SETIAP penyakit adalah ujian dan tanda Allah kasihkan kita. Bahkan penyakit yang datang dalam hidup kita adalah penghapus dosa daripada Allah Yang Maha Pengasih.Semoga kita akan dikuatkan iman dan takwa menghadapinya dan dengan iringan doa syafakallah daripada Yang Maha Berkuasa.
Begitulah saya; beberapa bulan yang lalu sering sakit perut (dalam abdomen), rasa banyak angin (gas), kekadang sesak nafas, pening, degupan jantung yang kencang dan sebagainya. Kemudian saya mengambil keputusan membuat diagnosis (pemeriksaan klinikal) segera di sebuah pusat kesihatan, melalui ujian darah dan urin (urine).
Oleh kerana rasa pedih-pedih hati (liver), saya mencari info dari sumber internet. Saya pun berhenti makan yang pedas atau makanan mengandungi lada/cili, masam (asid), minuman berkarbonat dan kafein (kopi,teh dsb.), mengurangkan gula dan garam dalam minuman dan makanan serta merta.
Saya mengesyaki saya mengalami keradangan usus kerana tanda permulaan sukar membuang air (besar atau kecil), sukar benafas dan stres. Setelah dibuat ujian klinikal ( blood test report) "H. PYLORl " (Helicobacter Pylori igT) perut/usus, keputusannya perut/usus saya dijankiti kuman (bakteria xxx)/" POSITIVE : Serological evidence of an active infection or an asymptomatic colonisation by H.Pylori. SUGGEST: Urea Breath test to confirm (Normal Range: kurang 10 negative/10-20 equivocal/lebih 20 postive/ CURRENT: 35)
Alhamdulillah, mujurlah dapat dikesan awal selepas 30 Jun 2017. Apa yang saya suka memberitahu , puncanya daripada jenis pemakanan termasuk daripada makanan dan minuman yang mengandungi bakteria (kuman) sama ada dari kedai-kedai makanan ataupun makanan dan minuman terdedah di rumah dan di luar rumah (Awas: Jangan minum minuman/makanan yang terdedah/terbuka lebih 24 jam KECUALI disimpan dalam peti sejuk kerana telah belaku tindak balas fizik yang menghasilkan bakteria jahat). Dan amat merbahaya andainya dalam tubuh anda telah merosot imunasi (immune).\
Tahukah kalian, jika kita tidak peka boleh menyebabkan ulser perut/usus luka yang boleh menyebabkan najis atau muntah berdarah;najis kehitaman, dan apabila asid yang banyak menghasil alkaline phospathe (Normal Range: 56-119: Current: 134/2017/ Previous: 150/2015) yang boleh menyebabkan pedih hati yang mana jika tidak dikawal cegah boleh 'abdominal pain' dan menyebabkan Hept.B dan penyakit-penyakit kanser perut (Nahuzubillah Minzaliq).
Apa yang mahu saya kongsikan, janganlah pandang remeh dan ambil sikap tidak acuh apabila kita sakit perut atau sakit dalaman abdomen (usus, batu karang, buah pinggang, hati,apendik,dll). Langkah pemeriksaan awal adalah langkah pencegahan. Doktor telah memberi saya dua jenis antibi
dan Antibiotik xxx) bagi"memusnahkan" kuman (bakteria jahat) tersebut.Sekarang saya dalam proses pengubatan/rawatan (treatment). Saya juga perlu mendapat nasihat doktor untuk diberikan suntikan imunasi (imune) untuk pencegahan Hep.B kerana ujian klinikal saya (Hep B Surface Antbody) kini hanya level 51 ( non-immune kurang 10/ low level immunity 10-50/ immune lebih 50).
Doa daripada anda semua (termasuk sesiapa yang mengalami masalah yang sama) agar saya diberikan kesembuhan (syafakallah) segera dan dijauhikanlah daripada sebarang penyakit kronik sama ada yang merbahaya atau tidak merbahaya.Semoga Allah SWT jua yang membalas segala doa tuan/puan/sdr/sdri untuk kebaikan dan kesembuhan buat saya.
Sesungguhnya saya amat bersyukur Allah Yang Maha Pengasih telah membuka awal pintu hati saya menyedari awal simpton ini.Semoga jua pengalaman saya ini dapat dikongsi kepada semua sebagai peringatan dan ikhtibar serta amal jariah & tarbiyah daripada saya. Yang baik datang dari Allah SWT, yang lemah datang daripada saya. Amin ya Rabbal al' amin. (DRH).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan