Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-61. Sesungguhnya pada hari ini, keadaan kesihatan penulis tidak sehebat sebelum 2 Jun2018 namun dengan berkat segala doa daripada setiap insan dan mendengar dan mematuhi arahan doktor bahawa keadaan penulis akan sepenuhnya pada bulan Oktober 2018, penulis bersemangat sepenuhnya.
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke-61 buat kita semua.
HAJI DR. RAJIEE HADI
31 Ogos 2018
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan 2018
13 Julai 2018
Selamat Adilfitri dan Selamat Menunaikan Fardu Haji
ALHAMDULILLAH, penulis mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kerana ucapan Adilfitri dan Selamat Menyambut Adiladha yang bakal kita sambut kelak.
Semoga Allah memberkati kita semua.
Semoga Allah memberkati kita semua.
29 Mei 2018
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERI PERHATIAN POLITEKNIK
LATAR BELAKANG ISU:
SEBELUM politeknik-politeknik dan kolej-kolej komuniti berpindah
'rumah' ke Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT), institusi pendidikan
yang berorientasikan teknikal dan vokasional ini 'duduk sebumbung' di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)di Bahagian Teknik dan Vokasional
KPM.
Sebelum penulis menyentuh mengenai nasib,hala tuju dan masa
hadapan para pensyarah Politeknik-Politeknik KPT (PKPT), penulis sukalah
menyingkap senario sejarah tercetusnya mengenai cuti tahunan para Ketua Pejabat
(Guru Besar, Pengetua, Pengarah) yang mengepalai sekolah rendah,sekolah
menengah, maktab/politeknik KPM ketika itu.
Penulis ketika itu turut menganggotai sebagai Ahli Majlis
Permuafakatan Pengurusan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia yang pada
masa itu dipengerusikan oleh mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Allahyarham Tan Sri Abdul Rafie Mahat.Ahli majlis ini di samping dianggotai
oleh pengarah-pengarah pelajaran negeri (pendidikan), ketua-ketua bahagian KPM,
ianya turut dianggotai oleh presiden-presiden dan setia-setia usaha persatuan/kesatuan
perguruan kebangsaan.
Seingat penulis, isu cuti tahunan timbul ketika membahaskan beban
kerja ketua-ketua pejabat atau pentabiran di institusi pendidikan khususnya di
sekolah-sekolah dan tuntutan elaun beban kerja atau kerja lebih masa yang turut
dibangkitkan oleh Majlis Guru-Guru Besar dan PKPSM (badan mewakili
pengetua-pengetua sekolah menengah; termasuk pengetua maktab, politeknik dan
kolej komuniti sebelum dinaik taraf kepada 'pengarah').
Dipendekkan cerita, isu tersebut dipanjangkan dengan menyediakan
kertas kerja /proposal ke JPA. Alhamdulillah, JPA meluluskan tuntutan elaun
kerja masa (penulis tidak pasti mungkin termasuk elaun tanggung kerja atau
pangku kerja dan seumpamanya) yang mana ketua-ketua pejabat ini (termasuklah
semua guru besar, pengetua dan pengarah maktab/politeknik ketika itu) mendapat
nikmat faedah dengan syarat cuti persekolahan yang selama ini dinikmati oleh
guru-guru/pensyarah di KPM diganti dengan CUTI TAHUNAN sama seperti penjawat
awam yang bukan guru/pensyarah KPM. Senario inilah yang banyak tidak diketahui
oleh kebanyakan warga KPM dan KPT.
Apabila politeknik/kolej komunti 'berpindah' ke KPT, rata-rata
para pensyarahnya menjangkakan prospek mereka juga dinaiktarafkan seperti para
pensyarah di IPTA yang bernaung di bawah KPT. penulis dimaklumkan pada mulanya
para pensyarahnya juga turut menjangkakan budaya kerja seperti semasa di
bawah KPM. Bahkan mereka juga menjangkakan peluang kenaikan pangkat dan
elaun-elaun sama seperti di IPTA khususnya para pensyarah yang telah memiliki
ijazah lanjutan sarjana dan PhD seperti mana rombakan yang dilakukan kepada
lPSI/MPSI yang bertukar UPSI dahulu.
Namun ironinya dan amat menyedihkan para pensyarah politeknik
(yang kononnya setaraf IPTA) diberitakan mengikut kerja waktu pejabat (punch
card 8.00 pagi- 5 petang; ada juga mengikut waktu anjal). Mereka juga bukan
hanya tertumpu kepada kerja-kerja akademik (p & p) tetapi dibebankan juga
dengan kerja-kerja perkeranian dan pentadbiran.
![]() |
| Politeknik Nilai, Negeri Sembilan DK. |
Namun demikian yang menyedihkan ketika teman-teman sejawat mereka
yang berada di KPM menikmati peluang prospek kenaikan pangkat yang lebih baik
seperti mana yang diumumkan oleh Tan Sri Mahyuddin Yassin TPM merangkap Menteri
Pelajaran Malaysia (ketika itu), nasib para pensyarah politeknik terumbang-ambing
dan seakan 'samar dan kelabu' tidak menentu. Bahkan mereka yang memiliki ijazah
lanjutan bagaikan tidak dipedulikan; tidak seperti teman-teman sejawat mereka
di maktab-maktab perguruan yang kini telah dinaiktarafkan sebagai IPGM yang
setaraf IPTA.
Justeru, penulis tidak pasti adakah nasib para pensyarah
politeknik ini dibela dan mendapat perhatian daripada kepemimpinan atasan
khususnya YB Menteri Pengajian Tinggi, Dato Seri Mohd Khaled Nordin? (sekarang
Datuk Seri ldris Jusoh). Adakah para pensyarahnya masih menjadi ahli
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK), Kesatuan Guru-Guru Melayu
Malaysia Barat (KGMMB) dan beberapa persatuan/kesatuan perguruan/pendidikan
kebangsaan yang lain?Adakah ahli-ahli yang telah 'berpindah' ke KPT ini masih
boleh mendapat pembelaan?
Jika ada para pembaca budiman khususnya para pensyarah
politeknik yang berstatuskan ahli mana-mana persatuan/kesatuan pendidikan sila
ajukan atau laporkan kepada persatuan/kesatuan masing-masing.
Cadangan penulis adalah baik juga para pensyarah politeknik
sendiri menubuhkan kesatuan kakitangan akademiknya seperti mana yang telah
sedia wujud di IPTA bagi menjamin hak-hak mereka selaku kakitangan akademik.
lngatlah 'zaman pecah dan perintah' sudah berlalu. Bersatu itu teguh.
Keprihatianan pihak KPT meninjau dan mengambil perhatian kebajikan
para pensyarah KPT amatlah dialu-alukan dan disanjung tinggi demi mencapai
matlamat KPT ke arah pendidikan teknikal di peringkat global. (Rujukan
artikel: oleh Dr. Rajiee Hadi, Harakahdaily: 18 April 2012)
ISU TERKINI SITUASI POLITEKNIK MALAYSIA:
Status kedudukan Politeknik Malaysia (termasuk Kolej Komuniti) sering terumbang-ambing dalam kancah situasi politik negara. Seringkali "berpindah-randah" antara KPM ke KPT kemudian ke KPM ke KPT dan sekali lagi ke KPM selepas PRU 14. Semoga pembubaran KPT dan kembali semula ke KPM akan memberi impak dalam beberapa perubahan dasar dan kebajikan para pensyarahnya.
![]() |
| Politeknik Ungku Omar, Ipoh Perak DR. |
Apa yang nyata, sewajarnya para pensyarah muda Politeknik Malaysia yang tidak mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan (Diploma Pendidikan, Diploma KPLI dsb) diberi peluang kursus ikhtisas perguruan seperti Kursus Dalam Cuti di mana-mana IPGM. lni bagi meningkatkan profesionalisme para pensyarah dalam P & P di bilik-bilik kuliah dengan lebih sistematik.
Kenaikan pangkat para pensyarah untuk terus ke gred 52/54/Jusa perlulah setara seperti para pensyarah di IPG dan IPT yang lain-lain. Mana-mana pensyarah yang memiliki ijazah PhD atau master perlu diberikan kenaikan gred yang setaraf dengan kelayakan akademiknya seperti rakan-rakan mereka di IPG.
Penilaian berdasarkan kemampuan akademik sebagaimana para pensyarah di IPT bolehlah diteruskan dengan syarat validator atau penilainya sewajarlah mereka yang berkelayakan akademik setara atau lebih tinggi daripada itu. Misalnya jika di universiti; pensyarah kanan atau profesor madya akan dinilai prestasinya oleh para profesor.
![]() |
| Politeknik Ibrahim Sultan, Johor Baharu, Johor DT. |
Adalah tidak masuk akal jika ada para pensyarah politeknik yang memiliki ijazah PhD atau master tetapi validator atau penilainya hanya memiliki ijazah sarjana muda! Sudah pasti, situasi begini boleh dijadikan bahan lelucon!
Sistem time-based seperti yang kini dilaksanakan di sekolah-sekolah di bawah KPM boleh juga disamatarafkan juga dengan kolej-kolej komuniti dan politeknik.
Dan semoga kemasukan para pelajar baharu ke politeknik juga tidak melalui "pintu belakang politik".
Justeru, Politeknik Malaysia di bawah KPM sudah tentu mahukan merit kecemerlangan para graduannya di pasaran pekerjaan dan demi nama baik dan masa hadapannya.
Oleh itu terima kasih KPM dan selamat maju jaya Politeknik Malaysia dengan dimensi dan perspektif baharu. (DRH)
28 Mei 2018
BEKERJA DI LUAR NEGARA
BAGI rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara; pada kebiasaannya mempunyai pelbagai sebab. Ada yang bekerja di sektor kerajaan negara berkenaan, bekerja di agensi-agensi / pejabat
kerajaan negara asalnya di luar negara, bekerja di sektor swasta negara berkenaan, bekerja di pejabat-pejabat sektor swasta di luar negara; bahkan ada yang bekerja sendiri berdagang di rantau orang untuk mengubah nasib sendiri. Dan tidak kurang juga yang 'merajuk hati' membawa hati dan jasad diri di perantauan.
![]() |
| New York USA |
Pengalaman penulis yang telah menjejaki sahabat-sahabat senegara yang telah bertahun-tahun di rantau orang cukup teruja. Ada yang yang telah memperoleh 'Green Card" bekerja atau berkelana di negara Uncle Sam (USA). Kad hijau atau permit bekerja boleh diperbaharui setiap 10 tahun.
lni memberi peluang mereka mencari rezeki di sana. Ada sesetengahnya telah mendapat status penduduk tetap (PR). Bahkan ada yang telah membulatkan tekad, bertukar taraf kewarganegaraan kerana berasa selesa dengan kehidupan negara berkenaan.
Di antara ribuan rakyat Malaysia yang berada di USA, penulis temui seorang wanita Melayu yang telah memiliki ijazah B.A.Hons dari Universiti Malaya sejak awal tahun 1960-an. Boleh dikatakan hebat, kerana kelayakan akademik ijazah asas pada awal 1960-an bukan calang- calang orangnya.
Pada awal tahun 1960-an beliau telah bekerja di sektor awam sebagai pegawai penyelidik.Namanya juga terukir sebagai penulis yang telah mencipta nama. Namun entah apa sebabnya beliau "berhijrah" ke USA (ada versi mengatakan beliau 'patah hati') dan bekerja di sana. Pada tahun 1994, beliau ada pulang ke Malaysia.
Sepulangannya ke Malaysia, penulis kebetulan bertemu di suatu majlis puisi di ibu kota. Beliau masih anggun dan kelihatan sofistikated. Keluhuran budi dan kesopanan tutur bicaranya tidak lekang daripada keterikatan budaya Melayu walaupun sudah bertahun-tahun bermastautin di USA.
Dan sepulangannya ke Malaysia; sebuah akhbar arus perdana telah mengambil kesempatan memberi ruang atau kolum untuknya menulis corat-coret dari USA.Tulisannya sungguh menarik dan banyak memberi info. Selang beberapa bulan, penulis memndapat khabar beliau berangkat semula ke USA. Dan sehingga kini penulis tidak tahu khabar beritanya.
Selain USA, penulis juga pernah bertemu anak Malaysia bekerja di kota besar Eropah di London, Paris & Frankfurt. Seorang pegawai kanan KPM, penulis temui di London berkhidmat di kedutaan Malaysia sebagai Pengarah MSD. Sudah tentulah, jawatannya di sana merupakan kenaikan pangkat yang menyebabkan beliau terdorong mahu berkhidmat di kedutaan (Suruhanjaya Tinggi).
![]() |
| London UK |
Selain kenaikan pangkat beliau terdedah dengan pelbagai pengalaman diplomatik. Justeru, bekerja di luar negara sebagai pegawai kanan kerajaan Malaysia tidak banyak menyukarkan kehidupannya dengan kerenah birokrasi dan masalah kewangan. Beliau berhak menerima berbagai-bagai insentif dan elaun kehidupan. Ah, sudah tentu lumayan.
Ada juga anak Malaysia yang "mengembara dan menjaja" seluruh Eropah dan bermastautin di Amterdam, Belanda kerana dorongan rasa cintanya kepada kesenian dan atas sebab-sebab peribadi. Dan kerana pendedahan ke peringkat antarabangsa, karya-karya lukisannya dipandang di mata dunia dan berharga ribuan Euro.
Siapa sangka anak Melayu insan kerdil dari sebuah kampung dalam daerah Muar,berjaya mencipta nama dengan hasil karya seni lukisnya. Kembaranya bertahun-tahun akhirnya beliau bertemu jodoh dengan gadis Eropah (khabarnya Belanda) dan kini mempunyai anak dan keluarga di sana. Dua tahun lalu, pelukis tersohor ini pulang ke kampungnya dan kembali semula ke Eropah.
Pada hari ini ramai anak-anak Malaysia mula berani keluar dari kepompong 'kemiskinan' untuk memperoleh pendapatan yang lebih terutamanya dalam bidang perubatan, kejuruteraan, dan teknologi maklumat. Mereka mula berani mengorak langkah berani berkhidmat dengan syarikat-syarikat besar antarabangsa dalam bidang petroleum, pembinaan dan multi teknologi.
Penulis juga temui mereka yang berkhidmat di Arab Saudi khususnya di Jeddah, Madinah dan Makkah.Selain itu, para profesional Malaysia bukan begitu asing kini berkhidmat di kota-kota metropolitan di negara-negara teluk seperti di Dubai, Qatar dan Bahrain.Sesetengahnya telah berhijrah lebih 10 tahun di Dubai.
![]() |
| Dubai UAE |
Dipendekkan cerita, kerana sebab-sebab peribadi, nilai wang negara asing yang tinggi, gaji dan elaun yang lumayan serta kehidupan yang kondusif maka mendorong individu tersebut rela berhijrah ke luar negara. Faktor-faktor luaran dan dalaman inilah juga mendorong penulis berikhtiar untuk menambah rezeki di luar negara.
Penulis pernah berfikir; apakah penulis boleh menjawat jawatan KSN (Ketua Setiausaha Negara) suatu jawatan tertinggi dalam perkhidmatan awam? Tentu tidak. Gaji dan elaun sebesar KSN (ketika itulah..)? Tentu tidak! Segala kemudahan dan layanan istimewa? Tentu tidak juga!
Penulis tidak sanggup pada ketika itu (era tahun 2000-an) merantau jauh hingga ke USA, Eropah atau ke Australia mahupun Beijing atau Tokyo tatkala usia yang mula digilap keselesaan. Apatah lagi meninggalkan jauh keluarga yang memerlukan seribu satu macam keperluan dan tuntutan khususnya ibu penulis yang dimamah usia dan kian uzur.
![]() |
| Bandar Seri Begawan Brunei DS |
Namun jauh di sanubari penulis berasa amat tidak puas hati kerana perjawatan dan peluang kenaikan pangkat dalam perkhidmatan KPM begitu terhad (sebelum era TS Mahyyuddin Mohd Yassin menjadi Menteri Pendidikan) bahkan tiada peluang langsung. lni termasuk mana-mana penjawat awam yang memiliki ijazah lanjutan Master dan PhD.
Apatah lagi dengan sikap kronisme dan nepotisme dengan seribu macam muslihat & ampu mengampu. Zaman penulis, bukan sedikit rakan-rakan senior penulis dalam perkhidmatan KPM yang telah berijazah lebih 20 tahun yang bersara ( wajib 55 tahun) hanya berada di tangga maksimum gred 48 dan 41 (ketika itu tiada gred 44) sahaja.
Penulis pernah terfikir; apakah penulis boleh berkhidmat lagi di institusi-institusi dalam negara tetapi bertukar lokasi misalnya di Perlis atau Pulau Pinang, di Kelantan, Sabah atau Sarawak. Pada anggaran penulis perjalanan dengan kapal terbang sekitar dua jam sahaja.Jika penulis bertugas dalam negara; gaji yang diperolehi tidak jauh beza. Cuma di Sabah atau Sarawak bagi penjawat awam dari Semenanjung akan memperoleh elaun wilayah dan pelbagai elaun lain.
Apabila tiba waktunya; penulis tidak perlu sedu-sedan itu. Dengan tekad membulat penulis meninggalkan perkhidmatan awam di Malaysia dan buat beberapa waktu berkhidmat sebagai konsultan dengan beberapa agensi kerajaan. Seperti biasa, penulis mengajukan permohonan rasmi/resume ke sebuah IPTA di luar negara melalui kedutaannya di Kuala Lumpur dan di kementerian berkenaan .
Penulis bernasib baik kerana dipanggil temuduga di pejabat kedutaan tersebut di KL. Dan selepas satu bulan penulis menerima berita gembira ditawarkan jawatan Pensyarah Kanan di sebuah IPTA dengan amaun nilai wang RM menghampiri gaji KSN! Yang penulis tidak sangka, penulis diberi tempat tinggal percuma bertaraf hotel 3@4 bintang dengan sebuah kereta Nissan percuma. Penulis difahamkan sewa bulanan hotel tersebut sekitar RM3-4 ribu sebulan.
Penulis amat berterima kasih kepada kerajaan NBDS yang memberi layanan baik kepada penulis sebagai penjawat awam sepenuh masa di negara tersebut. Dan nostalgia bekerja di luar negara tetap menggamit di sanubari penulis sepanjang jalan kenangan. Terlalu banyak yang penulis mahu hebahkan tetapi memadailah setakat ini. (DRH)
20 Mei 2018
SURAT TERBUKA KEPADA PERDANA MENTERI
LATAR BELAKANG ISU
Surat Terbuka Dr. Rajiee Hadi kepada Perdana Menteri
Surat Terbuka Dr. Rajiee Hadi kepada Perdana Menteri
YAB Datuk
Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia.
Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 pada bila-bila masa akan YAB Datuk Seri umumkan. Dan terkini, kempen pilihan raya DUN Sarawak sedang berlangsung dan hangat bermula. |
Namun apa jua maksud tersurat dan tersirat, saya bagi pihak orang-orang Melayu,
bangsa peribumi, umat Islam, golongan pendidik, ibu bapa, penulis, sasterawan,
budayawan, aktivis masyarakat, para pejuang dan pencinta bahasa dan orang awam
yang telah bersama-sama menzahirkan sukma rasa lahir dan jiwa sokongan penuh
tidak berbelah bahagi kepada pemansuhan muktamad isu Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang telah
diputuskan oleh kerajaan pimpinan YAB Datuk Seri menerusi pengumuman yang
dibuat oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin Menteri Pelajaran merangkap
Timbalan Perdana Menteri.
Sedarilah bahawa keputusan ini telah disambut dengan penuh gembira, titisan air
mata kesyukuran dan penghormatan terhadap kerajaan BN pimpinan YAB Datuk Seri
dahulu. Lantaran itu usahlah dipersia-siakan perjuangan murni ini.
Namun, seperti mana yang dilaporkan di akhbar-akhbar hari ini bahawa YAB Datuk
Seri akan menimbangkan semula pelaksanaan PPSMI dalam dua opsyen adalah sesuatu
berita yang amat memeranjatkan, menyedihkan dan tragis.
Saya bagi pihak rakyat
terbanyak mengingatkan agar YAB Datuk Seri jangan sengaja “memainkan perasaan
orang Melayu” demi menjaga “sentimen orang lain yang berkepentingan”.
Rakyat terbanyak akan bertambah keliru dan prasangka kerana YAB Tan Sri
Muhyiddin pernah mengumumkan bahawa PPSMI adalah suatu keputusan muktamad
apabila pemansuhannya diumumkan dahulu. Dan ini kelihatan nampak jelas adanya
percanggahan dalam kepemimpinan YAB Datuk Seri.
Apatah lagi apa yang dikatakan
oleh YAB Datuk Seri bercanggah dengan aspirasi dan perjuangan rakyat terbanyak khususnya
Melayu-Bumiputera yang menjadi tonggak utama jatuh bangunnya; Umno parti dukungan YAB Datuk Seri.
Justeru, saya bagi pihak umat Melayu-Islam-Bumiputera sekali lagi menyatakan
berterus terang dan menyedari bahawa orang-orang Melayu kini mula mual jelak
dan marah terhadap mana-mana pemimpin yang tidak bertegas, kelihatan bercanggah
dan boleh dianggap ada pergeseran antara dua pemimpin tertinggi.
Dan apa yang lebih penting rakyat tetap menentang habis-habisan mana-mana
pemimpin yang lebih mementingkan “periuk nasi” daripada kepentingan perjuangan
bangsa, agama dan negara. Harapan kami, agar PRU 2008 lalu tidak umpama, 'nasi
sudah menjadi bubur'. Salam.
Dr. Rajiee Hadi
Presiden Persatuan Pengamal Pendidikan Malaysia.
(sumber: Harakahdaily: 16 April 2011)
NOTA ISU TERKINI:
Setelah tujuh tahun surat terbuka penulis yang ditujukan kepada PM DS Najib iaitu ketika sebelum PRU-13 penulis menyarankan agar perlunya penyatuan sesama pemimpin tertinggi dalam parti tetapi kini selepas PRU-14 kesan dan titik hitam yang melanda Umno/ BN telah menjadi kenyataan; sejarah kejatuhan setelah lebih 60 tahun berkuasa.
Penulis telah mengingatkan betapa perlunya mendengar keresahan hati rakyat. Bahkan Khairi Jamaluddin, Ketua Pemuda Umno sendiri, dalam laporan terbaharu berasa kesal kerana tidak melaporkan situasi realiti sebenar kehendak rakyat.
Begitulah, apabila nasi sudah menjadi bubur segalanya hanya boleh dijadikan ikhtibar. Sekarang, biarlah Tun Mahathir Perdana Menteri ke-7 pasca PRU-14 diperuntukkan waktu selesanya 100 hari untuk merealisasikam misi dan visinya tanpa diganggu-gugat dengan tohmahan, psiko, perang saraf oleh cybertrooper musuh dan sebagainya. Berilah kepercayaan penuh kepada Tun M. (DRH)
19 Mei 2018
PH MENANG BN KALAH: MENGAPA?
Nantikan.
18 Mei 2018
DR MASZLEE MALIK: Tahniah Menteri Pendidikan Baharu
Tahniah daripada kami semua.
Posting akan muncul.
Posting akan muncul.
Langgan:
Catatan (Atom)







