Di sini ratusan tahun silam
margaku lahir semenda mendalam
desa belantara usul asal kejadian
sungai yang mengalir lesu
kaya dengan khazanah alam
Di sini lahirnya cinta abadi
tanah tumpah darah semadi
flora kasih memayungi semesta bumi
tanah ladang sawah terbentang
dusun bersiulan mentari pagi
Di sini kita belajar kasih sayang
kewajipan kepada kampung halaman
setelah termeterai makna kemerdekaan
kita anak-anak mengecapi kebebasan
mengisi makna di menara puncak gading
Usah dikhianati debu kota menyeka
di sinilah perpaduan kita teruji
setelah lima puluh tujuh tahun berkisar
di bawah mahkota payung aman
di sini lahirnya sebuah cinta
abadi dan penuh makna sanubari!
RAJIEE HADI,
BBM, Bangi, SDE.
26.8.2014
HAJI DR. RAJIEE HADI
27 Ogos 2014
DI SINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA
8 Julai 2014
MAKTAB PERGURUAN BAHASA
oleh : Dr Hj. Rajiee Hadi
KETIKA saya menerima tawaran dan mula mengikuti kursus asas
perguruan di maktab perguruan tersohor iaitu
Maktab Perguruan Bahasa /MPB (Language
lnstitute) di Lembah Pantai,Kuala Lumpur pada tahun 1976, perasaan,emosi dan
minda saya berbau syukur, bangga yang patriotik dan terharu yang boleh menyebabkan
titis-titis jernih membasahi pipi.Bapa saudara saya Abdul Hamid Puteh yang saya
panggil ‘Ucu’ (adik bongsu emak saya) yang bekerja sebagai anggota polis telah
menanti saya di Hentian Pudu Raya,Kuala Lumpur.
Walapun saya pernah datang bergelandangan di Kuala Lumpur
pada tahun 1975 dan bekerja sebagai pembantu gerai beberapa bulan sahaja di
Hentian Kota Raya atau dipanggil ‘Hentian Toshiba’ iaitu terminal bas ke Klang
yang berhampiran ‘Central Market’ tetapi sebagai anak remaja bahaya boleh
datang pada bila-bila masa. lbu bapa (panggilan emak dan abah) berpesan agar
Ucu menunggu dan membawa saya ke Jalan Pantai Baharu atau lebih dikenali dengan
nama Lembah Pantai.
Perjalanan saya dengan bas bersambung dari Muar ke Melaka (Mos Omnibus Sdn.Bhd), Melaka ke Tampin,
Tampin ke Seremban (Southern Bus Company)
dan Seremban ke Kuala Lumpur (Foh Hup Sdn.Bhd)
memakan masa lima jam.Perjalanan amat penat dan meletihkan.Mujur Ucu telah
sedia menunggu dan kami terus menaiki bas Seri Jaya untuk ke Jalan Pantai
Baharu. Kebetulan bas penuh dikerumumi oleh mahasiswa Universiti Malaya (UM)
dan Universiti Kebangsaan Malaysia(UKM kampus lama).
Saya terasa teruja dan sedikit cemburu melihatkan telatah
berberapa gaya dan penampilan mahasiswanya yang menjadi idaman saya semasa
zaman persekolahan di tingkatan enam dahulu.Lagu ‘Kasih Sayang’ nyanyian
A.Riyanto daripada filem ‘Akhir Sebuah Impian’ ketika itu begitu memberi
motivasi di kalangan kami. Jauh di hati kecil saya tentu di kampus UM telah
‘ditakluki’ rakan-rakan sepersekolahan seperti Syed Jaafar, Abdul Rahman
Abdol,Tumaisuri Sukaimi, Borhan Amin, Hashim Mos dan Ariffin Jais. Di UKM tentu
saya boleh bertemu Abu Hassan Harun, Masjidin dan Sit Zaleha .
Dan kemasukan saya ke MPB atau Language lnstitute (L.I) tentulah sesuatu yang membanggakan kerana
maktab perguruan ini dianggap berprestij dan tersohor namanya.Nama-nama tenaga
pengajarnya yang telah mencipta nama di situ seperti Lokman Musa, Awang Had
Salleh, Adibah Amin dan Mustaffa Kamal Yassin (Kala Dewata, bapa aktor Azmil
Mustaffa) sudah amat dikenali umum.Sudah tertanam di sanubari saya bahawa
kemasukan saya ke MPB ini adalah sebagai laluan untuk saya jadikan batu
loncatan untuk saya melanjutkan pelajaran ke menara gading pada suatu hari
nanti.
Sebagai bekas pelajar tingkatan enam yang menempuh dan meraih
Sijil Tinggi Persekolahan (STP/HSC) sudah tentu saya merasakan ada sedikit kelebihan
daripada para pelajar lepasan SPM/MCE.Selepas menjamu selera di kantin MPB
bersama Ucu pada petang itu lalu Ucu
menghantarkan saya ke pusat pendaftaran pelajar baru di lantai bawah Asrama
Bukit Pantai. Kemudian kami pun berpisah danUcu pulang ke Depoh Briget Pasukan
Polis Hutan (PPH) Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur.
Namun sangkaan saya meleset. Di MPB saya bertemu rakan-rakan
guru pelatih yang lebih senior usianya. Ada yang pernah menjadi guru sandaran tidak
terlatih, ada yang sebelum itu pernah bekerja di sektor awam mahupun swasta. Dan
ada yang menganggur bertahun-tahun sebelum berjaya ke MPB.Dan di sinilah kami
bertemu, bergaul berganding bahu dan menimba ‘cerita kota ’ suka duka selama dua
tahun. Dan di sinilah nama ‘Rojins’ disebut setiap rakan MPB sebagai panggilan
nama manja..
Dan dengan elaun guru pelatih di luar kampus RM150 setiap bulan
atau RM40 berbaki setiap bulan jika tinggal dalam kampus maka boleh menyebabkan
bertambah lagi air mata saya jatuh berguguran ketika baru menginjak usia yang
ke-19 tahun.Bagi kami, ibu bapa pada zaman itu hanya membekalkan semangat dan doa
restu; bukan wang ringgit atau apa jua yang boleh melegakan. Jika ada guru
pelatih yang berwang kemungkinan mereka sebelum itu telah mempunyai pekerjaan
lain.
Kejayaan memasuki kursus pendidikan asas perguruan semata-mata
demi menjamin kerjaya masa hadapan di samping minat yang mendalam dalam bidang pendidikan
dan keguruan. Dalam bab ini dan seterusnya bukanlah saya mahu mengisahkan rentetan
perjalanan kehidupan saya semasa di MPB tetapi mahu menghubung kaitkan bagaimana
Maktab Perguruan lslam (MPI) itu telah menyentuh kehidupan saya seawal tahun
1977 lagi. Ketika itu saya berada pada tahun kedua di MPB.
Saya masih ingat MPI ‘menumpang’ premis MPB ketika saya
seronok menjalani aktiviti kokurikulum di sebelah petang. Saya aktif dalam pasukan
pengakap MPB.Saya juga bergiat dalam aktiviti kesenian di samping turut masuk kelab
karate MPB dan persatuan-persatuan lain.Kisah ini akan saya paparkan khusus dalam
bab lain.
Setiap petang rabu saya akan siap beruniform pengakap bersama
rakan-rakan sekuliah; Sahak Wahid, Museri Talib, Chew Hock Liong, Azizi Zakaria,
Arshad, Arumugasamy dan lain-lain. Kami dari kelas kuliah kumpulan PMIA 2
(Pengajian Melayu & llmuAlam). Manakala pasukan pandu puteri atau pengakap wanita
dari kelas kami ialah Teh Khadijah, Rusni, Asmah, Rukiah,Che Puteh dan Rohayah.
Kumpulan pengakap dari kelas kuliah PMS (Pengajian Melayu & Sejarah)
seingat saya Hassan Topit, Khairuddin anak Kuala Pilah (Allahyarham) Abdul
Kadir Abdullah (Yang DiPertua Persatuan Guru Pelatih MPB 1977)Jailani Ahmad
(anak Serom Lima) Masjidin, Sobri,Rashid Dogol dan Kamaruzaman Abdullah.
Dari kelas PIIA (Pengajian lnggeris & llmu Alam) antaranya
Roslan, Shanmugam, Rashid, Ranjit Singh dan Reduan. Dan dari kelas PPAK
(Pengajian Pendidikan Awal Kanak-Kanak) tidak ketinggalan Chan, Khairuddin Wahab,
Khatijah dan Hajah Kamisah Puasa. Apabila tiba jam 3.30 petang kami berkumpul
di Dataran MPB di hadapan bangunan ala Minangkabau lalu berbaris dan berkawad dengan
penuh semangat yang berkobar-kobar.
Kebetulan saya adalah ketua kumpulan bagi grup saya. Sahak
Wahid pula penolong ketua kumpulan. Dalam angin sepi-sepoi bahasa petang itu rambut
saya yang panjang dengan cermin mata persis Bruce Lee, berbuai-buai ditiup
angin. Kebetulan pada waktu itu juga jelas di hadapan
dataran tempat kami berhimpun kelihatan para guru pelatih MPI keluar dari bilik
kuliah masing-masing kerana menikmati waktu rehat.
Ada juga kelihatan beberapa pelajar MPI bersembang di
hadapan pejabat pengetua. Pengetua MPI (pengetua pertama) ketika itu, Dr Abdul Hamid 0thman (Tan Sri, meninggal dunia
2012).Sebagai anak-anak muda tentu kami ada sikap mahu menunjuk-nunjukkan
‘kehebatan dan ketampanan’ kami ketika berkawad ketika itu.Apatah lagi ketika pelajar-pelajar
puterinya@ bakal-bakal ustazah yang melintas hilir-mudik di hadapan kami dengan
tunduk sopan tersenyum-senyum mendalam penuh makna.
Sebenarnya pada peringkat awalnya, MPI hanya merupakan satu
unit Pendidikan Agama Islam di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK) Cheras, Kuala
Lumpur pada bulanFebruari 1977.
Unit Pendidikan
Agama Islam telah menawarkan kursus kepada 87 orang pelatih dengan tiga
orang pensyarah. Kursus yang ditawarkan hanyalah KursusPerguruan Sekolah Menengah
sahaja.
Selepas itu pada 25 April 1977, tertubuhlah Maktab Perguruan
Islam secara rasmi dan berpindah dari satu unit di MPIK ke bangunan MPB, sesi sebelah
petang sehingga November 1977. Di sini, Kursus Pendidikan Perguruan Sekolah Rendah
dimulakan dengan pengambilan 237 orang pelatih baru Tahun 1. Tiga jabatan diwujudkan
iaitu Jabatan Pengajian Agama Islam, JabatanPendidikan dan Jabatan Bahasa
Malaysia.
MPI di MPB hanyalah sehingga November 1977, ketika saya kian
hampir menamatkan kursus perguruan asas. Kemudian MPI berpindah kali kedua di
bangunan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di kampus Petaling Jaya sehingga
April 1983. Bermula bulan Mei 1983, Maktab Perguruan Islam berpindah pula
di bangunan UKM, Lembah Pantai Kuala Lumpur, sementara menunggu bangunan baru maktab
siap di pinggiran Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
MPI mengalami perkembangan pesat sejak ia ditubuhkan. Pada tahun
1990 bilangan pelatih meningkat kepada 1,217 orang dan pensyarahnya bertambah kepada
110 orang. Kursus-kursus yang ditawarkan selain dari Kursus Perguruan Asas Pendidikan
Sekolah Menengah dan Rendah, Kursus Dalam Cuti, Kursus Diploma Pendidikan dan Kursus
Dalam Perkhidmatan turut ditawarkan.
Dan sudah tentu kini di MPI setelah dinaikkan taraf kepada lnstitut
Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) mulai 1 April 2006 telah menjalani banyak perubahan
pesat dalam kurikulumnya; antaranya mengendalikan kursus sarjana muda perguruan
(B.Ed.) dan terus mengelolakan Kursus Perguruan Lepasan ljazah (KPLI), Kursus Lepasan
ljazah Guru J-QAF dan latihan-latihan guru dalam perkhidmatan.
Sepanjang yang saya tahu dan ketika travelog ini ditulis lapan
buah jabatan telah ditubuhkan iaitu Jabatan Pendidikan Islam, Jabatan Pengajian
Al-Quran dan Sunnah, Jabatan Bahasa Arab dan Tamadun Islam, Jabatan Pendidikan,
Jabatan PengajianMelayu, JabatanBahasa, Jabatan Kajian Sosial dan Jabatan Bahasa
Inggeris dan Jabatan Penyelidikan. Dan
seterusnya dari MPB ke MPI maka perjuangan saya dalam dunia pendidikan bermula
dan berterusan tanpa noktah akhirnya.
28 Mei 2014
GURU , IBU BAPA DAN DISIPLIN PELAJAR
oleh Dr. Haji Rajiee Hadi
Pada Mesyuarat Agung Persatuan lbu Bapa Guru (PIBG) Sekolah Menengah Bukit
Gambir (SMBG) 1979, saya telah dilantik menjadi Penolong Setiausaha PIBG.
Pengetua (ketika itu disebut ‘Guru Besar’)
SMBG ialah Encik Abas bin Draman.Orangnya lemah lembut,perlahan tutur
katanya,,kelihatan pendiam tetapi bersikap ramah apabila didekati.Beliau secara
automatik adalah penasihat PIBG. Cikgu Abu Bakar Affandi yang ketika itu aktif
dalam politik kepartian setempat dilantik menjadi setiausaha. Saya masih ingat,
dengan tekun saya mencatat minit mesyuarat dan apa jua bahan perbahasan
daripada perwakilan ibu bapa. Sebagai lepasan MPB, saya dianggap mahir dalam
penulisan. Apatah lagi, Encik Abas Draman juga adalah lepasan MPB .
Sebagai guru baru dan dianggap muda saya menerima tanggung jawab dengan
penuh minat dan positif. Dalam hati saya berkata; inilah masanya saya mahu
belajar secara praktik dan proaktif sebanyak mungkin di lapangan. Saya juga
bersedia menjadi penolong setiausaha sukan merangkap ketua rumah sukan. Saya menjadi
ketua rumah sukan sesi petang bagi rumah Tun Perak.Manakala setiausaha badan
sukan sekolah dipimpin oleh Cikgu Sheikh lsmail bin Sheikh Sailan dan Cikgu
Mohamad bin Osman. Saya berbangga kerana melalui pasukan rumah sukan saya
inilah telah melahirkan atlit sekolah seperti Tan Ju San (lontar peluru dan
merejam lembing), Muhardi, Sukumaran,Aishah,Maria Talib, Suhaila dan Suhaili
dalam acara balapan.Kini saya difahamkan ada di antara mereka ,menjadi guru
pendidikan jasmani dan doktor perubatan sekarang.
Pada tahun 2002, selepas 23 tahun kemudian; anak ketiga saya Muhammad Haziq
memasuki tingkatan satu Sekolah Menengah Agama (disebut juga Sekolah Agama
Menengah di bawah kendalian Jabatan Agama lslam Selangor/JAIS ketika itu
(sekarang diambil alih KPM) Sungai Merab Luar,Sepang, Selangor Darul Ehsan
iaitu sebuah sekolah asrama harian.Dalam suatu mesyuarat agung PIBG sekolah
tersebut pada tahun 2002 itu, saya telah dilantik menjadi Timbalan Yang
DiPertua PIBG sekolah tersebut. Yang DiPertua atau Pengerusi PIBG pada masa itu
disandang oleh Prof Madya Dr Mudaser.Pengetuanya ialah Encik Latif Sadli
manakala Penolong Kanannya ialah Ustaz Sufian.
Dan satu tahun kemudiannya, saya dilantik pula menjadi Pengerusi/Yang
DiPertua PIBG bagi sesi tahun 2003-2004.Sebagai Pengerusi PIBG dan sekali gus
saya terbabit secara langsung dalam bidang pendidikan sama ada sebagai guru
sekolah dan pensyarah maktab perguruan di KPM , sebagai pemimpin kesatuan guru,
sebagai penulis yang sering menyuarakan rintihan masyarakat dan sebagai bapa
jua,ini menyebabkan ada beberapa perkara yang mana saya berada dalam dilema dan
konflik diri.
Semasa Muhammad Haziq di tingkatan 3, beliau adalah di antara pelajar yang
telah dikenakan tindakan disiplin digantung hari persekolahan kerana dikatakan
memanjat pagar sekolah keluar dari asrama putera tanpa izin guru atau warden ke
pasar raya Warta atau Bangi Utama di Bandar Baru Bangi, Selangor . Sebagai
Pengerusi PIBG dan sebagai guru yang pernah berkhidmat di SBP tentulah saya
lebih gembira jika terlebih dahulu pihak sekolah mengadakan siasatan dalaman
dahulu.lni kerana saya mendapat maklumat bahawa semasa pelajar-pelajar ini
melanggar disiplin didapati warden tidak ada bertugas ketika itu.
Walaupun ini tidak dapat dipastikan, saya yakin jikalau warden sentiasa
memantau dan menjalankan tugas dengan cekap, isu pelanggararan ini boleh
dielakkan.lni bersandarkan pengalaman saya semasa bertugas di sebuah sekolah
berasrama penuh(SBP) dahulu.Bahkan di SBP sendiri masih terdapat para
pelajarnya yang mengingkari disiplin yang dikenakan ke atas mereka.
Ekoran daripada isu ini, saya telah berjumpa Cikgu Mahadi (Allahyarham)
kaunselor lepasan UPM dan berbincang mengenai hukuman yang dikenakan ke atas
anak saya. Sudah tentulah saya menyatakan kebimbangan kerana peperiksaan
Penilaian Menengah Rendah (PMR) hanya tinggal beberapa bulan lagi.Hasil
perbincangan yang murni dan saling memahami, Muhammad Haziq dibenarkan kembali
ke sekolah segera setelah bercuti di rumah selama empat hari.
Sebagai bapa, saya
menasihatkan Muhammad Haziq agar menjadi pelajar yang komited, menghormati guru
dan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan tinggal di asrama.Anak lelaki seperti
Muhammad Haziq yang seterusnya meningkat ke kelas SMA dan SPM tidak sunyi
daripada masalah disiplin. Apabila berada di tingkatan enam barulah Muhammad
Haziq sudah boleh menilai baik buruk demi masa hadapannya.Di sinilah saya
merasakan peranan PIBG sebagai jambatan penghubung yang merapatkan jurang dan
kesilapan komunikasi di antara pihak ibu bapa dan guru. Dan menerusi puisi ‘Di
Anjung Kehidupan’ (buat Haziq hari lahirmu 7 Ogos ):
Semalam,
haziq pada degup keempat belas
masih
berkaca dan punya besar impian
jauh pun perjalanan kerikil membentang
dia pasrah yakin masa depan
Dia putera kita yang peramah
mula mengenal kebebasan makna
tetapi tuan gurunya menasihatkan:
“lihatlah ikan-ikan di akuarium
bisa makan dan berenang sewenangnya
tidak harus bolos menyerang
akan pecahlah arca bertebaran
hilang pangkalan pedoman haluan
Semalam, haziq pada nafas keremajaan
setelah getar usia di hamparan
Ya taiban!Ya taiban! Ya taiban!
cabaran pasti datang di anjung kehidupan
Serdang ,
8/4/2003
Sayugia kita sedia ketahui bahawa setiap pihak khususnya Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) mahukan hubungan Persatuan lbu Bapa Guru (PIBG)
dengan pengurusan sekolah perlu ada pada tahap terbaik dan berkesan.Bahkan
semua pihak mendambakan hubungan yang harmonis dan saling memahami antara satu
sama lain. Apatah lagi hasrat murni ini selaras dan sesuai dengan penubuhan
PIBG yang bertujuan menjadi jambatan penghubung di antara rumah dan sekolah
serta ibu bapa dan guru.Tambahan pula, semua pihak berharap PIBG
dapat memenuhi hasrat mulia itu sesuai dengan perkembangan pesat yang
dialami negara.
Justeru, kita sedia maklum bahawa fungsi utama penubuhan PIBG di
sekolah-sekolah ialah menjaga dan melindungi kebajikan pelajar-pelajar dan
guru-guru. PIBG juga berperanan memberi sumbangan untuk perkembangan sekolah
menerusi kegiatan-kegiatan akademik, kebajikan dan sosial seperti mana dalam
garis panduan surat pekeliling ikhtisas KPM bilangan 5/2001.
Sehubungan dengan ini, PIBG adalah gerakan komuniti yang sangat
penting dalam sistem pendidikan negara lantaran ia bukan sahaja dianggotai oleh
semua lapisan masyarakat, kaum atau keturunan tetapi mencakupi juga pelbagai
bidang pekerjaan dan latar profesion. Pelbagai latar dan situasi inilah yang
memberi kekuatan kepada PIBG untuk mengorak langkah dan bergerak maju mendukung
cita-cita pendidikan bangsa dan negara.
Oleh itu, dalam erti kata lain saya suka juga mengingatkan bahawa
PIBG bukan sahaja sekadar mengadakan mesyuarat agung malah boleh
bergerak aktif melalui forum, wacana ilmu, dialog, seminar dan
perundingan yang boleh mengambil langkah perlu bagi membendung salah laku dan
pelanggaran disiplin pelajar-pelajar sekolah. Kendatipun telah bertahun-tahun
PIBG memainkan peranan sebagai institusi penghubung antara rumah dan sekolah
namun belum banyak kajian yang menyentuh keberkesanan fungsinya.
Namun demikian dalam usaha merealisasikan usaha muafakat pendidikan, PIBG
yang dilihat sebagai satu-satu institusi yang boleh berperanan secara berkesan
maka penubuhan Majlis Permuafakatan PIBG Nasional (PIBGN) beberapa tahun yang
lalu adalah suatu usaha murni dan positif. Soalnya, sejauh manakah keberkesanan
badan induk ini dalam memenuhi amanah dan tanggungjawab serta boleh dijadikan
rujukan oleh PIBG lain boleh diperbincangkan secara sihat.
Setiap awal tahun persekolahan banyak laporan di akhbar, ramai ibu
bapa yang merungut kerana PIBG dilihat lebih cenderung dalam aktiviti pungutan
derma yang kini ada sesetengah PIBG yang menggunakan istilah ‘yuran
PIBG’ dan turut disenaraikan dalam kertas senarai tahunan pelbagai
yuran dan buku-buku rujukan sekolah. Sebenarnya sebahagian besar ibu bapa
tidak berkira sangat dalam soal menderma kepada tabung PIBG.
Namun apa yang menggusarkan kedapatan sesetengah PIBG yang mengenakan
derma/yuran tahunan PIBG yang kononnya diputuskan tetap atau wajib dalam
mesyuarat agung yang melebihi RM100.00 bagi setiap pelajar. Adakah sudah
tiba masanya KPM atau PIBGN menetapkan kadar derma tahunan maksimum PIBG agar
tidak timbul elemen penyalahgunaan kuasa?
Sebenarnya pungutan derma daripada ibu bapa, orang kenamaan, syarikat dan
firma untuk memperoleh sumber kewangan PIBG untuk membantu pembiayaan projek
sekolah bukanlah suatu paksaan. Ada PIBG yang beriltizam tinggi menganjurkan
motivasi untuk pelajar-pelajar sekolah dengan tujuan mengwujudkan kesedaran dan
keyakinan kendiri ke arah kecemerlangan akademik,sahsiah dan kokurikulum.
Di samping itu ada PIBG yang bermurah hati memberi sumbangan dalam bentuk
peralatan seperti projektor, komputer, mesin fotostat, peralatan kokurikulum,
prasarana sekolah, hadiah-hadiah dan sebagainya kepada pihak sekolah. Soalnya
adakah sumbangan seperti ini boleh mengabaikan pihak lain yang sepatutnya lebih
dipertanggungjawabkan? Adakah adil PIBG memberi sumbangan seperti ini dengan
menggalas beban ke pundak ibu bapa?
Sememangnya tidak dinafikan ada PIBG yang amat ghairah memfokuskan
tanggungjawab lebih ke arah kegiatan sosial berbanding kegiatan kebajikan dan
akademik.Tidak salah jika PIBG lebih mengutamakan menganjurkan kelas pemulihan
dan kelas-kelas tambahan percuma bagi pelajar-pelajar yang lemah dalam
mata pelajaran tertentu seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Bahasa lnggeris.
PIBG juga boleh membantu pelajar-pelajar terutamanya yang
kurang cerdas supaya berupaya mengukuhkan kemahiran dan pengetahuan yang
diperolehi di bilik darjah demi meningkatkan prestasi dan pencapaian mereka
dalam peperiksaan kelak. Selain daripada itu PIBG juga boleh membantu
pelajar-pelajar miskin dan memberi sumbangan buku-buku di perpustakaan dari
semasa ke semasa. Bukankah buku-buku dan segala sumber ilmu itu merupakan harta
tidak ternilai untuk jangka masa panjang?
Kini sudah tiba masanya PIBG wajar berusaha merapatkan hubungan ibu bapa
dan masyarakat sekolah dalam melicinkan usaha mencapai matlamat
pendidikan. Sekiranya ibu bapa dan pihak sekolah mahu mendidik para
pelajar bersikap berjimat cermat dan tidak membazir seperti sering bertukar
ganti saban tahun berbagai-bagai pakaian rasmi selain uniform sekolah seperti
pakaian seragam kokurikulum, pakaian sukan, tanda nama dan sebagainya maka
adalah wajar dirancangkan dengan teliti agar sikap negatif ini boleh diatasi
dengan meletakkan kesungguhan dan kesepakatan bersama antara dua pihak.
Dan dengan lebih berkesan PIBG perlu menjurus usaha menyedarkan masyarakat
umum khususnya ibu bapa atau penjaga mengenai peranan mereka terhadap
pendidikan dan disiplin pelajar. Tegasnya, PIBG wajar bertindak sebagai pemberi
dorongan dan ransangan agar ibu bapa atau penjaga berminat dalam menghadapi
pelajaran anak-anak. Janganlah dipersalahkan ibu bapa jika ada ibu bapa yang
masih berdegil tidak mahu menghadiri mesyuarat agung tahunan kerana mereka juga
ada alasan tersendiri.
Sayugia dimaklumi, dengan menganjurkan aktiviti tanpa kutipan bayaran
tambahan maka diharapkan hubungan PIBG dan sekolah yang sedia terjalin akan
bertambah erat. Aktiviti menganjurkan bengkel keibubapaan, forum/dialog isu-isu
pendidikan semasa dan kegiatan bersama pelajar seperti bengkel teknik belajar,
motivasi, khemah ibadah, bina semangat dan sebagainya wajar kerap
diadakan secara berkala.
0leh yang demikian dengan usaha sebegini dapatlah diyakini
bahawa matlamat merealisasikan dan mengoperasikan sekolah penyayang dan
perkhidmatan penyayang ke arah mengwujudkan budaya ilmu akan melibatkan semua
individu dan agensi agar peka dan responsif. Dan yang menarik, diharapkan semua
ahli PIBG dan warga pendidik di sekolah akan menyedari bahawa pembentukan
generasi cemerlang yang boleh mengisi hasrat dan cita-cita wawasan pendidikan
negara adalah menjadi tanggungjawab semua pihak.
Sebab itu, saya sebagai guru, Yang DiPertua (YDP) PIBG, pemimpin kesatuan
guru,bapa dan penulis bebas begitu sering menghadapi dilema dan serba salah
apabila PIBG sekarang asyik memikirkan jalan mudah dengan menaikkan yuran
tahunan dengan alasan selaras dengan kehendak semasa.Dan dalam masa yang sama,
saya sebagai bapa tidak tergamak membebankan ibu bapa khususnya mereka yang
berpendapatan rendah dan mempunyai beban
tanggung jawab yang besar. Jelasnya YDP PIBG bukan jawatan yang sesuai untuk
saya yang prihatin terhadap golongan miskin.
Seperkara lagi yang suka saya sentuh ialah isu salah laku pelajar yang
sering dimomokkan oleh masyarakat dan media massa yang sering menuding kepada
golongan guru dan ibu bapa. Baik guru mahupun ibu bapa, usahlah kalut dengan
tohmahan orang ramai yang berbagai-bagai. Jadikan ikhtibar dan refleksi agar
kita sama-sama dapat memperbaikinya dari semasa ke semasa. Di mana-mana negara
maju pun masalah disiplin pelajar adalah lumrah dan fitrah yang terpaksa
ditangani oleh pihak yang berkenaan.
Kita sedia maklum pelajar dalam alam remaja sentiasa terdedah dengan
pelbagai ancaman dan desakan yang mengganggu ketenteraman emosi dan interaksi
sosial, kecelaruan idea dan pegangan hidup. Fenomena ini mengwujudkan
masalah dalam jiwa remaja. Apabila berlakunya
kehilangan atau kematian orang yang disayangi, mengidap penyakit serius,
ibu bapa bertukar pekerjaan, peperiksaan, konflik antara ibu bapa, kurang kasih
sayang keluarga dan tiada sokongan keluarga dan sosial maka berlakulah gejala
masalah disiplin yang bertali-temali.
Pada tahun 1993 Bahagian Sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
dalam laporannya telah menyenaraikan tiga faktor diri pelajar yang menyebabkan
wujudnya kes pelanggaran disiplin. Faktor-faktor tersebut termasuk sikap
negatif terhadap pelajaran seperti tidak berminat dan mudah jemu; tiada dorongan
motivasi akibat kurang kemahiran asas belajar dan lebih mementingkan hiburan
serta gangguan kesihatan diri. 0leh itu adakah terfikir oleh guru dan ibu bapa
mahu mengatasi permasalahan ini?
Saya dan rakan-rakan sejawat yang pernah menghadapi masalah disiplin pelajar
sedia mengetahui bahawa pelajar yang
bermasalah ini ialah pelajar yang tiada kawalan diri, kurang mengerjakan kerja
sekolah dan latihan di rumah, kurang patuh kepada arahan guru, kurang
berminat untuk belajar, kurang hormat guru, suka mengganggu pelajar lain dan
suka membuat bising.
Dan kami juga menyedari bahawa golongan remaja juga boleh menghadapi
masalah kesihatan mental dan lazimnya bertingkah laku agresif termasuk
kedegilan, keresahan, tingkah laku bermasalah, penyalahgunaan bahan-bahan terlarang,
kemurungan, penderaan dan tingkah laku seksual dan kehamilan remaja luar
nikah.
Sebagai guru, eloklah kami memberitahu bahawa pelajar yang melanggar disiplin sebenarnya
tidak memahami peranan dan tugas mereka sebagai pelajar. Mereka tidak menyedari
bahawa tindakan sedemikian mendatangkan kemudaratan. Pelajar terbawa-bawa
dengan perasaan dan hilang kawalan diri dan mudah terpengaruh dengan
anasir luar.Selain itu pelajar terdedah kepada kehidupan yang bersifat hedonistik atau bersifat mementingkan
keseronokan, salah memilih rakan sebaya dan pelajar mengalami masalah
penyesuaian atau masalah peribadi.
Namun demikian sebagai guru dan ibu bapa khususnya dalam PIBG apa yang membimbangkan ialah kesalahan disiplin tegar
termasuk penyalahgunaan dadah yang dianggap serius oleh KPM. Kes ini
pernah menular dari peringkat sekolah
rendah lagi. Laporan KPM pada tahun 2009 dikatakan masalah kes dadah ada elemen
peningkatan di sekolah rendah iaitu daripada 0.78 peratus kepada
0.79 peratus.
Walaupun KPM dan PIBG Nasional
(PIBGN) sering menegaskan pada keseluruhannya isu yang melibatkan disiplin berada
dalam situasi terkawal walaupun membabitkan
kes berat seperti pukul buli, gaduh dan ponteng tegar namun
statistik tahun 2009 KPM menunjukkan
aduan disiplin murid-murid diterima bagi tempoh Januari hingga Ogos 2009
ialah 65 kes berbanding 2008 sebanyak
96 kes. KPM menegaskan kes ini terkawal andainya dibandingkan jumlah muri-murid
pada tahun 2009 (Utusan Malaysia, 1 Oktober 2009) seramai 3.2 juta murid sekolah rendah dan 2.2 juta
pelajar sekolah menengah di seluruh negara.
Bersandarkan perangkaan ringkas yang saya paparkan di atas, kesan
inilah yang perlu ditangani oleh ketua guru disiplin, kaunselor
terlatih dan semua guru di sekolah. Pengetua atau Guru Besar selaku
pemimpin sekolah sewajarnya memantau dari semasa ke semasa prosedur
pelaksanaan sesi kaunseling dan program di sekolah agar berjalan secara
profesional. Apatah lagi kini wujud kaunselor atau pegawai psikologi sepenuh
masa di sekolah.Yang penting, sesi kaunseling di sekolah tidak mengganggu waktu
pengajaran-pembelajaran formal di bilik darjah.
Kendatipun pelajar lelaki lebih cenderung merokok, menghisap ganja,
menghidu gam, menghidu petrol, minum minuman keras, menonton atau menyimpan
bahan lucah dan berjudi namun pelajar perempuan pula lebih cenderung
terlibat dengan rokok, bahan lucah dan bercinta.
Oleh itu sebagai guru saya nenegaskan bahawa peranan guru kaunseling dan
guru disiplin mengenal pasti masalah awal salah laku yang sering dilakukan
pelajar amat dialu-alukan; mencegah lebih baik daripada mengubati. Mereka
berperanan membantu pelajar mengurangkan dan seterusnya meninggalkan
salah laku tersebut. Sokongan dan dokongan ibu bapa dan setiap ahli komuniti di
luar sekolah banyak membantu mencegah salah laku pelajar agar tidak berterusan
menjadi barah dalam masyarakat.
Justeru saya tidak menafikan banyak
kajian mendapati punca pelajar terlibat dalam salah laku kerana
mereka tidak dapat memahami pengajaran guru bagi sesetengah mata
pelajaran yang diajar. Kesulitan yang dialami ini menyebabkan
mereka tidak berminat menumpukan perhatian dan berkecenderungan ponteng
kelas atau sekolah.
Ekoran daripada itu pelajar salah laku ini, tidak berminat dengan satu-satu
mata pelajaran dan tidak menyukai guru yang mengajar mata pelajaran tersebut.
Berdasarkan beberapa kajian yang penulis temui mendapati bahawa jikalau
pengajaran-pembelajaran berlaku dengan berkesan maka masalah disiplin tidak
akan timbul. Ini disebabkan
faktor minat kepada subjek pelajaran dan personaliti si pengajar/guru.
Selain itu saya dapati ada kajian
juga menunjukkan salah satu punca pelajar tidak minat belajar ialah kerana mereka tidak berminat
dengan beberapa mata pelajaran yang diajar, tidak membuat tugasan sekolah dan
tidak mengulang kaji pelajaran. Dengan itu mereka tidak memberikan
tumpuan sepenuhnya kepada pengajaran guru; sebaliknya mereka sering
mengganggu pembelajaran- pengajaran dalam kelas.
Sebagaimana sedia maklum terdapat banyak masalah yang timbul dalam
kehidupan seharian pelajar. Di peringkat awal, pelajar mula menghadapi
konflik dengan keluarga dan rakan sebaya terutama yang melibatkan aspek
halangan komunikasi, kebejatan sosial dan silang budaya. Mereka tidak
dapat meluahkan perasaan mereka kerana tidak ada siapa yang boleh dipercayai .
Senario ini menyebabkan wujudnya tekanan perasaan dan konflik dalam diri.
Situasi demikian disebabkan pelajar tersebut memerlukan orang tengah yang berperanan mendidik; berbeza dari
guru kelas atau guru subjek.
Saya merasakan mereka
memerlukan rakan ‘dewasa’ yang mempunyai hubungan dan struktur
kognitif berbeza daripada seorang guru dan boleh meluahkan perasaan serta
rahsia hati tanpa curiga dan berasa gentar. Daripada kajian-kajian yang telah dijalankan
jelas menunjukkan betapa pentingnya peranan yang dimainkan oleh perkhidmatan
bimbingan dan kaunseling di sekolah serta maklumat berhubung dengan salah laku
pelajar dan sikap atau persepsi pelajar-pelajar terhadap
perkhidmatan tersebut.
Kesimpulannya saya berkeyakinan bahawa untuk melahirkan pelajar yang bermoral bukanlah mudah.
Pembentukan pelajar dipenuhi beberapa faktor yang bertali- temali.
Jika gagal salah satu faktor ini maka kecewalah sistem pendidikan kebangsaan.
0leh itu kaedah pengajaran dalam bilik darjah yang membentuk lima
faktor yang saling kait mengait iaitu: rakan sebaya, pengaruh kurikulum dalam
sistem pendidikan, kaedah pengajaran yang diterima daripada guru, pengaruh
keluarga dan pengaruh persekitaran khususnya media massa, sewajarnya
dipraktiskan oleh guru dengan berhemah lagi bijaksana.
Pendekatan kasih sayang yang luhur murni tanpa pilih kasih dan tidak
prejudis banyak membantu guru menjayakan proses pengajaran-pembelajaran.
Tegasnya, bahaya besar akan menimpa masyarakat jika dibiarkan permasalahan
salah laku pelajar berterusan. Dan sudah sewajarnya kerajaan menekankan
betapa perlunya pendidikan agama dan moral serta aspek kebahasaan dan
komunikasi di sekolah-sekolah diberikan keutamaan dan penilaian kembali. lni selaras
dengan hasrat kerajaan menerapkan nilai-nilai Islam, dan semangat
patriotisme satu Malaysia dalam pentadbiran negara.
11 Mei 2014
GURU PENCETUS KREATIVITI PENJANA INOVASI: SELAMAT HARI GURU 2014
OLEH DR. HAJI RAJIEE HADI
SEMASA saya berada di tingkatan dua pada tahun 1968 di Sekolah Menengah Tengku Mahmud lskandar, Sungai Mati Muar,Johor iaitu sekolah yang mempunyai dua aliran: aliran Melayu dan aliran lnggeris ; guru bahasa lnggeris Encik Gan Ju Eng telah bertanyakan saya dalam bahasa lnggeris, ‘Apakah cita-cita saya?’. Dengan spontan dan sudah tentulah dalam bahasa lnggeris juga, saya menjawab dengan penuh bangga bahawa saya mahu menjadi Jeneral dalam pasukan tentera.
Walaupun seisi kelas ketawa tetapi semangat saya tidak mudah lentur. Sebagai ahli pengakap sekolah pada masa itu, tentulah pekerjaan yang berkaitan pakaian beruniform memikat hati saya.Encik Gan Ju Eng yang menerima jawapan saya terus memperlekehkan cita-cita saya dengan nada sinis dan menakut-nakutkan saya, “Jika kamu mahu jadi Jeneral..kamu mesti cuci tandas dahulu,” Saya terpinga-pinga menerima penjelasan daripada guru bahasa lnggeris saya.Dan saya merasakan pekerjaan tentera itu umpama tukang cuci tandas yang tidak mempunyai sebarang pun keistimewaan.Ataupun saya telah beranggapan bahawa profesion tentera tidak menjanjikan masa hadapan. Dalam erti kata lain, sukar dan menakutkan.
Dan sekarang setelah lebih empat puluh tahun lalu, kata-kata Encik Gan Ju Eng itu masih terngiang-ngiang dan berbekas di kalbu saya.Saya merasakan kata-kata itu memberi persepsi negatif dan bersilang arah di minda saya.Saya tidak nafikan bahawa menjadi seorang anggota tentera ;baik dari peringkat bawahan mahupun pegawai atasan bukanlah semudah yang disangkakan.Liku-liku perjalanan, ketaatan dan pengorbanan sentiasa melingkari dalam kehidupan seorang tentera.Ketika itu watak Sarjan Hassan dalam filem ‘Sarjan Hassan’ lakonan P.Ramlee begitu menyentuh sanubari saya. Begitu juga kisah Leftenan Adnan Saidi sebuah kisah benar daripada buku yang saya baca mengenai keberanian seorang perajurit Melayu menentang habis-habisan tentera Jepun di Bukit Candu,Singapura pada perang dunia kedua begitu membakar jiwa,meniup obor semangat patriotik dan nasionalisme dalam jiwa saya. Sebenarnya pendedahan saya dengan buku-buku cerita bercorak cintakan nusa banyak mempengaruhi kehendak dan cita-cita yang bersarang kukuh dalam naluri saya.
Sebagai pelajar yang meminati pelajaran sejarah, saya bukan sahaja membaca kisah-kisah perjuangan pahlawan watan seperti Tuk Bahaman, Dol Said, Maharajela Lela, Tuk Janggut dan Leftenan Adnan Saidi tetapi saya juga membaca kisah-kisah kepahlawanan lslam zaman lslam seperti Umar Al-Khatab, Usman Affan, Ali bin Abi Talib,Saidina Hamzah, Khalid Al-Walid, Muawiyah bin Abi Suffian, dan termasuk para pejuang tanah air seperti Dipo Negoro di Jawa,lndonesia, Napoleon Bonarpate di Perancis, John of Arch di Jerman ,Ho Chi Minh di Vietnam dan lain-lain lagi.
Justeru apabila saya menjadi guru, kesempatan untuk guru menggunakan kemahiran berkomunikasi bagi menyampaikan maklumat dua hala kepada para pelajar adalah amat penting. Jikalau guru kurang bijak berkomunikasi dan memberi impak yang mengelirukan pemikiran pelajar maka sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada perkembangan minda dan persepsi mereka. Saya tidak mahu, kerana kesilapan guru menggunakan kesempatan berkomunikasi dalam menyampaikan maklumat kerjaya di bilik darjah maka menyebabkan seorang pelajar seperti saya akan berasa keliru mengenai kerjaya tentera pada masa itu.
0leh yang demikian,sebagai guru, saya amat bersetuju andainya budaya berkomunikasi dianggap kemahiran atau kegiatan yang terpenting dalam perhubungan manusia. Apatah lagi komunikasi; sama ada komunikasi lisan, bertulis ataupun isyarat sewajarnya diketahui bagaimana caranya agar berkesan dan difahami. Dengan kata lain, sebarang bentuk komunikasi hanya akan dianggap berkesan jika wahana yang digunakan itu betul,tepat dan mantap.Bakal guru sewajarnya diberikan latihan secukupnya dalam bidang komunikasi ini semasa berada di institusi-instusi perguruan.
Berdasarkan kisah ringkas di atas, akibat kurangnya kemahiran komunikasi guru-pelajar maka sedikit sebanyak telah menjejaskan misi falsafah pendidikan negara yang mahukan satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu.Guru sewajarnya turut membantu dan menggalakkan para pelajarnya mencapai salah satu matlamat dalam sistem pendidikan iaitu turut membantu negara menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara.
Kita sedia maklum bahawa rata-ratanya masyarakat menganggap proses komunikasi sama ada komunikasi lisan,isyarat ataupun bahasa badan dianggap mudah dan remeh. Namun saban hari kita sering menghadapi kegagalan komunikasi berlaku di dalam bilik darjah, di dalam perhimpunan sekolah, bersama rakan sejawat di dalam bilik guru, di bilik-bilik mesyuarat dan sebagainya. Lantas itu, kita sering menerima pelbagai peristiwa dan kesan mengalami salah faham,salah tanggapan dan kekeliruan mesej dalam kehidupan seharian.0leh itu guru-guru hendaklah acapkali menunjukkan teladan yang baik apabila berkomunikasi dengan para pelajar sama ada menggunakan bahasa yang berhemah dan bertatasusila.
Sehubungan dengan isu atau topik komunikasi ini saya tertarik mahu menghubungkaitkan pengalaman lain semasa saya berada di tingkatan enam Sekolah Menengah Dato’ Sri Amar DiRaja (SDAD) 1973. Saya masih ingat Cikgu Mohd Rashdi Ramlan, guru subjek ekonomi yang berbicara lembut,jelas dan tegas. Sehinggkan setelah saya menjadi guru saya berbangga sebagai bekas anak muridnya. Saya juga turut berbangga kejayaan kerjayanya yang mencapai tangga jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (TKPP)KPM. Mohd Rashdi Ramlan atau 'Cikgu Rashdi' (kini Dato’Haji Mohd.Rashdi bin Ramlan) sering memberi motivasi , panduan prospek kerjaya dan menghubungkaitkan pelajaran ekonomi dengan dunia semasa ketika dalam kelas.Selain Cikgu Rashdi , Cikgu Mohd Radzi Rahim, Cikgu Rahim Omar ,Miss Kim Davis, Cikgu lsmail Mahayuddin, Cikgu Abdul Rahim Ahmad dan lain-lain lagi tidak kurang juga memberi semangat agar kami terus maju jaya.Guru-guru yang saya sebutkan itu,masing-masing ada cara berkomunikasi tersendiri yang diselitkan dengan cerita-cerita lucu yang menarik hati kami.
Saya masih ingat ketika itu Cikgu Rashdi masih 'muda belia', masih 'bujang trangtang' dan masih 'meronda-ronda berbasikal di Tanjung Ketapang,Muar'.Saya bersama-sama sahabat sekelas; Tumaisuri, Norizan,Ngarisan,Saadon dan Mohd.Najib. Beliau saling bersapa apabila bertembung kami yang juga ‘meronda-ronda’ makan angin. Seperti biasa pada kelas keesokannya, sahabat saya Najib yang bertubuh gempal akan menjadi bahan usikan Cikgu Rashdi. Walaupun saya tidak bijak sangat dalam subjek Ekonomi seperti sebilangan besar rakan-rakan sekelas saya seperti Borhan (pernah menjawat Datuk Bandar Johor Baharu sehingga Mei,2013), Baharu Kemat (Profesor Ekonomi), Norizan Kulob (Timbalan SUK Johor) Abu Hassan Harun (Guru Kanan Ekonomi) atau Syed Jaafar (Arab, telah kembali ke rahmatullah,2006) tetapi Cikgu Rashdi tetap melayan dengan cara komunikasi mesranya dengan semua murid dalam kelas dan penuh tanggung jawab.
Cikgu Rashdi juga dikenali sebagai guru yang bergaya dan berketrampilan dalam berpakaian. Rata-rata kami para pelajarnya ketika itu sering memerhatikan komunikasi bahasa badan dan gayanya dalam berpakaian Apatah lagi Cikgu Rashdi yang kami tahu lepasan siswazah luar negara (Australia) ketika itu sering menjadi idola kami. Kami juga tetap tidak lupa guru-guru kami ketika itu yang sering memberi motivasi juga kepada kami sebagaimana yang telah saya sebutkan di atas.
Gambaran yang saya berikan semasa Cikgu Rashdi sebagai guru saya dan Cikgu Rashdi dalam kerjaya seterusnya sebagai Pegawai PPD, Pengetua MCKK, Pengarah JPN dan Timbalan Ketua Pengarah KPM tentulah tidak sama. Namun kata-katanya yang tegas disulami senyum lembut dan kiasan bermakna tetap berkesan menjadi ingatan kepada saya dan warga KPM yang sentiasa mendampinginya.
Cikgu Rashdi yang kami kenali seorang yang mudah tersenyum.Ada ketikanya senyuman beliau adalah senyuman sinis.Beliau ketika itu kelihatan romantis,berbicara lembut dan mesra pelajar. Ya, mungkin pendekatan psikologi ke atas kami para pelajar tingkatan enam agak berbeza lantaran mungkin kami lebih tampak menuju kematangan.
Saya bertemu seterusnya dalam beberapa mesyuarat peringkat tertinggi KPM semasa beliau menginjak setapak demi setapak dalam kerjayanya sebagai pegawai utama PPD, Pengarah JPN Johor dan pegawai atasan di KPM manakala saya ketika penghujung era 1990-an dan 2000 saya terbabit sebagai aktivis utama kesatuan sekerja sektor keguruan.Lantaran itu kami sering bersua di mesyuarat Majlis Permuafakatan Pengurusan Pendidikan KPM pada zaman Tan Sri Dr Wan Zahid , Datuk Mat Nor Daim, Tan Sri Dr Abdul Shukor (Allahyarham) dan Tan Sri Mohd Rafie (Allahyarham).
Begitulah Cikgu Rashdi, cikgu saya yang saya rasakan diri saya sebagai insan kerdil tetapi saya rapati dan perkenalkan diri saya semula sewaktu roda sejarah kehidupan berputar kembali sewaktu- waktu dahulu. Cikgu Rahsdi tentu berbangga anak muridnya berjaya mencapai kemajuan kelayakan akademik walaupun saya tidak berjaya sehebat beliau menaiki’dari satu tangga ke satu tangga puncak pangkat dan kerjaya’. Walaupun saya juga telah dianggap 'tua' ketika itu, tetapi rasa hormat dan 'malu' amat menebal juga di jiwa saya.
Justeru aspek komunkikasi yang saya perkatakan di atas turut berkait rapat apabila transformasi kurikulum persekolahan diperkenalkan pada tahun 2011 oleh KPM.Sehubungan ini sudah sewajarnya aspek komunikas digubah dan diwarnai dalam nafas baru serta diberi penekanan dan menjadi tunjang utama khususnya bermula dari asas dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) . Dalam erti kata lain, KSSR merupakan usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke -21. Dalam proses transformasi kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat penandaarasan dengan kurikulum negara maju bagi memastikan kurikulum persekolahan kebangsaan setanding dengan pendidikan global.
Saya juga difahamkan bahawa melalui transformasi kurikulum ini Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah ( KBSR) diperkukuh serta ditambah baik dan dikenali sebagai Kurikulum Standard Sekolah Rendah ( KSSR) yang mula dilaksanakan secara berperingkat mulai 2011 lalu. 0leh itu berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan mengekalkan prinsip KBSR maka penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk, organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR yang antara lain tunjangnya ialah aspek pengukuhan kemahiran komunikasi.
Saya sudah menjangkakan,bagi mengukuhkan kemahiran komunikasi, sandaran adalah berdasarkan teori psikologi pengajaran bahasa yang mana aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) lisan mestilah diutamakan sebelum mengajar aspek kemahiran bacaan dan penulisan. Kemahiran dalam lisan memainkan peranan penting dalam penguasaan bahasa para pelajar. Apatah lagi dari sudut psikolinguistik wujudnya perhubungan antara bahasa dengan pemikiran. Pemikiran melibatkan simbol tertentu. Kebiasannya simbol ini ialah lambang-lambang pertuturan tertentu yang merupakan perkataan. Maksudnya jika murid tidak dapat menguasai perbendaharaan kata yang luas maka mereka tidak dapat berfikir dengan jelas.
Oleh yang yang demikian sudah tentulah penekanan adalah bersandarkan bahasa atau kemahiran lisan adalah kemahiran asas bagi bahasa pertama yang dikuasai oleh murid normal. Sebelum mempelajari kemahiran membaca dan menulis khususnya murid Tahun Satu di semua sekolah rendah seluruh negara wajar diberikan penekanan utama dalam kemahiran komunikasi lisan KSSR. Sementelahan pula kurikulum ini berpaksikan kepada prinsip pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan yang sama untuk semua murid dan berkonsepkan pendidikan seumur hidup.
Sukalah saya menegaskan dalam komunikasi, penggabungjalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi menjadi keutamaan guru ketika proses P&P berlangsung dalam bilik darjah. Sehubungan dengan ini guru sewajarnya berupaya menyampaikan isi pelajaran, pengetahuan, idea, maklumat, nasihat dan tunjuk ajar kepada murid dengan tepat tanpa menimbulkan salah faham, kekeliruan dan kekaburan.Yang nyata, sudah semestinya guru itu menggunakan bahasa yang betul, sesuai dan sempurna tatabahasanya.
Dan sebagai pensyarah pedagogi dan metodologi di institut latihan perguruan saya sering mengingatkan ketika kemahiran lisan difokuskan oleh guru dalam P&P, aspek kemahiran mendengar dan bertutur hendaklah diberikan penekanan utama. Dalam kemahiran mendengar guru hendaklah sentiasa memastikan apa yang murid faham dan ingat dengan melalui latihan-latihan khas yang dilakukan secara berperingkat-peringkat. Manakala kemahiran bertutur ialah aktiviti melafazkan bunyi-bunyi yang dihasilkan daripada artikulator manusia dan merupakan kemahiran interaksi dalam suasana berbahasa.
Dalam hal ini aspek asas seperti sebutan, tekanan, mora (panjang-pendek),jeda (persendian), intonasi, nada, tatabahasa, kelancaran, kefasihan dan laras bahasa wajar diberikan penekanan oleh guru khususnya guru bahasa. Dalam erti kata lain, aktiviti lisan seperti perbualan, bercerita, lakonan, berpuisi, melaporkan berita, menyanyi, bacaan bersuara/lantang, bercakap berdasarkan gambar, perbincangan adalah aktiviti yang membolehkan murid mengamalkan bahasa dalam bidang komunikasi yang mana paling hampir dengan kehidupan seharian mereka.
Lantaran itulah dalam memoir ini telah saya sentuh sejak awal tadi bahawa betapa pentingnya aspek-aspek amalan dalam komunikasi dititikberatkan oleh guru.Apatah lagi apabila KPM memperkenalkan aspek komunikasi yang menjadi salah satu tunjang utama KSSR adalah wadah penting dalam transformasi pendidikan ini. Sementelahan pula komunikasi ialah proses penyampian maklumat daripada satu pihak kepada satu pihak lain. Keberkesanannya bergantung kepada maklum balas dan seterusnya tindak balas antara guru-murid. Apa yang diharapkan komunikasi yang berkesan juga akan dapat mengubah cara berfikir individu terutamanya dalam perlakuan dan tindak-tanduk seseorang.
Dengan ini natijahnya akan memberikan impak positif dan menggalakkan penglibatan murid-murid secara aktif dan dinamik. Maka apabila saya menyebut nama Cikgu Rashdi atau Dato’Haji Mohd Rashdi bin Ramlan sebagai model guru saya yang bijak berkomunikasi berkesan lalu tergetus di hati saya,sekiranya, saya ada 'kelayakan' seperti tahun-tahun 1998-2005 yang mana saya adalah ‘AJK pemilihan tokoh guru kebangsaan' maka tidak teragak-agak saya akan turut mencalonkan beliau sebagai Tokoh Guru Kebangsaan. Namun atas kecemerlangannya dan takdir llahi, beliau akhirnya dipilih dan dinobatkan juga sebagai Tokoh Guru Kebangsaan 2008 ketika saya berkhidmat sebagai Pensyarah Kanan di sebuah IPTA di luar negara. Tiada kata seindah bahasa dengan kalungan tahniah buat Cikgu Rashdi yang tidak secara langsung menjadi model seorang guru yang petah berkomunikasi dan memberi kesan mendalam kepada para pelajarnya. lnilah impaknya guru itu pencetus kreativiti dan penjana inovasi. Selamat Hari Guru 2014! (DHRH)
5 Mei 2014
SAYA HANYA PENULIS KAMPUNG
oleh DR HAJI RAJIEE HADI
SECARA peribadi, saya pernah menulis untuk ruangan surat pembaca akhbar Utusan Melayu pada tahun 1970 ketika saya di bangku menengah tingkatan empat. Saya menulis mengadu mengenai sistem perparitan dan saliran yang menyebabkan seringkali berlaku banjir kilat di kampung saya khususnya rumah gadang datuk saya, di Kampung Serom 2 Hilir, Sungai Mati, Muar. 0leh kerana di sinilah tanah tumpah darah pertama saya yang mana saya dilahirkan di sini maka segala punca yang membabitkan kesejahteraan alam sekitar turut memberi kesan mendalam terhadap rasa kepekaan atau deria sensitiviti di sanubari saya.
SECARA peribadi, saya pernah menulis untuk ruangan surat pembaca akhbar Utusan Melayu pada tahun 1970 ketika saya di bangku menengah tingkatan empat. Saya menulis mengadu mengenai sistem perparitan dan saliran yang menyebabkan seringkali berlaku banjir kilat di kampung saya khususnya rumah gadang datuk saya, di Kampung Serom 2 Hilir, Sungai Mati, Muar. 0leh kerana di sinilah tanah tumpah darah pertama saya yang mana saya dilahirkan di sini maka segala punca yang membabitkan kesejahteraan alam sekitar turut memberi kesan mendalam terhadap rasa kepekaan atau deria sensitiviti di sanubari saya.
Tidak lama kemudian selepas tersiarnya
aduan tulisan saya maka datanglah sebuah jentolak kapal korek memulakan operasi
pendalaman parit atau anak sungai yang kian tohor. Sebenarnya pada tahun
1960-an dahulu parit sepanjang kampung saya yang menuju ke Kampung Sungai
Keladi dan alirannya terus menjengah masuk ke Sungai Muar ini tidak setohor
itu. Di parit inilah saya menyaksikan budak-budak kampung saya berkubang renang
sambil mencari haruan,keli dan puyu ( Pekan Serom: Masih Kuingat Lagi:
Rajiee Hadi, Mastika, April 1991):
PEKAN SEROM: MASIH KUINGAT LAGI
Sungguhpun kerap pulang ke desa dan pekan kelahiranku
saban waktu sejarah mengembalikan ingatan
semasa kecil air melimpah -ruah
selepas hujan di halaman rumah opah
agung pesaka moyang sejak zaman berzaman
kini tinggal sisa-sisa menyayatkan
Tempayan purba sepi menyembah bumi
parit besar kami menangkap keli
mandi-manda riang nakal aku menyusuri sungai
sekampung bermukim mencucuh buluh meriam
hilang gerangan entah ke mana
parit besar kami menangkap keli
mandi-manda riang nakal aku menyusuri sungai
sekampung bermukim mencucuh buluh meriam
hilang gerangan entah ke mana
resah mengatur liku kehidupan
dibesarkan oleh luas alam berkembang
segala-galanya kini bagai hamparan kenangan.
Pulang semata-mata kerana ibu ayah
kedut wajah bagai kerikil perjalanan hidupku
menyimpan rapi sisa-sisa usia
menempuh menghambat serentetan kekesalan
seperti sepi malam di desa jauh ditinggalkan
suara cengkerik rengetan sang katak bersahutan
mencengkam ke jantung album rindu
seorang pengembara menyimpul igauan malam
tiba-tiba di desa dan pekan terbina catatan
semuanya berubah dengan kelahiran dan kematian
Pekan Serom, tidak kutemui lagi riakmu
umpama malam-malam lalu dengan gelak tawa taulan
lagu-lagu evergreen berkumandang di pawagam Kimhwa
bujang lapuk jungle april pool watari bertukar ganti
kini detingan besi wajah kusam menyelubungi ngeri
kedai hailam roti bakar ais kepal dijilat api
warung lontong enak tempeh kuih mata kerbau
celoteh Wak Lip, Atan Salu, Abu Amin
Atan Khatab dan diam Mat Gedebuk
khutbah Cikgu Atan bergema lantang selalu dan
pangkalan jeti panggung serom tiga setia berlagu
Di sini Matnor Kelawar terkubur dalam usia remaja
perahu penambang tanjung selabu hilir mudik
anak-anak kecil menongkah arus
menimba ilmu menyabung nyawa
ada tragedi menyayat hati luput ditelan polusi
dusun semusim di Belemang, Parit Kangkar Sungai Keladi
kini lamunan terhakis dalam hangat rinduku
Pada hari itu aku kembali menatap potretmu
petang redup bermotosikal bersama ngarisan
gadis manis hujung kampung melambai menyentuh perasaan
bercerita tentang politik ekonomi dan masa depan Melayu
sementara dinding rumah rapuh dimamah ansai
subur pohon nyiur pelepah tua gugur disambar petir
basikal usang di bawah rumah tetangga tersungkur rebah
seterika antik tersembunyi dalam peti misteri
tv tua hitam wajah tidak berseri lagi
pintar si babu mengatur dagangan setiap hari
malam dingin lampu sepanjang jalan bergelap sekian lama
pekerja hari ini mungkin tidak ambil peduli
asyik mengkhayalkan saham penswastaan melabakan
tanpa keringat menjual pinkform impian termahal
Ah, Pekan Serom menjenguk hadir mimpi-mimpimu
getar menggugat manusuk hati rawanku
geromal Atan Salu senyum Atan Khatab senda Abu Amin
pilu Uda Bakar puterinya menyahut panggilan Illahi
barah meragut kesalnya tidak terperi
pulangnya Mat Gedebuk kian terkumpul dalam sendu puisi
citra Pekan Serom kian hilang bagai kaca-kaca bertaburan
sayunya hati tidak upaya kucantum lagi!
dibesarkan oleh luas alam berkembang
segala-galanya kini bagai hamparan kenangan.
Pulang semata-mata kerana ibu ayah
kedut wajah bagai kerikil perjalanan hidupku
menyimpan rapi sisa-sisa usia
menempuh menghambat serentetan kekesalan
seperti sepi malam di desa jauh ditinggalkan
suara cengkerik rengetan sang katak bersahutan
mencengkam ke jantung album rindu
seorang pengembara menyimpul igauan malam
tiba-tiba di desa dan pekan terbina catatan
semuanya berubah dengan kelahiran dan kematian
Pekan Serom, tidak kutemui lagi riakmu
umpama malam-malam lalu dengan gelak tawa taulan
lagu-lagu evergreen berkumandang di pawagam Kimhwa
bujang lapuk jungle april pool watari bertukar ganti
kini detingan besi wajah kusam menyelubungi ngeri
kedai hailam roti bakar ais kepal dijilat api
warung lontong enak tempeh kuih mata kerbau
celoteh Wak Lip, Atan Salu, Abu Amin
Atan Khatab dan diam Mat Gedebuk
khutbah Cikgu Atan bergema lantang selalu dan
pangkalan jeti panggung serom tiga setia berlagu
Di sini Matnor Kelawar terkubur dalam usia remaja
perahu penambang tanjung selabu hilir mudik
anak-anak kecil menongkah arus
menimba ilmu menyabung nyawa
ada tragedi menyayat hati luput ditelan polusi
dusun semusim di Belemang, Parit Kangkar Sungai Keladi
kini lamunan terhakis dalam hangat rinduku
Pada hari itu aku kembali menatap potretmu
petang redup bermotosikal bersama ngarisan
gadis manis hujung kampung melambai menyentuh perasaan
bercerita tentang politik ekonomi dan masa depan Melayu
sementara dinding rumah rapuh dimamah ansai
subur pohon nyiur pelepah tua gugur disambar petir
basikal usang di bawah rumah tetangga tersungkur rebah
seterika antik tersembunyi dalam peti misteri
tv tua hitam wajah tidak berseri lagi
pintar si babu mengatur dagangan setiap hari
malam dingin lampu sepanjang jalan bergelap sekian lama
pekerja hari ini mungkin tidak ambil peduli
asyik mengkhayalkan saham penswastaan melabakan
tanpa keringat menjual pinkform impian termahal
Ah, Pekan Serom menjenguk hadir mimpi-mimpimu
getar menggugat manusuk hati rawanku
geromal Atan Salu senyum Atan Khatab senda Abu Amin
pilu Uda Bakar puterinya menyahut panggilan Illahi
barah meragut kesalnya tidak terperi
pulangnya Mat Gedebuk kian terkumpul dalam sendu puisi
citra Pekan Serom kian hilang bagai kaca-kaca bertaburan
sayunya hati tidak upaya kucantum lagi!
Begitu juga apabila saya masih berdukacita
melihatkan jalan kampung saya ini masih beralaskan batu-batu kerikil dan tanah
merah.Sedangkan di kampung-kampung sekitar telahpun diturap tar.Tanah-tanah
milik Melayu kian hari kian banyak yang tergadai atau terjual. Sehubungan ini
saya amat susah hati. Seingat saya dalam tahun 1985 saya telah menulis dalam
ruangan ‘Surat Pembaca’ Berita Harian.
Namun entah
bagaimana kemudiannya pada tahun 1989 sewaktu saya membawa murid-murid dari
sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Lumpur melawat Dewan Rakyat, Parlimen
Malaysia, saya mengambil kesempatan bersua muka di luar ruang legar Dewan
Rakyat lalu menyatakan masalah jalan merah di kampung saya kepada Haji Abdul
Ghani Othman (Dato’, wakil
rakyat Parlimen Ledang/ ADUN Serom, kini telah bersara) .
Saya tidak pasti sama ada beliau terkejut atau
tidak apabila saya terus meluru bertemunya ketika itu.Dalam pertemuan itu,
mungkin tanpa berfikir panjang beliau terus mencadangkan agar saya menubuhkan
cawangan Umno di kampung saya. Saya sedar selama ini, sudah turun-temurun
cawangan Umno kampung saya yang minoriti ini bergabung dengan Kampung
Serom Satu.Seterusnya Haji Abdul Ghani menegaskan bahawa Kampung Sungai Keladi
di penghujung kampung saya yang turut menggunakan jalan merah kampung
saya telah menubuhkan Parti Semangat 46 yang dikepalai oleh Haji Saadon
Jabar(Allahyarham).
Kemungkinan ancaman senyap ini mula beliau
rasakan. Namun saya juga bertegas bahawa saya bukan mahu bercakap pasal soal
politik tetapi soal jalan berturap tar dan soal kebajikan rakyat. Haji Abdu
Ghani terdiam dan dialog saya dan beliau hanya setakat itu dan kami kemudian
tidak pernah bersua muka hingga ke hari ini. Apa yang saya tahu, selepas itu
jalan kampung saya pun terus diturap tar dan kami semua selesa dengan alam
sekitar tanpa debu yang menyeka mata, terima kasih. Sajak berjudul Suatu Permintaan (buat Ngumba): (Rajiee
Hadi:Warta Tebrau, 18 Februari 1982)
adalah suara hati saya yang mewakili sebahagian besar penduduk kampung saya
yang kepinginkan jalan yang
berturap.Ngumba ialah nama pena bagi Datuk Embong bin Yahya Ahli Parlimen
Ledang dalam kawasan kampung saya.Beliau ketika itu adalah Timbalan Menteri
Penerangan Malaysia. Berikut adalah puisi yang dimaksudkan:
SUATU PERMINTAAN
(buat Ngumba)
Yang kami pinta hanyalah
kerja nyata
bukan gunting-guntingan pita
atau batu-batu permata.
Yang kami pinta hanyalah
dedikasi luhur
bukan semboyan-semboyan
kerja nyata
bukan gunting-guntingan pita
atau batu-batu permata.
Yang kami pinta hanyalah
dedikasi luhur
bukan semboyan-semboyan
mahupun slogan
ataupun pepatah kuno.
Yang kami pinta hanyalah
ketegasan sebuah harapan
bukan cuma sensasi melulu
ataupun suatu kejutan kosong.
Tuan-tuan terhormat
lihatlah kami yang terpaku
di celah-celah debu
ketegasan sebuah harapan
bukan cuma sensasi melulu
ataupun suatu kejutan kosong.
Tuan-tuan terhormat
lihatlah kami yang terpaku
di celah-celah debu
tatapan merah menebal.
Andainya dilupa selepas pilihan raya
kami beratap langit bertilam tanah
seperti nenek moyang mewarisi sejak dulu
apalah ertinya sebuah kemerdekaan masa kini.
Namun di desa ini
Andainya dilupa selepas pilihan raya
kami beratap langit bertilam tanah
seperti nenek moyang mewarisi sejak dulu
apalah ertinya sebuah kemerdekaan masa kini.
Namun di desa ini
kami tumpahkan setia
bersama keteguhan hati ini
takkan goyang ditiup angin
semangat ini takkan lebur ditimpa hujan.
Yang kami pinta hanyalah
sejalur tar menutup
bersama keteguhan hati ini
takkan goyang ditiup angin
semangat ini takkan lebur ditimpa hujan.
Yang kami pinta hanyalah
sejalur tar menutup
debu-debu menyeka
yang esok entah musnah ditiup angin.
yang esok entah musnah ditiup angin.
Serom 2 Hilir, Muar.
Minat saya terhadap bidang penulisan terus bersinar di MPB,Lembah Pantai, Kuala Lumpur 1976-77. Pada tahun 1977 saya telah menyertai Sayembara Penulisan Puisi dan Cerpen anjuran MPB.Sememangnya tidak diduga, saya telah memenangi hadiah utama bagi penulisan puisi dan cerpen. Sayangnya, saya tidak ingat apakah judul puisi dan cerpen itu. Apatah lagi hasil karya itu telah hilang ditelan zaman.Saya sungguh kesal kerana tidak menyangka pada hari ini, jika hasil tulisan tersebut ada tentu amat bernilai.Saya cuma dapat menerbitkan sebuah antologi/kumpulan puisi stensilan saya berjudul ‘Mereka Yang Pergi’ (1977). Sutau peristiwa lucu semasa saya di MPB ialah saya menggunakan nama samaran ‘Geletek Sayang’ untuk menulis apa jua perkara kebaikan dan cadangan-cadangan membina dan pandangan kritis di papan kenyataan utama Persatuan Pelajar MPB di laluan menuju ke dewan kantin.Saya menulis secara rahsia tanpa diketahui sesiapa.
Tulisan saya itu saya tampalkan di papan kenyataan
pada sebelah malam. Pada keesokannya ramai pelajar yang membacanya dan mendapat
reaksi yang pelbagai. Sejak itu menjadi tanda tanya, siapakah gerangannya
‘Geletek Sayang’ yang tidak diketahui hingga hari ini.Saya rasa Abdul Kadir Abdullah
yang pernah menjadi Yang DiPertua Persatuan Pelajar MPB tentu tersenyum membaca
pendedahan saya ini. Saya harap beliau masih ingat lagi isu peritiwa ‘Geletek
Sayang’ yang menjadi pojok tumpuan pelajar ketika itu.
Seperkara lagi yang saya suka perkatakan ialah
walaupun saya telah menempa dalam bidang penulisan sewal 1970-an
namun secara seriusnya ialah setelah
puisi ‘Aidilfitri’ disiarkan dalam Berita Minggu pada 26 0gos 1979.Namun
demikian saya masih meneruskan penulisan di ruangan surat pembaca, forum
pembaca, apa pembaca kata, medan pembaca dan seumpamanya bagi menyampaikan
suara hati ‘rakyat bawahan’ dengan pelbagai nama samaran. Antaranya ‘Banyak
Tanah Melayu Tergadai di Muar’ kiriman ‘Anak Perantau,Kuala Lumpur’ yang
disiarkan dalam ‘Apa Kata Pembaca’ di akhbar Mingguan Malaysia pada 22 Februari
1987.
Saya juga bertanggungjawab menulis berita rencana
bergambar mengenai keuzuran dan kedaifan Madrasah Al-Shamsuddiniah, Kundang
Hulu, Muar (milik Kiyai Haji Shamsuddin yang terkenal di Johor) yang disiarkan
dalam akhbar ‘Berita Minggu’ bertarikh 22 Februari 1981 dengan tajuk besar
‘Madrasah Kian Uzur, Bilakah Bantuan Nak Diberi’. Rencana ini telah menarik
perhatian simpati beberapa orang kenamaan di Johor.Sekarang, siapa sangka
madrasah yang uzur itu telah bertukar menjadi sekolah agama moden yang mendapat
taraf ‘Sekolah Agama Bantuan Kerajaan’ (SABK) dan kini dikenali ‘ Sekolah Menengah Agama Shamsuddiniah’.
Kundang Hulu, Muar,Johor.
Kendatipun saya diarahkan bertugas ‘pulang ke
kampung’ dan melaporkan diri secara rasmi pada 3 Januari 1978 di Sekolah
Menengah Bukit Gambir,Muar,Johor maka bukan bermakna cita-cita saya mahu
melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan maju jaya dalam bidang
penulisan terus berkubur di kampung halaman.Tidak sama sekali.Saya terus
menulis jika ada idea atau ilham dengan menggunakan mesin taip usang yang saya
tidak ingat milik siapa. Seingat saya, pada tahun 1979 saya dapat membeli mesin
taip baru berjenama ‘Olivetti’ dan pada tahun 1980 kemudian saya membeli
mesin taip berjenama ‘Olympia’ yang lebih besar.
Pada awal tahun 1978 saya mengajar di SMBG, karya
saya mula didengar kawan-kawan di Radio Malaysia (RTM) dalam rancangan
‘Kenangan Mengusik Jiwa’ terbitan Kamaruddin Ahmad dan Amran Sharif. Penyampai
rancangan ini yang gemersik syahdu suaranya ialah Amran Sharif, Mustaza Ma’ah,
Chuari Selamat, Ngasri Sain dan Zainal Abas. Sayangnya saya terlepas pandang
lantaran siaran radio itu berkemundang pada sebelah malam yang mana saya tidak
pasti jaminan siarannya.Kemudian beberapa coretan tulisan saya disiarkan dalam
akhbar Utusan Malaysia dalam ruangan ‘Secebis Kisah’ kelolaan Nora.
Buat permulaan ini, saya sering menggunakan nama
samaran seperti Adzie Roha, R.Hadi , ROHA dan R.H.Roy. Walau bagaimanapun nama
ringkas saya ‘Rajiee Hadi’ yang berkekalan hingga hari ini.Tetapi oleh kerana
saya dianggap berbakat juga dalam penulisan rencana di akhbar dan majalah maka
untuk ‘cari makan’ saya gunakan nama samaran Guru Bahasa, Pak Ngah, Adzie
Hasra, Cucu Tuk Manja dan ldah Eeijar
.Karya kreatif saya pada masa itu seperti sajak,pantun dan cerpen tersiar juga
di Berita Minggu, Bacaria, Watan dan di majalah-majalah seperti
Variapop,URTV,Dewi,Jelita,Wanita,Dian,Aktual,Variasari dan Penghibur.. Dan
antara yang pahit dan manis pada tahun 1981 saya dapat membeli seutas jam
tangan berjenama ‘Citizen Digi-Ana’ buatan asli Jepun berharga hampir RM200/
hasil daripada wang penulisan saya.
Adalah sudah ditakdirkan dengan reda, pada tahun
1982 apabila saya pulang berjoging dari bandar Maharani,Muar kerana bersarapan
nasi kukus yang enak di perhentias bas Jalan Maharani melalui jambatan Sultan
lsmail dengan menunggang Vespa JM 195, jam tangan yang saya masukkan ke dalam
saku seluar sukan telah terjatuh hilang entah di mana tanpa saya sedari. Saya amat bersedih dan air mata cuma
bergenang di pelipis mata tanpa saya mahu salahkan sesiapa. Namun jam tangan
itu tetap menjadi kenangan dan simbol sebuah perjuangan yang saya perolehi
hasil daripada jerih ilham pena kreativiti yang tidak boleh dinilaikan dengan
wang ringgit.
Di SMBG saya berkenalan dengan Cikgu Mokhtar
Yusoff (Zahmy) yang sudah dua tahun mengajar di sekolah tersebut. Selain
Mokhtar, saya juga memperoleh beberapa orang sahabat karib seperti Cikgu Abu
Bakar Sobor (Allahyarham), Cikgu Ali Sugiman (Allahyarham), Cikgu Ghafar Saad
(Allahyarham), Cikgu Abu Mansor (Allahyarham),Cikgu Mohamad Aman, Cikgu
Alaguru, Cikgu Loke, Cikgu Kuan,Cikgu Shaarani Sapari, Cikgu Poh Lee Koon,Cikgu
Abu Bakar Atan,Cikgu Sheikh lsmail, Cikgu Shahruddin Mukhri dan ramai lagi.Pada
waktu itu jumlah guru lelaki lebih ramai daripada guru wanita
Rakan-rakan sejawat ini, selain mereka juga guru
bahasa, mereka juga adalah guru-guru muda yang masih bujang dan aktif dalam
pasukan pengakap daerah dan negeri..Sijil kursus asas manik kayu 786 ,bertarikh 2 Oktober 1977
(No.Pendaftaran: B 0418) yang saya hadiri di Kem Kota Raya, Jalan Padang
Tembak,Kuala Lumpur sungguh amat bermakna.Lantaran pembabitan saya secara
berterusan dan komited kepada pasukan pengakap maka saya telah ditauliahkan Persekutuan Pengakap
Malaysia oleh Ketua Pengakap Negara sebagai pemimpin pengakap bagi kumpulan
pengakap Bukit Gambir ke-3 (M4810) dengan nombor tauliah: M.19716 bertarikh 13
Disember 1979
Dan kebetulan pula di SMBG, guru lelaki yang masih
bujang agak ramai maka aktiviti berpengakap begitu semarak hinggakan kami
pernah menghadiri jambori negeri di kem Tangjung Labuh Batu Pahat dan aktiviti
berkhemah gabungan kokurikulum di luar daerah seperti di Tanjung Bidara,Melaka,
Port Diskson, Negeri Sembilan dan di Teluk Cempedak,Kuantan,Pahang bersama para
pelajar pengakap dan pandu puteri. Lucunya tahun demi tahun kami menanti ‘nasi
minyak’ antara kami tetapi belum ada sesiapa yang terbuka untuk menjamu kami.
Malangnya, sungguhpun kami adalah guru-guru yang aktif berpersatuan namun
penantian ke atas kedatangan guru-guru perempuan yang masih bujang bagi
dijadikan calon isteri hanya tinggal penantian yang panjang.
Walaupun ada ketikanya kami seperti berebut-rebut
apabila ada guru wanita bujang melaporkan diri di SMBG namun penghujungnya kami
hampa kerana mereka tunangan orang. Kesudahannya setiap tahun kehadiran guru bujang wanita
begitu menghampakan. Sebab itulah, ramai di antara kami di SMBG ketika itu berkahwin
dengan bekas anak murid. Senario pada zaman itu jauh berbeza dengan zaman
sekarang. Situasi sekarang berbeza. Di mana-mana dilaporkan guru wanita jauh
melebihi lelaki; termasuklah yang belum berumah tangga. Ah, alangkah bertuahnya
guru zaman sekarang!
Cikgu Mokhtar Yusoff yang saya sebutkan lebih awal
tadi, sudah mula mencipta nama dalam penulisan kewartawanan; termasuk rencana
dan berita. Hasil-hasil penulisannya yang tersiar dalam akhbar Berita Harian
dan Watan sering ditunjukkan kepada saya. Saya pun mula bersahabat dan
mendekati beliau dengan turut menjadi ahli Persatuan Penulis Johor (PPJ) pada
tahun 1978 dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa kegiatan daerah Muar. PPJ
Muar dipimpin oleh Cikgu Aris Tahir atau Said Johor (Allahyarham) seorang
aktivis masyarakat yang terkenal di Muar.Mokhtar Yusoff pula adalah setiausaha
PPJ Muar dan merangkap pula AJK PPJ
peringkat negeri bersama Zam lsmail, Mas’ud Abdul Rahman, Aris Tahir, Said
Jamhari, Matlob,Shukor lsmail, Md.Noh Atan, Juma’noh Abdul Bunga dan lain-lain
lagi.
Apabila saya menghadiri mesyuarat PPJ Muar,
menghadiri bengkel penulisan di Tanjung Emas Muar, saya terkenangkan motosikal
baru jenis Honda Cub bernombor flat JX 5930 yang saya beli dari sebuah kedai
motosikal di Jalan Meriam, Muar seminggu lebih awal sebelum sekolah dibuka pada
sesi 1978 tahun pertama saya mengajar.Motosikal baru yang berharga RM1800/ saya
beli dengan wang deposit RM600/ yang saya pinjam dahulu daripada pak cik saya.
Apabila saya mendapat gaji pertama pada bulan Mac 1978, saya terus segera
memulangkan wang pinjaman kepada pak cik tersebut.
Di kampung saya; baik di Serom atau Sungai Mati,
nama Nora atau Haji Ali bin Haji Ahmad begitu dikenali sebagai ‘orang surat
khabar’.Apatah lagi bagi penduduk di kampung Kesang Tasik atau di Batu 7 Jalan
Sungai Mati-Sungai Senduk;nama sasterawan dan wartawan Nora yang bekerja
di Utusan Melayu/Utusan Malaysia sememangnya amat dikenali oleh generasi ketika
itu.Nora sering memberi inspirasi kepada anak-anak kampung yang mahu menjadi
penulis termasuk saya.Namun masa dan waktu terus berlalu mengikut arus
kehidupan. Sehingga hampir 25 tahun selepas pertemuan terakhir 1987 maka saya
kemudiannya mencari dan akhirnya menemui Nora yang ketika itu telah
lanjut usia.
Perjalanan hidup Nora, saya tahu begitu
panjang dan berliku. Beliau
tersisih dari kehidupan dan rakan-rakan. Selepas zaman kemuncaknya dalam dunia
sastera beliau kini menjalani kehidupan hari tua yang sepi. Kudrat untuk
berkarya semakin susut ditambah pula ingatannya semakin berkurangan akibat
alzheimer yang dihidapinya.
Demikianlah kenyataan hidup seorang sasterawan
Haji Ali Haji Ahmad atau Nora yang pernah mencatatkan nama di persada dunia
sastera negara ini.
Pertemuan saya dengan Pak Nora kali ini amat
berbeza dengan pertemuan dulu terutama ketika beliau masih bertugas di Utusan
Melayu. Pak Nora yang saya temui pada 2011 telah berpindah rumah
dari Ampang Jaya dan menetap di Taman
Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Pak Nora ketika itu berusia 84 tahun,
uzur dan menghidapi alzheimer, perlahan-lahan hilang daya ingatannya. Namun
kudrat kemahuannya masih ceria dan bersemangat bercerita tentang sastera ,
dunia penulisan dan kewartawanan.
Pak Nora lahir di Kampung Sungai Mati, Muar, Johor
pada 25 Jun 1927. Mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris. Beliau pernah berkhidmat
dalam pasukan polis (1951-1959) tetapi kerana minat mendalam dalam bidang
penulisan, beliau diberhentikan.
Kemudian berpindah ke Kuala Lumpur menceburkan
diri dalam bidang kewartawanan di Utusan Melayu pada sebagai penyunting (editor)1969 hingga 1982.
Di samping menulis cerpen, beliau aktif menghasilkan skrip drama (pentas, radio
dan tv), novel dan esei. Antara novelnya ialah Puntung Hanyut (1965), Gelodak (1968), Gelandangan (1975)
dan Kemarau di Hujung Daun (1977),lktikaf (1994)
dan banyak lagi.
Bersama
sasterawan Nora (Haji Ali Haji Ahmad) dalam suatu pertemuan baca puisi di UPM,
Serdang 1987.
Pada tahun 1976,
beliau memenangi hadiah ketiga mengarang novel anjuran GAPENA dengan
judul Seribu Musim Kering. Cerpen-cerpennya terkumpul dalam kumpulan cerpen perseorangan, Di
Kelopak Senja (1973) dan lain-lain lagi. Beliau pernah memenangi
beberapa anugerah antaranya Hadiah Sastera Perdana Malaysia, Hadiah Sastera
Kumpulan Utusan ExxonMobil dan Hadiah Karyawan Sastera Johor.
Hari-hari biasa Pak Nora meneruskan kehidupan di penghujung senjanya. Sejak enam tahun lalu
isterinya, Maznah juga terlantar akibat angin ahmar. Dahulu isterinyalah yang
membuat kuih-muih tradisional untuk Pak Nora menghantarnya ke gerai-gerai
sekitar Ampang Jaya, Selangor. Kini keadaan sudah banyak merubah hidupnya.
Kedua-dua mereka terlantar tidak berdaya dan mengharapkan bantuan anak-anak dan
sahabat-handai membantunya.
Apakah dalam mengejar kebendaan masyarakat kita
kini, tiada pihak yang menyanjungi insan yang menghasilkan banyak khazanah
bangsanya? Saya berharap kita tidak hanya mengenangkan seniman kreatif setelah
ketiadaannya. Semoga karya-karya beliau dapat dihayati oleh generasi muda
dengan beberapa inisiatif yang boleh difikirkan bersama untuk dihadirkan
kembali kepada khalayak.
Saya sebenarnya telah lama berhajat berkunjung
ziarah ke rumah Pak Nora. Saya pernah ke rumah beliau di Ampang Jaya dan
bermalam di situ pada tahun 1976 dahulu sewaktu melanjutkan pelajaran di Kuala
Lumpur.
Malah saya pernah berkunjung ke meja penyunting
ruangan Sastera Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia/Utusan Zaman ketika
Pak Nora bertugas di sana. Pak Nora pada ketika itu berkhidmat sebagai wartawan
dan penyunting akhbar Utusan Malaysia/Utusan Melayu di Jalan
Chan Sow Lin , Kuala Lumpur.
Semarak obor dan nyalaan semangat membara dalam bidang penulisan ketika itu
dibajai hasil kunjungan saya ke pejabat Utusan Melayu sekaligus mendekati Pak
Nora yang menjadi kebanggaan kampung halaman kelahiran saya di Serom,Sungai
Mati,Muar, Johor. Kesan kunjungan itu karya-karya saya yang menggunakan
pelbagai nama pena yang memaparkan pelbagai kisah kasih sayang dan masyarakat
mendapat tempat di akhbarUtusan Malaysia dalam kolum Secebis
Kisah yang dikelolakan Pak Nora.
Walaupun seribu musim datang dan pergi namun
kenangan saya kepada Pak Nora tetap
segar dalam ingatan. Kami saling berhubung sehinggalah beliau bersara daripada
Utusan Melayu pada tahun 1982. Kemudian Pak Nora bergerak cergas dalam
pertubuhan Al-Arqam dan mengasuh beberapa penerbitan Al-Arqam dan beberapa
penerbitan lain yang bercorak keagamaan dan dakwah.
Pertemuan saya dengan Pak Nora pada tahun 1987 di majlis baca puisi
di UPM Serdang, Selangor. Selepas itu kami berpisah dan tidak kesempatan
bertemu. Tetapi ditakdirkan terbuka hati saya
dan berkesempatan berkunjung ke sebuah kedai buku dan menemui sebuah
autobiografi kisah hidup Pak Nora yang ditulisnya tetapi disusun oleh Zakaria
Sungip daripada Penerbitan Galeri llmu.
Pak Nora selepas bersara daripada Utusan Melayu
lebih dikenali sebagai "Sasterawan Agama" yang terus menerus
mengalirkan tintanya untuk dakwah dan tarbiah. Khalayak bukan hanya membaca
fakta, cerita dan kenangannya tetapi turut juga merasakan detak dan nilai rasa,
limpahan sungai pengalaman kehidupannya dan sama-sama merasai bahang keyakinan
menerusi himpunan tulisan Pak Nora yang sarat dengan nilai dakwah dan tarbiah
di media-media dakwah tanah air.
Pada awal tahun 2011 saya berjaya menghubungi
Zakaria Sungip di Galeri llmu dan daripada beliau akhirnya saya dapat berhubung
dengan anak Pak Nora dan dapat mengunjunginya bagi mendapat gambaran
sebenar keadaan beliau.Setahun kemudian
saya mendapat khabar bahawa
sasterawan Nora kembali ke rahmatullah pada 7 April 2012 lalu pada usia 85 tahun. Sebagai anak jati Sungai Mati; adakah masyarakat setempat menyedarinya? Adalah wajar pihak yang berkaitan mengenangkan buat sesuatu kepada anak bangsa ini misalnya pihak berkuasa tempatan boleh menamakan sebatang jalan di Sungai Mati atau dalam daerah Tangkak dengan nama pena atau nama penuh beliau.Penulis dan Sasterawan bukanlah mudah dilahirkan.Mereka adalah anugerah alam dengan bakat batini dan deria rasa kurnia Allah SWT.Kini saya anak jati Serom 2 Hilir akan meneruskan legasi dan akan memupuk suburkan sastera bangsa selagi hayat dikandung badan (Dia Yang Pergi: Rajiee Hadi)
sasterawan Nora kembali ke rahmatullah pada 7 April 2012 lalu pada usia 85 tahun. Sebagai anak jati Sungai Mati; adakah masyarakat setempat menyedarinya? Adalah wajar pihak yang berkaitan mengenangkan buat sesuatu kepada anak bangsa ini misalnya pihak berkuasa tempatan boleh menamakan sebatang jalan di Sungai Mati atau dalam daerah Tangkak dengan nama pena atau nama penuh beliau.Penulis dan Sasterawan bukanlah mudah dilahirkan.Mereka adalah anugerah alam dengan bakat batini dan deria rasa kurnia Allah SWT.Kini saya anak jati Serom 2 Hilir akan meneruskan legasi dan akan memupuk suburkan sastera bangsa selagi hayat dikandung badan (Dia Yang Pergi: Rajiee Hadi)
DIA YANG PERGI
( Al Fatihah Sasterawan
Nora @ Hj. Ali bin Hj. Ahmad)
Sebagai anak sekampung pascamerdeka
segala nukilan kreatif menjadi pedoman
kebanggaan kehebatan kemashyuran
namamu Nora di tinta pena yang meniti
dari waktu remajaku bersemi alam ini
Sebagai anak sekampung yang menyeka debu
merah jalan becak bendang belukar melalang
menjadi teladan generasimu yang di kota
menyalur berita akhbar ternama di utusan
saban minggu mengasuh hati nurani sastera bangsa
Sebagai anak sekampung yang juga menitip
keluh rasa surat pembaca dan secebis kisah
kau dengan tekun membimbing dan membina
setiap bait klausa dan untaian puitis
menjadi nama besar dalam karya dan sebuah nama
Nora, di penghujung hayatmu di luar rumah utusan
nama Sungai Mati sering kau sulam dalam madah
setiap tazkirah kata hikmat pujangga sabda dan firman
katamu kehidupan di sebalik sana nanti kau impikan
kampung kelahiran pangkalan menemui tanah sejati
Begitulah kudrat iradat yang tercatat
di mana-mana adalah milik Tuhan
kita hanya merancang dan mahu merasakan
manisnya hari di penghujung usia yang kental ini
ada ketikanya kita rapuh dengan fitrah ini
menemui Kekasih Abadi!
Rumah Mahkota Bangi SDE
21/9/2012
(oleh Dr. Haji Rajiee Hadi)
(Dr. Rajiee Hadi)
Langgan:
Catatan (Atom)