HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

28 Oktober 2017

Puisi: OKTOBER DUKA

tiada khabar
berita gembira
jantung rakyat
degup kencang
deru halilintar
kian membakar

tiada cerita
penglipur lara
sulaman mimpi
malam dinihari
penghibur nestapa
fakir hikayat

tiada ketelusan
pemimpin melupai
amanah diculasi
berkorban apa sahaja
menderu badai
tidak dikotakan

tiada kejanggalan
corong meliar
pidato tazkirah
menyeru kebaikan
melontar keaiban
sekadar omongan

tiada keikhlasan
dalam perjuangan
kantung opurtunis
menjual maruah
membeli kuasa
oktober kian parah!

RAJIEE HADI
BBM, Bangi.
28 Oktober 2017.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan