SAYA anak jati kelahiran Serom,Muar,Johor. Bersandarkan susur-galur sebelah bapa saya keturunan daripada Penghulu Latis, penghulu terkenal di Mukim Temiang dalam daerah Muar yang luas itu maka saya adalah salah seorang cicit-piutnya. Penghulu Latis adalah salah seorang penghulu terkenal yang bersama Temenggung lsmail telah menandatangani peristiharan bersama menyokong kepemimpinan Maharaja Abu Bakar Johor pada tahun 1877. Tambahan pula saudara sebelah bapa saya, Abdul Samad Arifin pernah menjadi ADUN Jorak. Manakala Abdul Ghani Othman (bekas MB Johor) adalah ADUN Serom.Justeru, tidak salah jika saya juga boleh mewarisi semangat kepemimpinan moyang saya yang terdahulu.
Pada mulanya saya berhasrat mahu bertanding sebagai calon bebas di DUN Serom atau Parlimen Ledang dalam Negeri Johor Darul Takzim. Apakah iltizam dan gagasan yang saya kemukakan di belakang tabir nanti ? Apakah pelan pembangunan insan dan fizikal yang akan diketengahkan untuk para pengundi di DUN Serom atau parlimen Ledang?
Pada mulanya saya berhasrat mahu bertanding sebagai calon bebas di DUN Serom atau Parlimen Ledang dalam Negeri Johor Darul Takzim. Apakah iltizam dan gagasan yang saya kemukakan di belakang tabir nanti ? Apakah pelan pembangunan insan dan fizikal yang akan diketengahkan untuk para pengundi di DUN Serom atau parlimen Ledang?
Pembabitan saya dalam Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan beberapa organisasi dalam pertubuhan sosial, persuratan dan kebudayaan, persatuan profesional dan kesatuan sekerja masa lalu banyak meyakinkan saya.Apatah lagi, andainya saya bertanding sebagai calon Bebas tidak menyalahi mana-mana atau menyakiti pertubuhan lain.Lagipun keahlian saya dalam sebuah pertubuhan politik ketika zaman belia lalu tidak saya perbaharui.
Setelah pertubuhan tersebut berdaftar baru, saya masih membisu hingga kini. Lantaran pada masa lalu saya seakan ‘merajuk’ apabila ketetapan dalam Perintah Am Kerajaan bahawa kakitangan kerajaan kumpulan A tidak boleh terbabit dalam politik kepartian. Mujur situasi sekarang telah berubah namun saya tetap diam membisu. Saya fikir adalah lebih adil saya sebagai penjawat awam yang berintegriti sewajarnya tidak memihak, bersikap neutral tetapi masih meneruskan salam perjuangan!
Walau bagaimanapun bak kata pepatah, ‘sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia’. Justeru saya mula terfikir adakah generasi yang berusia 40 ke atas di kawasan parlimen Ledang, Johor masih mengenali saya yang suatu ketika pernah menjadi Guru Penolong Terlatih selama hampir enam tahun di Sekolah Menengah Bukit Gambir (SMBG),Muar, 1978-1983? Jika pun ada generasi ketika itu sekarang; rata-ratanya mereka memegang ketua cawangan UMNO atau parti lain di parlimen Ledang khususnya di Bukit Gambir yang mana adalah generasi anak-anak murid saya..
Semangat guru-guru lepasan SITC (Maktab Perguruan Sultan ldris,Tanjung Malim, kini UPSI) yang memegang organisasi politik di kawasan kampung saya pada zaman itu begitu berakar umbi. Ketika tahun-tahun 1970-an dan 1980-an golongan guru begitu berpengaruh dalam kepemimpinan masyarakat setempat. Mereka adalah akal budi dan kepemimpinan melalui teladan bagi penduduk kampung.Saya yakin semangat menghormati golongan guru masih sebati walaupun generasi lama kian menghilang di mayapada ini.
Selepas itu, saya meneruskan pengajian ijazah lanjutan, master dan PhD saya banyak menumpukan bidang penulisan sebagai wadah perjuangan.Sebagai pengisian ilmu saya juga sering menghadiri berbagai-bagai simposium,konvensyen dan seminar; baik di peringkat nasional mahupun antara bangsa. Saya juga terpaksa kembara meninggalkan kampung halaman bagi menimba ilmu dan pengalaman dalam kehidupan baik di kota dalam negara mahupun terpaksa merantau ke luar negara.
Dengan rendah hati, bagi saya setiap pintu masuk dan penghujung kampung-kampung dalam parlimen Ledang seperti di Serom,Sungai Mati, Rawang, Parit Bunga,Tanjung Gading,Kampung Pantai Layang, Kampung Belemang,Tanjung Agas, Bukit Gambir,Sengkang, Kampung Hang Tuah, Kampung Melepang, Kampung Termil,Kampung Bekoh, Ladang Sagil, Kampung Sagil, Balai Polis Sagil,Ladang Air Panas,Ladang Sagil,Ladang Bukit Serampang, Kampung Melayu Raya, Kampung Banjar dan Kampung Seri Jaya Serom Lapan adalah laluan saya berbasikal semasa awal remaja.
Di kawasan Bukit Gambir, Kampung Parit Kasan, Kampung Parit Jarum Darat,Kampung Parit Jarum Laut dan Kampung Haji ldris telah saya telusuri pada zaman saya memantau para pelajar saya di SMBG dahulu. Selain itu Kampung Meranti Sundai,Kampung Simpang Lima,Kampung Sawah Ring, Parit Kangkar,Pulau Penarik, Sungai Senduk, Kampung Teluk Rimba, Kampung Kesang Tasik dan lain-lain lagi adalah 'padang permaianan yang nostalgik sejak zaman kanak-kanak dan remaja'. Adakah pada hari penamaan calon, pada hari itu, Sabtu 20 April 2013 saya akan muncul di pusat penamaan calon bagi menyerahkan borang pencalonan SPR? lnilah yang menjadi tanda tanya.
Sebenarnya desas-desus teropong dan info yang saya terima dari jauh dan dekat, yang datang ; ada jua rasa tidak puas hati di kalangan para pengundi di DUN Serom dan DUN Gambir. DUN Tangkak tidak menjadi masalah.MCA mewakili kaum Cina sudah menjadi tradisi sekian lama. Jika DAP berjaya merampas DUN Tangkak, masyarakat Tionghua masih diwakili kaumnya juga.Ada suara yang mengatakan calon DUN Serom yang diketengahkan sekarang mempunyai pertalian persaudaraan dengan Abdul Ghani 0thman (Dato’) .Ada suara pengundi UMNO tempatan mahukan 'orang Serom 3' Muhammad Bakar (Pengarah Jasa Johor?). Manakala di kawasan lain mahukan calon mereka juga.
Di kerusi DUN Gambir sudah dua penggal orang MIC (PRU 11 & 12) menjadi wakil rakyat kepada 80% pengundi Melayu. Walhal pengundi lndia di DUN Gambir cuma 3% sahaja.Adakah situasi begini sesuai pada PRU 13 atau pada masa-masa akan datang? Adakah para penduduk Bukit Gambir mahukan seorang lslam menjadi wakilnya? Ada logiknya, apabila majlis berkaitan agama lslam DUN Gambir yang lalu tidak dapat duduk dalam saf atau jemaah dalam masjid.Terserahlah kepada para pengundi DUN Gambir akan datang adakah minda yang bijaksana digunakan pada PRU 13 lalu.
Sebagai pemikir dan penganalisis politik tanah air, saya
sering juga memikirkan mengenai sesuatu isu penting di peringkat nasional.
Terfikir oleh saya, alangkah moleknya Barisan Nasional (BN) atau Pakatan Rakyat
(PR) patut menyebut dalam akujanji atau manifesto masing-masing bagaimana mahu
membendung kemasukan menggila pendatang asing ke negara kita. Kemasukan
pendatang asing ke Malaysia ada yang dikategorikan pendatang tanpa izin/haram
(PATI), pendatang tanpa permit, pendatang menyalahgunakan pas lawatan
sosial dan pendatang yang menyalahi peraturan-peraturan lain imigresen.
BN sebagai kerajaan yang memerintah lebih 55 tahun sepatutnya ada pelan pembangunan yang terkawal dan tidak amat bergantung kepada pendatang asing.
Mencontohi Singapura negara maju yang membangun era 1970-an adalah wajar. Singapura telah 'menghalau atau mengusir' pekerja-pekerja asing yang membanjiri republik itu suatu ketika dahulu. Apabila negara tersebut tidak lagi bergantung sangat kepada pekerja asing separuh mahir maka Singapura dapat membendung pelbagai gejala sosial yang kita sedia maklum.
Kini difahamkan jika kita meninjau di beberapa lokasi hospital kerajaan contohnya Hospital Serdang, Selangor , saban hari akan adanya kelahiran anak-anak pekerja lndonesia, Vietnam, Myanmar, lndia, Bangladesh, Filipina bahkan Afrika! Itu hanya contoh kelahiran di sebuah hospital. Dan bagaimana pula kelahiran di luar hospital dan seumpamanya?
Saya seringkali bertanya dalam
diri saya; tidakkah ini memberi impak masalah dan beban sosial pada masa akan
datang.? Bak kata seorang teman; bukan mustahil pula 20-30 tahun akan
datang pendatang asing contohnya pendatang Vietnam ini akan
menzahirkan tanpa segan-silu keperluan bahasa Vietnam akan
diajukan pula di sekolah-sekolah rendah kerajaan dan macam-macam perkara yang
bukan mustahil kelak.
Justeru adalah bukan cerita lawak jika dikatakan pendatang asing kini telah 'menawan' negara kita dari Langkawi hingga ke Johor Bahru dan dari Perlis hingga ke Sabah.
Pendatang Myanmar yang tidak
kita sedar kehadiran mereka kian ramai sudah pun ditangkap di Kuala Lumpur dan
di Johor Bahru. Itu belum termasuk pendatang asing yang lain. Mereka kini bebas
ke mana-mana. Seolah-olah mereka telah ‘menawan’ negara kita .Bahkan ada
syarikat yang menggunakan pendatang asing termasuk pati bekerja di sektor yang
menyalahi undang-undang.
Oleh itu penggunaan frasa
'menawan' bagaikan mereka sudah 'menguasai kita' sehingga
jabatan penguat kuasa pun tidak begitu berkesan lagi menangani pelbagai karenah
jenayah mereka. Di Kuala Lumpur umpamanya, Datuk Bandar mengakui penguat kuasa
Dewan Banda Raya Kuala Lumpur (DBKL) tidak mampu mengambil tindakan terhadap
pendatang asing yang berniaga di gerai-gerai, pasar awam dan sebagainya. Ini
baru kesalahan kecil yang belum lagi termasuk jenayah besar dan
sofistikated.
Maka negara kita yang aman
makmur dan sikap kita yang suka berbudi dan 'tak kisah apa nak jadi',
mengundang berbagai-bagai kategori pendatang dari seluruh dunia. Dan kita dapati
semakin hari semakin galak kehadiran dan jumlahnya makin bertambah.
Pelbagai berita jenayah oleh
pendatang yang serius tersiar dalam media elektronik dan media cetak hampir
setiap hari bagaikan sudah menjadi semacam fiksyen hiburan.
lsunya kini dalam
kempen-kempen PRU 13; baik BN mahupun PR adakah mana-mana pihak mahu
membangkitkan isu membendung kebanjiran pendatang asing ini? Apakah isu seperti
ini tidak disedari oleh parti-parti politik yang bertanding? Adakah pihak
berkenaan tidak menyedari bahawa ini boleh memberi banyak kredit
patriotik kepada parti mereka pada masa berkempen sekarang? Persoalan-persoalan
ini sering menghantui jauh ke dasar sanubari saya.
Berbalik kepada isu pokok, adakah saya akan bertanding sebagai calon Bebas bagi kerusi DUN Serom atau dan parlimen Ledang?Adakah kisah saya mahu bertanding hanya sendaloka dan gimik politik setempat? Dan adakah hanya retorika lawak cerita politik semasa yang diterjemahkan kepada kenyataan? Apapun situasi kesihatan dan kepanjangan akal adalah pengukur yang terbaik pada saat-saat kita telah melewati zaman dan telah bertemu pelbagai teman. Carilah sahabat yang boleh menjadi ubat! Ingatlah ini impian politik masa silam saya dan cuma gimik pada PRU 13 yang lalu. Dan tidak mungkin lagi pada PRU akan datang (14,15 dan seterusnya). Saya bukan lagi jambatan buatnya! (oleh Dr Haji Rajiee Hadi: BERSAMBUNG)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan