HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

22 Januari 2019

2019 KELUH- KESAH JANUARI

POLITIK? Luar negara sibuk berita Tun M dan rombongannya melawat Eropah (London, Vienna) dengan menghadiri dan menyampaikan ceramah antirasuah antara bangsa. Yang menarik, di Austria beliau bertemu dengan pemimpin No.1 negara tersebut yang berusia 32 tahun usia. Sedangkan beliau sudah pun berusia 93 tahun.

Politik? Dalam negara kini sibuk menghadapi kempen PRK Cameron Higland minggu hadapan. Hampir semua parti berkempen untuk menunjukkan kehebatan dan janji-janjinya. Ada yag datang dengan bas, kereta, motosikal bahkan dengan helikopter. Yang penting, mereka mendakwa semuanya menggunakan duit  saku masing-masing.Kecuali mereka yang pergi atas urusan rasmi yang telah ditetapkan tarikh dapat dielakkan. Masing-masing punya kehendak tidak siapa boleh menukarkannya. Wallahualam.

Ekonomi? Harga petrol turun dan naik sedikit minggu ini.Mudah-mudahan minggu hadapan tidak naik tetapi turun lagi. Namun kerajaan kini ada menetapkan harga turun minimum.Mudah-mudahan harga petrol dapat dikawal dengan baik. Apa yang memeningkan kini ialah harga barangan khususnya harga barangan makanan naik tidak tentu pasal. Yang memualkan ialah harga barangan di restoran-restoran tempatan. Jika dahulu harga secawan teh (susu) 50 sen naik ke 60 sen sudah riuh satu negara. Tetapi sekarang harga secawan teh (susu) dalam masa 3 bulan naik daripada RM1.20 kemudian RM1.50 dan kini RM1.80 rakyat seperti terpukau. Adakah wang saku rakyat telah mengecut untuk bersuara?

Di sana sini kenderaan di jalan raya sering memecut laju. Bukan setakat di lebuh raya bahkan di jalan-jalan kawasan perumahan. Had laju 100kmj sudah menjadi suatu idaman untuk mengejar lampu trafik. Adakah para pemandu sekarang yang rata-ratanya di bawah usia 40-an sudah tergila-gila dengan piawaian kelajuan kereta-kereta sekarang? Bahkan cermn gelap (lebih 50% - menyalahi akta JPJ) agak berleluasa sekarang. Anehnya tidak sangka ; ramai juga wanita muda yang memegang stering kereta hari ini. Awasi emosi, kognitif dan psikomotor!  (DRH)

7 Januari 2019

SELAMAT TAHUN BAHARU MASEHI 2019

SAYA rasa belum terlewat untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baharu masehi 2019 ini. Apapun suasana tahun ini tampak meriah walapun seribu satu macam dugaan yang melanda pada tahun lepas khususnya di penghujung tahun. Di penghujug tahun pelbagai rona dan tona menghimpit dunia ini. Namun demikian dengan berkat segala doa maka kita berjaya juga merangkak dan melonjak ke fasa yang baharu.

Saya juga berdoa agar pada 6.1.2019 yang mana tidak silap genaplah saya melangkah keenam bulan saya dalam rawatan dan perawatan hospital. Di hospital saya telah diberi rawatan fisioterapi dan rawatan-rawatan lain yang relevan. Pada hari akhir pada 31-12-2018 doktor telah menasihatkan saya supaya menjaga pemakann yang berkaitan kolesterol. Saya akur kali ini.

Semoga saya diberi dorongan dan ingatan serta semangat dalam diri. Dalam kalangan masyarakat, ramai yang tidak tahu mengapa saya begitu dan begini. Ada penyakit yang datang secara tiba-tiba. Dan ada yang datang di sebaliknya . Begitu juga rezeki atau sebaliknya semuanya pemberian Allah jua. Usahlah kita mahu menetapnya sekiranya Allah jua Yang Maha Mengetahui!

23 Disember 2018

Selamat Sihat Segala 23 Disember...

BEGITULAH dengan kehadiran 23 Disember hari ini. Ada yang masih kuat dan ada yang mula hilang kekuatan.Namun syukur alhamdulilah dengan cara dan kaedah peribadi dapat juga hati ini menempuh dan mengelak daripada berlaku. Segalanya ada di minda dan kekuatan iman yang menerima. Usah mengaut semua perkara tetapi memadai tidak hilang semua.

23 Disember banyak memori dan ironis masa lalu. Tetapi untuk apa dikenang masa lalu. Lebih baik kita kenangkan meraka yang sedang membesar di alam maya ini dengan penuh syurga. Tetapi hubungan kita dengan Yang Maha Pencipta tetap wujud dan saling mengingati sepanjang waktu. Allah Maha Mencipta maka kita akur akan Kekuasaannya.

Hari ini seperti hari biasa namun bukan luar biasa jua. lsteri dan sahabat yang sakit tetap ada. Sungguhpun kesakitan telah berkurangan sejak enam bulan namun tugas kepada anak isteri tetap ada dan sentiasa berwaspada. Anak-anak ada yang tidak lupa menyusun kata-kata indah untuk mengucapkan segala.  Ada juga 'saudara' yang tidak peduli siapa kita dan dia. Namun menghadiri kenduri pada hari ini banyak mengingatkan kita kepada erti persaudara dan kasih sayang yang berkekalan; selagi nyawa dikandung badan!.