HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

1 Oktober 2015

SETELAH 50 TAHUN LALU.......

TEMPAT jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat tersimpul segala kenangan pahit dan getir. Begitulah pada 30 Ogos 2015 lalu saya telah bertemu dengan rakan persekolahan dan sekelas saya di bangku sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Sagil Estate, Ladang Sagil, Tangkak (Ledang), Johor Darul Takzim yang mana boleh dikatakan lebih 50 tahun saya tidak bertemu mereka. 

Kami bertemu sempena meraikan majlis walimatul-urus perkahwinan anak lelaki saya, Muhammad Haziq Rajiee (Guru di KPM) dengan pasangannya, Siti Khadijah Haji Mohd.Nordin (Guru di KPM). Alhamdulillah, majlis telah selamat berlangsung di Dewan Puri Buana, Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan. Rakan persekolahan dan sekelas yang saya maksudkan ialah Tuan Daud bin Abas dan Puan Ramlah binti Jalal.

 Ditakdirkan dan ketentuan jodoh Allah SWT Daud dan Ramlah rakan sekelas saya berkahwin.Pasangan suami isteri ini myemaikan bunga-bunga cinta sejak di bangku sekolah rendah lagi. Walau bagaimanapun Daud tidak mengabaikan pelajaran hingga berjaya melanjutkan pelajaran di bidang kejuruteraan di lntitut Teknologi Kebangsaan, Jalan Semarak Kuala Lumpur sekitar 1970-an (kini, UTM). Kemudian beliau berjaya melanjutkan pelajaran peringkat ijazahnya di USA dan kemudian berkhidmat sebagai jurutera di Petronas. 

Siapa sangka, kerana kemajuan ICT maka kami dapat bertemu, setelah 50 tahun terpisah. Selain mereka, Aziz bin Sidek rakan kami di sekolah rendah yang kini sedang menghabiskan baki perkhidmatannya dengan TNB, hadir juga dalam majlis tersebut.Selamat berbahagia dan sihat sejahtera kepada semua.




Penulis (saya), Daud, Muhammad Haziq, Siti Khadijah, Ramlah.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum Dr. Nama saya Onn dan sekarang betugas di Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu KKM di Putrajaya. Saya terbaca catatan Dr tentang datuk Dr, Manja bin Sintal. Ayah saya juga berasal dari Sg. Mati, Muar. Nama arwah ayah saya ialah Mohd. Jadi bin Ismail bin Dalim bin Gempar bin Latis. Menurut ayah saya, bapa moyang saya Gempar ialah adik-beradik dengan Sintal. Anak-anak Sintal yang diketahui antaranya ialah Longgok, Manja dan beberapa nama lagi yang saya sudah lupa (duduk di Temiang). Di pejabat saya di BSKB KKM, saya telah berkenalan dgn En. Ali bin Puteh bin Longgok bin Sintal yang berasal dari Sg. Mati, Muar. Adakah nama-nama ini mempunyai pertalian dengan datuk Dr? Saya pernah terbaca catatan Dr tentang Penghulu Latis di Temiang. Siapakah sebenarnya Penghulu Latis? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wsslm. Lambat menjawab. Maaf. Benar. L
      Arwah-arwah semua adalah asal satu keluarga besar. Manja dan Longgok, Lambak dll adalah adik beradik. Sdr Ali itu mungkin adik beradik Jamal..(rakan lama saya)..Latis itu ialah penghulu mukim Temiang pada zaman dahulu (mungkin sumber Ahmad bin Gadut (Tumpang) yang kini masih hidup hampir 90tahun.'Pak Andak" Tumpang adalah satu-satunya waris yang sahih. Beliau adalah susur galur daripada adik beradik manja..dah berkahwin dengan sespupunya (arwah) Nong binti Manja.

      Padam
    2. Hubungi No.whasap saya: 01121863560 (Usimanilai)

      Padam
    3. Bapa Onn iaitu lsmail dan saya adalah empat pupu. Saya adalah berpangkat 'bapa saudara' kepada Onn.

      Padam
    4. Kubur/pusara/makam arwah GEMPUR (GEMPAR?) ada di tanah perkuburan hujung kampung Serom Satu, Sungai Mati, Muar. Sila rujuk anak Pak Andak Tumpang@Ahmad bernama Zakaria bin Ahmad yang berasal dari kampung tersebut. Zakaria kini menetap di Semenyih,Kajang.

      Padam
  2. Alhamdulillah Dr. Baru sempat baca jawapan Dr. Insya-Allah, nanti saya akan maklumkan kpd En. Ali Puteh, pegawai pendidikan kesihatan di Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu KKM. Sedikit pembetulan Dr. Ayah saya bernama Mohd Jadi bin Ismail. Kalau dikira drp atuk Latis, saya adalah generasi ke-6. Dr pula generasi ke-5 rasanya. Jadi memang saya pangkat anak saudara kpd Dr. dan juga En. Ali Puteh. Arwah ayah saya selalu sebut ttg Atuk Gempo/Gempur. Dia tak sempat jumpa. Cuma sempat jumpa dgn Atuk Dalim bin Gempur. Terima kasih Dr sbb maklumkan ttg kubur beliau.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah Dr. Baru sempat baca jawapan Dr. Insya-Allah, nanti saya akan maklumkan kpd En. Ali Puteh, pegawai pendidikan kesihatan di Bahagian Sains Kesihatan Bersekutu KKM. Sedikit pembetulan Dr. Ayah saya bernama Mohd Jadi bin Ismail. Kalau dikira drp atuk Latis, saya adalah generasi ke-6. Dr pula generasi ke-5 rasanya. Jadi memang saya pangkat anak saudara kpd Dr. dan juga En. Ali Puteh. Arwah ayah saya selalu sebut ttg Atuk Gempo/Gempur. Dia tak sempat jumpa. Cuma sempat jumpa dgn Atuk Dalim bin Gempur. Terima kasih Dr sbb maklumkan ttg kubur beliau.

    BalasPadam
  4. Hubungi saya jika berhasrat berjumpa sama ada di sekitar B.B.Bangi, Bandar Seri Putra atau Putrajaya. T.kasih: DRH.

    BalasPadam