Tertunai telah
anai-anai resah
kembara bertahun
merobek rakus
cengal jati itu
semburan ajaib
seorang suami
memadamkan parasit
yang kian nanar
segala impi
bagaikan jampi
bukan ngeri
nikmat terperi
berhari-hari suburi
manikam jauhari
nestapa jauhi
musnah deritai
tercapai telah
segala mimpi
igauan ngeri
tidak mendatangi
Maha Menyayangi
kepada isteri
mengurnia seadanya
satu persatu
ah,luka suami
berdarah lagi
membasahi balutan
tidak siapa peduli
mahu menyelami
mengambil tahu
dalam parah mandiri
masih menanggungi
lara di ufuk nurani!
RAJIEE HADI,
Anggerik Nilai, N9.
22 April 2018.
HAJI DR. RAJIEE HADI
23 April 2018
22 April 2018
POLITIK
JENUH di sana sini, setiap hari dan setiap waktu kini di Malaysia, orang ramai memperkatakan hal-hal dan isu-isu politik semasa. Apatah lagi menjelang PRU-14, gendang perang pilihan raya mula dicanang dan bergema di setiap pelosok tanah air.
Tetapi tidak ramai yang tahu apa itu politik sebenarnya. Bukan setakat menyebut PH, BN atau Pas dan parti-parti lain sahaja.Sebenarnya politik adalah proses dan cara membuat keputusan untuk sesuatu/sesebuah kumpulan.
Walaupun ia biasanya digunakan bagi merujuk kepada kerajaan, tingkah laku politik juga boleh didapati di sektor korporat,akademik, agama, dan institusi lain. Justeru, sains politik merupakan kajian mengenai tingkah laku politik dan memeriksa kedapatan dan penggunaan kuasa; contohnya keupayaan untuk memaksa kehendak seseorang kepada yang lain (ms.m.wikipedia.org).( Sistem politik Malaysia dalam nota pendek penulis akan datang)
Penulis sungguh amat bertuah kerana semasa berkuliah ijazah pertama di sebuah IPTA tanah air, awal l980-an lalu, kami diwajibkan mengambil kursus Tasawur lslam (selepas itu dinamakan Tamadun lslam) . Kursus ini telah diberikan kepada kami (termasuk kepada pelajar bukan lslam) selama 1-2 jam kredit seminggu. Dan antara bahan kuliah yang kami telaah ialah pemikiran politik lslam Al-Maududi.
Penulis masih ingat, salah seorang pemikir lslam yang penulis sebutkan iaitu Al-Maududi muncul dengan gagasan-gagasan yang sangat besar bagi perkembangan masyarakat lslam.Beliau terkenal dengan pemikiran-pemikiran dan idea-idea tentang kenegaraan. Seringkali semasa berkuliah dan tutorial kami berbahas dan berbincang dengan semangat anak muda matang sambil dikendalikan oleh moderator yang kami hormati Ustaz Haji Abdul Rahim Rafaie.
Yang kami masih ingat, kuliah tersebut banyak mendedahkan kami mengenai biografi Al-Maududi dan bagaimana pemikiran politik lslam Al-Maududi. Para pembaca dan peminat politik lslam boleh telusuri dan menelaah lanjut buku karya Al-Maududi berjudul 'Politik lslam' di perpustakaan awam dan di toko-toko buku berkaitan. Di samping itu boleh merujuk tulisan Rahimah (2005) 'Pandangan Politik Maududi Tentang Negara lslam' (http://repository,usu.ac.id...) . Dalam kolum yang terbatas ini, tidaklah penulis berhasrat mahu mengupasnya secara terperinci.
Sebagai merumuskan nota pendek ini, penulis suka memetik kata-kata pujangga; seorang penyair Jerman (Germany), Bertolt Brecht, (meninggal dunia, 14 0gos 1956, di Berlin Timur).. " Orang buta yang paling teruk ialah buta politik. Dia pekak. tidak nampak dan tidak mengambil bahagian dalam dunia politik. Dia seolah-olah tidak mahu peduli mengenai kos hidup, harga bijirin,harga tepung, harga sewaan,kos perubatan, sedangkan semuanya bergantung kepada keputusan-keputusan politik..".
Selanjutnya Bertolt Brecht menyebut,"..Orang buta politik itu,dia berasa seronok sendiri (syok sendiri) dengan sikapnya yang tidak peduli pasal politik, dan megah mengata dia benci politik.Dia tidak tahu bahawa kedunguan daripada sikap berkecualinya itu menyumbang kepada pelacuran, pengabaian kanak-kanak, kecurian dan yang paling teruk sekali ialah ianya menyumbang kepada korupsi dalam kerajaan dan eksploitasi agensi kerajaan." (DRH)
21 April 2018
PAKATAN HARAPAN: MUTIARA KATA TERAKHIR
SEBELUM hari penamaan calon, penulis telah menerima berbagai-bagai info; pro dan kontra mengenai pelbagai isu, topik, serangan balas membalas dan berbagai-bagai kata motivasi, bersemangat dan tidak kurang juga cercaan dan tohmahan daripada whsapp, viral dan mesej.
Hasil daripada tinjauan rawak, penulis dapat menyimpulkan bahawa kira-kira lebih 68% kini rakyat Malaysia yang layak mengundi mahukan pertukaran dan perubahan dalam pemerintahan negara. Mereka tidak mahu sistem yang mereka anggap kini telah bobrok mengalami kerosakan yang berterusan.
Sementara 25% masih sayangkan dan berasa sentimental dengan parti yang telah memerintah lebih 60 tahun ini. Walaupun mereka tidak setuju tampuk utama yang menerajuinya namun mereka lebih sayang parti yang mendominasi selama ini.
Manakala bakinya tidak sampai 10% masih berdiri di atas pagar, tidak bersikap terbuka, masih menganggap segala-galanya rahsia peribadi dan berada dalam dilema,"diluah mati mati emak, ditelan mati bapa."
Rumusannya penulis kutip intisari majoriti pendapat mereka:
"Menyokong dan mengundi PH suatu iltizam peribadi.lni bukan bermakna tidak lslamik dan putus ukhwah. Di sisi lain, PH ada komitmen rakyat & kemanusiaan sejagat.PH lebih 75% ahlinya lslam dengan memiliki pengalaman paling berharga, mempunyai latar disiplin ilmu duniawi ukhrawi, daya kepemimpinan yang tinggi dan lain-lain yang berbagai-bagai."
(DRH)
20 April 2018
POLITIK PRU 14 : SOALAN ANEKA PILIHAN
SELAIN daripada persepsi, khabar angin, fakta, sumber benar atau palsu, emosi,propaganda, psikologikal dan kemahiran berfikir aras tinggi; kini pelbagai strategi bagi para pakar strategi termasuk para perancang dan kader-kader parti politik mahu menambat hati para penyokong dan bakal-bakal pengundi pada PRU 14 ini di Malaysia.
PRU 14 ini dianggap paling sengit dalam sjarah tanah air selepas 60 tahun kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu (1957) dan Malaysia (1963).
Bermula daripada hipotesis, kini ada yang mengemukakan pelbagai tesis dan analisis bagi menyokong pendapat masing-masing.
Berikut adalah antara contoh soalan propaganda yang penulis kutip berdasarkan viral di antara ratusan bentuk di alam maya (sebahagiannya mengadungi aspek ekonomi, pendidikan, bahasa, kebudayaan & survival). Petikan soalan ini ( dalam bentuk pertanyaan/?) hanyalah sekadar contoh dan bukanlah merupakan pendapat peribadi atau idealisme penulis. lanya sebagai garis panduan dan sampel sahaja. Pembaca berhak bersetuju atau tidak bersetuju.
Penulis tidak bertanggungjawab sekiranya apa jua yang terkandung dalam sampel soalan aneka pilihan ini tidak benar atau benar , mempengaruhi pembaca atau tidak mempengaruhi pembaca atau apa jua kesannya sama ada positif atau negatif.
SUNGGUHPUN JAWAPAN TELAH DITANDA (/) TETAPI PARA PEMBACA TIDAK DIPAKSA BERSETUJU. PILIHLAH JAWAPAN DENGAN SEJUJUR-JUJURNYA HATI ANDA:
1. Presiden parti mnakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew ?
A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO BN✔
2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland status hak milik kekal kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk
judi ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih & Tanjung Pagar kepada Singapura ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985 ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain ?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)✔
8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dengan audit negara mencatat audit yang pening kepala ?
A. UMNO BN ✔
B. PAS
C. DAP
9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Negara Brunei Darussalamberjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO BN✔
10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO BN✔
11. Siapakah yang memberi arahan supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu... ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO BN✔
12. Siapakah yang selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO BN✔
13. Siapakah yang menolak hukum lslam selama ini?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO BN✔
14. Siapakah yang memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu dihapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. BN UMNO✔
15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja -Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja-Raja di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. BN UMNO ✔
16. Siapakah 'membela lembu dalam kondo'?
A. Anwar, PKR
B. Nik Aziz, PAS
C. Sharijat, BN UMNO✔
17. Siapakah yang merasmikan kilang Arak Guinness di Sungai Way pada tahun 1968..
A. PAS
B. DAP C. BN UMNO✔
18. Siapakah yang menukar wang royalti kepada wang ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu daripada tangan BN dalam PRU 1999 ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
19. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
20. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dalam kalangan orang Melayu di Kampung Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
21. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO GERAKAN BN✔
22. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997 ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
23. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
24. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
25. Siapakah yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000. ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
26. Siapakah yang telah memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baharu yang mesra kapitalis dan anti subsidi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
27. Siapakah yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT ? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran.
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
28. Siapakah yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
29. Siapakah pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
30. Siapakah yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU 12 yang telah lalu ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
31. Siapakah yang telah mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu apabila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002 ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
32. Siapakah yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat bantuan biasiswa ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
33. Siapakah yang menukarkan status biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4% ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
34. Siapakah yang mencemarkan bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
35. Siapakah yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan
bandar dan luar bandar semakin melebar ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
36. Siapakah yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti- universiti ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
37. Siapakah yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
38. Siapakah yang menyerah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan dari DUN, Parlimen atau YDPA ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
39. Siapakah yang cuai menjaga tanah air sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
40. Siapakah yang menghapuskan tulisan jawi daripada diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960-an dahulu ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
41. Siapakah yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahirkan militan dan ekstrimis Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
42. Atas alasan itu, siapakah yang menghentikan geran per-kapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu
atau setengahnya berkubur tanpa nesan ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
43. Siapakah yang mencadangkan pelan pembangunan Kampung Baru Kuala Lumpur hingga membuka pemilikan kepada 40% bukan Melayu ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
44. Siapakah yang kekang akta-akta maklumat, AUKU dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
45. Siapakah yang menaikkan harga petrol, diesel dan barangan asas ketika itu Melayu adalah golongan yang miskin di negara ini ?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
46. Siapakah yang mencipta GST membebankan rakyat dengan cukai barangan: ?
1.PAS
2.UMNO✔
3.DAP
47. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ( PEKEMBAR ) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYSIAN NATIONAL ORGANISATION ( UMNO BAHARU )
A. DAP
B. PAS
C. UMNO BN✔
48. Siapakah yang melakukan pengkhianatan kepada rakyat dengan menjadi tongkat bersalut agama dalam usaha untuk menukar kerajaan yang korup sekarang.
A. DAP
B. PAS✔
C. BN
DAP telah bergabung dengan AMANAH, PPBM dan PKR.
Berdiri dengan nama PH (Pakatan Harapan) menggunakan logo PKR.
Letakkan perkara benar DI TEMPAT YANG BERHAK.
(sumber petikan bebas viral alam maya & internet)
KESIMPULANNYA:
Terserahlah kepada kebijaksanaan anda dan para pembaca sekalian mahu menilai dan memilih mana-mana parti yang bersedia membina semula negara ini; seandainya situasi sekarang dianggap bobrok dan mencemaskan untuk menghadapi hari-hari esok dan masa hadapan. (DRH)

18 April 2018
WAKIL RAKYAT
RASULULLAH atau Pesuruh Allah adalah utusan atau wakil bagi umat manusia yang dipilih Allah SWT sebagai khalifah, pemimpin & pendakwah (daie) bagi menyampaikan wahyu yang 'diturunkan' Allah melalui malaikat Jibrail kepadanya untuk disampaikan kepada umat manusia.
Tanggungjawab sebagai khalifah dan pemimpin dalam lslam bukanlah perkara yang dianggap ringan dan mudah. Walhal akan dituntut di akhirat kelak ; bahkan salah satu ketentuan-Nya akan dihisab sama ada hamba-Nya itu akan dihumbankan ke api neraka yang maha dasyat kepanasannya atau dihimpunkan ke dalam alam jannah firdausi bersama para mukmin yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.
Begitulah kepada 'Wakil Rakyat" dalam sesebuah negara demokrasi pascafeudal yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya yang dikawal selia oleh sebuah badan bebas; sebagai pemegang amanah untuk menegakkan keadilan dan kesaksamaan.Mereka yang berada dalam organisasi pemilihan wakil rakyat ini juga tidak terlepas daripada timbang tara Allah SWT pada 'hari perhitungan akhir' kelak.
Kepada wakil rakyat yang selepas dipilih kononnya bergelar 'Yang Berhormat' , 'Ahli Parlimen', 'Ahli Dewan Undangan Negeri' dan sebagainya; beringatlah bahawa pada pasca PRU 14 di Malaysia ini, anda bukanlah lagi ditatang bagaikan minyak yang penuh. Dan ingatlah rakyat tidak lagi membentangkan permaidani merah, dipalu diarak berkompang dan ditabur beras kunyit yang diiringi arakan bunga manggar seperti masa lalu.
Tetapi ingatlah anda sewajarnya mendatangi dengan menyantuni,menghormati dan menyanjungi rakyat/penduduk setempat yang mengundi anda. Justeru.selamat tinggal masa lalu dan usahlah bermimpi bahawa anda sebagai wakil rakyat mahu diri anda dipuja puji seperti sang merak di kayangan!
Apatah lagi rakyat kini telah tahu bahawa anda kini memperoleh gaji dan elaun bulanan yang lumayan serta pencen setelah bersara. Itu belum lagi,memperoleh peluang lebih lumayan bagi anda yang mendapat jawatan kerajaan dan menerajui jawatan tertinggi dalam syarikat-syarikat GLC kerajaan dan swasta serta agensi-agensi kerajaan. Justeru tiada sebab anda bersikap tamak membesarkan tembolok anda lagi dengan membaham juga rasuah! Keadaan ini berbeza dengan wakil-wakil rakyat sebelum 1980-an, selepas pascamerdeka dahulu yang hanya mendapat belas ehsan sumbangan elaun seadanya sahaja.
Oleh itu wakil rakyat yang akan menjalankan amanah dan tanggungjawab sudah semestinya tidak rasuah bahkan benci rasuah dan mengutamakan kebajikan rakyat. Usah mengelak dengan seribu alasan helah bela diri. Zaman madah berhelah sudah berlalu.
Sekiranya wakil rakyat itu berkelulusan pengajian lslam Syariah dan pernah menjadi peguam syarie; tidak ada sebab jika orang awam dalam kawasannya mahu bertanya atau mahu mendapat khidmat nasihat hal-hal kekeluargaan lslam yang berkaitan perundangan lslam. Tetapi apa yang terjadi, wakil rakyat tersebut mahu mengelaknya.
Kes mahu mengelakkan diri ini pernah terjadi ke atas seorang wakil rakyat dari parti berjenama agama yang pengundinya tahu dia berkelulusan syariah. Dan situasi ini boleh menjerat diri wakil rakyat seperti itu. Semoga kes 'lari daripada tanggungjawab' tidak terjadi lagi. Begitu juga sekiranya wakil rakyat tersebut pernah terlibat dalam bidang keguruan; maka bukan mustahil andainya dia tidak boleh membantu memberi jalan bagi anak-anak para pengundinya yang mahu melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS dan seumpamanya.
Seperkara lagi yang amat mustahak; sikap lupa diri, sombong, bongkak dan lupa daratan; ;baik kepada wakil rakyat tersebut, isteri atau ahli keluarganya. Kes ini pernah terjadi ke atas seorang wakil rakyat (statusnya hingga mencapai tahap jawatan menteri)..apabila beberapa hari menang kali pertama PRU sebagai Ahli Parlimen.
Seorang 'think tank' yang bertindak sebagai 'Mr Mind' semasa kempen dan bersama berkumpul 'berkampung' dengan ahli keluarga wakil rakyat tersebut berasa amat jengkel dan kecewa apabila selepas beberapa hari PRU beliau menelefon dan memperkenalkan diri kepada si isteri wakil rakyat yang dibantunya. Tetapi dengan angkuh si isteri menjawab selamba tidak mengenalinya dengan pelbagai alasan kesibukan. Kesudahannya beberapa tahun kemudian, wakil rakyat tersebut tidak terpilih lagi; dan kini beliau termangu sendirian menjalani sisa kehidupan sebagai 'pesara sepi'.
Sebenarnya terlalu banyak kes yang mahu penulis dedahkan bersandarkan pengalaman yang penulis temui sendiri. Tetapi contoh dua kes, memadailah sebagai peringatan bahawa langit tidak selalunya indah dan bila-bila masa mendung lara akan menyelubungi alam ini.. (DRH)
![]() |
| Penulis di lmpiana Hotel, Morib, SDE 14 April 2018 |
Tanggungjawab sebagai khalifah dan pemimpin dalam lslam bukanlah perkara yang dianggap ringan dan mudah. Walhal akan dituntut di akhirat kelak ; bahkan salah satu ketentuan-Nya akan dihisab sama ada hamba-Nya itu akan dihumbankan ke api neraka yang maha dasyat kepanasannya atau dihimpunkan ke dalam alam jannah firdausi bersama para mukmin yang beriman dan bertakwa kepada-Nya.
Tetapi ingatlah anda sewajarnya mendatangi dengan menyantuni,menghormati dan menyanjungi rakyat/penduduk setempat yang mengundi anda. Justeru.selamat tinggal masa lalu dan usahlah bermimpi bahawa anda sebagai wakil rakyat mahu diri anda dipuja puji seperti sang merak di kayangan!
Apatah lagi rakyat kini telah tahu bahawa anda kini memperoleh gaji dan elaun bulanan yang lumayan serta pencen setelah bersara. Itu belum lagi,memperoleh peluang lebih lumayan bagi anda yang mendapat jawatan kerajaan dan menerajui jawatan tertinggi dalam syarikat-syarikat GLC kerajaan dan swasta serta agensi-agensi kerajaan. Justeru tiada sebab anda bersikap tamak membesarkan tembolok anda lagi dengan membaham juga rasuah! Keadaan ini berbeza dengan wakil-wakil rakyat sebelum 1980-an, selepas pascamerdeka dahulu yang hanya mendapat belas ehsan sumbangan elaun seadanya sahaja.
Sekiranya wakil rakyat itu berkelulusan pengajian lslam Syariah dan pernah menjadi peguam syarie; tidak ada sebab jika orang awam dalam kawasannya mahu bertanya atau mahu mendapat khidmat nasihat hal-hal kekeluargaan lslam yang berkaitan perundangan lslam. Tetapi apa yang terjadi, wakil rakyat tersebut mahu mengelaknya.
Kes mahu mengelakkan diri ini pernah terjadi ke atas seorang wakil rakyat dari parti berjenama agama yang pengundinya tahu dia berkelulusan syariah. Dan situasi ini boleh menjerat diri wakil rakyat seperti itu. Semoga kes 'lari daripada tanggungjawab' tidak terjadi lagi. Begitu juga sekiranya wakil rakyat tersebut pernah terlibat dalam bidang keguruan; maka bukan mustahil andainya dia tidak boleh membantu memberi jalan bagi anak-anak para pengundinya yang mahu melanjutkan pelajaran ke IPTA atau IPTS dan seumpamanya.
Seperkara lagi yang amat mustahak; sikap lupa diri, sombong, bongkak dan lupa daratan; ;baik kepada wakil rakyat tersebut, isteri atau ahli keluarganya. Kes ini pernah terjadi ke atas seorang wakil rakyat (statusnya hingga mencapai tahap jawatan menteri)..apabila beberapa hari menang kali pertama PRU sebagai Ahli Parlimen.
Seorang 'think tank' yang bertindak sebagai 'Mr Mind' semasa kempen dan bersama berkumpul 'berkampung' dengan ahli keluarga wakil rakyat tersebut berasa amat jengkel dan kecewa apabila selepas beberapa hari PRU beliau menelefon dan memperkenalkan diri kepada si isteri wakil rakyat yang dibantunya. Tetapi dengan angkuh si isteri menjawab selamba tidak mengenalinya dengan pelbagai alasan kesibukan. Kesudahannya beberapa tahun kemudian, wakil rakyat tersebut tidak terpilih lagi; dan kini beliau termangu sendirian menjalani sisa kehidupan sebagai 'pesara sepi'.
Sebenarnya terlalu banyak kes yang mahu penulis dedahkan bersandarkan pengalaman yang penulis temui sendiri. Tetapi contoh dua kes, memadailah sebagai peringatan bahawa langit tidak selalunya indah dan bila-bila masa mendung lara akan menyelubungi alam ini.. (DRH)
17 April 2018
SPR...oh.. SPR
SPR atau Suruhanjaya Pilihan Raya (EC) adalah salah satu agensi kerajaan di bawah JPM yang begitu popular saat-saat menjelang musim pilihan raya. Suatu ketika dahulu nama-nama seperti Datuk Harun Din (bukan Allahyarham Datuk Dr Haron Din) , Datuk Abdul Rashid bin Abdul Rahman (kini Tan Sri) begitu sinonim dengan SPR. Rata-ratanya;ahli-ahli SPR terutama yang berjawatan tertinggi adalah bekas pegawai-pegawai kanan PTD yang telah bersara dalam perkhidmatan awam kerajaan.
SPR menyelia,mengelola dan bertanggunjawab dalam urusan pilihan raya di Malaysia yang telah ditetapkan dalam Perkara 114- Perlembagaan Malaysia. Pengerusi SPR sekarang Tan Sri Mohd.Hashim Abdullah yang menggantikan Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada 24 Januari 2016.
Penulis sukacita mahu berkongsi pengalaman dan cerita semasa menjadi Ketua Pegawai SPR@ Ketua Pusat Pos Mengundi di sebuah pos mengundi besar & 'panas' dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada PRU ke-8 pada hari Ahad 21 Oktober 1990. Pada ketika itu usia penulis baharu menjangkau awal 30-an.Walaupun sibuk sedang menyiapkan tesis akhir M.A di UKM secara separuh masa; tetapi itu bukan halangan utama. Pengalaman itu ditempuhi dan perlu digapai sendiri.
![]() |
| Pusat Mengundi |
Sebagai anak muda pada usia matang; penulis banyak terkesan dek banyak membaca buku-buku psikologi, pengurusan, kepemimpinan dan sains sosial. Semasa di bangku persekolahan, penulis tidak banyak kesempatan dan juga tidak dapat diberi ruang dan peluang untuk menjadi pemimpin. Apabila penulis meninggalkan alam kolej dan memulakan kerjaya; penulis sentiasa bersedia turun padang untuk menguji praktik apa yang dibaca dan dipelajari ke alam gelanggang realiti.
Sebab itu di dunia kerjaya sebagai guru muda; penulis bersedia menjadi Setiausaha PIBG, ketua pemimpin pasukan pengakap, ketua rumah sukan, ketua panitia mata pelajaran dan sebagainya. Selain itu, penulis bergerak aktif dalam NGO tempatan.
Dan apabila kita ada keberanian untuk menguji daya kepemimpinan kita maka natijahnya amat berguna. lnilah pengalaman sebenarnya. Sebab itu kita sering menemui ada sesetengah individu semasa di alam persekolahan aktif dalam berpersatuan tetapi apabila di alam kerjaya dan dewasa situasi jauh berbeza....terbalik!
Berbalik kepada pokok cerita hubung kaitnya dengan SPR; penulis sendiri "cuba" mempraktikkan ilmu kepemimpinan pada tugasan yang amat penting demi negara. Tidak lebih dua minggu sebelum tarikh PRU (penulis tidak pasti, mungkin tidak lebih satu bulan), penulis dilantik menjadi Ketua Pos Mengundi SPR dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Ibu Pejabat SPR "menyerahkan" tanggungjawab mengurus dan mengelola urusan pilihan raya dengan mengwujudkan urus setia SPR di setiap negeri. Penulis sudah tentulah di bawah kawal selia SPR Wilayah Persekutuan. Apabila surat perlantikan diterima secara rasmi, suatu taklimat diberikan kepada ketua-ketua pos dan para pegawai dan petugas di peti-peti undi.
Sabar menunggu giliran untuk mengundi
Sebagai anak muda yang mahu mengotakan apa yang dikata; tentulah penulis teruji dan teruja mahu membuktikan sifat-sifat atau ciri-ciri seorang ketua yang berwibawa, berintegriti, berdisiplin, beramanah, dinamik, tegas, dan cekap. Yang sebenarnya; diri kitalah yang menguji ciri-ciri tersebut ada atau tidak dalam diri kita. Dan kita sedia tahu, Allah Maha Melihat segalanya!.
Walaupun surat perlantikan tidak menyebut secara jelas berhubung dengan cuti tanpa rekod (kerana penulis bertugas lebih 8 jam pada hari cuti mingguan/offday), bayaran elaun, elaun lebih masa dan sebagainya namun penulis tidak mengambil keutamaan hak-hak tersebut kerana lebih mengutamakan berkhidmat untuk negara.
Sebelum tiba kedatangan hari mengundi, penulis telah sedia memberi taklimat akhir kepada para petugas peti undi yang diketuai penulis. Para petugas seingat penulis, tidak kurang 25 orang yang terdiri para penjawat awam daripada pelbagai lapisan usia, pangkat dan gender. Penulis menyedari ada di antara petugas lebih senior daripada penulis, justeru penulis dengan berambut rapi dan kemas telah mengenakan 'bush-jacket' bagi menunjukkan kewibawaan dan ketrampilan yang matang.
Walaupun lucu apabila dikenang-kenangkan pada hari ini tetapi itulah hakikatnya. Penulis telah sedia menempah dua pasang bush-jacket untuk digunakan pada hari PRU (ketka tahun 1990-an, suit ini memiliki prestij tersendiri). Sebelum hari PRU penulis juga telah membuat kaji selidik dan tinjauan kawasan-kawasan yang di bawah tanggungjawab seorang ketua. Maklumlah, tidak seperti zaman sekarang segalanya boleh dirujuk melalui google dan yahoo.
Sebelum waktu subuh, pada hari Ahad 21 Oktober 1990 penulis telah bertolak dari rumah di Seri Kembangan, Selangor kira-kira jam 4.15 pagi menuju Kuala Lumpur. Kira-kira jam 5 pagi penulis sampai di stadium yang menempatkan segala dokumen rasmi dan peti-peti undi yang menurut khabarnya baharu diangkut pindah dari balai polis yang berdekatan. Penulis merasakan diri ini sebagai Pegawai SPR tetap kerana rasa kebertanggungjawaban itu amat tinggi. Apatah lagi mengetahui bahawa tidak ada "kerajaan sebenar" ketika itu. Penulis diberitahu, tempoh tersebut hanya SPR yang bagaikan dianggap seperti "kerajaan sementara yang memegang amanah".
Selepas segala prosedur dipatuhi, penulis pun membawa segala peralatan SPR dengan berkereta sendiri ke peti mengundi dengan memegang amanah/integriti & 'tanggung sendiri'. Prosedur seperti ini juga pernah penulis lalui ketika menjadi Ketua Pengawas peperiksaan pusat SRP/PMR & SPM serta penguji/ pemeriksa peperiksaan lisan dan bertulis SPM & STPM.Oleh itu penulis tidaklah rasa sesuatu yang janggal.
Selepas menunaikan solat subuh di sebuah masjid berdekatan dan bersarapan pagi, penulis membawa segala peralatan SPR ke Pusat Mengundi seawal jam 7.00 pagi. Apabila tiba beberapa orang petugas melaporkan diri, penulis telah membuka segala dokumen SPR dengan bersaksikan tidak kurang 2-3 petugas rasmi. Sebelum jam 9.00 pagi semua persiapan di dewan dan bilik-bilik mengundi serta para petugas telah bersedia dengan siap siaga. Penulis gembira kerana hampir semua petugas di bawah kendalian penulis, mematuhi prosedur & arahan sebagaimana yang disebutkan dalam buku log panduan SPR.
![]() |
| Warga emas tanpa mengira warna kulit setia menunggu giliran menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih |
Sebenarnya ada beberapa kes yang menguji ketegasan dan kecekapan penulis sebagai ketua pos pusat mengundi. Ada seorang pegawai polis berpangkat tinggi cuba masuk tanpa izin ke dalam kawasan pusat mengundi (telah ada notis kawasan larangan masuk tanpa kebenaran). Penulis diberitahu oleh rakan petugas di luar dewan (kerana penulis sedang sibuk bertugas dalam dewan utama). Penulis lalu bergegas dan datang menghampiri pegawai polis tersebut dan bertegas mengarahkannya keluar jika tiada apa jua urusan rasmi/kecemasan.
Pegawai polis tersebut akur; mematuhi arahan penulis. Begitu juga ada ejen-ejen parti yang datang menemui penulis mohon izin agar bakal pengundi yang diiringinya tiada membawa I.C (Kad Pengenalan asal) cuma salinan fotostat dibenarkan mengundi, Penulis bertegas juga tidak membenarkannya dan mencadangkan mereka pulang mengambil I.C asal. Ada juga penulis terpaksa "mengusir" orang-orang politik termasuk VIP/VVIP yang cuba "memancing" dalam kawasan larangan..Mereka sewajarnya faham..waktu berkempen telah pun tamat ketika itu tepat jam 12 malam 20 Oktober 1990.
Sehingga tamat waktu mengundi (tidak pasti 4.00 petang atau 5.00 petang) pada hari itu, penulis dan rakan petugas telah membungkus ,mempateri,& mengunci segala peti/tong kertas undian dan segala dokumen untuk dibawa ke pusat pengiraan utama sebelum jam 7.00 petang dengan selamatnya tanpa sebarang sabotaj dan prejudis. Dipendekkan cerita; jika ada "cerita kongkalikong" di kawasan/wilayah lain ,penulis tidak mahu komen. Sebab itu pada hari ini, jika SPR "dituduh dan dikecam" tidak telus dan sikap berpihak, penulis berasa amat kecewa. Sekali air bah, sekali pantai berubah.
Namun penulis juga ada 'terasa hati' dengan "SPR Wilayah Persekutuan" kerana sikap tidak peduli penulis rela bertugas pada hari cuti, hari Ahad dan sikap sambil lewa SPR Wilayah Persekutuan yang tidak memberi atau lambat memberi surat perakuan cuti tanpa rekod; dan penulis hanya mendengar arahan lisan, maka penulis pun 'bercuti' pada hari lsnin 22 Oktober 1990. Adakah penulis telah "dikhianati" tidak dimaklumkan hanya Allah yang Maha Mengetahui.
Apabila penulis mahu memperoleh ganjaran/imbuhan persaraan, rupa-rupanya dalam catatan buku perkhidmatan penulis tertera pada tarikh tersebut (lsnin ,22.10.1990) dicatat 'CUTI TANPA GAJI' yang bermakna pada waktu perkiraannya dikira penulis telah 'kehilangan satu bulan gaji akhir'. Walaupun penulis membujuk diri lantaran zaman telah berlalu tetapi apa yang penulis mahu agar nasib begini tidak menimpa insan/penjawat lain. Dan harapan penulis agar SPR lebih profesional dan tidak memandang sebelah mata setiap isu yang dibangkitkan oleh rakyat atau setiap individu.
Justeru, apakah penulis tidak berkorban demi negara tercinta? (DRH)
10 April 2018
TUAH -JEBAT DALAM PRU-14
![]() |
| Ilustrasi Hang Tuah |
BERIKUT intisari petikan dialog (telah diubahsuaikan oleh penulis) bersandarkan buku pegangan "Sejarah Melayu" (Tun Seri Lanang) , "Sejarah Melayu"(susunan Shealabear) dan Hikayat Hang Tuah oleh A.Samad Ahmad:
"Tuah..Tuah oh Tuah..alangkah moleknya...Abang Tuah dan Jebat berpadu tenaga menumbangkan dan menghapuskan Sultan Melaka yang zalim ini.."
"Apakan daya adindaku Jebat...Tangan Tuah ini telah terikat dengan kesetiaan tidak berbelah bahagi. Dan pantang anak Melayu durhaka.."
" Cis Tuah...selama ini hamba memperjuangkan ketidakadilan & kezaliman baginda Sultan ke atas rakyat sahayanya.lnilah satu-satunya peluang untuk kita bersatu, berpadu tenaga, jasad dan jiwa Tuah..."
![]() |
| Pertikaman Sengit Tuah - Jebat |
BEGITULAH sedutan daripada lipatan sejarah silam.Tuah berjaya membunuh Jebat. Jebat pejuang ketidakadilan akhirnya mati dibunuh sahabat karibnya Tuah, yang bagaikan saudara kandung. Kesetiaan Tuah yang membabi buta, adalah kemenangan peribadi di pihak sang penguasa. Tetapi pemerintah yang zalim (sultan) terus berkuasa, bersifat tamak haloba, mengumpulkan kekayaan harta & mementingkan nafsu dunia.
KESUDAHANNYA, Melaka dan empayar kesultanannya (Nation State) jatuh kalah ditewaskan kuasa asing! lnilah analogi yang diterjemahkan daripada metafora & simile "kisah Sultan Melaka (pemerintah), Tuah ( parti berjenama agama yang dikatakan "bersekongkol" secara tidak rasmi dengan parti pemerintah) dan Jebat (pakatan baharu yang berpaksikan suara rakyat)" yang menghadapi PRU 14 ini dengan pertandingan amat sengit dalam sejarah selepas 60 tahun kemerdekaan negara. Dan bukan mustahil masa hadapan rakyat akan cerah atau punah. Dan apakah akan berulang sejarah dua zaman? (DRH)
Langgan:
Catatan (Atom)