Maksud Fitnah
- Merendahkan diri seseorang di mata segolongan masyarakat atau
masyarakat umum.
- Menyebabkan seseorang tersebut dicemuh, dihina, dibenci atau dikeji.
- Merosakkan reputasi diri seseorang dalam mana-mana jawatan, profesion
atau perniagaan
- Merosakkan kredibiliti seseorang
Jenis Fitnah
Slander � fitnah dalam bentuk pertuturan atau penyiaran melalui medium komunikasi pendengaran atau penglihatanLibel � fitnah dalam bentuk bahan bercetak seperti akhbar, majalah, buku, gambar, imej, visual
Bentuk Tindakan Fitnah
1. Fitnah JenayahTindakan di bawah Kanun Jenayah (Penal Code) Seksyen 499-502
- Secara amnya, melibatkan fitnah terhadap pegawai kerajaan dalam kapasiti rasminya atau seseorang yang mungkin boleh menjejaskan
ketenteraman awam. - Jika sabit kesalahan, penjara sehingga 2 tahun dan/atau denda
- Hasutan dalam bentuk penerbitan yang menyebabkan kebencian atau mewujudkan kekacauan terhadap pemerintah atau kerajaan
- Menimbulkan rasa tidak puas hati terhadap pemerintahan kerajaan
- Menimbulkan perasaan benci di kalangan kaum di Malaysia
- Jika sabit kesalahan, denda tidak melebihi RM 5,000.00 dan atau penjara sehingga 3 tahun bagi kesalahan pertama dan untuk kesalahan seterusnya , penjara tidak melebihi 5 tahun.
- Tindakan hanya boleh dimulakan oleh kerajaan melalui Peguam Negara dan tidak melalui individu
2. Fitnah Sivil
Tindakan di bawah Akta Fitnah 1957 (Defamation Act)
- Tindakan dimulakan atas kapasiti persendirian.
- Plaintif dalam kes memohon penghakiman dan ganti rugi
- Plaintif mempunyai hak untuk menentukan defendan dalam kesnya.
- Selalunya, dalam kes libel, pihak yang terlibat ialah penulis, editor, penerbit, pencetak, dan kadangkala penjual bahan bercetak tersebut.
- Dalam kes yang melibatkan teknologi maklumat (IT) seperti e-mel, sistem pesanan ringkas (SMS) dan lain-lain, orang yang bertanggungjawab ialah penulis, penyebar dan pembekal maklumat tersebut.
- Ganti Rugi Khas - perkara ini perlu dibuktikan secara khusus oleh
plaintif bahawa kerugian tersebut ditanggung. Butir-butir ganti rugi
mesti diberikan.
- Ganti Rugi Am � Mahkamah selalunya memutuskan perkara ini berdasarkan fakta kes.
- Ganti Rugi Teladan (Exemplary Damages) � harus dituntut
secara khusus dan mahkamah hanya membenarkannya sekiranya mahu menghukum
defendan.
- Ganti Rugi Teruk (Aggravated Damages) � hanya dibenarkan jika kes fitnah tersebut amat serius.
- Sekatan/halangan (Injunction) � ini bertujuan menghalang penerbitan atau pencetakan diteruskan pada masa akan datang.
Memohon Maaf Secara Terbuka � selalunya dalam kes libel, plaintif menuntut agar defendan memohon maaf dengan cara pengiklanan.
Pembelaan
- Justifaksi (justification) � bukannya satu pembelaan yang mudah
kerana defendan harus membuktikan erti perkataan yang didakwa berunsur
fitnah tersebut mempunyai lebih daripada satu maksud.
- Perlindungan (Absolute Privilege) � perkara ini merangkumi prosiding mahkamah, prosiding parlimen dan semua komunikasi rasmi.
- Perlindungan Bersyarat � perkara ini terpakai dalam kes penulis tersebut menyuarakan pendapatnya tanpa niat jahat.
- Komen berpatutan (Fair Comment) � penulisan yang mengandungi fakta dan juga komen yang berpatutan.
- Fitnah yang tidak sengaja � penulis atau penerbit tidak
berniat untuk menerbitkan perkataan fitnah tersebut atau tiada mempunyai
pengetahuan hal keadaan tersebut merupakan atau boleh difahamkan
sebagai fitnah.
- Permintaan maaf dan pembayaran ke dalam mahkamah � perkara ini hanyalah bertujuan mengurangkan ganti rugi.
- Masa yang terbatas (Limitation Act) � tindakan harus
dimulakan oleh plaintif dalam masa 6 tahun dari tarikh penerbitan atau
penulisan atau pertuturan
- Kebenaran daripada plaintif � plaintif sendiri telah membenarkan penulisan tersebut. Misalnya, temu bual, komen.
- Penyebaran secara tidak sengaja (innocent dissemination)
� pembelaan ini adalah untuk perpustakaan, penjualan surat khabar atau
majalah, kedai buku dan lain-lain.
- Penerbitan secara tidak sengaja (innocent publication) � sama seperti fitnah yang tidak disengajakan.
Puisi: FITNAH
fitnah itu
belati menikam
lubuk sanubari
tanpa peduli
jeritan batini
fitnah itu
tusukan duri
onak cakari
mimpi ngeri
nestapa realiti
fitnah itu
busar arjuna
menembusi hati
seksa membara
bertahun sengsara
fitnah itu
racun kalbu
durja derita
siapa peduli
jiwa lara
fitnah itu
serkam api
punah lestari
musnah bestari
membakar diri
fitnah itu
laknat Ilahi
membunuh sesama
saudara sendiri
tamadun insani
DR RAJEE HADI
Nilai N9,
9 Oktober 2017.
Sumber Rujukan : " Undang-Undang Fitnah" oleh Norhafsah Hamid, Peguam Bela & Peguam Cara Tetuan Adam & Co.dibentangkan di Seminar Penerbitan Kebangsaan di DBP pada 20 Mac 2003.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan