Di hadapan khalayak penulis Malaysia hari ini terdapat pelbagai kegiatan dengan pelbagai nama dan bentuk program yang diadakan oleh badan-badan, warga atau kelompok penulis tanah air dari masa ke semasa sepanjang tahun. Semua kegiatan itu mempunyai matlamat dan tujuan yang sama, iaitu untuk memasyarakatkan sastera Melayu dalam kalangan massa.
Program itu antaranya, Pertemuan Sasterawan Nusantara, Pertemuan Penyair Nusantara, Ziarah Karyawan, Pengucapan Puisi Kuala Lumpur, Kuala Leterary Festival, Forum Penyair ASEAN, Sidang Kemuncak Penulis Malaysia, Malam Baca Puisi PENA, ITBM, DBP, GAPENA, Baca Puisi Sedunia, Baca Puisi Madrasah Seni, Baca Puisi Riong Malam Puisi Ramadhan,, Mencari Nur Ramadhan, Moreh Puisi Dinihari, Borakbuku, Kata Pengarang Kata Pembaca, Bicara Karya Penulis, Dialog Orang Muda, Himpunan Karyawan Sarawak, Pulara, Maskara, Numera, E-Sastera, BeTA dan beberapa lagi dengan pelbagai seminar dan pembentangan kertas kerja tentang sastera.
Program-program tersebut dirancakkan lagi dengan majlis-majlis penyampaian hadiah sayembara dan anugerah; Hadiah Sastera Perdana, Hadiah Sastera Utusan, HESCOM, anugerah sastera negeri-negeri; Terengganu, Pahang, Johor, Kelantan, Kedah, Sabah dan Sarawak, dan pelbagai jenis bengkel dalam pelbagai genre penulisan serta pelbagai kegiatan menghidupkan majlis-majlis deklamsi sajak, .bengkel-bengkelan dan kursus.
Sebahagian besar acara tersebut berlangsung di sekitar Lembah Kelang dengan dokongan dan sokongan badan-badan berkaitan seperti DBP, Utusan Melayu, GAPENA, PENA dan ITBM yang saling mendokong meneruskan tradisi menyemarakkan kemajuan sastera tanah air. Manakala beberapa peristiwa sastera di negeri-negeri Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang di luar luar Kuala Lumpur mendapat sokongan kerajaan-kerajaan negeri berkenaan.
Hal ini merupakan suatu bentuk pengisian yang dikosongkan daripada perkembangan dua perayaan besar penulis Malaysia yang sangat bermakna yang pernah dikendalikan GAPENA suatu waktu yang lalu, iaitu Hari Sastera dan Hari Puisi. Namun setiap kegiatan yang diprogramkan kumpulan-kumpulan ini cukup memperlihatkan kelainan cita rasa dan pendekatan antara satu dengan yang lain dalam usaha meluaskan khalayak dan memperkayakan khazanah sastera, walaupun pada satu sisi ia kelihatan seolah-olah berlaku kegiatan berkelompok, dan mengikut kumpulan kepuakan.
Ia berlaku demikian kerana sebahagian penulis yang hadir pada satu dua program berkenaan tidak pula bersedia hadir pada beberapa yang lain. Namun masing-masing mempunyai tujuan dan matalamat yang sama, iaitu untuk memartabatkan kesusastreraan Melayu dan meluaskannya dalam kalangan massa. Walaupun ramai penulis menghuni sekitar Lembah Kelang, apa lagi yang tinggal jauh di pedalaman, tidak mungkin bersedia untuk hadir pada semua program tersebut. Apa lagi jika aktiviti berkenaan dijadualkan dalam tempoh dan dalam jarak masa yang rapat. Jarak waktu dan tempoh masa juga sangat diambil kira untuk hadir, terutama bagi kakitangan kerajaan dan golongan veteran.
Sehubungan itu, menghadiri mana-mana majlis berteraskan kegiatan sastera, sama ada dalam bentuk pertemuan, perhimpunan mahupun bersifat seminar atau konfrensi, tidak semua orang mempunyai matalamat sama. Tidak semua mereka hadir dengan tujuan meningkat ilmu bantu atau untuk mencedok pengalaman aemata-mata. Sebaliknya mereka hadir; terutama golongan veteran lebih bertujuan untuk bertemu rakan-rakan yang sekian lama berpisah. Bertemu, berborak-borak santai dan bertanya khabar, di samping mendapatkan buku baharu atau bertukar-tukar buku.
Menghadiri program perayaan sastera juga; terutama bagi generasi baharu adalah bertujuan untuk berkenal-kenalan dan berhubung silaturahim. Bahkan dipercaya sesama penulis veteran juga ramai yang tidak saling kenal mengenali secara dekat, sekalipun karya masing-masing sangat akrab. Maka itu, sudah tiba masanya bagi badan-badan yang berkaitan dengan kegiatan sastera; khasnya GAPENA, DBP dan ITBM merancang mengadakan satu pertemuan perhimpunan khas secara besar-besaran. Perayaan atau perhimpunan itu boleh sahaja dinamakan HARI SASTERAWAN MALAYSIA, atau sepertinya yang tentu lebih gah daripada Hari Sastera yang sudah acap kali diadakan.
Dalam perayaan sastera besar-besaran itu nanti dapat mempertemu dan menjalinkankan silaturahim semua lapisan individu yang pernah terlibat dalam bidang persuratan; sasterawan; penulis novel, penulis cerpen, penulis sajak, penulis skrip drama, penulis akademik, penulis agama, penulis politik, wartawan, editor, wakil-wakil penerbit, pelukis kartunis dan sebagainya.
Perayaan seumpama itu sesuai diadakan dalam tempoh tiga hari. Banyak kegiataan yang boleh memanfaatkan para penulis setiap bidang dapat dilaksanakan dalam tempoh tersebut. Para penulis; walaupun siapa layak diberi kesempatan membuka laman penjualan buku atau untuk pameran, selain berkesempatan bertukar-tukar karya. Dengan cara ini, pengarang sendiri boleh menurunkan tanda tangan dan autograf sebagai tanda kenangan kepada pembeli sambil berkenal-kenalan.
Acara itu nanti wajar dilaksanakan secara santai; tidak terlalu rasmi tetapi memanfaatkan semua lapisan penulis. Ia sebaik-baiknya tidak ada dinding yang memisahkan antara semua lapisan dan bidang penulisan, sekalipun pada hari ini selepas puluhan tahun pernah menjadi penulis tetapi sudah tinggi bergelar; Prof., Dato’, Datok Seri, Tan Seri atau seumpamanya. Biarkan bintang anugearah itu jika ada, tinggalkan di rumah sebelum berangkat.
Pengisiannya tidak perlukan pembentangan kertas kerja yang sarat dengan teori dan yang berat-berat. Cukup hanya dengan beberapa sesi forum bertujuan membuka ruang dan peluang kepada penulis. Forum ini boleh diberi khas kepada para editor suratkhabar dan majalah media cetak serta wakil-wakil badan penerbitan yang sangat berkaitan dengan penyiaran satu-satu karya.
Jika program yang dicadangkan ini benar-benar menjadi kenyataan, perkara paling asas perlu difikirkan penganjur ialah bagaimana program tersebut boleh mendapat sambutan, dan sanggup dihadiri semua penulis seluruh Malaysia; termasuk Sabah dan Sarawak; terutama golongan veteran yang suatu waktu pernah terlibat dalam bidang penulisan menghasilkan karya, buku, esei, cerpen, sajak, drama dan seumpamanya? Ini perlu difikirkan.
Sehubungan itu, disarankan supaya pihak urusetia perlu mengirimkan surat-surat jemputan secara rasmi; walaupun pada hari ini sangat mudah dihubungi melalui komunikasi dunia maya. Namun, pengumuman melalui “facebook” tidak akan bererti untuk suatu perayaan yang begitu besar dan rasmi. Mungkin untuk mendapat alamat surat menyurat boleh diuar-uarkan melalui dunia maya, tetapi surat jemputan rasmi pihak pelaksana sangat perlu dikirimkan secara rasmi supaya masing-masing rasa dihargai.
Lagi pun tidak semua orang rasa terpanggil untuk hadir berdasarkan maklumat terbuka dan umum melalui FB misalnya. Bahkan ramai yang sudah merasakan diri tidak lagi tergolong sebagai penulis dan merasa sudah tidak dikenali lagi kerana sudah lama berhenti menulis, walaupun suatu ketika pernah aktif dan sangat dikenali ramai. Jika perlu; terutama kepada golongan veteran ini, jemputan hendakalah disusuli pula melalui telefon, kerana kehadiran golongan penulis veteran sangat bermakna.
Nama-nama mereka yang hadir beserta dengan alamat surat menyurat dan nombor telefon serta alamat emel hendaklah diedarkan pada hari pertama perayaan supaya masing-masing dapat berkomunikasi secara mudah dan cepat. Bagi memudahkan tujuan, berikut adalah sebahagian daripada nama penulis Malaysia yang pernah menceburi dalam pelbagai bidang persuratan. Sebahagian mereka sudah lama tidak menulis walaup[un suatu waktu sangat giat dan sangat dikenali, dan sebahagian pula masih giat menulis meliputi penulisan sastera, wartawan, kartunis, pelukis, editor, penulis buku agama, buku akademik, buku politik dan seumpamanya:
A. Aziz Deraman, A. Bakar Hamid, A. F. Yassin, A. Ghafar Ibrahim, A. Ghani Abdullah, A. Halim Ali, A. Hamid Hassan, A. Hamid Jemain, A. Jalil Ali, A. Jalil Alimon, A.Kadir Ahmad, A. Kadir Jasin, A. Latif Mohidin, A. Rafar Mohd, A. Rahim Abdullah, A. Rahim Omar, A. Rahim Tahir, A. Rashid Ngah, A. Samad Said, A. Shukur Harun, A. Wahab Ali, A. Wahab Awang Teh, A. Wahab BE., A. Wahab Dangi, A.Wahab Rauf, Ab. Aziz Haji Bahanan, Ab.Aziz Bakar, AM. Iskandar Haji Ahmad, AC Jaffrie, Ab. Aziz Yusof, Ab. Rahman Ali, Rahman Husin, Abang Azman Abang Pawi, Abang Fatdeli Abang Muhi, Abd Naddin Shaiddin, Abd Rahim Omar.
Abdul Aziz Ahmad, Abdul Ghalib Yunus, Abdul Hadi Mahmud, Abdul Hadi Yusof, Ali, Abdul Halim R, Abdul Halim Yazid, Abdul Hamid Mahmood, Abdul Latip Talib, Abdul Manan Simpol, Abdul Mubin Ismail, Abdul Mubin Siraj, Abdul Rahim Haji Abdullah, Abdul Rahim Mat Ali, Abdul Rahman Daud, Abdul Rahman Embong. Abdul Rahman Haji Abdullah, Abdul Rahman Haji Yusof, Abdul Rahman Mat, Abdul Rahman Rukaini, Abdul Rahman Yusof, Abdul Rashid Ismail, Abdul Razak Mahmud, Abdul Razak Rezeki Othman, Abdul Talib Hassan, Abdulhadi Muhamamd, Abdullah A.M., Abdullah A.R., Abdullah al-Qari, Abdullah H.A., Abdullah Awang, Abdullah Hassan, Abdullah M.A., Abdullah Ngah, Abdullah Sani Yahya, Abdullah Shuib, Abdullah Zakaria Ghazali,
Abham TR, Abizai, Abu Bakar Abdullah, Abu Bakar Ninggal, Abu Hassan Sham, Adam A. Kadir, Adi Badiozaman Tuah, Adi Chonan, Adi Marhaen, Adi Muara, Adi Nasri Haryani, Adibah Amin, Adibah NY Affandi, Afifah Yusof, Adly Azamin, Admun A.M., Adnan A.M, ,Adnan CO, Afifi Haji Ahmad, Afifuddin Haji Omar, Ahadiat Akashah, Ahmad Abdul Hamid, Ahmad Aiman Razali, Ahmad Atory Husin, Ahmad Hamdan, Ahmad J. Husin, Ahmad Jelani Halimi, Ahmad Lutfi Othman, Ahmad Muziru Idham Adnan, Ahmad Razali, Ahmad Sabree H.O., Ahmad Patria Abdullah, Ahmad Sarju, Ahmad Sebi, Ahmad Sohaimi Lazim, Ahmad Taib, Ahmad Yusof Buyong, Aidil Khalid, Ain Bahar, Ainon Muhamad, Ainul Muaiyanah Sulaiman, Aiza Zizan, Aizan Mohd Ali, Ajid Che Kob, Ajikik, Akmal Jiwa, Aladin Mohamad, Al-Hisyam, Ali Em, Ali Mahmod, Ali Supi, Alias Ismail, Alias Mohamad Nor, Alis Murni,
Alkharib Shah Alang Osman, Almarjan Yusof, Amaruszati Noor Rahim, Amat Johari Moin, Ameera Ameer, Amelia Hashim, Ami Masra, Amil Jaya, Amin Azhari Salleh, Amin Muin, Amin Wiji, Aminah Abdul Malik, Aminah Mokhtar, Aminhad, Amir Akram A.M., Amir Masri, Amirudin Ali, Amran Saidin, Amril Shah, Amy Suzani Mohd Ainuddin, Amylia Hussain, Ana Balqis, Ana Sofiya, Aninah Janang, Anis, Anjanglie, Ann Wan Seng, Anuar Ithnin, Anuar Musa, Anwar Ridhwan, Arafat Hambali, Arazemi Seman, Arbak Othman, Arbiah B.A., Ari Kencana, Arif Atan, Ariff Mohamad, Arifin Nur, Aripin Said, Arifin Siri, Arman Sani, Arzaman Sulaiman, Asiah Sarji, Asimo S, Askat, Asma Abdullah, Asmah Haji Omar, Asmira Suhadis, Asri Rahman, Atondra.
Awang Abdullah, Awang Sariyan, Awangku Merali, Ayumi Syafiqah, Ayob Mamat, Ayob Yassin, Azaha Haji Othman, Azaharudin Mohamed Dali, Azalina Mat saat, Azam Abd Aziz, Azam Abdullah, Azaika SR, Azam Tunjung, Azilah Wahab, 'Azimin Daud, Aziz Jahpin, Aziz Muda, Aziz Saudagar, Azizah Ali, Azizi Ahmad, Azizul Rahman Abdul Rahman, Azmah Nordin, Azman Abdullah, Azman Che Omar, Azman Husin, Azman Ismail, Azmanmalim, Azmi Ibrahim, Azmi Mohd.Salleh, Azmi Rahman, Azmi Taib, Azmi Yusof, Azran Rahman, Azwin Zulkapli.
Badrila Abdullah, Baferi Salim, Baha Zain, Baharin Ramly, Baharuddin Adam, Baharudin Bekri, Baharudin CD, Baharudin Kahar, Baharudin Siri, Baharum Basar, Bahasa Othman, Bakar Ninggal, Bardina AM, Barjoyai Bardai, Beb Sabariah, Belaetham K, Bernedict Talip, Borhan Md Zain, Borhanudin Abdullah, Budiman Mahmood, Budiman Radhi, Burhanudin Saad, Burupawati Utamaju.
CF Jaffri, CK Abdul Rahman, Chai Loon Guan, Che Abdullah Che Ya, Che Dan Puteh, Che Jamilah AR, Che Soo Ismail, Chu E Liang, Chulan Chin, Daeng Ramli Akil, Dahari Saini, Damiri Mahmud, Darma Mohamad, Daud Baharum, Daud Ibrahim, Daudharma Amin, Dayang M, Dayangku Mastura, Ding Choo Ming, Dinsman, Djazlan Zainal, DJ Dolasoh, Dzulkifli Mohd Zin, E Pian Pro Poul, Ediramlie Ismail, Efandi Yusof, Eh Ding Eh Chik, Ehsan Jamily, Ehsan Kastawi, Elias Haji Idris, Embong Mohd, Emma Mariam, Emma Rusdi, Ezi Afira, Ezdiani Abd Rahman, Eziz Shukman. Fadhli Al-Akiti, Fadzil Hajazi Ismail, Fahd Razy, Faisal Tehrani, Farid On, Fathi Aris Omar, Fatiah Zohar, Fatimah Abdullah, Fatimah Ayob, Fatimah Busu, Fatimah Ngah, Fatin Nabila, Fatini Yaacob, Fauzi Amir Gus, Fauziah Rauf, Faziah Sulaiman, Fazli Osman, Firdaus Haji Abdullah, Gabriel Kim, Ghafar Bahari, Ghazali Lateh, Ghazali M.A., Ghazali Ngah Azia, Ghazalli Haji Ibrahim, Goh Sang Seong, Goh Then Chye, H.B.Zubir.
H. Fansuri, HM Jajuli Abdul Rahman, Habit Mustafa, Habsah Hassan, Hafiz Hamzah, Hafizah Iszahanid, Haizir Othman, Haji Abdul Rahim Abdullah, Hajijas Jais, Halilah Haji Khalid, Halimah Haji Ahmad, Halimah Mohamed Ali, Halimaton Mohd Saad, Halis Azhan Mohd Hanafiah, Hambali Abdul Latiff, Hamdan Haji Abdul Rahman, Hamdan Hassan, Hamdan Muhammad, Hamdan Rukun, Hamdan Yahya, Hamedi Mohd Adnan, Hamizun Husin, Hamizun Syah, Hamza Hassan, Hamzah Hamdani, Hana Norisa, Hanafi Dollah, Hani Salwah Yaakup, Hannah Ezaty, Hanifah Ibrahim, Hanita Hassan, Hanum ‘Ain, Haron A.H., Haron Daud, Haron Haji Kidam, Harun Johari, Haryatie A.Rahman, Hasan Baseri Budiman, Hasanuddin Md. Isa, Hashim Abdullah, Hashim Awang, Hashim Fauzy Yaacob, Hashim Musa, Hashim Ismail, Hashim Jeffry, Hashim Latiff, Hashim Othman, Hashim Salleh, Hashim Yaacob, Hasial Wan Ali, Hasnah Abdullah, Hasnah Ibrahim. Hasnah Mustaffa.
Hassan Abdul Karim, Hassan Haji Hamzah, Hassan Majid, Hassan Tengkar, Hassanudin Md Isa, Hasrom Haron, Hasyuda Abadi, Hatta Azad Khan, Hazim Mohamad, Hazma Amalina, Hendun Ibrahim, Hidayah Izati, Hilmi Rindu, Hipnee Alwi, HM Tuah Iskandar, Husaini A, Husdaini Mamat, Husna Nazri, Ghazali Lateh, Ibnu Din Assingkiri. Ibnu Hayat, Ibrahim Ghaffar, Ibrahim Ismail, Ibrahim Mat Saat, Ibrahim Yacub, Idris Aman, Idris Boi, Idrus Shamsudin, Ihsan Noorzali, Ijamala MN., Ikram Abdullah, Ilmin Abdullah, Imlan Adabi, Indah Hairani Latiff, Inon Shaharuddin, Inzura Haji Kosnin, Irene Tan Ai Ling, Isbiha, Ishak Awang, Ismael Karya, Ismail Abdul Wahab, Ismail Abdullah, Ismail Awang, Ismail Che Daud, Ismail Dahaman, Ismail Hamid, Ismail Hashim, Ismail Johari, Ismail Kasan, Ismail Restu, Ismail Saidin, Ismail Salleh, Ismail Supandi, Ismail Yusof, Ismaily Bongsu, Ismala, Ismas Saring, Irwan Abu Bakar, Izani Haji Daud, Izani HD.
J. Jamal, J.Norjannah M. Adnan, Ja’afar Haji Hamdan, Jaafa HS, Jaafar Abdul Rahim, Jaafar Darwis, Jaafar Hasny, Jaafar Salleh, Jaafar Selamat, Jeffri BN, Jahara Alias, Jais Sahok, Jalidar Abdul Rahim, Jamaludin Ahmad, Jamdin B, Jamilah Alias, Jamilah Ayob, Jamilah Haji Ahmad, Jamudin Idris, Japar Ungki, Japuin Madisah, Jasni Matlani, Jasni Sadli, Jelani Harun, Jeniri Amir, Johan Jaafar, Jong Chian Lai, Joseph Selven, Juilis Mokujal, Julia Basri, Junaidah Meor Hassan, Jusof A.M., Jusoh Ahmad, Jymma.
Kamal Sujak, Kamala, Kamaliah Mahmood, Kamaludian Abdul Settar, Kamaludin Mat Lela, Kamaludin MZ, Kamardewa, Kamariah Baba, Kamariah Kamarudin, Kamaruddin M.Said, Kamarudin Abu Bakar, Kamarudin Jeon, Kamarul Arifin, Kamarulzaman Jaafar, Kamaruzaman Ismail. Kamil Muhamad, Kasajiza AS, Kassim Ahmad, Kassim Muhamad, Kelompen Koe, Khadijah Hashim, Khadijah Hj.Tahir, Khadizai, Kharani Abdul Rahman, Khairuddin Ayip, Khalid Ibrahim, Khalid Hussain, Khalid Salleh, Khalid Yunus, Khoo Hock Hoi, Khoo Kay Kim, Krishen Jit, Ku Izja Azlia, Kursiah Hanum.
L. Man Kadir Shamsi, Ladin Nuawi, Lara MN, Latif Bidin, Latifah Haji Sebli, Latifah Mat Ali, Latiff Kamaluddin, LC Fang, Lee Gwo Yinn, Lee Keok Chih, Lela Zahari, Leo A.W.S., Lily Haslina Nasir, Lim Kim Hui, Lim Swee Tin, Liza Nur, Lotfi Ismail, M. Ariff,,M. Ghazalee A.R., M. Hanafiah Samad, M.Jusof Taib, M. Khalid Taib, M. Noor Azam, M. Said Harun, M. Said Muharam, M. Sanusi Yaacob, M. Shah, M.Surur Dasuki, M.Y. Anas, M.Y.Fadhli, M.Yarisman Kelantan, M.Z.Alias, Maarof Seman RS, Mahad A. Bakar, Mahadi J Murat, Mahanie Sulong, Maharam Mamat, Mahaya Mohd.Yassin, Mahli A.B., Mahmod Zuhdi Haji Abdul Majid, Mahwa Mohamad, Maimon Rahman, Malim Ghozali PK, Mamu MK Hasny, Mana Sikana, Manjalara N.F., Mansor Ahmad Saman, Mansor Puteh, Marah Mahadi Hassan, Margasatya, Margie Leo, Marhan, Marhan SR., Mariam Omar, Mariyam Khalid, Marjan S., Marjan Yaacob, Marsli N.O, Martee Ayu Latifah, Marwan Effendie.
Marwilis Haji Yusof, Marzuki Ali, Marsilawati Mohd Rani, Marzuki Nyak Abdullah, Mas Abadi, Masbena, Masman, Masmi Muhammad, Masraire Nabai, Masriani Mohamad, Mastono, Mastor Surat, Mas’od Rahman, Maswan Salleh, Mat Taib Rahman, Mat Zan Ali, Matlin Dullah, Mattaib Nordin, Mawar Shafei, Mawarni AS, Mazelan Manan, Mazlan Awang, Mazlan Nordin, Mazlan Noor, Mazli Husma, Mazmie Maz, Maznah Ali, Maznan Noordin, Md. Salleh Yaafar, Meriam Awang Lah, Mil Abadi, Mior Kamarul Shahid, Mishar, Misnon Jamil, Moechtar Awang, Mohamad Daud Mohamad, Mohamad Ghani Abdullah, Mohamad Hassan Suratman, Mohamad Jahaly, Mohamad Luthfi Abdul Rahman, Mohamad Kholid Hamzah, Mohamad Mokhtar Hassan, Mohamad Musip, Mohamad Nazri Ahmad, Mohamad Nordin Abdullah, Mohmad Salleh Lamry, Mohamad Shahidan, Mohamad Wan Dagang, Mohamed Awang, Mohamed MN., Mohammad Fadzeli Jaafar, Moharani Tanusi, Mohd Adid Abdul Rahman, Mohd Adzlan Sulong, Mohd Affandi Hassan, Mohd Ali Muda, Mohd Ali Kasan, Mohd Ali Salim, Mohd Amran Daud, Mohd Asri Zainul Abidin, Mohd Azhar Su, Mohd Azlee Lee Abdullah,Mohd Dahri Zakaria, Mohd Diani Haji Kasian, Mohd Farid On, Mohd Fudzail, Mohd Hamdan Adnan, Mohd Ghani Abdullah, Mohd Ghazali Tocheh, Mohd Hanafi Ibrahim, Mohd Hanif Mat Nor, Mohd Hashim Osman, Mohd Helmi Ahmad, Mohd Hussain Qasau, Mohd Ishak Abdul Rahman, Mohd Nasir Omar, Mohd Nazri Ali, Mohd Shamsudin Ibrahim,
Mohd Isnin Tawaf, Mohd Jimadie Shah Othman, Mohd Kasim Mahmood, Mohd Makhzan Musa, Mohd Mansur Abdullah, Mohd Noor Md Zin, Mohd Saat Sulaiman, Mohd Salahuddin Mohamed, Mohd Saleeh Rahamad, Mohd Salleh Lamry, Mohd Salleh Lebar, Mohd Sayuti Omar, Mohd Shakir Mohd Rosdi, Mohd Shukran Abdul Majid, Mohd Shukri Hanafi, Mohd Taib Osman, Mohd Yusof Hassan, Mohd Yusof Ibrahim, Mohd Yusof Ismail.Mohd Yusof Mohd Noor, Mohd Zafarullah Ishak, Mohd Zairi Abidin Md Zahir, Mohd Zizee Setapa, Mohidin Yahya, Mohsin Ibrahim, Mokhtar Petah, Mokhtar Taib, Mokhtar Yassin, Mokhtar Yusof, Mokjamus.
Muhamad Aris Bahanan, Muhamad Damanhuri, Muahamad Fadhli Yusof, Muhamad Hariri Abdullah, Muhamad Kamil Haji Abdul Majid, Muhamad Lutfi Ishak, Muhamad Ramli Haji Noh, Muhamad Syukri Salleh, Muhamad Zuhdi Haji Abdul Majid, Muhammad Baihaqi, Muhammad Haji Salleh, Muhammad Isa Selamat, Muhammad Shauku Abdul Majid, Muhana Shahimy, Muhd Yusof Ibrahim, Muhyidin Mustapa, Mujahid Yusof Rawa, Mukhtar Sah Malik, Mulyadi Mahmood, Murad Salleh, Musleh Haji Mashudi, Mustafa Haji Daud, Mustafa Haji Ibrahim, Mustafa Haji Ton, Mustafar Zakaria, Muzaf Ahmad.
Nah Budin, Naimah Yusof, Najmuddin Yusoff, Nasir Ali, Nasir Awang, Nasruddin Dusuki, Nassury Ibrahim, Nasuha Muzamir Yusof, Nawi Ismail, Nayan Ahmad, Nazel Hashim Mohammad, Nazim Mohd Subari, Nazira Mohd Noor, Nazmi Yaakub, Nik Azman NM, Nik Mohd Zain, Nik Safiah Karim, Nik Zainab Karim, Nilamsuri, Nimoiz TY, Nisah Haron, Noor Azam Shairi, Noora Abu Bakar, Noorkhairiah Abdullah, Noorlaila Ghafar, Nor Aini Muhammad, Nor Azmi Kuntum, Nor Azida Ishak, Nor Azmira Abu Bakar, Nor Hashimah Jalaludin, Nor Jamilah Mohd Nor, Nora Jamaludin, Norakila, Norasma, Norawi Haji Kata, Norazimah Abu Bakar, Norazli Othman, Nordin Haji Abdullah, Nordin Kardi, Nordin Saad, Norhayati Jantan, Norhisham Mustafa, Noriah Mohamed, Norjanah MA, Normah Mustaffa, Normasri Adabi, Norra Hassan, Norzah, Nur Dzahirdi, Nur R.C. Disa, Nur Raudhah Haji Siren, Nur S. Biden Beseri, Nuraini Shahrim, Nurfaza Alisya, Nurul Adnie Bahiah, Nurzaliza.
Omar Mamat, Omar Mohd Hashim, Omar Yaakub, Omara Rahman, Omardin Haji Ashaari, On Abdullah, On Abdul Rahman, Ong Bong Teck, Onn Ismail, Openg Onn, Osman Ayob, Osman Dol, Othman Hashim, Othman Mat Al-Relong, Othman Mohamad, Othman Mohd Yatim, Othman Rasul, Pardani Sojo, Pauzi Mohd Isa, Pena Mutiara, Peter Agustin Goh, Pharol Abdul Hakim, Poul Nnggang, Putera WS, Puteri Andalas, Puteri Roslina Abdul Wahid, Puzi Hadi, Pyanhabib.
R Daly Lagimin, R.Hamkama, Radzemah Bolhassan, Radzuan Abdul Kadir, Raffar Mat, Rafi Harumin, Rahilah Abdullah, Rahim Aman, Rahim Syam, Rahimah A Hamid, Rahimah Latif, Rahimah M.Y., Rahimah Muda JB, Rahiman Ismail, Rahimi N.S., Rahimin Mahasan, Rahmah Bujang, Rahman Haji Yusof, Rahman Shaari, Rahmaniah Haji Kantan, Rahmat Haroun, Raihanah Salleh, Raihani Mohd Saaid, Raja Ahmad Aminullah, Raja Mashitah Arifin, Raja Rajeswari Seetha Raman, Raja Sabarudin Abdullah, Raja Yusof Arifin, Rajiee Hadi, Ramlah Abdul Rashid, Ramlan Abdul Wahab, Ramlee Awang Murshid, Ramli Abdul Halim, Ramli Abdul Rahim, Ramli Daud, Ramli Isin, Ramlie AR, Ramly S.Y, Ranofla Dianti Irwan, Rasanubari Asmaramah, Rashid Azad Khan, Rasid Muhamad, Ratna Laila Shahidan, Ratnawati Jamil, Razali Che Mat, Razali Mohamad, Razali Mohd Yusof, Razali Othman, , Razilah Othman, Razin MS,.
Rejab F.I., Rem Dambul, Remaja Malaya, Ria Asmira, Ria Yudea, Riduan Harun, Riduan Mohamadd Nor, Ridzuan Kamis, Ridzuwan M.S., Ritah Yahya, Rizi SS, Robiah K Hamzah, Rodziah Mat Akil, Rogayah A. Hamid, Rogayah Abbas, Rohani Abdullah, Rohani Adam, Rohani Deraman, Rohani Rustam, Rohaty Majzub, Rokiah Abu Bakar, Rosfa Hashim, Rosiah Osman, Roslan Ali, Roslan Amran, Roslan Bidin, Roslan Madun, Rosli K.Matari, Rosmiati Shaary, Rosnah Abdul Majid, Rosnani Ripin, Rossem, Rozais Al-Anamy, Rozaman Ismail Ramones, Rozi MS, Rozita Mohd Noor, Rozninah Abdul Azib, Rudi Mahmood, Rudy Darmawan, Rufaifa Abdullah, Ruhaini Matdarin, Ruhanie HR, Ruhie Isma, Rukayah Aman, Rusdi Ab. Rashid, Rusdi Abdul Rahman, Rusilah Simon, Ruslan Abdul Raffar, Ruslan Mamat, Rusli A.Malem.
S. H. Al-Attas, S. Hamisal, S. I.Wanha, S. M. N. Al-Attas, S. M. Salim, S. M. Zakir, S. Nathesan, S.M. Noor, S.Mahadhir, S.Mala, S.Najmi, S.Panit, S.Quttub, Saadiah Ibrahim, Sabariah Bahari, Sabariah Hanafi, Sabariah Nor Salleh, Sabda S, Saedon Ibrahim, Saeed Zuber Zahari, Saeei Driss, Safian Hussain, Safri Ali, Sahrunizam Abdul Talib, Sahul Hamid, Saidi Ali, Saidi Nor Azam, Saiful Nang, Sairah Haji Antin, Salbiah Ani, Salleh Ben Joned, Salleh Yaacob, Salmah Ahmad, Salmah Hamid, Salmah Mohsen, Salman Al-Farisi, Salman Sulaiman, Salmi Manja, Salmiah Ismail, Sanad Nasir, Sani Bain, Sani La Bise, Sani Sudin, Sarah Rahim, Sarah Saadon, Sayidah Mu’izzah Kamarul Shukri, Setapa Awang, SH Al-Attas, Selina Sf Lee, Seman Salleh, Shaari Isa, Shaedun Shaary,, Shafie Abdul Rahman, Shafie Abu Bakar, Shafikah Effendi, Shafiq Azli Mohd Salleh, Shahari Din, Shaharom TM Sulaiman, Shahidan Md.Noh.
Shahnon Ahmad, Shahriman Zainal Abidin, Shamsiah Ab.Manan, Shamsiah Bahari, Shamsiah Mohd Nor, Shamsiah Mokhtar, Shamsuddin Jaafar, Shamsudin Ahmad, Shamsudin Husin, Shamsudin Othman, Shamsudin Puteh, Shamuda, Shapiai Muhammad Ramly, Sharhan Shafie, Sharif Putera, Sharifah Suraya Syed Jamaludin, Sharkawi Che Din, Shazie Kamaruzaman, Shuib Che Din, Shukri Abdullah, Shukri Matt Ali, Siddiq Fadzil, Siow Siew Sing, Siow Yee Woo, Siri Aishah Murad, Siti Aishah Sulaiman, Siti Fatimah Awang, Siti Hajar Che Man, Siti Hajar Mohd Zaki, Siti Hawa Haji Salleh, Siti Jasmina Ibrahim, Siti Maryam Ibrahim, Siti Rahmah Ibrahim, Siti Saharai Mustafa, Siti Zainon Ismail, Siti Zaleha M.Hashim, Sitinurwani Matrais, Sohaimi Abdul Aziz, Solihin Osman, Seri Diah, Sri Diah Isma, Sri Rahayu Mohd Yusof, St.Shahril Lembang, Subky Latiff, Suhaimi Mohd Salleh, Suria Janib, Suzana Haji Othman, Swanlerd Pro Poul, Syafiq Azli, Syahrom M.D., Syarani M.Z., Syed Ahmad Jamal, Syed Husin Ali.
T. Ab. Hamid, T.M.Shahrom Sulaiman, T.S.Sidi, Taib Ahmad, Tamar Jalis, Tan Loo Chye, Tarip Hamid, Tengku Anuar Tengku Dalam, Tengku Intan Marlina, Tengku Khalidah Bidin, Teo Huat, Teo Kok Seong, Teo Wei Sing, Teratai Abadi, Thuzal, Tie Camar, Timah Baba, Timah Hamzah, Tini Abdullah, Torek Sulong, Tuah Sujana, Tuan Faridah Syed Abdullah, Ujid Darmawan, Umi Kalthum Ngah, Umi Nadzimah..
W.B.Rendra, Wadi Leta S.A., Wahab Hamzah, Wadissofi Jaafar, Wahba, Wahid Kasran, Wan A. Rafar, Wan A. Rahim, fazrul rahman, Wan Abdullah Wan Mahmud, Wan Ahmad Ismail, Wan Ahmad Tajuddin Wan Abdullah, Wan Asyeah Nawang, Wan Endi, Wan Hasimah Wan Mamat, Wan Marzuki Wan Ramli, Wan Mohd Said Mehdi, Wan Mohd. Raifudin Wan Man, Wan Muhamad Wan Harun, Wan Nor Azriq, Wan Nor Wan Chik, Wan Nurul Ayuni Mohd Noor, Wan Robiah Awang Isa, Wan Sri Zaiton, Wan Yusof W. Mustafa, Wan Salim Mohd Nor, Wan Zahari Ali, Wanafisu, Wannie Noerdin, Wanrazuhar, Wanyuyee, Wanza Husin, Webah Salleh, Wee Mi Re, Wikunila MS., Wilai Ah Jok.
Yahya Ismail, Yajuk, Yasmin Abdullah, Yassin Salleh, Yazid Othman, Yazid Zainal Abidin, Yee Asri N.H., Yus Azman, Yusof Bakar, Yusuf Mustanir, Z. Sabri, Zabidin Haji Ismail, Zaen Kasturi, Zahara J. Ariff, Zaharah Kassim, Zaharah Manan, Zaharah Nawawi, Zaharani Ahmad, Zahari Affandi, Zahari Awang, Zahari Pilus, Zaharuddin Abdul Rahman, Zahiruddin Zabidi, Zahri Hamat, Zaidi Ismail, Zaidi Yusof, Zaidin Abadi, Zain A.R., Zainal Abidin Bakar, Zainal Abidin Borhan, Zainal Abidin Muhamad, Zainal Lasim, Zainal Rashid Ahmad, Zainab Ngah, Zaini Ujang, Zaini Zaa, Zainuddin Hashim, Zainuddin Jamil, Zainudin Abdul, Zainudin Ayip, Zainudin Haji Meon, Zainudin Jamil, Zainun Mustapha, Zaiton Abu Samah, Zaiton Ajamain, Zaiton Ibrahim, Zaniffa Azzura Abdullah.
Zakaria Ahmad, Zakaria Ali, Zakaria Ariffin, Zakaria Embi, Zakaria M.Z., Zakaria Salleh, Zakiah Bahari, Zalila Isa, Zalila Sharif, Zam Ismail, Zaman Azad Khan, Zambry A.K., Zamri Mohamad, Zana Zanzally, Zanariah Wan Abdul Rahman, Zany Ezatie, Zarini Azmah Yusof, Zarir Ali, Zawawi Aziz, Zawiah Che Pa, Zeniri Erwan, Zin Mahmud, Zeti Akhtar, Zool Fadhli, Zubaidah Mat Hassan, Zuhaidah Zainal Abidin, Zulkifli Mohd Top, Zulkifli Muhamad al-Bakri, Zulkifli Salleh, Zulkifli Sulong, Zulkifli Yaacob, Zurhan Bakar, Zurina Shafie, Zurinah Hassan dan beberapa lagi.
Seandai perayaan yang disarankan ini benar-benar jadi kenyataan dengan sekurang-kurang tiga perempat daripada senarai nama penulis yang dibentang ini berpeluang hadir sama; terutama kalangan penulis veteran walaupun sudah tidak menulis lagi, maka perayaan itu nanti sudah mencatat sejarah yang sangat bermakna dalam perkembangan penyatuan penulis di Negara ini.
Hal ini kerana, jikalau “Hari Pekerja” pada setiap 1 Mei sudah diterima oleh pihak pemerintah sebagai salah satu hari cuti am, adalah tidak mustahil, bahkan sangat wajar kiranya “Hari Sasterawan Malaysia” ini juga diiktiraf kerajaan menjadi hari cuti umum rasmi. Usaha untuk mendapatkan pengiktirafan cuti yang dimaksudkan, tidak ada pihak yang paling layak sebagai pendesak selain badan-badan NGO penulis seluruh Malaysia yang berindukkan GAPENA. Dalam hal ini, Ketua Satu gabungan itu, Datuk Zainal Abidin Borban harus mengambil tanggungjawab amanah besar ke arah pelaksanaan itu.
Pada Hari Sasterawan itu nanti, beberapa pengktirafan terhadap para penulis yang sedia ada setiap tahun, seperti “Hadiah Sastera Malaysia”, “Hadiah Sastera Utusan”, “Anugerah Buku Terbaik Negara”, Anugerah Kewartawanan, HESCOM, Anugerah sastera negeri-negeri, Anugerah Skrin tahunan, dan beberapa pengiktirafan persatuan-persatuan penulis lain yang ada kaitan, sebaik-baiknya dapat sama-sama dilaksanakan dalam tempoh tiga hari perayaan tersebut. Langkah itu dapat menyelamat dan menjimatkan banyak waktu dan kos, di samping kegembiraan yang dapat dikongsikan seluruh warga penulis peringkar nasional.
Bermakna, Hari Sasterawan Malaysia ini merupakan hari perhimpunan dan hari pertemuan seluruh waega seniman yang pernah terlibat dan bergiat dalam bidang persuratan Melayu meliputi pelbagai genre penulisan. Pada majlis itu semua mereka adalah bersaudara sebagai penulis, pengarang, pengkarya dan seniman tanpa dibezakan pangkat dan darjat. Tanpa dibezakan latar belakang budaya, agama, bangsa dan daerah kelahiran. Tidak ada sebarang dinding menghalang antara satu sama lain, melainkan bertujuan menjalinkan silaturahim, bertanya khabar, bertegur sapa dalam suasana santai dan kekeluargaan.
Dalam tempoh tiga hari itu sepanjang kesempatan masing-masing dapat memanfaatkan waktu menjalin kemesraan. Ia dapat pula menjadi titik permulaan ke arah memasarkan buku, kerana masing-masing sudah saling kenal mengenali. Bahkan melalui perayaan itu dapat menambahkan lagi rasa ingin memiliki karya sesama penulis. Kelangsungan perayaan HARI SASTERAWAN, tidak sedikit pun menjejas dan menghalang pelbagai aktiviti kumpulan-kumpulan yang sedia ada sebagaimana disebutkan di atas. Sebaliknya, apabila masing-masing kumpulan tersebut mengadakan program, akan menambah lagi kemeriahani kerana masing tergerak untuk hadir apabila sudah wujud rasa kebersamaan sebagai penulis.
Wal-Lahu ‘a-alam.@
Catatn: Maaf, jika ada nama berkaitan tertinggal dan tercatat .
(sumber:MM,1 Januari 2017)
HAJI DR. RAJIEE HADI
12 Januari 2017
NAWAWEE MOHAMMAD & HARI SASTERAWAAN MALAYSIA
1 Januari 2017
SEMALAM DI JAKARTA 1979 & SELAMAT TAHUN BAHARU 2017.
SAYA buat pertama kalinya menjejaki kota raya Jakarta, lndonesia hampir 40 tahun yang lampau.Ketika itu saya baharu menginjak usia awal 20-an, sebagai guru muda belia dan penulis muda yang baharu berkembang mekar. Hasil tulisan saya mula mendapat tempat di akhbar-akhbar arus perdana seperti Berita Harian dan Berita Minggu di samping disiarkan cerita pendek saya di RTM.
![]() |
| Di sekitar Taman lsmail Marzuki, Jalan Cikini Raya, Jakarta. |
![]() |
Keratan akhbar Berita Minggu (Malaysia) 13/1/1980.
|
Tidak saya duga, pada pertengahan akhir bulan disember 1979, saya telah terpilih mewakili delegasi GAPENA atas tiket bersama PPJ (Persatuan Penulis Johor) menghadiri Pertemuan Sasterawan Nusantara ke-2 di Jakarta.Sebagai anak muda yang baharu mengakhiri zaman remaja dan memasuki fasa awal dewasa, menempuh pengalaman di tengah kota Jakarta yang pada ketika itu kepadatan penduduknya hampir 5 juta (kini, khabarnya Jakarta sudah 15 juta!). Ketika itu tanggapan warga lndonesia khususnya di Jakarta begitu asing persepsinya terhadap Malaysia walaupun zaman pascakonfrontasi lndonesia-Malaysia telah lebih 10 tahun berakhir.
![]() |
| Penulis (Rajiee Hadi) bersama delegasi Malaysia antaranya Zam lsmail, Said Jamhari, Dzukurnain lthnain. |
Pertemuan yang berlangsung di Taman lsmail Marzuki di Jalan Cikini Raya, Jakarta berlangsung dengan amat meriah dan teruja dalam pelbagai segi. Saya dan delegasi tiba di kota raya Jakarta dan diraikan oleh kaki tangan Kedutaan Malaysia di Jalan Chakroaminoto Jakarta.Kami tinggal di penginapan yang selesa dalam Taman lsmail Marzuki yang mula mengukir nama ketika itu.
Kemudian semua delegasi diraikan sebagai tetamu negara di Istana Presiden di Bogor bersama Bapak Suharto, Presiden lndonesia dan Naib Presiden/Wakil Presiden Bapak Adam Malik sambil menikmati jamuan makan dan persembahan pelbagai kesenian dan kebudayaan dari seluruh pelosok lndonesia. Saya teruja kerana menjadi jurufoto tidak rasmi bagi acara-acara rasmi tersebut termasuk mengmbil foto Bapak Suharto dan Bapak Adam Malik secara berhadapan di meja santap VVlP. Suatu pengalaman yang tidak dapat saya lupa sehingga kini. Kamera saya ketika itu berjenama Yashica Electro-X yang terkenal pada masa itu itu.Yang lucunya, sebenarnya saya sendiri belum mahir menggunakan kamera tersebut sebagaimana jurufoto profesional. Namun sikap yakin diri dan mahu mencuba sesuatu yang baharu dan mencabar menjadi nadi gerak dalam jiwa saya.
Di Jakarta, saya mula mengenali dan bersahabat dengan penulis-penulis muda seangkatan saya seperti Pipiet Senja, Eddy D Iskandar, lwan Moenaf, Zatako (Zainuddin Amir Koto) dan termasuk penulis-penulis muda dari Singapura. Ketika itu nama singkatan saya 'Roy' begitu popular disebut-sebut oleh teman-teman lndonesia sebagaimana nama seleberiti filem lndonesia Roy Marten yang terkenal pada era tersebut.
![]() |
| Taman Mini Ancol, Jakarta. |
Beberapa hari di Jakarta saya secara peribadi bersama rakan-rakan lndonesia berjaya menimba pengalaman menyelusuri kawasan-kawasan gelandangan rakyat jembel, pasar besar Senen yang baharu dibuka dan beberapa tempat yang menarik. Bersama rakan-rakan negara saya berkesempatan ke Bina Ria, Taman Mini Ancol, Monumen Nasional dan sebagainya.
Yang terkesima dan menjadi memori, saya ialah menyambut malam TAHUN BAHARU 1980 di Jakarta. Saya sendiri menyaksi anak-anak muda 'leka dan berkhayal' menari mengikut rentak dangdut secara bebas pada tengah malam sambutan tahun baharu di Monumen Nasional (Taman Monas). Oh nostalgik. Sebenarnya, banyak kisah mahu diceritakan tetapi cukuplah sekadar memadai di situ sahaja,
21 Disember 2016
DR KAMARUDDIN KACHAR KEMBALI KE RAHMATULLAH
PRESIDEN Pertubuhan
Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Seri Dr. Kamaruddin Kachar,
82, telah kembali ke rahmatullah di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, 20
Disember 2016.
![]() |
| Add caption |
Anak Allahyarham,
Datuk Amir Arif berkata, bapanya itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul
8.45 malam dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Ramal, Kajang,
Selangor.Menurut beliau,
Allahyarham menghidap penyakit jantung sejak empat tahun lalu dan semakin teruk
sejak sebulan lalu.
“Sebelum menghembuskan
nafas, arwah berpesan kepada semua anak-anak supaya menjaga emak dengan baik,”
kata anak ketiga Allahyarham ketika dihubungi.
Allahyarham
meninggalkan seorang balu, Datin Seri Che Tom Osman bersama tiga anak lelaki
dan seorang anak perempuan.
Kamaruddin merupakan
tokoh Melayu yang banyak menyumbang dan berbakti kepada negara serta pernah
menggalas pelbagai jawatan penting, antaranya Ketua Pengarah Biro Tatanegara,
Pengarah Pendidikan Yayasan Pelajaran Majlis Amanah Rakyat (Mara), Ketua
Pesuruhjaya Pengakap Negara dan Timbalan Naib Canselor Universiti Pertanian
Malaysia (Universiti Putra Malaysia) dan Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan UPM
yang diasaskannya selepas Fakulti Perkhidmatan Pendididikan yang ditubuhkan
oleh Allahyarham Prof Dr Atan Long.
Kenangan yang saya tidak lupa ialah beliau tidak lupa menyebut nama saya setiap kali bersua muka dengan saya walaupun telah bertahun-tahun beliau bersara rasmi daripada UPM. Beliau dengan lawak muka bersahaja sering menyebut nama saya "Rajiun@Rojiun". Sebenarnya sebutan itu mula diucapkan sewaktu beliau kali pertama (sebagai Dekan FPP UPM) berucap di hadapan para mahasiswa baharu FPP pada awal tahun 1980-an dahulu. Tentu ada sesuatu yang menarik antara saya dan beliau. Sememangnya ada sesuatu yang melucukan..Cerita ini sudah saya paparkan dalam buku memoir tulisan saya , TRAVELOG GURU (2015, Awan Prima).
Jasa beliau neningkatkan taraf akademik
golongan guru tetap diingat dan dikenang sepanjang zaman .Dan saya akhirnya jua mengucapkan kalimah "llnalillahwainailahirojiun"..menyebut kalimah "rojiun" buat Allahyarham Ayahanda Dr Kamaruddin. Al- Fatihah, semoga
Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan dimasukkan ke dalam golongan para
syuhada di syurga kelak. Amin ya Rabbal alamin.
16 Disember 2016
SUATU WAKTU DI KUCHING, SARAWAK, BUMI KENYALANG
Perjalanan
hampir 100 kilometer dari bandar
raya Kuching ke Perkampungan Hari Puisi
Nasional ke-9 di Pantai Sematan Daerah Lundu amat mengesankan sebilangan besar
para peserta yang menghadiri
pertemuan pada 2 hingga 6 Ogos 1984 di
Sarawak. Lebih 200 peserta yang datang dari Semenanjung, Sabah, Negara Brunei
Darussalam, Singapura, Filipina dan Indonesia terpaksa menghadapi pelbagai
dugaan dan cabaran yang hebat. Seolah-olah bertepatan dengan temanya ‘Alam,
Penyair dan Puisi’ yang mengajak sekalian penyair berkongsi menimba kepahitan dan getir bagi sebilangan
besar penduduk di bumi kenyalang itu.
![]() |
| Bandar Raya Kuching, Sarawak. |
Minda saya ketika itu masih terakam akan kata-kata Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Sarawak
(GPPS) Adi Badiozaman Tuah (Datuk Dr.)
dalam buku cenderamata Hari Puisi 1984
yang antara lain menyebut …” Kita yakin akan dapat mendekatkan diri kita kepada alam yang mencorakkan dan mewarnakan kewujudan kita sebagai makhluk Allah di dunia yang fana ini. Kesedaran akan hubungan yang
saling bertalian di antara manusia
dengan alam sekitar akan dapat membuka
mata dan hati kita tentang hakikat
bahawa sesungguhnya kita tidak bersendirian di bumi ini …” Nafas Sematan
Dan atas dasar itulah, enam buah bas yang
membawa para peserta dengan melalui jalan raya yang bengkang-bengkok,
berliku-liku dan berlubanglubang dipenuhi debu
yang menyeka mata hampir 100 km
memakan masa lebih tiga jam menuju Pantai Sematan memberi perkongsian pengalaman dan kenangan yang sukar dilupakan.
Apatah lagi, ada bas yang telah mengalami kerosakan pendingin hawa, situasi
yang cukup memanaskan hati dan perasaan.
Kemarahan
dalaman yang membuak-buak disogokkan pula dengan berita ramai peserta kelaparan. Lebih-lebih lagi sewaktu
meninggalkan kediaman sementara di Maktab Perguruan Batu Lintang, Kuching pada
2.30 petang, rata-rata para peserta tidak berkesempatan ataupun tidak disediakan makanan tengah hari
oleh urus setia. Difahamkan pihak urus setia menghadapi kerumitan dan
masalah penyelenggaraan dan logistik.
Perjalanan menuju ke Sematan,
Sarawak bersama Yusnor EF dan beberapa penulis Singapura
(1984)
Namun masalah demi masalah yang
dihadapi oleh para peserta dapat
ditenteramkan oleh keindahan asli Pantai
Sematan yang terbentang luas menghadap
Laut China Selatan. Tidak jauh dari pantai itu, kelihatan jelas Pulau Talang-Talang yang terkenal
kerana destinasi lubuk penyu bertelur.
Para peserta yang bagaikan terkurung seperti patuh pada setiap acara yang
dijalankan. Lantas Dewan Balai Raya
Sematan yang antik itu tidak
dirasai kekosongannya.
![]() |
| Lokasi pantai Sematan & Pulau Talang-Talang |
Walaupun
para peserta terpaksa menapak juga dari
perkampungan puisi ke dewan makan di Sekolah Kebangsaan Sematan, Lundu dan kemudian berpatah balik ke balai raya yang hampir 2 km, namun para peserta begitu
tabah dan tidak mahu ketinggalan dalam setiap acara. Walau bagaimanapun,
kepenatan para peserta diredakan juga oleh beberapa persembahan kesenian
masyarakat Sarawak, sama ada tarian tradisi, drama, lagu-lagu puisi oleh Abdillah
S.M (meninggal dunia 2014) dengan Kumpulan Marhaen dan persembahan muzik
tradisional suku kaum bumiputera Sarawak.
Saya
gembira kerana buat pertama kalinya dapat menonton secara langsung tarian
tradisional suku kaum Bidayuh, Melanau, Iban Kenyah dan Dayak Laut yang dipersembahkan oleh kumpulan Seri Tarina, Seridaya Sarawak dan
Rumpun Seni
Budaya Sarawak (RUSDA) yang sungguh
mengasyikkan sebilangan besar hadirin
yang agak keletihan pada malam-malam
Hari Puisi itu. Kumpulan RUSDA pula berjaya mendramakan kisah ‘Si Tanggang”
dalam persembahan taridra yang mengharukan pada malam keduanya.
Oleh sebab pada masa itu belum wujud lagi Perkampungan Budaya Sarawak
seperti yang ada sekarang sebagai produk pelancongan negeri Sarawak, maka
persembahan badan-badan kesenian anak negeri ini banyak memberi input dan
pengalaman yang menarik. Walaupun atur
cara siangnya dipadatkan dengan
pembentangan dan perbahasan
kertas kerja yang dimulakan pada
hari pertamanya oleh penyair Dharmawijaya (Allahyarham) dan berikutnya oleh Kemala yang
berkisar pada persoalan alam kepenyairan berlandaskan keislaman.
![]() |
| Kampung Pueh, Sematan, Sarawak. |
Situasi
yang kadangkala hangat runcing diselang-seli pula oleh beberapa kelucuan dan kegamatan yang memecah keheningan Balai
Raya Sematan. Diskusi sastera yang diperkatakan oleh A. Samad Said, Muhamad Haji Salleh dan Ramli Isin berkisar
pengalaman masing-masing cukup menarik. Sebelum itu, Siti Zainon Ismail (Prof.
Dr.) turut memberikan warna ke dalam puisi-puisi mutakhirnya seolah-olah
terpaksa mempertahankan hujahnya yang
kian menjadi polemik, dan Zainon gigih
sekali mempertahankan dengan tangkisan dan bidasan keilmuannya.
Pesona Alam
Walau apapun yang
dirakamkan dengan tinta pena tentang hari puisi, namun sejenak di Rumah Panjang
Kampung Pueh, Lundu pada hari-hari
terakhir saya dan teman-teman penyair di Sematan dapat merasakan getar hidup
anak-anak peribumi serta banyak mengenali sahabat handai dari Semenanjung akan
arus kemajuan yang dirasakan, turut dirasakan apabila Bumi Kenyalang ini
bergabung dalam Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 lampau.
Dan nikmat pembangunan yang dikecapi oleh
sebilangan besar masyarakatnya yang selama ini dirasakan terpencil dapat
memberi impak dan menjanjikan masa hadapan yang lebih cerah. Dan atas keramahan dan kemesraan dengan beberapa penari daripada suku kaum
Bidayuh Kampung Pueh sudah cukup sebagai oleh-oleh para peserta dari setiap pelosok
Asia Tenggara.
Kenangan terus ‘terikat’ dengan budi mesra Bapa Budayawan Sarawak Datuk
Haji Noor Tahir, Menteri Perhutanan Sarawak ketika itu di kediamannya di Petra Jaya, Kuching pada
malam perpisahan. Dirasakan getaran sukma bapa budayawan yang menyampaikan
sumbangsih lagu dan turut mendeklamasikan puisi terbawa-bawa dalam kenangan
peserta. Jelasnya, nafas dan desah sendu suara kepenyairan A. Samad Said,
Muhammad Haji Salleh, Kemala, Siti Zainon Ismail, Adi Badiozaman Tuah (Datuk
Dr.), Saiee Driss, Abdillah S.M. dan Mat Segalang (sekadar menyebut beberapa
nama) terus meninggalkan kesan di
pesisir Pantai Sematan, khususnya di Bumi Kenyalang dengan terus menyemarakkan
alam, penyair dan puisinya.
Sehingga
kini pada tahun 2013, Tasik Biru Bau, Sungai Lundu, Pantai Sematan, Kampung Pueh dan pulau
Talang-Talang masih hidup mekar segar dalam kotak memori nostalgia saya, ketika
saya mengunjunginya buat kali kedua. Nama-nama penulis Sarawak yang menyusul
kemudian seperti Jais Sahok, Jeniri Amir, Margie Leo, Ratnawati Jamil dan
lain-lain terus bertakhta di lanskap sastera tanah air.
Dan
sejak itu, saya banyak menghasilkan sajak-sajak tentang Sarawak. Antaranya, sajak yang dihasilkan 10 tahun
kemudian mengenai pembangunan Sarawak telah disiarkan oleh majalah Mastika’
terbitan April 1994. Kebetulan pula, pengarang
majalah Mastika, Ratnawati Jamil
ialah anak jati Sarawak:
MENDEPANI KOTA SAMARAHAN
(kepada Unimas)
Masihkah kau menyisip nostalgia
kita bagaikan gerup dengan
sisir*
menyimpan segala lara
mencanang setiap kebaikan
tidak kulupa
saat-saat di Sematan
singgah di kota kembang
Samarahan
di tanah Lundu termeterai
temali ingatan
di hujung pulau Talang-Talang masih terpandang
dan deru ombak turut menyisir pesona
tanah Semenanjung yang
ditinggalkan
semadi kasihku abadi
mencengkam semi
dan masih kuingat lagi
kerikil rentang ke Kampung
Pueh
pedalaman gubuk panjang
lembut tari anak peribumi
kental mendakap tradisi
kini mahasiswa universiti!
Rajiee Hadi,
Mastika, April, 1994.
Salam puisi yang berkekalan daripada saya. Jadikan alam indah yang terkembang sebagai guru.
oleh: RAJIEE HADI
28 Oktober 2016
SELAMAT MENJAWAT PEGAWAI PASCA PERKHIDMATAN.....
KEPADA para sahabat yang telah dan akan bersara wajib, berdoalah agar anda semua dapat meniti hari demi hari ke saat tarikh yang dinantikan. Dan saya ucapkan selamat bersara dengan beroleh nikmat kesihatan dan segala ganjaran untuk kebahagian anda dan keluarga.
Sehubungan
dengan ini, saya juga mahu menceritakan serba sedikit apa yang dikatakan bersara
pilihan pencen berbayar dan bersara pilihan pencen tidak berbayar. Mengikut
Pekeliling Sistem Saraan Baharu (SSB) dahulu, penjawat awam boleh memohon bersara
awal ketika umur 40 tahun dengan kelulusan bersebab daripada ketua jabatan atau
majikan.
![]() |
| Mercu Tanda Kompleks Kerajaan Persekutuan Putrajaya |
Namun pencen bulanan hanya akan dibayar kepada penjawat lelaki ketika
berumur 50 tahun, manakala penjawat wanita ketika berumur 45 tahun berdasarkan
perkiraan gaji akhir semasa permohonan bersara diluluskan. Namun demikian, saya
nasihatkan kepada para pembaca yang berminat membincangkan topik ini, sila rujuk pekeliling terkini
berhubung kes persaraan.
Walau bagaimanapun, warga Kementerian
Pendidikan Malaysia di sektor pengajaran
dan pembelajaran (mungkin ada kementerian lain yang menggariskan klausa dan
peraturan tambahan) tidak membenarkan
bersara pilihan tatkala usia 40 tahun ke atas dengan alasan keperluan kritikal.
Mereka hanya dibenarkan bersara pilihan bagi lelaki 50 tahun dan wanita 45
tahun dengan mengajukan permohonan kepada Ketua Setiausaha, Ketua Pengarah / Ketua
Bahagian masing-masing untuk kelulusan. Namun, tidak semudah itu! Ada
syarat-syarat di peringkat sumber manusia dan perlu mendapat kelulusan bahagian
lain terlebih dahulu.
Seorang penjawat awam daripada
kumpulan profesional yang terbabit secara langsung dalam sektor pendidikan
beberapa tahun lalu telah mula merancang mahu bersara awal ketika berusia 48
tahun. Borang permohonan dan segala yang diperlukan telah dikemaskini. Penjawat awam tersebut
berasa kecewa dan hilang kepercayaan
kerana peluang untuk kenaikan pangkat agak tipis kerana amalan kronisme oleh
ketua jabatan dalaman yang tidak profesional, tidak beretika dan tidak beramanah.
Bayangkan
selama lebih 30 tahun
beliau berkhidmat dengan penuh
dedikasi, ketua jabatan atau wakilnya tidak pernah bersemuka menemuinya
untuk memberikan markah atau menilai
prestasi. Walhal jika mengikut prosedur
JPA, semua penilai wajib bersemuka dan
berbincang untuk tujuan pemarkahan. Ini
jelas melanggar etika dan
peraturan.
![]() |
| Kompleks Pejabat JPA Putrajaya |
Apatah lagi jika
kedapatan ketua jabatan
atau ketua pejabat
dalam set minda telah
tersedia memberikan gambaran
negatif dan prasangka
peribadi kepada seseorang
penjawat awam di bawahnya. Menurut
penjawat awam tersebut, beliau
hilang kepercayaan dan
bertegas memegang prinsip
kentalnya mahu bersara pilihan kerana 10 faktor berikut:
1.
Hilang
kepercayaan dan keyakinan kepada
majikannya.
2. Kelayakan
pada tarikh bermulanya permohonan yang dimahukannya, usianya genap 50 tahun. Beliau mengajukan permohonan
ketika berusia 49 tahun.
3.
Tidak
pernah dan bebas daripada dikenakan Tindakan Tatatertib.
4. Tidak
pernah disabitkan dengan hukuman atau
perintah mahkamah yang menyebabkan hilang kelayakan.
5.
Tugas
yang disandangnya kini bukan kategori
perkhidmatan kritikal.
6.
Bebas daripada ikatan
perjanjian biasiswa/pinjaman
pelajaran kerajaan.
7. Bebas
daripada Pinjaman Perumahan Kerajaan,
Kenderaan Kerajaan dan Cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri.
8. Bebas dan
melepasi tapisan Kementerian Dalam Negeri yang disabitkan dengan rasuah dan apa
jua kesalahan yang melanggari syarat.
9. Mahu
berkhidmat dan berjuang di luar sektor kerajaan ataupun menerima tawaran
perkhidmatan di agensi lain yang menawarkan ganjaran yang lebih baik dan
munasabah.
10. Telah
cukup syarat berkhidmat lebih daripada 600 bulan sebagai kakitangan kerajaan
terlatih yang telah disahkan dalam perkhidmatan
awam.
Berdasarkan 10 perkara di atas, maka tepat
pada tarikh hari lahirnya, beliau 'dianugerahkan' bersara pilihan dengan dibayar berkuat kuasa
pencen bulanan dan ganjaran imbuhan yang sepatutnya selama tempoh perkhidmatannya.
Sebenarnya memperoleh 'anugerah' pesara kerajaan bukanlah mudah pada zaman yang
penuh pancaroba ini.
Di samping menghadapi kesihatan dan maut yang
bakal menjemput, penjawat awam juga tidak terlepas daripada menempuh dugaan dan
cubaan kehidupan seperti salah laku rasuah, jenayah, pecah amanah dan
sebagainya ketika meniti hari-hari ke gerbang persaraan wajib. Rancanglah
pengisian ketika menempuh hari-hari pascaperkhidmatan agar diri kita tidak
dilanda kemurungan.
Namun mereka
yang telah mendapat 'title'
itu ialah insan terpilih oleh Allah S.W.T terutamanya yang Bersara Wajib (55,56,58,60) dan Bersara Pilihan Atas
Pilihan Sendiri.. Sebagai insan kerdil, tidak salah jika saya
mengingatkan kepada penjawat awam yang masih muda bahawa ‘ibarat bagai pelepah yang
muda di pepohonan, janganlah ketawakan pelepah yang telah jatuh terdampar di
permukaan bumi; lambatlaun semua akan merasainya’.
Selamat berjuang menempuh
fajar baharu dan usah mengalah dalam menghadapi cabaran dalam kehidupan ini.Sebenarnya bagi penjawat awam yang bersara, demi psikologi dan berkaitan dengan kajian kemurungan selepas bersara dalam pelbagai tesis pascasiswazah, anda cuma beralih ke Bahagian Pasca Perkhidmatan JPA Kerajaan Malaysia. Dan amat diharapkan agar Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) tidak mengganggu anda pada saat 'dunia baharu ini'. Dan tidak salah, anda kini adalah "Pegawai Pasca Perkhidmatan'. Hebatnya!
(oleh Syeikh al-Latis)
Langgan:
Catatan (Atom)













