HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

9 Februari 2016

CONTOH SURAT PERJANJIAN SEWA BELI KERETA KAEDAH SAMBUNG BAYAR

BACA SYARAT-SYARAT DI BAWAH:

1.Hakcipta@DRH Consultans & Services DAN Syarikat AWAN PRIMA (002413917-D) (Nota: Setiap perkataan,frasa dan terma dalam contoh di bawah adalah bersifat peribadi tidak terikat dengan mana-mana pihak,individu dan perundangan negara.Penulis/Blogger hanya bertujuan menunjukkan CONTOH laras bahasa perundangan dalam bahasa kebangsaan.Semua terma di bawah adalah dengan persetujuan dan pemakluman semua pihak termasuk pembiaya kewangan/bank/syarikat kewangan dengan persetujuan bersama dan tidak mnyalahi atau melanggari Akta Sewa Beli dan Akta JPJ. Jika tiada persetujuan semua pihak terbabit maka  contoh perjanjian ini tidak boleh diguna pakai..Tidak ada unsur paksaan atau apa jua kepentingan yang bersifat keuntungan material.Penulis/Blogger tidak bertanggungjawab apa jua risiko,kerugian atau pertelingkahan. 

2.Mengutip BAHAN di bawah dalam bentuk apa jua pun sama ada secara fotokopi, 'copy n paste' dan dalam apa jua bentuk pun sama ada secara elektronik atau sebaliknya ADALAH SUATU KESALAHAN dari segi Akta Hakcipta, Akta SKMM, Akta Bank Negara Malaysia dan juga Akta Sewa Beli dan Akta JPJ kecuali dengan kebenaran yang dinyatakan di bawah.

3.Sekiranya mahu mengutip/mengambil/fotokopi dan sebagainya bahan berikut maka adalah WAJIB memasukkan secara IKHLAS,JUJUR dan SUKARELA wang/bank in ke dalam akaun BSN no.1000141-00001008-6 (Pn.Nor) sebanyak RM50/ (Ringgit Malaysia Lima Puluh Sahaja) sebagai sedekah/infaq/bayaran caj sukarela bagi setiap SATU SALINAN tanpa sebarang ikat janji. Wang yang telah bank-in tidak boleh dipulangkan atau dituntut semula. Semoga sumbangan wang Tuan/Puan mendapat barakah dan tidak ditimpa sebarang musibah pada kemudian hari kelak. 

4.Sebanyak 10% wang sumbangan Tuan/Puan akan didermakan kepada Tabung Anak-Anak Yatim.

5. Bagi urusan rasmi ;  setelah dokumen siap diisi dan disempurnakan sila dapat pengesahan daripada Pesuruhjaya Sumpah atau Pengesahan Majistret Mahkamah dan Pejabat Setem Hasil LHDN.
6.Terima kasih.


_________________________________________________________________________________



SURAT PERJANJIAN JUAL BELI KERETA KAEDAH SAMBUNG BAYAR

1.         BAHAWASANYA surat perjanjian ini diperbuat pada Tahun:..........Bulan:....................Haribulan.........ANTARA.......................................................................................................No.K/P:......................................Beralamat:..........................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................yang selepas ini dikenali sebagai Penjual atau Penyewa Sewa Beli Pertama atau Penama Pertama sahaja

DENGAN............................................................................................................................ No.K/P:.......................................Beralamat:..........................................................................................................................................................................................................................yang selepas ini dikenali sebagai Pembeli atau Penyewa Sewa Beli Kedua atau Bakal Penama Kedua sahaja.

2.         PENJUAL sesungguhnya bersetuju 'menjual' kereta motor No.Pendaftaran......... jenis ......................................... (keterangan butiran kereta berdasarkan salinan geran/sijil pendaftaran kereta cabutan daripada Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia yang dilampirkan bersama ini) dengan cara kaedah sambung bayar kepada Bahagian Pinjaman ...........................mulai tarikh/bulan: ............................................. dengan bayaran bulanan amaun:RM........................(Ringgit Malaysia......................................................................... ..........................................................................sehingga bayaran ansuran bulanan selesai pada tarikh:...........................................................

3.         PENJUAL hendaklah masih bertanggungjawab mengambil dan menyerahkan SURAT PELEPASAN setelah selesai bayaran sehingga tiada sebarang baki dan tunggakan daripada .................................. dan menyerahkan kepada PEMBELI untuk sama-sama bertanggungjawab dalam urusan pertukaran nama daripada penama PENJUAL kepada nama PEMBELI di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia.

4.         PEMBELI hendaklah bertanggungjawab membayar baki bulanan setiap bulan mulai tarikh yang dipersetujui di atas (tanpa sebarang tunggakan) sehinggalah ke tarikh akhir selesai tanpa baki dan tunggakan sebagaimana yang telah dipersetujui di atas.

5.         PEMBELI wajib membayar kos Cukai Jalan Tahunan dan insuran yang berkaitan (masih menggunakan nama PENJUAL) sehingga melunasi hutang bayaran ansuran bulanan dan seterusnya atas penama PEMBELI setelah hak milik pertukaran nama dibuat.

6.         PEMBELI hendaklah berrtanggungjawab atas apa jua perkara yang berkaitan dengan saman kereta dan keselamatan kereta , kondisi kereta bahagian luar dan dalam kereta, kondisi enjin kereta dan semua yang berkaitan dari semasa ke semasa.

7.         PENJUAL kereta tidak dibenarkan/dilarang sama sekali menuntut semula kereta sama ada ketika ansuran bulanan sedang berjalan dan setelah selesai ansuran bulanan.PEMBELI tidak dibenarkan/dilarang sama sekali memulangkan kereta kepada PENJUAL ketika ansuran sedang berjalan dan setelah selesai pembayaran.Terma PERJANJIAN ini mengandaikan TIDAK ADA masalah berbangkit setelah perjanjian ditandantangani dan dipersetujui bersama.


DENGAN ini kami mengesahkan bahawa terma-terma di atas telah kami persetujui bersama. Pihak PENJUAL dan PEMBELI hendaklah saling bekerjasama dan mematuhi terma-terma yang disebutkan dan dinyatakan di atas tanpa sebarang prasangka dan tanpa sebarang tuntutan. Atas persetujuan ini kami perturunkan tanda tangan di bawah:



PENJUAL                                                                 PEMBELI



.................................................                         …………..................................................
(                                                 )                        (                                                             ) 
Nama:                                                                  Nama:
No: K/P:                                                              No. K/P:                                                     

SAKSI 1:



Nama dan KP:                                              



 SAKSI 2:


 Nama dan KP:


Cop Pengesahan:



24 ulasan:

  1. Kalau nak buat surat perjanjian yg simple utk kerjasama dua org membuka gerai makan bgmana pula? thnx Dr

    BalasPadam
  2. Boleh. Bayaran konsultasi murah sahaja RM 500 . Email dr_rajieehadi@yahoo.com

    BalasPadam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum Dr,saya nak bertanya,Kaedah sambung bayar dengan bahagian pinjaman..............tempat kosong tu apa ye?.
    Lagi 1 nak tanya,kena cop pesuruhjaya sumpah kan?

    BalasPadam
  5. laku ke perjanjian ni kalo ada hal berbangkit atau dibawa ke mahakamah dsbgainya?

    BalasPadam
  6. apa yang dimaksudkan dengan surat pelepasan?

    BalasPadam
  7. Dr, yang bahagian ini saya tak faham "SURAT PELEPASAN setelah selesai bayaran sehingga tiada sebarang baki dan tunggakan daripada .................................." tempat kosong itu untuk apa ya? mohon penjelasan Dr.

    BalasPadam
  8. brapa salinan perjanjian yg diperlukan?

    BalasPadam
  9. Sekiranya pembeli gagal membayar bulanan melebihi 2 bulan apa tindakan penjual blh buat?

    BalasPadam
  10. Surat perlepasan hak milik hire purchase dari pemilik hire purchase (bank)

    BalasPadam
  11. Saya masukkan no account di BSN , keluar nama lelaki

    BalasPadam
  12. Soalan 1:hak c pembeli kepada c penjual,dmana c penjual telah tipu muslihat dimana surat perjanjian tidak lengkap dn 1 tahun kemudian c penjual mengambil balik kenderaan tersbut sdgkn c pembeli msih beruursan dgn bank tetapi pada msa yang sama c penjual telh mengmbil balik tnpa pngethuan c pembeli..jdi persoalannya apa kah yang septutnya tindakn yang diambil oleh pembeli kepada c penjual?mbon jelaskn

    BalasPadam
  13. Jadi adakah semua yang dbuat oleh c penjual itu benar atau salah?sedangkn c pembeli masih mempunyai hak kepada kenderaan tersbut?dmNa c pembeli telah mnggunakn kenderaan trsbut dalam 1 tahun yang lalu tiba2 c penjual telah membuat masalah dn mngmbil kenderaan trsb! Jdi nk pnjelasan apa yg hrus dlakukan c pembeli kpda c penjual?

    BalasPadam
  14. No.Akaun peribadi saya:
    Nama; Rajiee bin Abdul Hadi.
    TABUNG HAJI: 63050-10029-45997.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dahulu saya tetapkan RM500/ tetapi sekarang terserahlah tuan/puan sendiri. (DRH).

      Padam
  15. Macam mana nak berurusan lanjut dgn pihak tuan?...

    BalasPadam
  16. Sape boleh uruskan utk sambung bayr superbike..pm sy 0126398302

    BalasPadam
  17. NAK BUAT SURAT SAMBUNG BAYAR KENDERAAN SILA WS SAYA. 0136499618

    BalasPadam
  18. Saye nak tye cop pengesahan cop ape ye...

    BalasPadam
  19. boleh ka kita buat sambung bayar sedang kan kita bukan pemilik kenderaan ,selagi bayaran penuh belum di buat kenderaan tersebut adalah milik bank ,agremment perlu dari bank ,,,surat ni boleh di guna pakai ka? kalau ada masalah di belakang hari kelak???

    BalasPadam
  20. Nk tnye..jika surat jual beli kenderaan sudah disain oleh penjual dan pembeli..surat itu sah dan boleh dijadikan bukti x?jika ade ahli keluarga penjual nk menuntut balik kenderaan tersebut selepas jual beli selesai .

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidah dah Dari segi undang undang. Agreement sambung bayar tidak boleh Dan tidak sah. Mahkamah akan berpihak ke pemilik sebenar kenderaan. Penjual Dan pembeli boleh ditangkap atas urusan illegal Sebab pemilik Masih lagi ber status penamaan atas kenderaan. Rugi je beli sambung bayar. Nanti bersangkut kes polis. Tolong baca berita.

      Padam