oleh RAJIEE HADI
NAMA-NAMA penulis guru yang seangkatan saya (sekadar menyebut beberapa nama) antaranya Nawawee Mohammad,Aripin Said, Wan A.Rafar, Azmi Yusoff, Ami Masra, Lim Swee Tin, Leo AWS, Darma Mohammad, Mamat lbrahim,Awang Abdullah, Abham TR,Wan Zahari Ali , Daeng Ramliakil dan lain-lain lagi.Kebetulan pula rata-ratanya terbabit dalam penulisan puisi. Kemudian apabila saya menyelenggarakan antologi cerpen ‘Bumi Hijau’ (Marwilis Publisher & Distributor Sdn.Bhd.,1990) karya mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM, kini Universiti Putra Malaysia) era 1980-an saya telah mengumpulkan beberapa nama penulis guru yang ada; di antaranya telah mencipta nama di persada kesusasteraan tanah air seperti Jais Sahok, Rahmat Ghazali, Omar Mamat,Marzuki Nyak Abdullah, Abdullah Sani Yahya (Lahsani), Nordin Yatim dan Zulkifli Abu.
NAMA-NAMA penulis guru yang seangkatan saya (sekadar menyebut beberapa nama) antaranya Nawawee Mohammad,Aripin Said, Wan A.Rafar, Azmi Yusoff, Ami Masra, Lim Swee Tin, Leo AWS, Darma Mohammad, Mamat lbrahim,Awang Abdullah, Abham TR,Wan Zahari Ali , Daeng Ramliakil dan lain-lain lagi.Kebetulan pula rata-ratanya terbabit dalam penulisan puisi. Kemudian apabila saya menyelenggarakan antologi cerpen ‘Bumi Hijau’ (Marwilis Publisher & Distributor Sdn.Bhd.,1990) karya mahasiswa Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Pertanian Malaysia (UPM, kini Universiti Putra Malaysia) era 1980-an saya telah mengumpulkan beberapa nama penulis guru yang ada; di antaranya telah mencipta nama di persada kesusasteraan tanah air seperti Jais Sahok, Rahmat Ghazali, Omar Mamat,Marzuki Nyak Abdullah, Abdullah Sani Yahya (Lahsani), Nordin Yatim dan Zulkifli Abu.
Kemudian terbit pula antologi puisi
‘Guru oh Guru’ (DBP,1989) selenggaraan Zam lsmailyang diterbitkan dan dilancarkan
sempena pelancaran Hari Guru peringkat kebangsaan pada tahun 1989 yang turut
juga membariskan sejumlah penulis/penyair
mapan kaum guru yang terdiri di antaranya A.Wahab Ali, Jihaty Abadi,
Rejab F.l, Adi Badiozaman Tuah, Ahmad Sarju, Kemala,Sabar Bohari, Sharif
Putera,Shafie Abu Bakar,Zam lsmail,Ahmad Razali, S.Panit Mahaya
Mohd.Yassin,Rajiee Hadi, Ami Masra,lsmail Haji Adnan (Isbiha) dan sebagainya.
SN Usman Awang walaupun bukan seorang guru tetapi keakrabannya dengan
golongan guru bagaikan sinonim dengan jiwanya yang penyayang, romantis dan
dedikasi. Usman Awang menyelam hati guru dan mendedahkan sifat sempurna guru
kepada semua; terutama mereka yang pernah menjadi muridnya.Bahkan Sasterawan
Negara Usman Awang ini begitu prihatin
dan tafsiran semangat yang menjiwai puisinya ‘Guru Oh Guru’ ini menyerlahkan
peranan dan sumbangan golongan guruterhadap
perkembangan tamadun bangsa dan nusa.
Puisi istimewa ini mengingatkan saya juga kepada seorang pesara guru yang
juga seorang sasterawan iaitu Haji lsmail bin Zamzam atau lebih dikenali dengan
nama pena Zam lsmail . Dalam kerjaya keguruannya, Zam lsmail tidak dinafikan
lagi telah memberi sumbangan kepada dunia pendidikan negara sehinggalah beliau
memperoleh pengiktirafan tertinggi sebagai ‘Tokoh Guru Kebangsaan’ yang
disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
pada sambutan Hari Guru 15 Mei 2004 di Stadium Melawati,Shah Alam,Selangor
Darul Ehsan.
Pada tahun tersebut saya masih menjadi AJK lnduk Hari Guru peringkat kebangsaan
dan turut meraikan majlis makan malam bersama para peserta delegasi termasuk
beliau di sebuah hotel ternama di Sunway Pyramid, Subang Jaya.Dalam sejarah
perkembangan kegiatan penulisan negeri
Johor Darul Takzim, Zam lsmail adalah Ketua Satu Persatuan Penulis Johor (PPJ)
yang diasaskannya bersama teman-teman penulis lain pada tahun 1966.
Beliau mula memegang jawatan Ketua Satu PPJ mulai tahun 1967 hingga 1969.
Dua tahun kemudian, beliau dipilih semula menjadi Ketua Satu pada tahun 1973
hingga l984.lni bermakna beliau memegang jawatan Ketua Satu PPJ selama 14
tahun. Kini beliau adalah penasihat tetap PPJ.Apa yang menariknya, saya menjadi
ahli PPJ pada tahun 1978 sewaktu beliau menjawat Ketua Satu PPJ.Yang manisnya,
Zam lsmail banyak mendorong dan menyokong saya untuk terus maju dalam bidang
penulisan, akademik dan kerjaya.
Sewaktu ketika saya pernah merajuk,kecewa dan patah hati kerana sikap
segelintir ahli yang seakan-akan cemburu dengan kehadiran penulis muda seperti
saya pada waktu itu.Namun beliau optimis dan positif lalu telah memilih saya
bagi menggantikan beliau sebagai
penceramah berkaitan penulisan puisi pada suatu majlis bicara puisi di Johor
Baharu .Dalam suratnya beliau menyatakan begitu yakin dengan kemampuan dan
kebolehan saya dan percaya bahawa saya tidak akan memalukan nama baik PPJ.
Alhamdulillah, saya berjaya melaksnakan tanggungjawab tersebut dengan
jayanya.Haji Mas’ud Abdul Rahman yang menjadi setiausaha PPJ pada masa itu
telah mengiringi dan menemani saya sepanjang majlis tersebut berlangsung. Pada tahun 1979 saya,Zam lsmail, Aris Tahir, Dzulkurnain lthnain,
A.Kadir Bawok, Haji Jurimi, Said Jamhari,lnzura Haji Kosnin dan beberapa nama
lagi telah terpilih mewakili PPJ bersama delegasi GAPENA ke Pertemuan
Sasterawan Nusantara ke-2 di Taman lsmail Marzuki, Jakarta, lndonesia.
Dalam antologi ‘Guru oh Guru’ selenggaraan Zam lsmail ini, dua buah sajak
saya telah turut terpilih untuk dimuatkan. Usman Awang yangmerakamkan penghargaan tinggi kepada
golongan guru menerusi puisinya, ‘Guru Oh Guru’ dalam bait-bait indahnya
mengungkap sebagaimana berikut:
GURU OH GURU
Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan
guruku tercinta)
Dialah
pemberi paling setia
Tiap
akar ilmu miliknya
Pelita
dan lampu segala
Untuk
manusia sebelum menjadi dewasa.
Dialah
ibu dialah bapa juga sahabat
Alur
kesetiaan mengaliran nasihat
Pemimpin
yang ditauliahkan segala umat
Seribu
tahun katanya menjadi hikmat.
Jika
hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika
hari ini Raja menaiki tahta
Jika
hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika
hari ini seorang ulama yang mulia
Jika
hari ini seorang peguam menang bicara
Jika
hari ini seorang penulis terkemuka
Jika
hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya
dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan
lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di
mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di
sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di
bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia
adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin
terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin
bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah
apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi
yang diapungkan di dulang ilmu
Penggilan
keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.
Nukilan Allahyarham SN
Dato’ Dr. Usman Awang, 1979.
(Dipetik daripada buku
antologi Guru oh Guru yang diselenggaraan oleh Zam Ismail terbitan Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur, 1989)
Justeru
apabila menelusuri perkembangan penulis guru dalam kesusasteraan Melayu moden,
tidak dapat tidak,kita tidak akan boleh melupakan nama Abdullah bin Abdul
Kadir. Abdullah yang dikenali sebagai Abdullah Munsyi atau Munsyi Abdullah
(Guru/Pendeta Bahasa) telah diiktiraf sebagai pelopor kesusasteraan Melayu
moden lantaran beliau telah memulakan
penulisan corak baru yang menyimpang daripada tradisi sebelumnya. Tulisan
Munsyi Abdullah tidaklah lagi berkisar istana, tidak mengandungi mitos dan
legenda,tidak terbina atas khayalan melulu dan yang paling ketara tulisan
beliau telah berhenti mengagung-agungkan golongan istana dan bangsawan.
Selain
itu Abdullah meninggalkan ungkapan-ungkapan tradisional seperti talibun yang
sering diulang-ulang untuk melukiskan sesuatu gambaran. Beliau juga menggunakan
ganti nama diri aku atau ku yang menjelaskan sifat keakuan dan
sifat bertanggungjawab terhadap karya yang dihasilkan. Genre-genre baru yang
diterokai beliau ialah autobiografi dan memoir.Walau bagaimanapun, masih
terdapat ciri-ciri sastera Melayu tradisional dalam karyanya seperti Hikayat
Abdullah dan Hikayat Pelayaran Abdullah ke Kelantan.Di samping itu,
lenggang-lenggok bahasa yang digunakan oleh beliau masih terikut-ikut dengan
bahasa yang terdapat dalam Sejarah Melayu.
Ekoran
daripada bentuk asas kesusasteraan Melayu Moden yang dikarang oleh Munsyi
Abdullah menjadi pegangan para pengarang
selepas beliau pada tahun-tahun 1860-an dan seterusnya. Pengaruh luar dan
teknologi moden telah menyebabkan terhasil dan tersebar karya sastera dalam
bahasa Melayu. Pendidikan (tidak
kira sistem Barat atau sistem Timur Tengah) telah mempertingkatkan kadar kenal
huruf. Selain itu kedapatan pelajar-pelajar Melayu terpengaruh dengan
bahan-bahan bacaan dari luar sama ada dari Barat mahupun Timur Tengah.
Fenomena ini telah mendorong
mereka yang kreatif melahirkan karya-karya sendiri.Karya-karya yang dimaksudkan
itu tersiar dalam akhbar dan majalah yang tumbuh akibat kemasukan teknologi
percetakan.Apabila syarikat-syarikat percetakan didirikan, genre-genre sastera
seperti novel dicetak dalam bentuk buku. Pada era sebelum Perang Dunia Kedua,
lahir akhbar, majalah, novel, cerpen dan sajak sepertiJawi Peranakan
(1876) yang merupakan akhbar terawal yang diterbitkan di Singapura. Antara
akhbar-akhbar terawal lainyang telah
diterbitkan di Tanah Melayu ialah Sekolah Melayu (1883) dan Bintang
Timur (1894). Menjelang tahun-tahun 1900 hingga 1920, muncul akhbar-akhbar
seperti Utusan Melayu, Neracha, dan Lembaga Malaya.Pada dekad
seterusnya muncul pula Warta Malaya, Majlis, Warta Ahad, dan Warta
Jenaka.Selain penulis guru, penulis agama dan penulis wartawan banyak
mewarnai perkembangan penulisan di media cetak ketika itu.
Selain berita tempatan dan luar
negeri, akhbar juga menyiarkan rencana berbentuk nasihat, politik dan
sosioekonomi orang Melayu serta karya sastera seperti cerpen, novel bersiri dan
sajak. Antara pengarang-pengarang yang aktif menyumbangkan karya mereka di
dalam akhbar pada masa itu .Majalah-majalah yang muncul sebelum Perang Dunia
Kedua ialah al-Imam (1906), Pengasuh (1918), dan Majalah Guru
( Majalah Guru (1924) telah memainkan peranan penting dalam pertumbuhan
dan perkembangan puisi Melayu Moden. Majalah ini menyiarkan sajak yang ditulis
oleh penulis/.penyair guru tersohor sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan seperti Punggok, Harun Aminurrashid, Embong Yahya (Ngumba) dan
Abdullah Sidek.
Semasa saya belajar sejarah perkembangan kesusasteraan
Melayu moden di bangkutingkatan enam (1973) di Sekolah Dato Sri Amar DiRaja
Muar (SDAD) dalam subjek Bahasa Malaysia 2 (ketika itu belum lahir subjek
Kesusasteraan Melayu peringkat prinsipal yang berasingan) Cikgu Maimon Abdul
Rahman bersungguh-sungguh meminta kami menyalin nota yang bersangkutan dengan
penulis-penulis kaum guru yang mana ujarnya golongan ini telah memainkan
peranan penting dalam sejarah perkembangan penulisan prosa dan puisi Melayu.
Menurut Cikgu
Maimon lagi penulis guru ialah
golongan yang bekerja
sebagai guru dan
secara sambilan menghasilkan
karya sastera.
Mereka
dilatih di
Maktab Perguruan Sultan Idris
(SITC/MPSI), Tanjung Malim, Perak. Di maktab itu mereka terdorong untuk menulis kerana kewujudan badan yang bersifat
bahasa dan sastera,
iaitu Pejabat Karang Mengarang. Mereka menghasilkan karya untuk
membawa masyarakat ke arah kemajuan dan mengubah cara berfikir
orang Melayu.
Kesedaran demikian
timbul kerana dipengaruhi idea penulis
agama dan karya-karya
dari Indonesia.
Tokoh-tokoh penulis guru ialah Harun Muhammad Amin (Harun Aminurrashid), Abdullah Sidek, Ahmad Bakhtiar, Ahmad Murad Nassaruddin, dan Za’ba. Za’ba merupakan orang Melayu yang pertama memperkatakan persuratan Melayu moden di dalam Journal of Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) seperti Recent Malay Literature (1941).Harun Aminurrashid telah menghasilkan novel sulung ‘Melur Kuala Lumpur’ pada tahun 1930. Kemudian diikutiAbdullah Sidek ‘Bercinta Yang Tak Berfaedah’tahun 1932, Ahmad Bakhtiar ‘Rahsia Seorang Gadis’ 1936 dan Ahmad Murad Nassaruddin ‘Nasib Mertua’ 1937.
Tokoh-tokoh penulis guru ialah Harun Muhammad Amin (Harun Aminurrashid), Abdullah Sidek, Ahmad Bakhtiar, Ahmad Murad Nassaruddin, dan Za’ba. Za’ba merupakan orang Melayu yang pertama memperkatakan persuratan Melayu moden di dalam Journal of Malayan Branch of the Royal Asiatic Society (JMBRAS) seperti Recent Malay Literature (1941).Harun Aminurrashid telah menghasilkan novel sulung ‘Melur Kuala Lumpur’ pada tahun 1930. Kemudian diikutiAbdullah Sidek ‘Bercinta Yang Tak Berfaedah’tahun 1932, Ahmad Bakhtiar ‘Rahsia Seorang Gadis’ 1936 dan Ahmad Murad Nassaruddin ‘Nasib Mertua’ 1937.
Dalam penulisan puisi puisi moden
atau sajak Cikgu Maimon memberitahu kami
bahawa penyair Punggok telah menjadi pelopornya. Sajak pertama yang beliau
hasilkan berjudul Di Tengah Segara yang disiarkan dalam Majalah Gurukeluaran
bulan Disember 1933. Tahun-tahun berikutnya muncul beberapa orang penulis yang
menyumbangkan sajak mereka di dalam majalah dan akhbar mingguan.Antaranya
termasuklah Kasmani Haji Arif, Nata, Danial Din, Mohammad Yusof Awang, Ahmad
Din bin Idris, Abu Samah, Mualim, dan Yusof Arshad.
Kesemuanya merupakan guru lepasan
Maktab Perguruan Sultan Idris.Oleh sebab itu, penyair guru memainkan peranan
penting dalam penulisan sajak dari tahun 1933 hingga 1941.Sajak-sajak sebelum
perang disiarkan di dalam majalah dan akhbar mingguan.Majalah Gurumenjadi
pelopor dalam penyiaran sajak. Media
lain ialah Idaman, Sarjana, Warta Ahad, dan Warta Jenaka.
Pada pendapat saya, sejarah
perkembangan kesusasteraan Melayu wajar dimuatkan semula dalam kurikulum
Kesusasteraan Melayu moden kini. Bersandarkan pengalaman pembelajaran saya di sekolah
dahulu dan pengajaran guru saya, Cikgu Maimon maka saya dapat merasakan
keakrabannya subjek tersebut ke dalam diri dan jiwa saya.
Dalam erti kata yang lain, saya
merasakan unsur penghayatan dapat diterapkan andainya para pelajar itu sendiri
didedahkan dengan sejarah dan susur-galur perkembangansubjek itu di samping
mengetahui selok belok proses penciptaan kreatifnya dan mengetahui serba
sedikit latar diri penulisnya.
Dari titik
tolak itulah saya teringat penyair Kemala yang juga anak didik Suluh Budiman/SITC/MPSI
yang terserlah dalam sejarah perpuisian tanah air selepas mencapai kemerdekaan.
Paling kurang pun, para pelajar Kesusasteraan Melayu yang mengetahui serba
sedikit mengenai Kemala akan terbetik di jiwa mereka kuntuman motivasi yang
membara untuk maju dan terus maju dalam bidang yang diceburinya.
Guru boleh
menggunakan Kemala sebagai subjek bagi menampilkan contoh kejayaan seorang
penulis guru. Apatah lagi sasterawan dan penyair- eseis Kemala atau nama
penuhnya Dato Dr Ahmad Kamal bin Abdullah, 72 tahun (2013) telah dinobatkan
sebagai pemenang Anugerah Sasterawan Negara (ASN) ke-11. Kemala ialah penyair tersohor tanah air yang telah
mengabdikan diri dalam dunia penulisan khususnya puisi lebih daripada 40 tahun.
Kemala anak kelahiran Gombak, Selangor Darul Ehsan,
guru sekolah rendah hingga mencapai tahap seorang pegawai penyelidik di DBP lantaran
kegigihannya menimba ilmu meraih dari satu ijazah ke satu ijazah hingga
memperoleh ijazah kedoktoran (Doktor Falsafah).Kini saya difahamkan bahawa Kemala ialah Sarjana
Tamu di UPM Serdang.
Seingat saya, jika tidak silap, saya pernah bertemu Kemala pada tahun 1998 sewaktu saya dan beliau bersama-sama menuju ke dewan seminar pengajian siswazah di Fakulti Kemasyarakatan dan Kemanusiaan UKM. Pada waktu itu saya dan Kemala sama-sama sebagai siswa calon PhD di UKM.Saya kagum dengan kegigihan dan kesungguhannya sebagai seorang mahasiswa walupun sebagai calon separuh masa dan senior.Begitulah antara lintasan pemerhatian sayake atas Kemala yang gigih bukan setakat sebagai seorang penulis-penyair tetapi sebagai seorang peneliti, penganalisis, aktivis dan pengkritik kesusasteraan Melayu yang berwibawa.
Saya amat berbangga dengan Kemala daripada seorang guru biasa lepasan MPSI /SITC beliau terus meniti dan menapak mengikut arus zaman khususnya dalam zaman ledakan teknologi maklumat. Beliau juga terus berkarya di alam siber dan membentang kertas kerja tanpa mengenal usia.Yang nyata, karya-karya beliau baik dalam puisi atau genre lain bukan sahaja memiliki nilai-nilai esteteika bahasa; bahkan turut menyuarakan keluh-kesah dan suara hati golongan marhaen dan rakyat terbanyak.Jikalaulah Kemala memiliki kriteria dan syarat-syarat dalam pencalonan tokoh guru negeri atau kebangsaan maka saya tidak teragak-agak juga mahu mengesyorkan agar beliau juga boleh dicalonkan sebagai Tokoh Guru; tidak kiralah sama ada peringkat negeri atau kebangsaan.Kemala adalah contoh dan ikon sebuah kejayaan anak semua bangsa.
Seingat saya, jika tidak silap, saya pernah bertemu Kemala pada tahun 1998 sewaktu saya dan beliau bersama-sama menuju ke dewan seminar pengajian siswazah di Fakulti Kemasyarakatan dan Kemanusiaan UKM. Pada waktu itu saya dan Kemala sama-sama sebagai siswa calon PhD di UKM.Saya kagum dengan kegigihan dan kesungguhannya sebagai seorang mahasiswa walupun sebagai calon separuh masa dan senior.Begitulah antara lintasan pemerhatian sayake atas Kemala yang gigih bukan setakat sebagai seorang penulis-penyair tetapi sebagai seorang peneliti, penganalisis, aktivis dan pengkritik kesusasteraan Melayu yang berwibawa.
Saya amat berbangga dengan Kemala daripada seorang guru biasa lepasan MPSI /SITC beliau terus meniti dan menapak mengikut arus zaman khususnya dalam zaman ledakan teknologi maklumat. Beliau juga terus berkarya di alam siber dan membentang kertas kerja tanpa mengenal usia.Yang nyata, karya-karya beliau baik dalam puisi atau genre lain bukan sahaja memiliki nilai-nilai esteteika bahasa; bahkan turut menyuarakan keluh-kesah dan suara hati golongan marhaen dan rakyat terbanyak.Jikalaulah Kemala memiliki kriteria dan syarat-syarat dalam pencalonan tokoh guru negeri atau kebangsaan maka saya tidak teragak-agak juga mahu mengesyorkan agar beliau juga boleh dicalonkan sebagai Tokoh Guru; tidak kiralah sama ada peringkat negeri atau kebangsaan.Kemala adalah contoh dan ikon sebuah kejayaan anak semua bangsa.
Sebagaimana yang telah saya ceritakan dalam bab terawal mengenai
penglibatan saya dalam bidang penulisan iaitu apabila saya bersahabat rapat
dengan rakan sejawat, Mokhtar Yusoff (Zahmy) di Sekolah Menengah Bukit Gambir
(SMBG) Muar tahun 1978 dan terbabit secara aktif sebagai AJK Kegiatan Persatuan
Penulis Johor (PPJ) daerah Muar maka banyak pendedahan yang saya perolehi. Saya
dipilih bersama Mohd. lsnin Tawaf, Razak Mamat (Allahyarham), Dzulkurnain
lthnain, Md.lshak Abdul Rahman dan Hamdan Raja Abdullah mengikuti bengkel penulisan kreatif cerpen
dan novel di Rumah Rehat Tanjung Emas, Muar,Johor pada tahun 1980 anjuran
DBP-PPJ di bawah bimbingan Hashim Awang,
Anwar Ridhwan dan Hamzah Hamdani. Hasil daripada bengkel mingguan tersebut
sebuah antologi cerpen bersama kami berjudul ‘Selatan’ telah diterbitkan oleh
DBP tahun 1983.Antologi ini diselenggarakan oleh Anwar Ridhwan (kini SN Datuk
Dr.) dan Hamzah Hamdani.
Saya juga berpeluang mengikuti bengkel penulisan berita dan rencana anjuran
bersama Berita Harian/NST dan PPJ di
Batu Pahat Johor pada tahun 1979.Saya masih ingat; antara peserta yang bersama
berbengkel ialah Aris Tahir, Mokhtar Yusof,Said Jamhari,Amat Mat Top dan
Jamaluddin pembantu Toko Buku Manaf Muar. Semasa itu Abdu Manaf Semo pemberita
sambilan yang terkenal di Muar tidak turut serta kerana beliau menganggotai
Persatuan Peminat Bahasa Melayu Melayu
Muar (PPBMM).
Bengkel tersebut dibimbing oleh Tokoh Wartawan Negara Tan Sri A.Samad
lsmail, Datuk Ahmad Sebi Bakar dan
dibantu beberapa wartawan Berita Harian biro selatan.Kenangan yang tidak dapat
saya lupakan sehingga kini ialah wartawan Berita Harian ketika itu Radzi Mustaffa yang berpejabat di
biro Muar terpaksa mencari sendiri alamat ‘Rumah Seribu Bintang, Tanjung Agas,
Muar’ iatu rumah saya, iaitu sebuah banglo sederhana yang saya sewa ketika baru
berumahtangga yang terletak bersebelahan jeti penambang lama di pinggir Sungai
Muar yang banyak membibit nostalgia bagi
warga Muar sekitar tahun 1960-an dahulu.
Sebelum itu saya lebih awal menerima surat rasmi bertarikh 15 Oktober 1981 daripada A.Samad
Said pengarang Warta Tebrau (WT) yang mengundang saya menyumbangkan rencana,
karya-karya kreatif dan berita semasa untuk WT yang baru dilancarkan di Johor
pada 26 November 1981. Ekoran daripada itu, saya dan teman-teman PPJ Muar telah
bertemu A.Samad Said dan Maarof Mohd.Noh (penyunting WT) di Muar bagi mendapat
kesepakatan dan kerjasama untuk turut menghidupkan WT iaitu satu-satunya akhbar
tabloid milik NST untuk bacaan harian bagi warga selatan Semenanjung.
Dan kisah Radzi Mustaffa yang
menyerahkan sendiri surat perlantikan rasmi saya sebagai stringer dan pemberita
sambilan Berita Harian mulai 11 Februari 1983 dan terpaksa berkali-kali memberi
salam kerana semua tingkap rumah tertutup tetap menjadi kenangan yang
melucukan..Saya mohon maaf kerana lambat
membuka pintu kerana kami tertidur pada siang hari.Saya tersenyum mengenangkan
Radzi yang berpeluh-peluh mencari rumah saya sambil mengusik, ‘Mana seribu
bintangnya? Puas saya cari rumah yang ada bintang-bintang. Mana yang ada seribu
bintang ‘tu?”Tanpa menjawab, saya hanya tersenyum dengan penuh makna.(oleh Dr Haji Rajiee Hadi)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan