PENGALAMAN menyusuri dari sebuah pulau ke sebuah pulau di Kepulauan Melayu atau di Nusantara ini adalah sesuatu yang nostalgik dan patriotik. Dalam catatan ini, tidaklah dapat saya mencatatkan satu persatu apa yang menarik di setiap pulau yang saya kunjungi. Kemungkinan pada waktu-waktu lain yang senggang dapat saya berbuat demikian. Ada perjalanan laut saya menggunakan feri mewah, ada yang menggunakan feri kecil, bot laju bahkan pernah juga menggunakan perahu berenjin dan tongkang. Dan sudah tentulah perut saya yang mudah alahan/alergik sering kembung angin dan kerapkali mengalami kekejangan abdomen.
![]() |
Pulau Pangkor, Perak. |
Bermula dari Pulau Besar Melaka, saya menyusuri ke pesisir pantai barat Semenanjung ke Pulau Pangkor dan kemudian ke Pulau Pinang.Dari Pulau Pinang saya menaiki feri mewah ke Pulau Langkawi.Dari Pulau Langkawi saya bergerak ke Pulau Phuket. Dari sini, hasrat saya mahu menuju ke pulau-pulau Andaman hingga menuju ke laut Benggala dan ke Dacca, Bangladesh serta ke Pulau Maldive dan ke Pulau Mauritius terpaksa saya tangguhkan kerana keadaan cuaca dan laut pada bulan Disember ketika itu bergelora serta ancaman tsunami.
![]() |
Saya tiba juga di Pulau Phuket,Thailand |
Perjalanan ke Pulau Krabi di Thailand dari Pulau Langkawi dengan menaiki feri besar memakan masa hampir dua jam ke Satun (masyarakat Melayu menyebut: Setul), Thailand. Satun ialah bandar yang sedang giat membangun yang termasuk dalam Wilayah Satun di Selatan Thailand. Pada asalnya Wilayah Satun adalah di bawah naungan Perlis/Kedah. Sebab itu penduduk di sini lebih 90% berketurunan Melayu/lslam dan bertutur bahasa Melayu dialek Perlis/Kedah. Dari Satun ke Hatyai dan Songkla menggunakan jalan darat (ada kereta persendirian dan bas awam/ekspres) yang memakan masa tiga jam dengan menggunakan lebuh rayanya (tanpa tol) yang moden dan selamat.
Dari bandar raya Hatyai banyak alternatif pengangkutan darat yang boleh disewa termasuk pakej pelancongan untuk ke destinasi Pulau Krabi. Perjalanan yang jauh memakan masa lebih daripada lima jam.Usahlah cemas, kerana ramai kini penduduk di Hatyai dan Songkla yang boleh bertutur Bahasa Melayu dengan baik. Saya melalui pengalaman ini dengan tawakal dan berpegang kepada bidalan Melayu,"malu bertanya sesat jalan.."
![]() |
Pulau Kapas Terengganu terkenal pasir pantainya yang putih bersih. |
Saya bergerak ke pantai timur Semenanjung dari Alor Setar ke Kota Baharu melalui lebuh raya Jeli yang sungguh mempesonakan. Di sepanjang jalan saya temui kehijauan hutan belantara, saujana tasik dan empangan yang terbentang serta ada yang mencemaskan apabila melihatkan gaung dan lereng keluk yang menyeramkan di pinggiran lebuh raya. Saya membatalkan hasrat ke Pulau Redang tetapi memilih Pulau Kapas di Terengganu dan Pulau Tioman di Pahang. Tidak dinafikan kedua-dua pulau ini ada daya tariknya yang tersendiri. Bagi pengagum alam dan riadah laut, Pulau Kapas dan Pulau Tioman adalah pulau yang paling sesuai menepati cita rasa.
![]() |
Di Pulau Tioman, Pahang |
Seterusnya saya ke Pulau Singapura (nama asalnya Pulau Temasik), kota kosmopolitan yang sering saya kunjungi untuk 'melarikan diri' buat seketika daripada suasana Malaysia. Saya kemudian ke Pulau Batam yang kini pesat membangun. Pulau Batam kini bagaikan pusat marina dan destinasi utama selepas Singapura bagi destinasi ke seluruh pulau di lndonesia. Bahkan Jawa, Sulawesi,Menado, Kalimantan dan Sumatera dalam wilayah lndonesia juga adalah wilayah-wilayah kepulauan.Dan seterusnya ke pulau-pulau Sulu, Pahlawan, Cebu, Mindanao dan lain-lain lagi dalam wilayah kepulauan Filipna.
Saya ke Pulau Bintan tidak melalui pangkalan atau terminal feri Tanah Merah di Singapura. Kali ini saya menggunakan terminal feri di Stulang Laut di selatan Johor, Malaysia.Saya sudah lupa berapakah tambangnya, Tetapi seingat saya tidaklah mahal. Tambang sehala sekitar Rm60-RM80 sahaja. Feri yang saya naiki berlabuh di terminal feri Bentan Telani di Tanjung Pinang, dalam Wilayah (Propinsi) Kepulauan Riau (Kepri).
![]() |
Di suatu pemandangan pesisir Pulau Batam, lndonesia dari anjung Harris Hotel, Batam Center. |
![]() |
Saya di Pulau Batam, Kepulauan Riau,lndonesia. |
Budaya dan jiwa Melayu, filem-filem Melayu dan pulau-pulau persekitaran pulau Singapura bagaikan sinonim dan bagaikan saling lengkap melengkapi. Jika anda orang Melayu jati, anda mesti pernah mendengar atau mengetahui nama-nama pulau seperti Pulau Daik, Pulau Lingga, Pulau Karimun,Pulau Bangka, Pulau Penyengat dan beberapa lagi pulau kecil. Nama-nama tersebut sering atau pernah kita temui dalam puisi-puisi Melayu tradisional/klasik (syair,pantun,gurindan,seloka) dan dalam lirik-lirik lagu Melayu asli dan pop Melayu.
Saya sampai di Pulau Bintan dan bermalam di Tanjung Pinang. Di bandar (kota) ini banyak tersedia penginapan hotel yang selesa. Banyak restoran di bandar kecil ini yang menyajikan pelbagai juadah cita rasa lndonesia dan Malaysia. Banyak juga kedai dan toko-toko yang berjualan untuk pengunjung membeli aneka cenderamata sebagai ole-ole.Selepas dua malam saya berada di Tanjung Pinang dan meninjau beberapa tempat menarik di pulau yang luas ini, saya mengambil keputusan untuk bertolak ke Pulau Penyengat yang jauhnya sekitar 2km sahaja.
![]() |
Saya menuju ke jeti (dermaga) ke Pulau Penyengat di Tanjung Pinang, Bntan(Bentan) |
![]() |
Pemandangan sebahagian daripada Pulau Penyengat |
![]() |
Kelihatan Masjid Raya Sultan Riau terserlah indah. |
![]() |
Pompom (perahu bermotor/berenjin)yang saya naiki. |
![]() |
Saya berada dalam 'pompom' dan hanya bertawakal kepada Allah SWT. |
Dan setibanya saya di jeti Pulau Penyengat, kebetulan waktu tengah hari maka perut mula berkeroncong. Di situ ada beberapa gerai yang menyajikan masakan segar Melayu seperti gulai asam pedas, ikan bakar, sambal tumis, aneka ulam dan sebagainya.
![]() |
Dari jeti ke pintu masuk Pulau Penyengat yang berlatarkan Masjid Raya Sultan Riau |
![]() |
Saya berada di kawasan kompleks Makam Raja Ali Haji |
![]() |
Di Makam Raja Ali Haji |
![]() |
Balai Adat Melayu di Pulau Penyengat |
![]() |
Saya berada di ruang dalam Balai Adat Melayu Kesultanan Johor-Riau |
![]() |
Makam Marhum Kantor (Makam Raja Jaafar dll).Kini dicat berwarna kuning. |
Peranan penting kesultanan ini berlangsung selama 120 tahun sejak wujudnya Kerajaan Riau pada tahun 1722 yang akhirnya diambil sepenuhnya oleh Belanda pada tahun 1911. Sebelum itu Perjanjian lnggeris-Belanda 1826 telah "memecah belah antara rumpun Melayu di Semenanjung (lnggeris) dengan rumpun Melayu di Sumatera dan Kepulauan Riau (Belanda)".
Pada awalnya Pulau Penyengat hanya sebuah tempat persinggahan armada-armada perlayaran yang hilir-mudik di perairan Pulau Bintan(Bentan), Selat Melaka dan persekitarannya. Mereka singgah di pulau ini kerana mahu mengambil bekalan air tawar yang banyak tersedia. Kerana ada mereka yang melanggar pantang larang, mereka telah diserang ratusan serangga sengat berbisa. Sejak itu pulau ini dipanggil Pulau Penyengat. Orang Belanda menyebut pulau ini Pulau Mars.
Namun pada tahun 1719 meletuslah perang saudara merebut tahta Kesultanan Johor antara keturunan Sultan Mahmud Shah yang dipimpin putera baginda Raja Kecil dengan keturunan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah yang dipimpin Tengku Sulaiman.Pulau Penyengat dijadikan kubu pertahanan oleh Raja Kecil yang memindahkan pusat pemerintahannya dari Kota Tinggi (Johor Lama) ke Riau iaitu di Hulu Sungai Carang di Pulau Bintan.
Perang saudara ini telah dimenangi Tengku Sulaiman dan kerabatnya yang mana turut dibantu lima putera Bugis Luwu bersaudara iaitu Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng Celak, Daeng Kemasi dan Daeng Menambun. Selepas kemenangan ini, Tengku Sulaiman mendirikan kerajaan baharu iaitu Kerajaan Johor-Riau-Lingga pada 4 Oktober 1722. Manakala Raja Kecil pula membawa diri ke Siak dan mendirikan Kesultanan Siak (rujuk buku Sejarah Johor oleh Buyong Adil).
Selepas itu, pusat pemerintahan Kerajaan Riau berpindah ke Pulau Penyengat dengan nama Pulau Penyengat lndera Sakti.Pada tahun 1803, Pulau Penyengat telah dibangunkan daripada sebuah pusat pertahanan menjadi sebuah negeri di bawah pentadbiran Yang DiPertuan Muda Kerajaan Johor- Riau-Lingga. Manakala kediaman rasmi Sultan terletak di Pulau Daik-Lingga.Pada tahun 1900 Sultan Riau-Lingga berpindah ke Pulau Penyengat dengan lengkapnya pulau tersebut sebagai pusat pemerintahan, agama lslam, adat istiadat dan kebudayaan Melayu.Sebenarnya terlalu banyak yang mahu saya tuliskan, tetapi memadailah setakat ini.
PANTUN JENAKA PULAU PENYENGAT
(buat LEO AWS)
Penyengat bukan sebarang menyengat,
ada aura ada semangat,
jauh datang mesti ingat,
Melayu suka makan pengat.
Terima berita buku baharu,
daripada Leo Darul Naim,
dalam pompom jangan garu,
jika baca SMS Tuk Him.
Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji,
pujangga terbilang makam di sini,
asam pedas jangan dipuji,
kelak rupiah dibayar seguni.
Putar-putar naik bemo,
dua puluh lima ribu sejam bayaran,
berat kami macam sumo,
minta lebih mengaku jiran.
Dalam cendol ada tapai,
tepi laut balai adat,
tangan pendek tidak tergapai,
tangan panjang dipotong beradat.
Gadis pasentren entah di mana,
ada madrasah mengaji agama,
Pulau Penyengat hantaran istana,
usah mimpi ikut bersama.
Bertenang jangan asyik terkenang,
bersabar saat menanti debar,
masa lalu berkuak renang,
masa sekarang di dalam gebar.
DR RAJIEE HADI,
Pulau Penyengat, Riau, lndonesia.
28 Jun 2012.
ada aura ada semangat,
jauh datang mesti ingat,
Melayu suka makan pengat.
Terima berita buku baharu,
daripada Leo Darul Naim,
dalam pompom jangan garu,
jika baca SMS Tuk Him.
Gurindam Dua Belas Raja Ali Haji,
pujangga terbilang makam di sini,
asam pedas jangan dipuji,
kelak rupiah dibayar seguni.
Putar-putar naik bemo,
dua puluh lima ribu sejam bayaran,
berat kami macam sumo,
minta lebih mengaku jiran.
Dalam cendol ada tapai,
tepi laut balai adat,
tangan pendek tidak tergapai,
tangan panjang dipotong beradat.
Gadis pasentren entah di mana,
ada madrasah mengaji agama,
Pulau Penyengat hantaran istana,
usah mimpi ikut bersama.
Bertenang jangan asyik terkenang,
bersabar saat menanti debar,
masa lalu berkuak renang,
masa sekarang di dalam gebar.
DR RAJIEE HADI,
Pulau Penyengat, Riau, lndonesia.
28 Jun 2012.
oleh SYEIKH AL-LATIS
(Teks, Foto & Puisi Hak Cipta Dr Haji Rajiee Hadi. Hak Cipta Dilindungi SKMMM)
salam dari masa depan (2023) ., hehe
BalasPadam