HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

21 Disember 2018

Selamat Akhir Tahun 2018

SELAMAT menyambut akhir tahun 2018. Dalam seminggu akhir tahun ini juga, tahun dan hari kelahiran saya. Semoga hari lahir saya mendapat keberkatan dan ketakwaan daripada Allah SWT. Dan sewajarnya saya beroleh kekuatan untuk menulis dan mencatat apa jua yang terlintas di hati saya agar terus subur dan bersinar dalam minda saya.

Dan akhir tahun ini juga banyak eceran jemputan seperti melaksanakan majlis perkahwinan, melaksanakan kenduri keraian, majlis kepelbagaian dan lain-lain lagi. Apa yang saya doakan ialah agar beberapa majlis dapat saya hadiri kerana berdekatan dengan rumah saya dan mana-mana yang jauh sekadar doa ikhlas dan syahdu di angin nan lalu.

Sebagai pengisi kalam, saya panjatkan  doa bahagia sepanjang masa. Sebenarnya doa adalah setiap waktu dan sepanjang masa. Sesungguhnya awal Muharam baharu berlalu, tetapi tahun Masihi yang mengorak ke angka 2019 adalah tanda ingatan jua.
Selamat tahun baharu 2019.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan