HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

5 Februari 2018

ZAHIB MOHAMAD JALANI 'By Pass' di IJN KUALA LUMPUR

ZAHIB MOHAMAD yang kini berusia awal 70-an adalah salah seorang rakan sekuliah saya yang sama-sama menuntut di peringkat ijazah pertama awal 1980-an yang kini dilaporkan dimasukkan ke lnstitut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur. Cikgu Zahib yang berasal dari Melaka dan bersemenda di Muar Johor sebelum ini menerima rawatan di Pantai Medical Centre Melaka.

Anak beliau memberitahu bahawa ayahandanya hari ini menjalani pembedahan 'by pass' di IJN Kuala Lumpur.Kepada semua teman dan pembaca, kita sama-sama mendoakan agar Cikgu Zahib selamat menjalani pembedahan tersebut dan dihindari daripada sebarang komplikasi.

Semoga Cikgu Zahib segera sembuh dan dapt menempuh kehidupan seperti sediakala.
Kepada Allah SWT kita berserah dan mendoakan kesejahteraan beliau. Al-Fatihah.

1 ulasan:

  1. Alhamdulillah, khabarnya selamat dalam pembedahan.Syukur ke hadirat Allah SWT.Slm dpd kami sekeluarga.

    BalasPadam