SELAMAT HARI GURU
SEKALI GURU TETAP GURU SELAMA-LAMANYA
Judul Buku: TRAVELOG GURU
Tahun Terbitan: 2015 (cetakan pertama)
Penerbit: Penerbitan Awan Prima
ISBN: 978-967-13275-00
Harga: SM RM45.00/ S&S RM48.00/ BD/SD:18.00
Muka Surat: 373 Halaman
TRAVELOG GURU: Sebuah autobiografi Seribu Warna Seribu Makna perlu dibaca oleh setiap guru, pesara guru, bakal guru dan mereka yang bercita-cita menjadi guru termasuk para ibu bapa dan seluruh ahli masyarakat. Buku ini merupakan catatan pengalaman seorang guru (penulis) bermula daripada menerima tawaran mengikuti kursus asas perguruan di maktab perguruan sehinggalah beliau terus menapak dari satu tangga ke satu anak tangga kerjaya dan dalam perjuangan profesion keguruan yang serba mencabar. Dengan aneka pengalaman suka duka, marah, kecewa ,ceria dan hilang harapan, penulis menelusuri dalam kembaranya untuk dikongsi bersama sesuatu yang indah dan lara. Namun segala onak duri dan tona alam telah memberi inspirasi dalam kehidupan yang pelbagai warna dan makna.
SELAMAT HARI GURU
Sdr Shahul Hamid, Dr Haji Rajiee Hadi & Datuk Siva Subramaniam yang turut terlibat sebagai AJK lnduk Hari Guru Peringkat Kebangsaan dalam suatu majlis pelancaran Hari Guru Kebangsaan pada suatu waktu dahulu.
SEKALI GURU TETAP GURU SELAMA-LAMANYA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan