HASIL kajian para penyelidik di bidang pendidikan hal ehwal pelajar menunjukan 15% pelajar bermasalah disiplin yang dapat dikesan iaitu 75 pelajar berbanding 479 pelajar. Pelajar lelaki mendominasi masalah disiplin iaitu 85.3% berbanding pelajar perempuan 14.7%. Berdasarkan kajian mendapati kesalahan menganggu pengajaran dan pembelajaran dalam kelas menunjukkan peratus yang tinggi iaitu 17.3%, merokok 16% dan kesalahan yang jarang dilakukan adalah membawa bahan lucah iaitu1.33%.
Daripada maklumat yang diperolehi daripada unit disiplin, kesalahan disiplin yang dilakukan oleh enam responden adalah seperti merokok, ponteng kelas, berpacaran, memanjat pagar sekolah, menganggu pengajaran dan pembelajaran, bercakap tidak sopan terhadap guru dan rakan, membawa bahan lucah dan sebagainya.
Jadual 4.2.1: Jenis Masalah Disiplin Mengikut Jantina.
Bil | Jenis Kesalahan Disiplin | Jantina | |
Lelaki | Perempuan | ||
1. | Merokok | 12 | 0 |
2. | Berpacaran | 7 | 12 |
3. | Ponteng Kelas | 9 | 0 |
4. | Bercakap kasar | 8 | 1 |
5. | Membawa bahan lucah | 1 | 0 |
6. | Memanjat Pagar Sekolah | 4 | 0 |
7. | Menganggu Pengajaran dan pembelajaran | 13 | 0 |
Jumlah | 64 | 11 |
Berdasarkan jadual 1 menunjukkan pelajar lelaki mendominasi bermasalah disiplin seperti merokok, memanjat pagar sekolah, melawan kata-kata guru, menganggu rakan-rakan semasa pembelajaran, yang kerap dilakukan pelajar berbanding responden perempuan. Terdapat juga pelajar yang melakukan tiga kesalahan disiplin.
Jadual 4.2.2: Jenis Masalah Disiplin Mengikut Usia
Bil | Jenis Kesalahan Disiplin | Usia | ||||
13 | 14 | 15 | 16 | 17 | ||
1. | Merokok | 0 | 3 | 4 | 3 | 2 |
2. | Berpacaran | 4 | 6 | 7 | 1 | 1 |
3. | Ponteng Kelas | 0 | 0 | 7 | 1 | 1 |
4. | Bercakap kasar | 1 | 1 | 6 | 1 | 0 |
5. | Membawa bahan lucah | 0 | 1 | 0 | 0 | 0 |
6. | Memanjat Pagar Sekolah | 0 | 0 | 2 | 1 | 1 |
7. | Menganggu Pengajaran dan pembelajaran | 1 | 2 | 7 | 2 | 1 |
Jumlah | 6 | 13 | 33 | 9 | 6 |
Berdasarkan jadual 4.2.2 hasil kajian mendapati pelajar usia 15 tahun
menunjukkan jumlah tinggi iaitu 33 pelajar . Manakala pelajar berusia 14 tahun hanya 13 pelajar , bagi usia 17 dan 13 tahun hanya enam pelajar sahaja yang melakukan kesalahan disiplin.
Responden 1 (R1)
Pelajar lelaki tingkatan dua ini adalah anak kelima daripada tujuh beradik dari
keluarga sederhana. Bapa bekerja sebagai pegawai di salah sebuah syarikat swasta di Kajang. Ibunya seorang suri rumah. Dia mempunyai dua abang yang salah seorangnya telah bekerja dua kakak yang masih bersekolah. Responden seorang yang agak pendiam semasa sesi temu bual dijalankan dan tidak menunjukkan reaksi rasa bersalah terhadap kesalahan yang dilakukan.
Namun demikian, setelah beberapa pertanyaan diajukan, penyelidik mendapati responden seorang yang suka bersosial. Ini membuktikan apabila responden menjelaskan ramai kawan yang ia temui setiap hari.
Responden 2 (R2)
Responden ialah pelajar lelaki tingkatan tiga. Anak pertama daripada lima beradik. Ayah seorang pegawai kerajaan manakala ibu bekerja sebagai pegawai bank di Kajang, Selangor. Menurut responden, dia jarang berkomunikasi dengan ibu bapanya kerana kedua-duanya sibuk bekerja dan melayani adik-adiknya. Responden kurang mendapatkan perhatian daripada ibu bapanya.
Semasa temu bual dijalankan, kelihatan responden resah dan suara sesekali
kurang jelas apa diungkapkan. Apa jua tindakan yang dilakukan responden tidak
diendahkan oleh ibu bapanya. Responden kurang selesa berada di rumah.
Responden 3 (R3)
Responden ialah pelajar lelaki tingkatan tiga. Responden yang mudah berasa bosan ini dapat dilihat semasa sesi temu bual dijalankan . Sesekali responden minta sesi temu bual ini segera ditamatkan. Beliau seorang pelajar yang kurang digemari guru di sekolah kerana sikapnya yang kurang sopan dan suka melawan.
Seorang yang agresif namun demikian penyelidik mendapati responden ini
memerlukan lebih perhatian dan penyelidik telah menggunakan teknik mengajak
berbual bersahaja untuk mendapatkan maklumat supaya responden lebih selesa
dengan sesi temu bual ini. Responden anak ketiga daripada lima adik beradik.
Responden kurang mendapat perhatian daripada keluarga kerana sikapnya suka keluar rumah setiap malam. Ayahnya seorang pegawai kerajaan dan ibunya pula seorang suri rumah. Responden lima beradik. Menurut responden , ibunya suka berleter dan gemar membeza-bezakan antaranya dengan abang dan kakaknya yang mempunyai prestasi cemerlang dalam pencapaian akademik.
Responden 4 (R 4)
Responden pelajar perempuan tingkatan dua. Anak tunggal daripada keluarga yang mempunyai latar belakang masalah rumah tangga. Ibu dan bapanya telah bercerai ketika responden berusia 10 tahun. Ibunya seorang pensyarah dan sentiasa sibuk dengan tugasan rutinnya. Ayahnya telah berkahwin lagi dan menetap di Johor. Responden sentiasa mendapat apa yang diinginkan daripada ibunya . Responden hanya kurang selesa bersendirian di rumah kerana kehidupan hariannya asyik menanti ibunya pulang dari pejabat.
Responden 5 (R5)
Responden seorang pelajar perempuan dari tingkatan lima. Responden adalah anak keempat dari lapan beradik. Bapanya seorang pensyarah dan ibunya suri rumah. Responden juga daripada keluarga yang mengalami masalah rumahtangga. Bapa dan ibunya bercerai ketika responden berusia 11 tahun. Kini
responden tinggal bersama ibunya dan empat orang adik beradik yang lain. Responden kurang mendapat perhatian daripada ibunya yang sibuk mengambil upah menjaga anak orang lain. Responden kurang selesa dengan kehidupan ini dan sering mengambil kesempatan untuk berjumpa dengan rakan-rakannya di luar rumah.
Responden 6 (R6)
Responden pelajar lelaki tingkatan tiga. Anak keempat daripada lima beradik. Abangnya masih menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi awam(IPTA). Manakala tiga kakaknya menuntut di salah sebuah Institusi Perguruan Malaysia (IPGM) . Ayahnya pula bertugas di Jabatan Kemajuan lslam Malaysia (JAKIM) di Putrajaya. lbu responden seorang guru sekolah rendah di Putrajaya. Beliau tidak dibenarkan keluar rumah khususnya pada hujung minggu.
Beliau berasa sangat tertekan pada setiap hujung minggu. Pada
kebiasaannya dia akan tinggal bersama adiknya berusia sepuluh tahun di rumah. Ibu bapanya sibuk menguruskan hal-hal kebajikan dan kemasyarakatan di luar rumah. Responden bertambah tertekan lagi kerana ibu bapanya tidak memenuhi keinginannya untuk mendapatkan perkhidmatan internet dan televisyen berbayar ASTRO di rumah.
Responden beranggapan sekiranya kedua-dua kemudahan ini disediakan, beliau tidak berasa bosan jika ditinggalkan di rumah. Responden melakukan kesalahan disiplin dengan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap guru dan sering menganggu rakan-rakan ketika pembelajaran sedang dijalankan. Beliau adalah pelajar yang sering diperkatakan oleh guru-guru di sekolah.
Pernyataan enam responden yang ditemu bual, membuktikan masalah disiplin yang berlaku kerap kali diperkatakan. Namun , jika dibiarkan berterusan tanpa tindakan atau teguran terhadap apa yang dilakukan oleh responden boleh membawa implikasi buruk yang lebih besar. Oleh yang demikian unit bimbingan
dan kaunseling perlu menjelaskan kesalahan yang dilakukan itu boleh membawa kesan negatif dan natijah buruk yang lebih serius.
Wujud sikap malas dalam kalangan pelajar mengikuti pembelajaran bukan hanya disebabkan sikap pelajar sendiri, sebahagian besar ibu bapa kurang memperhatikan pendidikan anak-anak. Malah terdapat juga segelintir ibu bapa yang tidak menyemak kerja-kerja sekolah. Sikap ibu bapa yang ’memewahkan’ anak-anak lebih membawa kesan negatif dan dapat menggalakkan mereka lebih bersikap malas belajar, lebih suka berfoya-foya dan merayau-rayau di kompleks membeli-belah dengan wang pemberian ibu bapa. lnilah yang kita ,baik; para ibu bapa, golongan pendidik dan masyarakat awam yang prihatin mahu elakkan daripada terus menjadi barah dalam komuniti sosial pada masa akan datang.( oleh Dr Rajiee Hadi & Mahnessa A.Kadir)
salam..dr rajiee, saya sedang menjalankan kajian berkaitan kecenderungan terlibat dengan masalah jenayah di kalangan remaja. saya mendapati kajian dr sangat membantu. boleh tak kalau saya mendapatkan sedikit tips atau contoh soalan temubual dr dalam kajian yang dr lakukan?
BalasPadamberikut merupakan email saya ( fieqasam@gmail.com)..terima kasih