MERUJUK
perkara berkaitan saya Puan ABC telah berkhidmat hampir
tiga tahun di XYZ, (2010 hingga kini).
Sebelum itu saya berkhidmat di DEF dan seterusnya Cuti
Belajar ljazah Lanjutan sepenuh masa di UXY. Apabila tamat belajar
dengan jayanya tahun 2009/2010, saya telah memohon untuk ditempatkan di STU kerana saya tinggal di rumah sendiri di QRS. Namun permohonan saya tidak dapat dipenuhi dan
diberitahu ditempatkan buat sementara di XYZ pada tahun
2010.
2.Sebagai
penjawat awam saya akur dengan petempatan tersebut buat sementara waktu.
Perjalanan ulang-alik dari kediaman saya (QRS) ke XYZ lebih kurang 80km sehala. lni
bermakna saya sebagai penjawat awam wanita
senior berstatus seorang ibu terpaksa memandu setiap hari bekerja dan
seumpamanya sejauh 160km dengan
menghadapi pelbagai risiko sepanjang perjalanan di lebuh raya.
3.Saya
telah lebih tiga (3)kali memohon pertukaran dan mengajukan melalui Ketua
Jabatan sebagaimana prosedur biasa tetapi gagal.Apa yang mendukacitakan saya
sebagai penjawat awam berfikiran positif dan pernah memperoleh Anugerah
Perkhidmatan Cemerlang semasa berkhidmat di DEF 2003. Kegagalan ini memberi kesan kepada saya dari aspek:
3.1. Telah menjejaskan prestasi
dan komitmen perkhidmatan saya yang sentiasa bersikap proaktif.
3.2. Telah menjejaskan kesihatan saya yang mana saya
menghidap migraine yang serius.(dilampirkan salinan-salinan surat laporan doktor kerajaan Hospital WXY).
3.3. Telah menyebabkan saya mengalami
stress yang serius dan doktor bahagian psikiatris Hospital WXY juga telah
mengesyorkan agar saya bertukar ke tempat kerja yang tidak berapa jauh kerana
perjalanan saya QRS-XYZ dianggap jauh dan memberi kesan , risiko dan
gejala buruk kepada kesihatan saya (dilampirkan surat perakuan doktor kerajaan
Hospital WXY).
3.4. Telah menjejaskan bajet
kewangan saya kerana menampung kos perbelanjaan petrol,tol dan sebagainya yang tinggi setiap hari bekerja.lni juga
memberi tekanan perasaan dan menjejaskan prestasi kerja saya.
3.5. Telah menyebabkan saya sering
diberi Cuti Sakit (M.C) hampir setiap minggu kerana menghadapi masalah
kesihatan.
3.6. Telah menjejaskan hubungan
rakan sejawat dan kekeluargaan saya
kerana saya mengalami kemurungan akibat tekanan perjalanan ke tempat kerja yang
jauh.
3.7. Kini saya mengandung/hamil
tujuh (7) bulan dan telah mengalami kompilikasi kesihatan baru-baru ini lalu
dimasukkan wad selama 3 hari (tarikh: xxxx) dan diberi cuti sambung sakit sehingga xxxyyzz.
4.
Berdasarkan perkara-perkara di atas walaupun surat ini bersifat peribadi tetapi
saya merayu ada pihak yang prihatin dan bersedia membantu penjawat awam yang
mengalami masalah seperti saya. Sekiranya saya tidak berupaya meningkatkan
prestasi kerja saya sebagaimana diamanahkan
atas nama Kerajaan Malaysia dan orang awam/rakyat maka pada siapakah
beban masalah saya ini mahu dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan? Walhal saya telah banyak kali
meluahkan masalah saya dan memohon pertukaran
tetapi gagal. Saya berharap agar ada pihak yang boleh membantu
menyelesaikan masalah ini agar tidak berlarutan dan memberi kesan dan natijah
yang lebih buruk lagi, wallahualam.
5.Kerjasama
pihak tuan/puan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
***(semua info sebenar adalah sulit dan disesuaikan untuk siaran sebagai renungan untuk kebaikan bersama).
Assalamualaikum DR..
BalasPadamInilah juga masalah yang saya hadapi..pertukaran..
Wslm wbkt.
BalasPadamTidak salah jika mohon bantuan atau kerjasama daripada kesatuan sekerja anda atau ajukan ataupun berbincang minta bantuan Ceupacs.
DRH.