HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

31 Disember 2012

SAJAK AKHIR TAHUN

perjalanan semusim 
bermukim dan bermusim
di celahan mendung
dan hujan berterusan
ada kesakitan 
yang tidak diundang
namun ada keriangan
yang terus mendatang

akhir tahun pun
kian menghampiri
terhitungkah jejak-jejak
yang telah pergi
walau ada sekelumit 
ragu di bilah-bilah hari
siapakah antara kita
yang mahu menggigit jemari diri

secantik manakah
aturan angka hari
dapatkah mengubah dan mengatur takdir llahi
andainya tiada persiapan
segala bekalan amalan
untuk teman sejati
di alam sana nanti.


RAJIEE HADI,
Seri Pajam, 11.11.11.

2 ulasan:

  1. Salam Dr. Rajie
    Teriring doa restu untuk tahun-tahun mendatang.
    Lama tak bersua
    BahaZain

    BalasPadam
  2. Wassalam,terima kasih,insya-Allah jika diizinkan Allah, saya akan ke tanah suci Mekah untuk menunaikan fardu haji tahun ini.Mohon maaf jika ada terkasar bahasa dan kata, halalkan mana-mana ada yang termakan dan terminum.

    BalasPadam