cerpen saya berjudul 'Dilema Seorang Mahasiswa Tua' telah disiarkan dalam BAHANA pada tahun 1983.

Saya zahirkan salam takziah dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas rohnya dalam kalangan orang beriman. Kaji dan selidiklah novel IMAM sebagai amanat agama yang mahu disampaikan Abdullah lewat novel tersebut.Al-Fatihah.