HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

4 Oktober 2012

CONTOH ABSTRAK TESIS PhD






ABSTRAK


Kemurungan merupakan salah satu gangguan mental atau yang boleh dihidapi oleh sesiapa sahaja tanpa mengira jantina, usia, latar belakang hidup , status ekonomi , ras dan taraf pendidikan.  Kemurungan juga kerap terjadi dalam kalangan pelajar sama ada di peringkat rendah, menengah mahupun universiti.  Kemurungan dapat dikesan melalui tingkah laku pelajar seperti keresahan, tekanan dan  stress. Faktor-faktor yang mempengaruhi kemurungan dalam kalangan pelajar politeknik ialah  masalah halangan komunikasi, masalah interaksi sosial yang berkaitan dengan pergaulan rakan sebaya, masalah pencapaian prestasi akademik,kejutan budaya persekitaran, penyesuaian diri dalam kehidupan kampus, masalah keluarga dan peribadi. Kajian ini akan dijalankan ke atas pelajar Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah , Shah Alam, Selangor Darul Ehsan,Malaysia.  Kajian ini akan menggunakan  persampelan bertujuan (Purposive sampling) merujuk kepada prosedur persampelan yang mana sekumpulan subjek yang mempunyai ciri-ciri tertentu dipilih sebagai responden kajian. Seramai 150 pelajar digunakan sebagai sampel kajian. Penyelidik juga akan menggunakan Inventori Kemurungan Beck dan soal selidik yang mengandungi 3 bahagian iaitu Bahagian A: Latar belakang pelajar kemurungan. Bahagian B: Faktor-faktor dan jenis salah laku yang dilakukan pelajar kemurungan dan Bahagian C: Persepsi pelajar terhadap  pendekatan kaunseling bagi menangani masalah kemurungan. Hasil kajian ini diharapkan dapat memberikan jalan penyelesaian bagaimana masalah kemurungan dapat di atas  melalui pendekatan kaunseling Islam.(sumber : Keperluan Pendekatan Kaunseling Islam Dalam Menangani Masalah Kemurungan Pelajar Politeknik Shah Alam, Selangor, Malaysia, Oleh MAK )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan