HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

4 Februari 2013

KISAH SEDIH SEORANG PENJAWAT AWAM



MERUJUK perkara berkaitan saya Puan ABC telah berkhidmat hampir tiga tahun di XYZ,  (2010 hingga kini). Sebelum itu saya berkhidmat di DEF dan seterusnya Cuti Belajar ljazah Lanjutan sepenuh masa di UXY. Apabila tamat belajar dengan jayanya tahun 2009/2010, saya telah memohon untuk ditempatkan di STU kerana saya tinggal di rumah sendiri di QRS. Namun permohonan saya tidak dapat dipenuhi dan diberitahu ditempatkan buat sementara di XYZ pada tahun 2010.

2.Sebagai penjawat awam saya akur dengan petempatan tersebut buat sementara waktu. Perjalanan ulang-alik dari kediaman saya (QRS) ke XYZ lebih kurang 80km sehala. lni bermakna saya sebagai penjawat awam wanita  senior berstatus seorang ibu terpaksa memandu setiap hari bekerja dan seumpamanya sejauh 160km dengan menghadapi pelbagai risiko sepanjang perjalanan di lebuh raya.

3.Saya telah lebih tiga (3)kali memohon pertukaran dan mengajukan melalui Ketua Jabatan sebagaimana prosedur biasa tetapi gagal.Apa yang mendukacitakan saya sebagai penjawat awam berfikiran positif dan pernah memperoleh Anugerah Perkhidmatan Cemerlang semasa berkhidmat di DEF 2003. Kegagalan ini memberi kesan kepada saya dari aspek:
3.1. Telah menjejaskan prestasi dan komitmen perkhidmatan saya yang sentiasa bersikap proaktif.
3.2. Telah  menjejaskan kesihatan saya yang mana saya menghidap migraine yang serius.(dilampirkan salinan-salinan  surat laporan doktor kerajaan Hospital WXY).
3.3. Telah menyebabkan saya mengalami stress yang serius dan doktor bahagian psikiatris Hospital WXY juga telah mengesyorkan agar saya bertukar ke tempat kerja yang tidak berapa jauh kerana perjalanan saya QRS-XYZ dianggap jauh dan memberi kesan , risiko dan gejala buruk kepada kesihatan saya (dilampirkan surat perakuan doktor kerajaan Hospital WXY).
3.4. Telah menjejaskan bajet kewangan saya kerana menampung kos perbelanjaan petrol,tol dan sebagainya  yang tinggi setiap hari bekerja.lni juga memberi tekanan perasaan dan menjejaskan prestasi kerja saya.
3.5. Telah menyebabkan saya sering diberi Cuti Sakit (M.C) hampir setiap minggu kerana menghadapi masalah kesihatan.
3.6. Telah menjejaskan hubungan rakan sejawat dan  kekeluargaan saya kerana saya mengalami kemurungan akibat tekanan perjalanan ke tempat kerja yang jauh.
3.7. Kini saya mengandung/hamil tujuh (7) bulan dan telah mengalami kompilikasi kesihatan baru-baru ini lalu dimasukkan wad selama 3 hari (tarikh: xxxx) dan diberi cuti sambung sakit sehingga xxxyyzz.

4. Berdasarkan perkara-perkara di atas walaupun surat ini bersifat peribadi tetapi saya merayu ada pihak yang prihatin dan bersedia membantu penjawat awam yang mengalami masalah seperti saya. Sekiranya saya tidak berupaya meningkatkan prestasi kerja saya sebagaimana diamanahkan  atas nama Kerajaan Malaysia dan orang awam/rakyat maka pada siapakah beban masalah saya ini mahu dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan? Walhal saya telah banyak kali meluahkan masalah saya dan memohon pertukaran  tetapi gagal. Saya berharap agar ada pihak yang boleh membantu menyelesaikan masalah ini agar tidak berlarutan dan memberi kesan dan natijah yang lebih buruk lagi, wallahualam.
5.Kerjasama pihak tuan/puan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.

***(semua info sebenar adalah sulit dan disesuaikan untuk siaran sebagai renungan untuk kebaikan bersama).

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum DR..

    Inilah juga masalah yang saya hadapi..pertukaran..

    BalasPadam
  2. Wslm wbkt.
    Tidak salah jika mohon bantuan atau kerjasama daripada kesatuan sekerja anda atau ajukan ataupun berbincang minta bantuan Ceupacs.
    DRH.

    BalasPadam