HAJI DR. RAJIEE HADI

HAJI DR. RAJIEE HADI
SERIBU WARNA SERIBU MAKNA

12 Oktober 2012

SEORANG WANITA DI OXFORD STREET

Maaf, kerana tidak kesempatan
mencatat kepedihan hidupmu
yang resah gelisah dan
tubuh tua tercalar
kerana di sini waktu teramat keras
tanpa menghirau sesak hiba jantungmu
dengan bibir pucat sepasang mata simpatis
ditakluk dingin hari mengalpakan usia

Sedu duka yang kau paparkan
sebenarnya selembar peta tentang kelaparan
meninggalkan bumi ternoda, Bosniamu
memijak kemilau arca di kota duniawi
dalam simpang-siur oxford street menyesatkan

Dan maaf, meninggalkanmu tanpa rela
hanya sempat kuhulurkan dua pence
yang tidak kupasti nilainya di kota ini
namun kini sesalku berpanjangan jua
wang itu harga gores sebatang cuma!


RAJIEE HADI,
Bloomsbury Park, London.
Oktober 1994.

(sumber: Antologi puisi: CINTA ARAFAH, 2003, Diwangsa Publisher: Kuala Lumpur, MELINTASI BENUA,1995: Dasar Padu (M) Sdn.Bhd.: Kuala Lumpur.)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan