HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

3 Mac 2013

SULU: TRAGEDI SEBUAH KEHIDUPAN



MENYELUSURI sejarah silam Kesultanan Sulu pernah  suatu zaman Kesultanan Sulu gah di persada dunia, sejarahnya persis era PEMERINTAHAN KESULTANAN MELAYU MELAKA. Ramai pendakwah dari keturunan Rasulullah S.A.W dan juga WALI SONGO  dari tanah JAWA telah sampai ke kepulauan SULU dan mengislamkan rakyatnya.

 Mereka  ditanam dengan ketauhidan yang sangat kuat dalam hati. Mereka hidup aman damai dengan kasih sayang dan keberkatan melata di bumi SULU yang subur dan pernah menjadi saksi tertegaknya kerajaan ISLAM suatu masa dahulu dengan nama SULU DARUL ISLAM

Kini masyarakat di Kepulauan Sulu hidup dalam keadaan yang amat daif, tanpa bekalan air bersih yang mencukupi, tanpa bekalan elektrik, rumah yang usang beratapkan rumbia berlantaikan buluh, tiada pendidikan yang sempurna, jauh daripada pembangunan dan kecanggihan teknologi, tanpa kewarganegaraan, tersisih dan berserakan di mana-mana. 

Kehidupan kanak-kanak Sulu yang memerlukan pembelaan, pendidikan, dan usaha mengembalikan zaman kanak-kanak
yang gembira.
Kawasan perairan Sulu belum tercemar, dan menjadi tempat pembiakan ikan, di jetinya sahaja
banyak ikan sebesar tapak tangan berenang-renang.

Kehidupan yang sentiasa kelaparan serta susah akibat kemiskinan yang menghimpit dek kesan peperangan yang panjang; era penjajahan Sepanyol, Amerika,Jepun dan kembali berperang dengan Amerika. Di pulau Luzon identiti Kemelayuan dan keislaman telah pudar dan hilang akibat kristianiti dan percampuran perkahwinan penduduk tempatan dengan keturunan Cina,Jepun dan imperialis Amerika.

Bersandarkan  semerbak harum mewangi suara kemanuasiaan sejagat membawa mesej cinta dan kasih sayang untuk semua warga rumpun Nusantara ini maka kita berkongsi derita lara umat Nabi S.A.W dmi sebuah rahsia cinta. Kita memfokuskan untuk menyeru semua pihak yang mahu bersama agar dapat membantu dan meringankan kesusahan rakyat umat Islam di Sulu supaya mereka dapat menikmati makanan dan keperluan asas yang mampu meringankan kesusahan mereka. Sudah sampai masanya kita hulurkan kasih sayang yang lama tidak dinikmati umat Islam di SULU.

Kepulauan Sulu 100% adalah Islam. Sulu pernah didatangi pendakwah Arab yang dikatakan daripada keturunan Rasulullah S.A.W. Mereka inilah yang telah mengislamkan keseluruhan masyarakat di Sulu dan berkahwin dengan masyarakat setempat dan menetap sehingga kini. Masyarakat Sulu sangat menghormati golongan ulama . Mudah-mudahan ada saudara seagama yang bangkit membantu atas dasar kasih sayang, kedamaian dan persaudaraan dalam Islam.

Dengan semangat dan DASAR KASIH SAYANG pada umat baginda Nabi S.A.W sebuah badan NGO 'Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara (HARUM) tampil mengambil inisiatif merintis MISI KEMANUSIAAN KASIH SAYANG dengan sumbangan berupa pakaian dan wang kepada rakyat SULU TERTINDAS. Beberapa siri Misi Kemanusiaan ini akan dihantar lagi untuk membantu meringankan bebanan yang ditanggung rakyat Islam di sana. Alhamdulillah segala perjalanan selamat cuma memenatkan dan mereka  melihat sendiri kedamaian SULU dan kemelaratan rakyatnya yang menagih seteguk rasa kasih.
Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa ini menemani ibunya mengambil air untuk kegunaan harian ; redup mataknya mneceritakan 1001 kisah duka masyarakat Sulu yang hidup tanpa bekalan air dan elektrik sejak sekian lama. 

Namun tragedi pencerobohan apa yang dinamakan 'Tentera DiRaja Kesultanan Sulu' (tidak mewakili keseluruhan rakyat Sulu) ke Lahad Datu,Sabah,Malaysia yang mana kemuncaknya berlaku tembak menembak pada 1 Mac 2013 yang mengakibatkan dua komando VT69 PDRM terbunuh dan beberapa cedera serta terbunuhnya beberapa orang di pihak lawan sungguh menyayat hati. (kini 3/3/2013 5 anggota PDRM telah terbunuh termasuk di Semporna,Sabah)

Penulis mengucapkan takziah yang mendalam kepada kepada semua mangsa saudara se-lslam khususnya kepada keluarga anggota pasukan keselamatan Malaysia yang dipertanggunjwabkan menjaga kedaulatan negara.Semoga Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka. Begitulah bermulanya era penjajah Sepanyol sejak abad ke-16 memecahbelahkan kita umat lslam lantaran permusuhan dan dendamnya selepas zaman perang salib.Kita umat lslam dan bangsa rumpun Melayu di wilayah lain; beringat-ingatlah bahawa musuh lslam sentiasa wujud tidak kira mengira waktu dan zaman.








Anak kecil yang tidak mengerti apa-apa ini menemani ibunya mengambil air untuk kegunaan harian; redup matanya menceritakan 1001 kisah duka masyarakat Sulu yang hidup tanpa bekalan air dan elektrik sejak sekian lama.



Beratapkan rumbia, berlantaikan buluh; kedaifan ini melata ke seluruh Kepulauan Sulu.



Pemandangan pekan di Kepulauan Sulu, aktiviti perniagaan di sini juga sekadarnya sahaja. Yang banyak dijual adalah makanan ringan --itu sahaja kemampuan mereka di sini. Selebihnya ubi,kelapa dan sumber alam menjadi sandaran mereka untuk hidup.


Pemandangan laut lepas dan aktiviti laut masyarakat Sulu.


Keadaan sebenar kedai di Kepulauan Sulu ..perhatikan deretan kedai yang usang dan jalan tanah


Rumah di kawasan pantai juga ibarat perkampungan setinggan yang berasak-asak serta laluan yang sempit bertitikan buluh.


Si ibu menangis kerinduan setia menanti kepulangan anak perempuannya yang telah berhijrah dan berkahwin di Malaysia tetapi tidak berani kembali ke Kepulauan Sulu. Air mata kerinduan bergenang di kelopak mata si ibu menceritakan rasa kerinduan kepada anak tercinta, mengenangkan kudrat semakin lemah, beliau berdoa berharap agar dapat menatap wajah dan melepaskan kerinduan kepada anak yang disayangi . Kesan peperangan yang panjang menyebabkan ramai ahli keluarga terpisah dan berpisah.


Keadaan sekolah dari pintu masuk hadapan, ibarat hidup segan mati tidak mahu.Bandingkan SJK Cina dan SJK Tamil di Malaysia.


Keadaan atap sekolah di Sulu yang sangat daif dan berlubang-lubang dan kayu yang mula mereput.


Sekolah saudara se-Islam di Filipina yang tidak mendapat perhatian, namun masih digunakan kerana masih ada yang sanggup mengajar walaupun tidaklah mendapat gaji yang setimpal.


Dua gambar di atas ini menunjukkan bagaimana daifnya sekolah umat ISLAM di SULU, Berbaju pink adalah pengetua sekolah berkenaan . Menurut beliau bantuan untuk sekolah telah lama dihentikan. Namun dengan penuh dedikasi beliau tetap meneruskan usaha mendidik anak-anak muda.


Anak kecil yang tidak bersalah; mereka menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan manusia. Kebanyakan rumah masyarakat di SULU hanya berdindingkan buluh, beratapkan jerami, dikatakan hanya sebuah sahaja rumah batu sempurna di pulau ini


Masjid ini mengambil masa yang sangat lama untuk disiapkan dan menanti lebih sumbangan untuk menampung kos pembinaannya bagi kegunaan umat Islam di sana. Perhatikan lumut-lumut yang terbentuk pada dinding masjid ini.Betapa sukar sekalipun kerana cintakan ISLAM mereka terus berusaha dan yakin dengan bantuan ALLAH ; itulah semangat rakyat Kepulauan Sulau yang kuat tauhidnya kepada ALLAH SWT.


Keadaan dalam masjid yang masih menanti sumbangan untuk disiapkan bagi kegunaan umat Islam di Sulu


Kepulauan SULU mempunyai pantai dan pemandangan yang indah memukau. Tahukan anda kepulauan SULU di iktiraf dunia sebagai mempunyai pantai tercantik di dunia namun--belum diterokai. Rumah ini dihuni keturunan pendakwah Islam (Syarif) yang pernah datang dan mengislamkan rakyat di sini.


Ahli keluarga Pak Harun yang menjadi tempat singgah kami menyelami kesusahan kehidupan mereka yang digambarkan dengan imej negatif oleh media antarabangsa. Garis-garis kedut di mukanya serta wajah sayu anak-anaknya menggamit isi hati kami.


Keadaan lantai rumah beralaskan kepingan buluh yang yang berlubang -lubang menggambarkan kesusahan kehidupan 8 sekeluarga


Dalam kesusahan mereka sangat meraikan tetamu, kehadiran delegasi MISI KEMANUSIAAN KASIH SAYANG mewakili rakyat Malaysia diraikan dengan penuh rasa ikatan persaudraan seolah-olah telah lama berkenalan dan mereka sangat mengharap agar kita bantu membela nasib mereka


Beginilah keadaan dalam rumah umat ISLAM SULU, tiada bilik..inilah tempat tidur satu keluarga. Sesetengah anak lelaki dewasa perlu tidur di luar beralaskan lapik sekadarnya . Perhatikan anyaman buluh yang mulai mereput. Tiada elektrik, sumber air terhad dan tiada apa-apa. Kembali ke zaman Tanah Melayu era 1940-an


Seorang anak muda SULU terpaksa menanti air untuk kegunaan keluarganya. Bekalan air untuk minum dan kegunaan harian terpaksa dicatu di sana.


Biarkan gambar ini menceritakan kesusahan RAKYAT SULU yang tertindas


Gambar anak ini berjaya kami rakam; hibanya hati melihat kemelaratan mereka terpaksa ditanggung anak-anak kecil yang tidak mengerti apa-apa.


Pengangkutan utama di SULU...dalam kesesakan lori ini seorang ibu terpaksa menyusukan anak kecilnya yang menangis kelaparan. Menitis air mata seorang ahli misi mengenangkan kesengsaraan yang dihadapai rakyat SULU.


Kehidupan masyarakat yang dinafikan hak dan kewarganegaraan...wajah ini perlu digembirakan . Masyarakat Sulu mempunyai wajah orang Melayu Semenanjung Malaysia.Maklumlah mereka adalah rumpun Melayu  Nusantara. Mereka kuat berpegang pada intipati ajaran Islam-Ketauhidan Kepada Allah.


Persis stor dan tidak layak lagi dihuni...pemandangan ini biasa di SULU namun mereka tetap yakin kepada ALLAH dan kalimah syukur sentiasa meniti dibibir mereka. Begitu berbekas kesan dakwah ISLAM pada jiwa UMAT ISLAM SULU.


Pemandangan indah Kepulauan Sulu yang sangat mendamaikan jiwa ....masih banyak kawasan yang kami tidak sempat pergi ini hanya secebis dari beratus-ratus gugusan pulau di Kepulauan Sulu


Kepulauan Sulu mempunyai "crystal clear water" ....kemasinannya kurang berbanding laut di Malaysia. Sangat berlainan suasana udara pantainya

Begitulah serba sedikti perkongsian foto dan gambaran kehidupan masyarakat Islam di SULU. Penulis mengucapkan syabas dan berterima kasih kepada pasukan misi HARUM. Semoga ada NGO lain baik di Malaysia mahupun di Brunei dan lndonesia bersedia berlapang dada menghulurkan bantuan kepada mereka. 


Maka terfikir di benak penulis; " Alangkah bertuahnya rakyat Malaysia yang membuka pintu pula kepada pendatang luar dari China dan lndia pada zaman silam hingga ke saat ini,Sekiranya kepulauan Sulu dahulu itu 'dimasukkan' ke dalam gagasan Malaysia pada suatu waktu dahulu alangkah beruntungnya nasib mereka yang walang...Begitulah induknya Filipina yang bagaikan 'menyisihkan tidak berlaku adil' kepada wilayahnya Sulu termasuk Mindanao'. Nasib Sabah dan Sarawak amat gemilang setelah bersatu dalam Malaysia.Fikir-fikirkanlah! (DRH) (sumber disesuaikan daripada: http://www.harum2012.blogspot.com

3 ulasan:

  1. 2 Mac 2013 dilaporkan seorang anggota PDRM terbunuh di Semporna,Sabah kerana ditembak oleh mereka yang ada kaitan dengan serangan di Lahad Datu. Alfatihah.

    BalasPadam
  2. info: 3/3/13: Jumlah PDRM 5 anggotanya terbunuh termasuk di Semporna akibat serang hendap.Takziah. Kesultanan Sulu kini tertekan kerana perpecahan mereka lebih daripada satu,dua atau tiga mengaku sultan.Dilaporkan Kiram 111 adalah bekas Sultan Sulu. Ada juga Sultan Sulu yang baru ditabalkan di Jolo. lnilah dasar pecah dan perintah, mereka berpecah sesama lslam. Namun kediaman Sultan Kiram 111 di Maharlika Village di Taguig City kelihatan moden. Kota Taguig di selatan kota metro Manila merupakan kota yang maju dan moden.Banyak juga pasar raya moden dan bangunan pencakar langit. Pelabur asing dan penjualan hartanah rancak di kota ini. Beginilah dalam kemiskinan aada juga pihak dan individu yang kaya dan membolot kekayaan.

    BalasPadam
  3. Sehingga ke tarikh 24-3-2013 PDRM & ATM masih terus 'berperang' dan memburu penceroboh. Walaupun penulis telah mempaparkan penderitaan hidup masyarakat Sulu (Suluk) yang tinggal di merata-rata Kepulauan Sulu selatan Filipina namun 'Jamalul Kiram 111' dan ahli keluarganya tinggal nyaman di Marikala Village, bandar Taguig di selatan kota metro Manila. Para pembaca boleh fikir-fikirkanlah sendiri.

    BalasPadam