Oleh DR HAJI
RAJIEE HADI
KERJAYA guru kian hari kian banyak
cabaran. Namun dalam kepelbagaian cabaran dan dugaan profesion ini menuntut
banyak kesabaran,kemahiran dan ilmu berkaitan pedagogi pengajaran dan
pembelajaran bilik darjah, kelicinan pengurusan kokurikulum dan kurikulum serta
pengalaman yang patut sedia ada bagi seseorang guru itu.
Justeru
manuskrip/naskah ini ditulis oleh seorang pengamal dalam bidang pendididikan
yang secara langsung menjadi guru di bilik darjah selama lebih 15 tahun,
sebagai pendidik guru (pensyarah maktab perguruan/ipgm) lebih sepuluh tahun dan
seterusnya bertugas di IPTA sebagai pensyarah kanan.
Naskah ini adalah motivasi
kerjaya kepada bakal guru dan guru-guru dalam perkhidmatan sebagai seorang
pendidik cemerlang yang dianggap bukan sahaja sebagai seorang guru di bilik
darjah, ketua dan pentadbir institusi pendidikan,pemimpin persatuan dan
kesatuan keguruan bahkan sebagai pemimpin masyarakat dan penggerak seni dan
budaya setempat yang mencetuskan berbagai-bagai idea, saranan dan sumbang saran
ke arah tranformasi di bidang pendididikan yang inovatif dan kreatif. Guru
dianggap sebagai insan rujukan masyarakat seiring persepsi kerjayanya yang
dianggap mulia dan dihormati masyarakat.
Oleh itu membaca naskah ini, para pembaca
turut sama menyelami dan menghayati falsafah pendidikan watan dan memberi
kesedaran betapa pentingnya guru dan bidang pendidikan bagi pembangunan manusiawi
dan negara. Buku ini ditujukan semua bakal guru, para pelajar dan guru pelatih
di fakulti-fakulti pendidikan IPTA , IPTA dan IPGM (Institut Pendidikan Guru
Malaysia), guru-guru, para pegawai pendidikan di PPD,JPN dan KPM, para ibu bapa
dan seluruh masyarakat yang tidak dapat dipisahkan daripada dunia pendidikan
sama ada pada masa lampau, pada hari ini atau pada masa-masa hadapan. Semoga
buku ini dapat menajamkan minda mereka untuk menilai segala aspek dalam
kehidupan dan pendidikan. Sekian.
.
wah....girst blog saya baca owner nya adalah seorang pendidik. sangat menarik. feel free to read and follow superbchombi.blogspot.com
BalasPadamterima kasih.
T.kasih n fully sweets.
PadamT.kasih n fully sweets.
PadamTerima kasih dan selamat terus membaca.
BalasPadamAssalamualaikum tuan.
BalasPadamBagaimana mahu dapatkan buku travelog guru ini?
Masih ada stok kah?
Puan .azura
Assalamualaikum tuan.
BalasPadamBagaimana mahu dapatkan buku travelog guru ini?
Masih ada stok kah?
Puan .azura
Baca iklan dalam blog ini dan hubungi Puan Nor.No.hp: Nor: 0192465103.
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamNoted.
PadamNoted.
Padam