Rajiee Hadi
Pada zaman ini adalah terlalu sukar
mencari buku-buku A.Samad Said
mahupun Shahnon Ahmad atau ,Keris Mas
ataupun Tongkat Warrant, jauh sekali Kemala atau
Zurinah Hassan penyair wanita doktor falsafah
di toko-toko buku di gedung berjenama
dan pedih sekali di toko kota terpencil desa
Pada zaman ini adalah terlalu sukar
ilmu kemanusiaan mahu diurusniagakan
apatah buku-buku sastera dan majalah
telah lama terpinggir di gubuk pustaka tua
di sekolah dan pusat dokumentasi universiti
sementara aku terus menerima buku puisi
kiriman penyair setia dengan cetakan sendiri
Pada zaman ini rakyat senegara
dan dikatakan sebangsa sejiwa
amat mengejar teknologi benda
dan menghitung sains harta dengan
status mempamerkan gelar dan pangkat
dengan segala buku dan majalah import serba
erotika dan picisan susuk menggoda
Pada zaman ini tidak kurang juga
buku-buku agama dan majalah kerohanian
yang kian banyak ditulis para bijaksana agama
ada yang mengaku ustaz serba-serbi
dan buku motivasi karya yang pakar tumbuh melata
tatkala manusia juga kian runtuh
akhlak dan maruah diri!
DR. RAJIEE HADI
20-7-2012
Shah Alam,SDE. (Harakahdaily: 13 September 2012)
HAJI DR. RAJIEE HADI
11 September 2012
BAHASA MELAYU HAK RAKYAT MALAYSIA
“BAHASA merupakan nilai dan budaya bangsa.” Ungkapan itu diluahkan oleh seorang tokoh politik bukan Melayu, iaitu Datuk Devamany S. Krishnasamy sewaktu dijemput oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada 15 Julai lalu bagi memberikan syarahan mengenai usaha memartabatkan bahasa Melayu dari kaca mata ahli politik.
Menurut beliau, bahasa Melayu yang merupakan bahasa ibunda mempunyai hubungan emosional dengan penuturnya dan berkait rapat dengan kalbu dan sanubari rakyat.
Jelas beliau lagi, bahasa Melayu memainkan peranan sebagai alat perhubungan berbilang bangsa sejak dahulu lagi, sepertimana yang dipaparkan dalam karya agung Tun Sri Lanang menerusi Sejarah Melayu yang menggambarkan kegemilangan dan kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka.
Sejak beberapa dekad lalu, Malaysia telah melalui beberapa fasa pembangunan. Bermula daripada Dasar Ekonomi Baru, Dasar Pembangunan Negara, Dasar Wawasan Negara dan terkini Model Ekonomi Baru. Namun malangnya, pengembangan dan penyebaran bahasa Melayu seakan-akan tercicir daripada pakej pembangunan tersebut.
Walaupun pembangunan negara berjaya membawa perubahan dari sudut sosiopolitik, sosioekonomi dan tututan masyarakat, namun bahasa Melayu masih tidak berubah walaupun suatu ketika dahulu pernah menjadi bahasa sarwajagat terhebat di Nusantara.
Tuntutan ekonomi kapitalisme telah menghanyutkan perjuangan nasionalisme sehingga Universiti Kebangsaan Malaysia yang suatu ketika dahulu dilihat memertabatkan bahasa Melayu kini dilihat sama seperti universiti lain di Malaysia
Sedar atau tidak, bahasa Melayu telah menerima tamparan hebat sejak 20-30 tahun dahulu. Era digital dan globalisasi tanpa sempadan menyaksikan bahasa Melayu terpaksa bersaing hebat dengan bahasa lain terutamanya bahasa Inggeris. Aplikasi dasar liberalisasi sekitar 1980-an menyaksikan penggunaan bahasa Inggeris semakin meluas dan bahasa Melayu pula seolah-olah perlu bersedia untuk diturunkan ke liang lahad.
Berbeza dengan zaman sebelum merdeka dan pascamerdeka, bahasa Melayu dilihat memainkan peranan penting dalam membangkitkan semangat nasionalisme. Melalui karya sastera, seorang novelis terkenal iaitu Pak Sako (Ishak HajI Muhammad) yang menghasilkan Anak Mat Lela Gila mengkritik penjajah dan pada sama memartabatkan bangsa dan bahasa.
Menurut Devamany, semangat nasionalisme dahulu adalah hak milik semua kaum. Kesedaran ini tidak terbatas kepada bangsa Melayu semata-mata, malahan Cina dan India turut bersama-sama bangkit dan berjuang. Melalui media cetak seperti surat khabar Saranggabani melahirkan tulisan yang mencetuskan semangat nasionalisme untuk menuntut kemerdekaan daripada penjajah.
Melihat senario yang berlaku pada hari ini, Devamany menyatakan bahawa kecanggihan teknologi menyaksikan kita sekali lagi merelakan diri dijajah, namun dengan cara yang lebih halus.
Usaha perlu dilakukan untuk mengembalikan semula semangat nasionalisme dan jati diri negara bangsa. Langkah pertama adalah dengan meletakkan keagungan bahasa dan sastera Melayu pada tempat selayaknya iaitu DBP yang dilihat sebagai pemangkin yang perlu menggalas harapan dan tanggungjawab tersebut.
DBP yang mempunyai kematangan, sumber, kepakaran dan kemampuan mampu melaksanakan hasrat ini tanpa membataskan sasaran terhad kepada sekolah kerajaan semata-mata tetapi perlu menyeluruh kepada sekolah Cina dan Tamil. 27 juta rakyat Malaysia perlu bersama-sama menggalas tanggungjawab ini memandangkan perjuangan bahasa Melayu merupakan wadah perjuangan rakyat Malaysia.
Dalam usaha negara mencapai status negara maju, adunan bahasa kebangsaan dan membina jati diri bangsa perlu diacukan serentak. Hal ini penting kerana di sinilah peranan karya sastera yang berunsur patriotik mampu menyemarakkan semangat cintakan negara terutama kepada golongan muda.
Peranan sastera tidak hanya terhad kepada penyeri bicara tetapi mampu menjadi alat pembakar semangat perjuangan seperti yang menyentuh isu ketidakadilan sosial dan kemiskinan yang disampaikan dalam nukilan karya seperti cerpen, novel dan puisi mutakhir.
Kini, usaha memartabatkan bahasa Melayu perlu melalui satu anjakan paradigma. DBP sebagai badan induk yang bertanggungjawab perlu melipatgandakan promosi di segenap lapisan masyarakat. Penglibatan semua kaum dalam usaha membudayakan bahasa Melayu perlu giat dijalankan bagi menyemai semangat dan rasa cinta terhadap bahasa Melayu kepada semua rakyat.
Penubuhan Bahagian Pengembangan Bahasa Pelbagai Kaum yang dilakukan oleh DBP merupakan satu langkah awal yang sungguh baik. Menurut Devamany, dengan adanya bahagian ini, usaha mengembangkan bahasa Melayu, khususnya kepada masyarakat bukan Melayu dapat diperhebatkan.
Antara isu pertama yang perlu diselesaikan ialah menangani masalah 20 peratus daripada kalangan kanak-kanak yang ketinggalan dari segi literasi. Ukuran bagi kejayaan ini dapat dinilai dengan melihat keyakinan ibu bapa sebagai penanda aras untuk menghantar anak-anak ke sekolah kerajaan dan bukan ke sekolah swasta.
“Satu Bahasa, Satu Malaysia” yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Razak dilihat sabagai satu langkah yang meyakinkan untuk mengembalikan peranan Asia sebagai gergasi dunia. Jepun, sebagai contoh yang paling berjaya membentuk negaranya melalui acuan sendiri melalui budaya dan bahasa.
Tidak mustahil Malaysia juga mampu mengikut langkah Jepun sekiranya rakyat berbilang bangsa di negara ini bersatu untuk memulihara budaya bangsa. Devamany menekankan bahawa menjadi kerugian besar jika segala usaha untuk memartabatkan bahasa, budaya dan agama tidak digemblengkan.
Perlu ditegaskan bahawa bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan kita yang bukan milik mutlak DBP, bukan juga masyarakat Melayu semata-mata tetapi milik bersama rakyat Malaysia kerana bahasa adalah jiwa bangsa!(sumber: disesuaikan daripada sebahagian rencana oleh ZAITON DAROUS)
23 Julai 2012
KRITERIA KELUARGA: KESAN KEPADA PELAJAR
PARA pelajar pada awal remaja sewajarnya didekati seperti seorang sahabat dengan kasih sayang yang bertegas; ba ibu bapa mahupun para pendidik.Sikap bertegas tidak salah namun alangkah baiknya kita melayani mereka sebagai teman di sisi, berkongsi suka duka agar mereka berasa disayangi dan dihargai seperti anak-anak atau pelajar yang lain.
Sebenarnya perubahan pelajar pada awal remaja ke arah negatif bukanlah menjadi masalah besar andainya guru/pendidik sedia berubah persepsi minda, memahami tempoh tersebut adalah zaman pancaroba pelajar dan adalah penting guru memahami warna dan tona dalam kehidupan para pelajar.Justeru elakkan jangan terlalu mengawal atau membiarkan mereka sewenang-wenangnya hanyut dengan pelanggaran disiplin di sekolah.
Guru sepatutnya berbincang aspek pro dan kontra akan setiap perubahan tingkahlaku demi masa hadapan para pelajar.0leh itu keupayaan guru memahami pengaruh dan lingkungan kehidupan ibu bapa pelajar, persekitaran psikologikal dan sosial adalah suatu kelebihan bernilai.Keupayaan guru boleh mempengaruhi perkembangan pelajar pada tempoh awal remaja yang mana tempoh penting mencegah dan membimbing selaras dengan perumpamaan Melayu, melentur buluh biar daripada rebungnya. Guru; sama ada guru kurikulum, guru kokurikulum,guru darjah/tingkatan/mentor, guru kaunseling dan guru disiplin yang memahami perbezaan didikan keluarga yang berbagai-bagai latar,corak dan ragam boleh mengaplikasikan pelbagai pendekatan dan strategi dalam pengurusan bilik darjah,hal ehwal pelajar serta pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
a. Keluarga Yang Autokratik
Menurut kajian rumah rangga autokaratik merupakan rumah tangga yang di dalamnya tidak ada penyesuaian, sentiasa berkonflik ,sering berlaku perselisihan faham antara ibu bapa dengan anak-anak yang bagaikan berumah di tepi tebing. Walhal anak-anak atau pelajar ini sangat memerlukan perhubungan sosial yang baik, hubungan kekeluargaan yang sempurna serta lingkungan yang kondusif. Dalam situasi begini pelajar merasakan bahawa kepentingan dan minatnya tidak dipedulikan atau tidak dianggap penting. Manakala pelajar berusaha untuk mendapatkan perhatian ibu bapa atau guru di sekolah dengan berusaha menonjolkan diri minta diberi perhatian walaupun terpaksa menerima hukuman atau denda kerana kesilapan akhlak yang dilakukannya. Lantaran sikap ibu bapa yang tidak memberikan perhatian
untuk memahaminya, mereka lebih cenderung tidak menghiraukan keluarga dan sikap ini terbawa-bawa ke bilik darjah.
untuk memahaminya, mereka lebih cenderung tidak menghiraukan keluarga dan sikap ini terbawa-bawa ke bilik darjah.
Terdapat dua bahagian sikap autokrtik ibu bapa terhadap pelajar. Pertama, autokratik bersifat kekal : iaitu ibu bapa yang mengamalkan sikap autokratik sejak awal perkahwinan dan mereka tidak tidak mempunyai rasa kasih sayang terhadap anak-anaknya . Kedua, autokratik yang tidak mahu bertolak- ansur dengan segala keinginan anak-anak mereka yang mana lebih bersikap tidak mahu
bekerjasama dengan anak-anaknya. Akibatnya,pelajar bersikap memberontak dan sering mempamerkan gejala-gejala immoral.
b. Keluarga Yang Terlalu Toleransi
Keluarga yang terlalu toleransi adalah pelajar yang mendapat perhatian berlebihan daripada keluarga. Bahkan kedapatan sikap ibu bapa menyamai perilaku mereka. Hal ini bertepatan dengan kajian yang menunjukkan bahawa ibu bapa yang terlalu toleransi mempengaruhi perkembangan pelajar dari sudut kebebasan. Kesannya pelajar mengalami kesukaran penyesuaian dalam bilik darjah, budaya sekolah, masyarakat dan lingkungannya . Pelajar lebih selesa mencari perhatian dan bantuan orang lain tanpa mahu berusaha dan berdikari. Pelajar begini sangat bergantung kepada ibu bapa sehingga impaknya mendambakan kehidupan setelah dewasa dan di alam perkahwinan serta tidak mahu tinggal jauh daripada ibu bapa. Mereka juga didapati kurang mampu menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dengan pembelajaran dan tugasan.
c. Keluarga Yang Demokratik
Perhubungan dan komunikasi yang baik mudah diperpolehi dalam keluarga yang mengamalkan demokratik. Ibu bapa lebih memahami pelajar sebagai individu yang mempunyai keterampilan peribadi dan tidak mengarah pelajar secara autokratik. Pelajar lebih diberikan kebebasan berdikari dan pandai membuat keputusan sendiri. Dengan ini pelajar berkesempatan mengupayakan kebebasan minda sendiri dengan kritis dan analitis.
Perhubungan dan komunikasi yang baik mudah diperpolehi dalam keluarga yang mengamalkan demokratik. Ibu bapa lebih memahami pelajar sebagai individu yang mempunyai keterampilan peribadi dan tidak mengarah pelajar secara autokratik. Pelajar lebih diberikan kebebasan berdikari dan pandai membuat keputusan sendiri. Dengan ini pelajar berkesempatan mengupayakan kebebasan minda sendiri dengan kritis dan analitis.
Ada berberapa cara merealisasikan rumah tangga demokratik yang antara lainnya:
1. Menghormati keperibadian pelajar dalam rumah tangga.
2. Berusaha mengembangkan sahsiahnya dengan menganggap pelajar memiliki standard keunggulan, kemampuan kendiri dan berbagai-bagai kecenderungan tersendiri dan harus memberinya kesempatan untuk berkembang sejauh mungkin.
3. Memberikan ruang seluas-luasnya aspek kemahiran berfikir secara kritis, berekspresi dan tahu hala tuju kerjaya masa hadapannya. Namun demikian kebebasan itu masih dalam koridor kebaikan bersama dan tujuan-tujuan yang bersifat umum. Tegasnya di sini kebebasan itu bukan tanpa batas tetapi masih dibatasi oleh ketentuan-ketentuan sosial.
Keluarga demokratik itu banyak mendatangkan kebaikan dalam hubungan kasih sayang . Manakala keluarga autokratik lebih memberi kesan elemen kekerasan, ketakutan dan pelanggaran disiplin. Pelajar yang datang dari keluarga demokratik yang sihat mendorong lebih bersifat bertanggungjawab dalam kehidupan, mempunyai idea yang mampu berfikir positif, bersedia saling membantu dan bekerjasama dalam kehidupan bermasyarakat Kesimpulannya bahawa di samping memperoleh maklumat dan data daripada pihak Hal Ehwal Murid (HEM), guru yang bijaksana dan berhemah akan menyelidiki serba sedikit latar situasi para pelajarnya apabila penerapan gabung jalin dengan pelbagai aktiviti,kaedah,pendekatan dan teknik tatkala pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah. Dalam erti kata lain, sikap guru juga ada baiknya selaras dengan perkembangan psikologi dan persekitaran pelajar agar hubungan komunkikasi dua antara guru dan pelajar terjalin demi manfaat bersama.(tulisan oleh: DR RAJIEE HADI, dipetik daripada majalah PENDIDIK)
JENAYAH DAN MAHKAMAH HARI INI
PEGAWAI penyiasat pihak berkuasa, pasukan pendakwaan dan pembelaan dan mahkamah yang berpengalaman telah menempuhi prosiding dan perbicaraan kes-kes jenayah yang disabitkan pada masa-masa lalu.Manakala orang awam telah beberapa kali mengikuti perkembangan perbicaraan kes-kes berprofil tinggi seperti pembunuhan misteri yang mensabitkan hukanan mandotori gantung sampai mati dan sebagainya.
Tentulah setiap kali perbicaraan dan hukaman dijatuhkan setiap episod menjadi teka-teki dan perhatian. Apa yang orang awam mahu ialah biarlah para penjenayah yang melakukan kejahatan jenayah itu dijatuhi hukuman setimpal dan undang-undang tidak diperkotak-katikan. Orang ramai juga tentu berdukacita andainya si penjenayah sebenarnya terlepas di tali gantung atau diringankan hukuman lantaran kelemahan pendakwaan, saksi-saksi yang berpaling tadah dan bersikap 'auta' serta kelicikan di pihak pembelaan pula.
Dalam era yang serba celik ini, kita faham kadang-kadang sukar pihak penyiasat mahu memperoleh maklumat jika setiap prosedur biasa yang dilakukan akan ditohmah dengan pelbagai kecaman di pihak luar. Agak aneh zaman sekarang ada juga mereka yang di luar 'gemar' bersimpati dengan penjenayah sebenarnya.
Tentulah setiap kali perbicaraan dan hukaman dijatuhkan setiap episod menjadi teka-teki dan perhatian. Apa yang orang awam mahu ialah biarlah para penjenayah yang melakukan kejahatan jenayah itu dijatuhi hukuman setimpal dan undang-undang tidak diperkotak-katikan. Orang ramai juga tentu berdukacita andainya si penjenayah sebenarnya terlepas di tali gantung atau diringankan hukuman lantaran kelemahan pendakwaan, saksi-saksi yang berpaling tadah dan bersikap 'auta' serta kelicikan di pihak pembelaan pula.
Dalam era yang serba celik ini, kita faham kadang-kadang sukar pihak penyiasat mahu memperoleh maklumat jika setiap prosedur biasa yang dilakukan akan ditohmah dengan pelbagai kecaman di pihak luar. Agak aneh zaman sekarang ada juga mereka yang di luar 'gemar' bersimpati dengan penjenayah sebenarnya.
Kita faham bahawa mengikut undang-undang 'seseorang belum didapati bersalah sekiranya mahkamah belum menjatuhkan hukuman bersalah ke atas si pelaku atau 'Orang Kena Tuduh' (OKT).lnilah dilema pegawai-pegawai penyiasat yang pada masa kini kena gunakan pendekatan psikologi tinggi.
Apatah lagi jika pembabitan wang ringgit digunakan dan dimanipulasikan yang mana 'saksi-saksi boleh dibeli'. Dalam erti kata lain ' hari ini kata lain, esok cakap lain, semasa siasat cakap lain, dalam mahkamah membisu seribu bahasa dengan menggeleng-gelengkan kepala'. Segala aksi-aksi inilah juga memerlukan kebijaksanaan pihak pendakwaan.
Apatah lagi jika pembabitan wang ringgit digunakan dan dimanipulasikan yang mana 'saksi-saksi boleh dibeli'. Dalam erti kata lain ' hari ini kata lain, esok cakap lain, semasa siasat cakap lain, dalam mahkamah membisu seribu bahasa dengan menggeleng-gelengkan kepala'. Segala aksi-aksi inilah juga memerlukan kebijaksanaan pihak pendakwaan.
Apatah lagi sekiranya OKT ini terpengaruh dengan filem-filem jenayah yang membabitkan perbicaraan di mahkamah.Pihak berkuasa juga boleh memikirkan tentang kesannya sekiranya OKT itu dibawa ke mahkamah untuk sesi perbicaraan bersama-sama dengan dua,tiga atau lebih kawan-kawan yang disabitkan yamg mana boleh memberi impak psikologi. Kemungkinan wujud hilang rasa ketakutan, hilang rasa bersalah bahkan seperti memberi sokongan psikologi di antara rakan-rakan mereka.
Dalam apa jua situasi pun apa yang kita harapkan semoga tiang keadilan dapat ditegakkan.Mereka yang bersalah sama ada melakukan, bersubahat dan berkomplot menerima balasan dan menerima hukuman yang sebenarnya-benarnya hukuman. Sehubungan ini setiap manusia juga mengharap Tuhan Yang Maha Berkuasa menunjukkan cahaya kepada para hakim kita agar menperoleh hidayah dan rahmat-Nya.(oleh DR RAJIEE HADI)
Dalam apa jua situasi pun apa yang kita harapkan semoga tiang keadilan dapat ditegakkan.Mereka yang bersalah sama ada melakukan, bersubahat dan berkomplot menerima balasan dan menerima hukuman yang sebenarnya-benarnya hukuman. Sehubungan ini setiap manusia juga mengharap Tuhan Yang Maha Berkuasa menunjukkan cahaya kepada para hakim kita agar menperoleh hidayah dan rahmat-Nya.(oleh DR RAJIEE HADI)
IPGM DAN PhD : APA MAKNANYA
AWAL tahun lalu Kementerian Pelajaran mengiklankan Pensyarah Cemerlang 2011 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) yang bertugas di Institut Pendidikan Guru (IPG). Baru-baru ini, IPG dan Jemaah Nazir menjalankan penyeliaan dan penilaian terhadap pensyarah yang terpilih.
Persoalan yang timbul ialah mengapa ada pensyarah IPG yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) tidak terpilih untuk diselia dan dinilai dalam bidang kepakaran yang dimohon, sedangkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan. KPM menyatakan margin yang tinggi diberikan kepada PPPS yang memiliki ijazah PhD dalam laluan kerjaya pensyarah atau guru cemerlang tetapi nampaknya penetapan ini tidak membawa makna apa-apa kepada PPPS PhD di IPG.
Persoalan yang timbul ialah mengapa ada pensyarah IPG yang memiliki Ijazah Doktor Falsafah (PhD) tidak terpilih untuk diselia dan dinilai dalam bidang kepakaran yang dimohon, sedangkan mereka memenuhi syarat yang ditetapkan. KPM menyatakan margin yang tinggi diberikan kepada PPPS yang memiliki ijazah PhD dalam laluan kerjaya pensyarah atau guru cemerlang tetapi nampaknya penetapan ini tidak membawa makna apa-apa kepada PPPS PhD di IPG.
Dari segi penguasaan ilmu dalam bidang kepakaran yang dimohon, sudah pasti pensyarah yang memiliki PhD dalam bidang yang dipohon menguasai ilmu berkenaan lebih baik daripada pensyarah yang tidak memiliki ijazah kedua dan ketiga dalam bidang itu.
Ada pensyarah yang dipilih memiliki ijazah pertama dalam bidang yang dimohon tetapi ijazah kedua dalam bidang lain. Ini bertentangan visi IPG seperti yang diuar-uarkan oleh IPG sendiri.
Ada juga pensyarah yang terpilih tidak menghasilkan apa-apa penyelidikan, penulisan atau penerbitan buku atau artikel, tidak membentangkan kertas kerja pada sebarang peringkat sama ada kebangsaan, zon atau antarabangsa. Pihak rektor IPG dan Jemaah Nazir perlu melihat semula perkara ini.
Beri ruang kepada pensyarah PhD di IPG untuk diselia dan dinilai kebolehan dan kepakaran mereka, ketepikan perasaan kronisme dan bersikap telus.
Ada juga pensyarah yang terpilih tidak menghasilkan apa-apa penyelidikan, penulisan atau penerbitan buku atau artikel, tidak membentangkan kertas kerja pada sebarang peringkat sama ada kebangsaan, zon atau antarabangsa. Pihak rektor IPG dan Jemaah Nazir perlu melihat semula perkara ini.
Beri ruang kepada pensyarah PhD di IPG untuk diselia dan dinilai kebolehan dan kepakaran mereka, ketepikan perasaan kronisme dan bersikap telus.
Isu di atas bukan sesuatu yang baru. Sebenarnya JPA tidak patut dipersalahkan jika berlaku 'kecacatan' dalam kenaikan pangkat warga pendidikan Dalam bahasa yang mudah, 'guru sesama gurulah' yang merosakkan sistem dan prosedur yang telah disusun atur bagi kenaikan pangkat..
Saya akui selepas tahun-tahun 2005 hingga kini peluang kenaikan pangkat para penjawat guru PPPS untuk ke gred 44,48,52,54 dan seterusnya agak tidak begitu rigit seperti tahun-tahun terdahulu; yang penuh kecemburuan,nepotisme dan kronisme. Sebab itu, jika anda hilang kepercayaan, demi maruah lebih baik anda bersara pilihan demi harga diri.
Tetapi tidak semua penjawat boleh bertindak sedemikian.Bayangkan jika anda memiliki PhD tetapi individu atau pihak yang menilai anda cuma memiliki ijazah pertama atau jika bernasib baik pun memiliki sarjana.Cuma yang membezakan penilai anda memilki setakuk dua gred pangkat lebih tinggi daripada anda. Anda layak tetapi siapakah yang mahu mengiktiraf jika mereka ada rasa cemburi melampau yang negatif yang mana khuatir anda akan melangkaui para penilai tersebut?
lnilah dilema yang bertahun-tahun di KPM. Saya pernah menemui seorang pensyarah sarjana syariah dan pakar dalam khat dan tulisan jawi serta pernah berjasa di sebuah lPGM . Dialah pencipta logo dan beberapa dekorasi khat di maktab itu. Namun sehingga ke akhir persaraan wajibnya pihak ketua jabatannya tidak mencadangkan agar dia dinaikkan pangkat pensyarah pakar. Dia berasa amat kecewa. lnilah senario yang pernah berlaku 10 tahun dahulu! Jawapannya mudah: Selagi manusia bersikap tamak,dendam kesumat,iri hati dan cemburu maka selagi itulah kisah ini berlaku dan terjadi lagi.
16 Julai 2012
TEATER BANGSAWAN MELAYU ANTARA REALITI DAN DILEMA
SATU daripada ciri kota berbudaya adalah wujudnya tradisi pementasan teater yang berkesinambungan atau kerap. Kota, yang tidak secara tiba-tiba terbina, juga harus menghargai bentuk teater tradisional, seperti mana ia dulu dibangunkan atas lembah, paya dan belukar. Realiti budaya itu terpancar di banyak kota dunia. Di Tokyo umpamanya, teater tradisional kabuki dipentaskan sepanjang tahun dan pelbagai pentas lain menghidangkan teater moden.
![]() |
| Gaya Seorang Sultan Dalam Bangsawan (gambar Hiasan) |
Apabila teater Melayu kurang bermaya di ibu kota, kita dapat membayangkan bagaimana nasib teater Melayu di kota kecil lain. Apabila yang hidup subur di ibu negara ialah teater Inggeris atau alunan orkestra simfoni yang membawakan lagu Barat, maka terpinggirlah citra kesenian kebangsaan negara ini yang berdasarkan kekuatan budaya Melayu dan Bumiputera lainnya.
Pembangunan semula teater Melayu memerlukan perancangan, seperti perkembangan bahasa Melayu memerlukan perancangan bahasa.
Dalam hubungan ini, wajar diambil tindakan proaktif dengan kadar segera oleh beberapa pihak seperti agensi kerajaan yang diamanahkan untuk fungsi ini, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) teater, penulis dan aktivis teater tanah air. Beberapa ahli perniagaan juga patut dibabitkan kerana mereka boleh memberikan idea bagaimana untuk menjadikan teater sebagai industri ‘hiburan’, atau industri kreatif yang menguntungkan.
![]() |
| Dr Rajiee Hadi Bersama Teman-Teman Teater: lbrahim Akhir, Mubarak Majid dan Rosli Rahman Adam di Panggung Bandar Raya KL pada 15 Julai 2012 (Gambar Hiasan) |
Untuk membuktikan nadi teater Melayu terus berdenyut, ia memerlukan premis pementasan yang tetap. Tetap dalam erti kata pementasan teater Melayu sering dipentaskan di situ – sama ada setiap minggu, atau setiap dua minggu atau setiap bulan. Dengan adanya premis tetap serta jadual pementasan tahunan, khalayak teater tahu di mana dan bila mereka wajar menonton teater Melayu. Khalayak teater ini termasuk mereka dari Sabah, Sarawak, Semenanjung, atau dari luar negara.
Akan tetapi ketiga-tiga premis terbabit, lantaran perlu menampung keperluan lain, tidak mungkin menjadi premis tetap persembahan teater Melayu. Perancangan teater juga harus mengambil kira beberapa program lain, umpamanya penataran penulis dan tenaga produksi. Kaedah promosi serta pemasaran yang berorientasi keuntungan juga harus dianggap sebagai program bersepadu pembangunan teater.
Tidak kurang penting ialah pendidikan terhadap apresiasi seni, membabitkan pelajar sekolah dan orang ramai. Pendidikan terhadap apresiasi seni dalam kalangan pelajar sekolah dalam jangka panjang akan menyediakan khalayak seni yang tinggi daya intelek serta cita rasa seni estetika rakyat negara ini.
Tindakan proaktif bersepadu untuk membawa teater Melayu keluar daripada kelesuannya mestilah diambil segera. Jika tidak teater Melayu akan terus nazak dalam masa yang panjang, hanya sekali sekala ‘mengigau’ dan ‘meracau’ ketika ada sayembara atau pekan teater yang bermusim sifatnya. Sementara Istana Budaya agak sukar ditembusi oleh teater yang bukan bergenre muzikal.
Usaha keserakanan membabitkan pelbagai pihak bergabung tenaga dan kepakaran untuk menyegarkan semula teater Melayu, bukanlah sesuatu yang baru.
Beberapa pendapat mengenainya, baik dalam bahasa Melayu (umpamanya tulisan Khalid Salleh) atau Inggeris (umpamanya tulisan Johan Jaaffar) diterbitkan. Malangnya, belum ada pihak yang mengambil tindakan serius. Situasi ini menyukarkan penafian terhadap pandangan umum bahawa birokrasi di beberapa institusi begitu rumit, perlahan, dan kurang berkesan.
Tindakan terhadap beberapa cadangan yang membina mengenai teater, begitu lambat diproses atau diambil tindakan susulan – sama ada akibat birokrasi yang ketinggalan zaman atau ditangani oleh pegawai yang kurang arif dan kurang minat terhadap bidang terbabit.
Sementara itu, sesetengah ketua melepaskan tanggungjawab ini kepada stafnya yang kurang berpengalaman, dirinya pula disibukkan dengan mesyuarat bertali arus, atau kesibukan politik ciptaannya. Sebuah institusi budaya dan ilmu sesungguhnya memerlukan pimpinan yang tidak hanya pandai beretorik dan berpolitik.
(sumber: Dr. Anwar Ridhwan,UM,16/07/12)
16 Jun 2012
DR RAJIEE HADI: ANTARA KARYA
DR.RAJIEE
ABDUL HADI
JURNAL /JOURNAL
- Salina
dan Langit Petang: Satu Perspektif Bandingan SosioBudaya dan Pendidikan
Kemanusiaan, Jurnal Penulis, 1994.
- Bahasa
dan Fikiran : Hubungan Antara Struktur Lahir Dengan Struktur Batin, Jurnal
Dewan Bahasa , November 1995.
- Perlanggaran
Dalam Sajak-sajak T.Alias Taib, Jurnal Pemikir, Julai-Septemper, 2004.
KAJIAN/ RESEARCH.
- Analisis
Kesalahan Sintaksis Bahasa Melayu Lisan Murid-Murid Kelas Peralihan di
Sebuah Sekolah Menengah di Johor.
- Kepengarangan
T.Alias Taib: Satu Kajian Teksdealisme
- Teksdealisme
Dalam Puisi-Puisi Malaysia .
BUKU/ BOOK
- Cinta
Arafah,2003.Kuala Lumpur.Diwangsa Publications& Distributors.
- Bahasa
Melayu SPM, 1995.Kuala Lumpur. Penerbit Fajar Bakti.
- Bahasa
Melayu PMR, 1993. Kuala Lumpur.Penerbit Fajar Bakti.
- Bahasa
Melayu SRP, 1990.Kuala Lumpur.Penerbit Fajar Bakti.
- Daftar
Sinonim Antonim dan Kata Kerja KBSM, 1990.Kuala Lumpur.AMK Interaksi Sdn.
Bhd.
- Kesusasteraan
Melayu Kertas 2 STPM Sastera Lama.1993.Kuala Lumpur.Penerbit Fajar Bakti.
- Ulangkaji
Kesusateraan MelayuSPM.1990, Petaling Jaya, Kompas Publishing.
- Pengadilan
( Novel Kanak-kanak),1989. Kuala Lumpur.Pustaka system Pelajar.
- Senjakala(
Ulasan Sastera SPM),1988.Kuala Lumpur.Pustaka Pertiwi Sdn. Bhd.
- Bunga
Gerimis( Kajian Sastera SPM),1988. Kuala Lumpur . Pustaka Yakin Pelajar.
- Hari
Kemerdekaan ( Kajian Sastera SPM)1988.Kuala Lumpur.Pustaka Yakin Pelajar.
- Hikayat
Umar Umaiyah( Kajian Sastera SPM),1988.Kuala Lumpur.Pustaka Yakin Pelajar.
- Ulasan
dan Kajian Teks Bunga Gerimis( Bersama Kamal Shukri),1988.Edusystem (M)
Sdn. Bhd.
- Jika
Kau Rindu ( Antologi Puisi Bernama),1988. Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan
Pustaka.
- Bumi
Hijau( Antologi Cerpen/Penyelenggara),1990.Shah Alam.Marwillis Publisher.
- Guru Oh
Guru( Antologi Puisi Bersama),1989.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Sematan(Antologi
Puisi)1985.Kuching.Gabungan Persatuan Penulis Sarawak .
- Tirai
Malam ( Kumpulan Cerpen)1984.Kuala Lumpur.Tra-Tra Publishing &
Trading.Sdn. Bhd.
- Selatan
(Antologi Cerpen Bersama)1983.Kuala Lumpur.Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Gema
membelah Gema(Antologi Puisi Bersama ke-7,8,9).Jawatankuasa Hari Puisi
Nasional GAPENA.
- Sumpah Bahasa (Antologi Puisi Bersama,Penyelenggara Rejab F.I),1999.Kuala Lumpur.GAPENA.
- Cetera (Antologi Puisi Persama),19xx. Kuala Lumpur. Kelab Sastera DBP. Dewan Bahasa dan Pustaka.
- Dupa (Antologi Cerpen & Puisi Bersama ).1979. Persatuan Penulis Johor.
- Ulangkaji Geografi SRP (198x).(Editor Rajiee Hadi), Penerbit xxx.Kuala Lumpur.
- Mereka Yang Pergi (Antologi Puisi Perseorangan), stensilan. 1977.Pulau Pinang.
Judul
|
Pengarang
|
Akhbar
|
Keluaran
|
Perkahwinan
|
Rajiee
Hadi
|
Berita Minggu
|
01.08.1981
|
Surina
|
Rajiee
Hadi
|
Bacaria
|
20.08.1985
|
Aidilfitri
|
Rajiee
Hadi
|
Berita Minggu
|
01.08.1979
|
Ibu
|
Rajiee
Hadi
|
Berita Minggu
|
01.08.1980
|
Kongkalikong
|
Rajiee
Hadi
|
Watan
|
28.01.1986
|
Judul
|
Pengarang
|
Akhbar
|
Keluaran
|
Kalendar
|
Rajiee Hadi
|
Warta Tebrau
|
01.01.1982
|
Hamparan Hijau
|
Rajiee Hadi
|
Utusan Zaman
|
07.08.1994
|
Meredah Metropolitan
|
Rajiee Hadi
|
Utusan Zaman
|
18.12.1994
|
Pesisir Aidilfitri
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Malaysia
|
18.01.1998
|
Iktikaf Malam
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Malaysia
|
26.04.1998
|
Amison BTN
|
Rajiee Hadi
|
Utusan Zaman
|
07.06.1998
|
Sungai Mati
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Malaysia
|
06.09.1998
|
Suatu Perjalanan
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Malaysia
|
07.08.1994
|
Amison BTN
|
Rajiee Hadi
|
Watan
|
01.03.1985
|
Abahku Sayang
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
01.02.1983
|
Kini Rindu
|
Rajiee Hadi
|
Warta Tebrau
|
01.05.1982
|
Dalam Kenangan
|
Rajiee Hadi
|
Warta Tebrau
|
01.05.1982
|
Kini Rindu
|
Rajiee Hadi
|
Warta Tebrau
|
01.05.1982
|
Surat Layang
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
01.02.1982
|
Iktibar Zulhijah
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu (Sastera dan Budaya)
|
15.07.2001
|
Di Laman Syawal
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
28.10.2007
|
Pujangga baru didebat
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
25.07.1994
|
Monolog Seorang Bukhari
|
Rajiee Hadi
|
Utusan Zaman
|
26.03.1995
|
Mendepani Kota Dumai
|
Rajiee Hadi
|
Utusan Zaman
|
17.05.1998
|
Empat Puluh Satu
|
Rajiee Hadi
|
Utusan Zaman
|
23.08.1998
|
Usaha guru diperlukan
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
15.02.1986
|
Kekalkan kepimpinan Pena
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
18.06.1994
|
Di Pusara Ayahanda
|
Rajiee Hadi
|
Utusan Zaman
|
28.08.1994
|
Monolog Sang Pejuang
|
Rajiee Hadi
|
Utusan Zaman
|
01.05.1994
|
Penyair dan isteri
|
Rajiee Hadi
|
Warta Tebrau
|
15.07.1982
|
Sumpah Anak Palestine
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
01.01.1983
|
Suara Seorang Pemuisi
|
Rajiee Hadi
|
Warta Tebrau
|
01.12.1981
|
Menjelang Tirai Malam
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
01.05.1980
|
Menjelang Tirai Malam
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
01.05.1980
|
Warung Sri Serombong
|
Rajiee Hadi
|
Warta Terbau
|
01.01.1982
|
Warong Sri Serombong
|
Rajiee Hadi
|
Warta Terbau
|
01.01.1982
|
Lagu Bumi Afgham
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
01.05.1984
|
Lagu Bumi Afgham
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
01.05.1984
|
Judul
|
Pengarang
|
Akhbar
|
Keluaran
|
Suaramu Oh Palestin
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
01.05.1983
|
Di Ruang Kabus
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Malaysia
|
10.02.1991
|
Getar Penghujung Ogos
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
17.08.2003
|
Mendepani Kota Suci
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Malaysia (Seni dan Sastera)
|
17.12.2000
|
Sebenarnya puisi tidaklah sukar
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
18.10.1990
|
Tandus drama di jawab
|
Rajiee Hadi
|
Warta Tebrau
|
25.02.1982
|
Beri perhatian persoalan sosiobudaya
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
11.10.1990
|
Pidato Akhir Sang Iblis
|
Rajiee Hadi
|
Utusan Zaman
|
25.06.1995
|
Pendedahan Faisal amat berani
|
Rajiee Hadi
|
Utusan Malaysia
|
23.08.1997
|
Penulis harus mempunyai idea
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
11.04.1991
|
Wajarkah kelab kritik ditubuhkan
|
Rajiee Hadi
|
Utusan Malaysia
|
19.08.1993
|
Penulis perlu membina nama
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Malaysia
|
02.10.1994
|
Jangan ketepikan anugerah kritikan
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
18.07.1994
|
Rumusan BPPM masih samar
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
02.02.1991
|
Plagiarisme satu jenayah sastera?
|
Rajiee Hadi
|
Watan
|
14.10.1985
|
GAPENA baru: satu alternatif?
|
Rajiee Hadi
|
Utusan Malaysia
|
23.04.1994
|
Jamaludin penyair yang periang
|
Rajiee Hadi
|
Utusan Malaysia
|
26.11.1994
|
Sudirman (Padamnya sebutir mutiara)
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Malaysia
|
01.01.1992
|
Sudirman (Padamnya Sebutir Mutiara)
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Malaysia
|
01.03.1992
|
Suatu Permintaan (Buat Ngumba)
|
Rajiee Hadi
|
Warta Tebrau
|
01.02.1982
|
Gerak segar sastera kampus
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Wanita
|
04.05.1984
|
Melahirkan kreativiti, persepsi yang tajam
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
14.09.1990
|
Saat : Sejarah mengalir dalam dirinya
|
Rajiee Hadi
|
Warta Tebrau
|
17.12.1981
|
Penyair muda: kemana haluan mereka?
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
21.11.1983
|
Kelab sastera DBP terbit Jurnal
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Malaysia
|
09.08.1992
|
Kesimpulan tentang dialek-dialek Melayu
|
Rajiee Hadi
|
Utusan Malaysia
|
10.02.1987
|
Masalah 'iktiraf' wakil penyair muda
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
03.01.1991
|
Di Ruang Makan Yang Dingin
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Malaysia
|
03.02.1991
|
Panduan menjawab soalan berbentuk puisi
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
04.10.1990
|
Anak (Memori 3.9.83)
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Wanita
|
01.10.1983
|
Gunung Asahan, Kasihku Setia Tertumpah
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Tanahair
|
01.11.1982
|
Cetusan (Buat Penghuni Kampung Serom)
|
Rajiee Hadi
|
Warta Tebrau
|
01.02.1982
|
Malam Sastera Malaysia di Frankfurt
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Watan
|
30.10.1994
|
Wujudkan kelab penulis di sekolah
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
22.10.1994
|
Di Ruang Makan Yang Dingin
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Malaysia
|
10.02.1991
|
Di Ruang Makan Yang Dingin
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Malaysia
|
10.02.1991
|
Muar jadi pusat kegiatan penerbitan
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
29.07.1984
|
Lee Keok Chih tidak boleh lari
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
11.10.1990
|
Catatan manis hari puisi nasional '84
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
02.09.1984
|
PPJ perlu bergiat mencari penyair pelapis?
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
19.05.1985
|
Siapa layak duduk kerusi Dewan Negara?
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
02.07.1994
|
Anugerah kali ini milik Abdullah Hussain?
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Malaysia
|
07.08.1994
|
Aripin Said: seorang perasa yang berserah
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
21.06.1990
|
Tiru boleh ... tetapi bukan terus meniru
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
12.01.1991
|
Rancangan sastera patut ada di TV
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Tanahair
|
16.12.1982
|
Ketika Anakku Kutimang (Fragmen sebuah keluarga)
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Wanita
|
01.11.1983
|
Skop dan panduan BM Kertas 2
|
Rajiee Hadi
|
Berita Harian
|
10.10.1992
|
Meniti Ke 25 (Memori hari kebangsaan)
|
Rajiee Hadi
|
Warta Tebrau
|
01.09.1982
|
Karya bermutu lebih penting dari nama pena
|
Rajiee Hadi
|
Mingguan Perdana
|
24.03.1985
|
Dalam kesibukan lahir seruan puteri Gunung Ledang
|
Rajiee Hadi
|
Warta Tebrau
|
24.12.1981
|
Di Dunia Permata: pernyataan penyajak pelbagai kaum
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
27.03.1994
|
Dilema guru Bahasa Malaysia: Siapa hendak disalahkan?
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
15.07.1984
|
Di Sisi Abah (Alfatihah! Kembali pada 25 Ramadan 1414)
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
18.09.1994
|
Muar lahirkan banyak tokoh penulis silih berganti sejak dahulu
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
24.06.1984
|
Wakil Muar ke pertandingan drama dan tari peringkat negeri
|
Rajiee Hadi
|
Berita Minggu
|
19.10.1980
|
Penulis Johor dijangka menangi peraduan drama Daerah Muar
10-11 Okt.
|
Rajiee Hadi
|
Utusan Malaysia
|
07.10.1980
|
Bosnia
|
Rajiee Abdul Hadi
|
Mingguan Malaysia
|
12.11.1992
|
Menjejaki Hidupmu
|
Rajiee Abdul Hadi
|
Berita Minggu
|
01.04.1992
|
Langgan:
Catatan (Atom)

