HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

1 Mac 2018

Puisi: AYAHMU

Ayahmu tidak makan suap
hanya semasa kecil disuap
dan semasa sakit pun begitu
namun tiap tika menyuap
dengan halal rezeki

Ayahmu tidak makan suap
sebutan orang kini korupsi
ayahmu makan beras nasi
padi dari bendang desa
di kampung atau d mana jua

Ayahmu tidak makan suap
beralaskan suji roti benggali
kopi pekat selepas lima pagi
biskut krimer penggalas asasi
elak gastrik jangkitan usus jauhi

Ayahmu tidak makan suap
sekadar nasi ulam sayur desa
selepas sebelas pagi jus buahan
begitulah rutin usia ayahmu kini
buat perisai petang nan condong

Ayahmu tidak makan suap
sesekali capati, nan & prata
sisipan jam lima hingga sore tujuh
betik, oren & kegemarannya nenas
barli,halia & coklat panas

Ayahmu tidak makan suap
segelas lemon panas air hangat
sesekali madu penawar batuk malam
seawal jam sembilan beristirehat
sehingga kejauhan kepada-Nya bermunajat!



RAJIEE HADI,
Bandar Seri Putra-Bukit Mahkota,
Bangi.

24 Februari 2018.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan